Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 17, 2008

INI CERITA AKU...

Ya. Kali ini, entri lebih kepada cerita mengenai aku. Tiada cerita politik untuk entri ini.
-----------------------------------------------------

Walaupun aku memblogging seperti biasa sepanjang minggu lepas dan mampu menaip dengan panjang lebar, tapi sebenarnya aku sangat busy sepanjang minggu.

Dengan aku terpaksa meniaga setiap malam di kolej-kolej di UiTM Segamat, aku dan rakan sekelas aku juga sibuk dalam persiapan untuk menganjurkan seminar pemasaran yang berlangsung pagi tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku juga terpaksa menghadiri LDK pada semalam dan hari ini. Memang letih.

Semalam, aku dan rakan-rakan lain sibuk mengemaskan dewan untuk persiapan seminar. Tiba-tiba aku mendapat satu SMS yang aku tidak gemari bunyinya....

"Hye mierul. How r u? awk kata nk contect sye blik...tp tak de pun..tak pe lah, myb awk bz..sy phm. ok 2 je sy nk ckp. take care"

Bunyi SMS ini sepatutnya boleh menggirangkan hati seorang lelaki single seperti aku. Tetapi sebenarnya menakutkan.

Biar aku ceritakan sikit tentang wanita ini. Dia seorang gadis yang aku kenali hasil daripada chatting mirc satu masa dahulu. Kita gelarkan dia N.

Dia berasal dari negeri di Kepulauan Borneo. Dia berasal dari family golongan berada, kaya, rich, dan sewaktu dengannya lah. Aku amat kerap berchatting dengan dia sehingga menjadi agak akrab.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan aku. Dia sanggup naik flight ke semenanjung untuk berjumpa dengan aku. Ini juga telah membuatkan aku teruja untuk berjumpa dengan dia.

Akhirnya, di Summit Batu Pahat, aku berjumpa dengan dia. Pada mula kami berjumpa, semuanya berjalan lancar. Sehinggalah aku hendak ke toilet, aku menyuruh dia memegang hand phone aku sebentar.

Bila aku keluar dari toilet, aku ternampak dia sedang membelek-belek hand phone aku. Bila aku mendekati dia, terus bertubi-tubi soalan di hujankan kepada aku. Dia membaca SMS di dalam inbox dan melihat semua nama dalam phone book aku.

"Noni ni siapa? Iqa ni siapa pulak? Linda ni siapa?"

Banyak pula soalan nya. Dia kata jika aku nak berkawan dengan dia, aku tidak boleh berkawan dengan perempuan lain, walaupun sepupu aku sendiri. What the fuck...????

Sejak pertemuan hari itu, aku malas nak berchatting dengan dia. Baru nak kenal-kenal, dia sudah nak kongkong aku pula. Aku sudah mula kurang berchatting dan berSMS lagi dengan dia. Dan aku berhenti berhubung dengan dia secara keseluruhan semenjak 2004.

Tetapi, aku tidak sangka pula dia mahu berhubung kembali dengan aku kembali. Sejak mula tahun ini, dia sering kali berSMS dengan aku kembali. Walaupun aku amat jarang-jarang hendak membalas kembali SMS dia, tapi dia tetap tidak berputus-asa untuk menghubungi aku dan berharap agar aku membalas kembali SMS dia.

Jadi, bagaimanakah caranya aku mahu bercakap dengan dia dengan cara yang baik tanpa menyebabkan dia terasa atau sedih? Ada nasihat tak kawan-kawan?

11 comments:

Green Nielsen said...

xpe, jz tukar je no hp ko. hehe.. xde nye istilah sedih. Ko pun rasa x selesa kan. Tahun 2004 dah teputus hubungan, lama tu, kalau aku dah malas nak ingat dah. ke ko tak yah layan je kalau ko xnak..

wandai said...

tapi kalo tukar nombor, agak menyukarkan insan yang sering berhubung dengan kau.

bagaimana jika kau meminta dia supaya tidak menghubungi kau?
dari gayanya, lebih baik jika kau berkata kau sudah berpunya.

pendapat aku ini rasanya kurang bernas

aremierulez said...

green nielsen...
seperti kata wandai, kalau tukar no susah lak org nak contact aku.. aku ni ada sikit rasa simpati pada org. kalau aku tak layan, nnt terbit rasa serba salah dlm hati aku lak...

wandai...
apa ayat yg terbaik utk aku katakan supaya dia jgn mghubungi aku lagi?

aria ayumi said...

ape kes le ngan pempuan tuh... sebok jerk. lum lagik pegang status awek amie, dh tanya itu ini. heh. abaikan jer die amie. hihi

Green Nielsen said...

Ayo it is just a suggestion jek.. huhu.. ko cakap je la stop disturbing me... reality is pain... tepaksa, kalau x dia akan manja2 lg ngan ko.. nnt ko x telawan... huhu.. kejamplak bunyinya...

joey said...

hah.....nampaknya...ko kena jelaskan dulu dengan penuh hemah kepada gadis itu....jenis perhubungan yang ko inginkan dengan dia....



kalau dia rasa tak bleh terima...back off....biar dia pergi tanpa resah..

at least ko speak jujur ngan dia kan...

aremierulez said...

ayumi...
tau tak pe...kalau betul2 jadi my awek, mau kena rantai...

green...
betul juga kata kau... we have to be cruel to be kind...

joey..
ok...aku try menjadi sejujur yg mungkin...

Puaka Petaka said...

'aku gay' ini ayat ko pernah bagi kat member-member yang nak tolak cinta pompuan....

Apa lagi gunakan kuasa ini dengan sebetul-betulnya...

tapi ko jangan jadi jujur, nanti dia lagi nak...

org kata, lagi kita tak mau, lagi dia mai.... jadi, kalau tak boleh kalahkan dia secara berdepan, kalaukan dia dari dalam-keluar....

ok tak?

aremierulez said...

puaka...
kalau aku bgtau yg konon2 aku gay, takut nnt dia bgtau org lain lak...

Hujan Malam said...

o..xyah ckp pape..xyah layan, xyah reply,xyah angkat die col..smpai 1 saat nnti die pnat die xkn kcu mirul lagi..
p/s: 1st time pggil mirul..hehe

aremierulez said...

hujan malam...
bukan ape..aku ni ade sifat simpati sket...rasa tak sampai hati nak ignore dia mcm tu?

mcm mne eh nak buang rasa tu? ziana ada petua

p/s: first time panggil ziana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...