Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, March 5, 2008

PILIHLAH AKU JADI AHLI PARLIMEN MU!!!!

Banyak orang bercerita tentang pilihanraya. Banyak blog bercerita pasal pilihanraya. Pensyarah aku pun bercerita pasal pilihanraya. Aku pun mahu mencelah sedikit.


P097 - Parlimen Selayang

Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Parti Umdi Rosak (Pundak!!), saudara Pazuzu yang menerima pencalonan saya untuk bertanding di kawasan P097 Selayang. Jangan risau, aku memang di lahirkan di Selayang (Kampung Nakhoda) dan mengenali penduduk di sekitar Selayang. Jadi tidak akan timbul penyataan "Bukan anak negeri" di sini ya.

Jadi, tanpa membuang masa, biarlah aku membentangkan sedikit manifesto, janji manis dan akur janji saya kepada rakyat jika anda memilih saya menjadi wakil rakyat anda di Parlimen P097 Selayang.

1. Saya pasti tidak akan tidur semasa apa-apa persidangan yang saya hadiri. Saya janji.... ZZZZZZ....

2. Kedatangan orang Mongolia ke Malaysia akan di pantau kerana takut-takut ada di kalangan mereka akan mati berkecai kerana di bom.

3. Jangan risau, menantu saya tidak akan bertanding pada pilihanraya kali ini kerana saya masih belum berkahwin.

4. Kalau saya buat masjid yang di namakan Masjid Kristal, ia boleh digunakan untuk sembahyang. Bukan untuk perhiasan sahaja.

5. Saya akan berikan pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi. Diulangi, pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi seperti yuran tandas, yuran tuala wanita dan lain-lain.

6. Tol akan di kurangkan. Mungkin mansuh kot.

7. Tidak akan ada masalah barang kekurangan pada setiap awal tahun seperti 2008 tak cukup minyak masak, 2007 tak cukup gula, 2006 tak cukup tepung dan sebagainya.

8. Menurunkan harga bahan bakar seperti petrol yang tak reti nak turun-turun sejak 3-4 tahun ni. Memanjang naik je.

9. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN (sebab aku pun banyak jugak hutang kat PTPTN ni...hehehehe..)

10. Dan yang penting sekali, Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik. Malu jika kita bandingkan student Malaysia dengan student di negara lain. Student Malaysia menjadi tunggul kayu di Malaysia.

Itu saja buat masa ini. Jika ada manifesto dan janji manis yang baru, akan saya coret kan lagi di sini. Sekian, majulah Pundak untuk negara.

6 comments:

Puaka Petaka said...

sape dia ni?

tak dak bakat langsung....
Semangat dia tak teruja langsung......

wandai said...

hmmmm..
terdapat beberapa manifesto yang aku bersetuju dengan parti kau..lain dari tu, hmmmmm..
bangkang kot~

apa2 pun, aku masih lagi tidak layak untuk mengundi..
Pak Lah sengaja bubarkan parlimen awal setahun 5 bulan..
kalo tak, sah2 aku boleh mengundi...

Puaka Petaka said...

kalau ada satu je kot yang aku setuju.....

yang lain tu aku kurang la....

aremierulez said...

wandai...
pak lah saje bubar parlimen awal kerana agenda tesendiri... pasal anwar la kan...

puaka petaka..
biasa la, setiap ahli politik ada penyokong dan pembangkang...

aku dah bosan dengan dacing yang kian lama kian senget dan korup...

joey said...

ya...marilah mengundi.....

alamak...


belum daftar lagi lah.......



hehehehe

aremierulez said...

joey...
loh.. ko tak daftar undi lagi ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...