Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, March 9, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE-12: PERUBAHAN GELOMBANG POLITIK MALAYSIA

MARILAH KITA PERGI MENGUNDI. TUNAIKANLAH KEWAJIPAN PADA NEGARA



Hari ini, 8 Mac 2008, untuk pertama kali dalam hidup aku akan keluar pergi mengundi. Pertama kali aku akan menunaikan kewajipan pada negara.



Aku pergi ke tempat membuang undi lebih kurang pukul 1 tengahari. Aku membuang undi di Sekolah Menengah Dato Bentara Luar, saluran 5.



Kertas untuk mengundi Ahli Dewan Undangan Negeri berwarna coklat dan kertan untuk mengundi Ahli Parlimen berwarna oren telah aku pangkah di tempat mengundi. Malam ini, masa untuk melihat keputusan pilihanraya yang pertama kali aku libatkan diri untuk membuang undi.



…AND THE WINNER IS…



Mengejutkan!!! Itu yang aku dapat katakan tentang keputusan pilihanraya kali ini. Kejutan pertama yang aku terima ialah kekalahan Samy Vellu. Banyak sungguh keputusan yang di luar dugaan, termasuk kemenangan BN dengan majority yang jauh lebih sedikit berbanding pilihanraya sebelum ini.



Tak sangka pula, dalam pilihanraya pertama bagi aku, keputusan yang aku terima betul-betul di luar dugaan semua rakyat Malaysia.



THE PEOPLE HAS SPOKEN....



Di sini di senaraikan keputusan pilihanraya yang mengejutkan dan juga menjadi tumpuan.



P46 BATU KAWAN

Prof. Dr. P Ramasamy (DAP) berjaya mengalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon (BN). Tan Sri Koh Tsu Koon yang dahulunya bertanding untuk Ahli Dewan Undangan Negeri gagal dalam percubaan beliau untuk menjadi menteri kabinet.



P44 PERMATANG PAUH

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) berjaya mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail (BN). Calon BN tersebut membuat percubaan kali kedua tetapi masih gagal malah jumlah majoriti kali ini lebih besar dari dahulu



P51 BUKIT GELUGOR

Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP) berjaya mengekalkan kerusi P51 menentang Datuk Koay Kar Huah (BN)



P41 KEPALA BATAS

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN) berjaya mengekalkan kerusi Kepala Batas menentang Subri Mohd. Arshad (Pas)



P62 SUNGAI SIPUT

Aku rasa antara kepurusan yang paling mengejutkan dalam pilihanraya kali ini. Kekalahan kepada Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) kepada Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) merupakan antara keputusan yang mengejutkan pertama yang aku dengar di Astro Awani.



P64 IPOH TIMOR

Presiden DAP, Lim Kit Siang (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Ipoh Timur mengalahkan Liew Mun Hon (BN) dengan jumlah majoriti yang lebih besar berbandaing pilihanraya yang lepas.



P66 BATU GAJAH

Untuk penggal ketiga berturut-turut, Fong Po Kuan (DAP) mengekalkan kerusi Batu Gajah mengalahkan Cheah Yoke Can (BN)



P3 ARAU

Datuk Ismail Kassim (BN) mengalahkan Datuk Dr. Harun Din (Pas) dengan majoriti 300 undi



P157 PENGERANG

Datuk Azalina Othman Said (BN) untuk kali kedua berturut-turut menang tanpa bertanding. Tapi aku suka Datuk Azalina. Sejak dia memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, prestasi sukan Malaysia banyak meningkat dan berjaya menyelesaikan kepincangan dalam persatuan sukan



P94 HULU SELANGOR

Datuk G. Palanivel (BN) kalah kepada Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR). Tak salah aku, Palanivel ni ada pangkat tinggi juga kan dalam MIC... Huhu...



P108 SHAH ALAM

Khalid Abd. Samad (Pas) mengalahkan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN). Dah terang-terang ramai orang BN tak suka Aziz Shamsuddin tu, letak dia jugak. Kan dah kalah.



P98 GOMBAK

Mohamed Azmin Ali (PKR) telah berjaya mengalahkan Said Anuar Said Ahmad (BN). Yang lebih hebat lagi, Mohamed Azmin Ali berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri N19 Bukit Antarabangsa mengalahkan Haslinda Mohd. Zerain (BN)



P25 BACHOK

Berbeza pula dengan Datuk Dr. Awang Adek Husain (BN) yang juga bertanding dalam kerusi parlimen dan DUN N21 Perupok tetapi kalah di kedua-dua tempat. Impian beliau untuk menjadi Menteri Besar Kelantan berakhir.



N48 KOTA ALAM SHAH

M. Manoharan (DAP) berjaya mengalahkan Ching Su Chen (BN) walaupun beliau masih di tahan di ISA. Cuba bayangkan kalau dia bebas.....



P119 TITIWANGSA

Juga boleh dikatakan kejutan apabila apabila Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali (Pas) berjaya mengalahkan Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (BN). Cayalah Dr Lo' Lo'.



P121 LEMBAH PANTAI

Antara keputusan yang aku tunggu-tunggu. Nurul Izzah Anwar (PKR) berjaya mengalahkan penyandang kerusi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) dan N. Periasamy (Bebas). Era Anwar Ibrahim bakal bermula kembali?



TRIVIUM....MAKSUD AKU, TRIVIA



1. Buat pertama kali dalam sejarah Pilihanraya Malaysia, BN gagal mendapat kemenangan mjoriti 2/3.



2. Dalam pilihanraya kali ini, presiden, naib presiden dan timbalan MIC kalah. Juga termasuk dalam senarai tewas ialah presiden Gerakan dan PPP.



3. Kawasan di sekitar Kuala Lumpur (P116 Wangsa Maju, P119 Titiwangsa, P121 Lembah Pantai, P123 Cheras, P124 Bandar Tun Razak) telah dirampas oleh pihak pembangkang.



4. Johor bukan lagi kubu kuat BN setelah 6 kawasan DUN dan satu kerusi parlimen di rampas pembangkang.



Bagi aku, keputusan pilihanraya kali ini merupakan mesej yang di hantar oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan kerajaan sekarang. Kebanyakkan rakyat yang bosan dengan harga kenaikan minyak, barang keperluan, isu subsidi, duit rakyat kena telan, menantu kesayangan PM yang di agung-agungkan dan lain-lain lagi.



Rakyat juga menunjukkan pada kerajaan yang kuasa berada di tangan mereka dan mereka mampu mengubah kerajaan dalam sekelip mata. Rakyat juga menunjukan yang mereka sekarang lebih cenderung dan berfikiran lebih terbuka.



Ini menjadi amaran kepada kerajaan. Jangan bertindak sesuka hati. Kalau mahu undi rakyat kembali, jadilah seperti pembangkang yang menumpukan kebajikan rakyat.



Ada banyak sebab mengapa keputusan pilihanraya kali ini menjadi begitu di luar dugaan. Tapi aku ceritakan lain kali bersama-sama komen Tun Mahathir tentang pilihanraya kali ini dan komen kepada Pak Lah yang aku tengok di berita TV3 tadi.

8 comments:

pi mai pi mai tang tu said...

rajin buat senarai

Apachai Hopachai said...

tang menantu tu memang aku cukup tak suka!
tggu la die jadi menteri apa nanti
shibai sungguh
bukan tau ape pun KJ tu
semak je

Apachai Hopachai said...

eh... jgn lupe CL lwn inter nnt
best tu
Liverpool tgh panas skang ni
aku suka!!!
YNWA

aremierulez said...

heatbeat...
saje2 jadi pemerhati politik yg tak bertauliah..hehehe..

bulus...
tau tak pe... aku pun berbulu gak dgn KJ ni... nanti dia jadi menteri tak tau la ape nak jadi...

tau tak pe...raanye liverpool boleh kalahkan inter....

Hujan Malam said...

takut dgn keputusan pilihanraya baru2 ni..xdpt bygkan klu msia ni ditadbir oleh pembangkang..especially DAP..penang dah jatuh kat tgn DAP..tkut pasni dh xdgr azan je..huhuhu

aremierulez said...

hujan malam...
dap tak boleh perintah negara. negara kita ada sultan, ada agung. bukan macam singapore...

kan negara kita ada akta ketuanan melayu, di mana ketua negara mesti melayu. tgk mb perak pun melayu jugak.dulu kan ada belajar masa sejarah. tak ingat eh? mseti time subjek sejarah tido ni..hehehehe..

Puaka Petaka said...

apa yang aku boleh katakan percaturan yang salah dan penyusunan barisan-barisan calon yang salah dan tidak kukuh. semua ni hasil daripada keinginan kuasa dan tamak.....

hasilnya 'TSUNAMI'......
Kerosakkan yang teruk berlaku di P.Pinang. Sama2 kita lihat 3,4,5,6, bulan ni.......

aremierulez said...

puaka..
alah..kalau pak lah tu letak jawatan, semua ni settle punye lah...tak kan jadi macam ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...