Belilah Novel Aku!!!!

Friday, March 7, 2008

SEPANJANG MINGGU INI....

Entri kali ini ialah antara perbualan atau apa-apa peristiwa berlaku sepanjang minggu ini...


HALAL ISSUE AND VICTORIA'S SECRET

Classmate aku sedang membentangkan pembentangan beliau mengenai isu logo halal. Kemudian dia menyentuh tentang sesetengah produk di Malaysia yang tidak mempunyai logo halal.

Lalu, pensyarah aku menyoal kepada kelas, "produk apa yang tak de logo halal dekat pasaran sekarang ni?"

Beberapa orang classmate aku menjawab soalan tersebut.

"Pringles", jawab salah seorang classmate aku itu.

Kemudian, dengan lincah, kawan aku yang duduk di sebelah aku (kita gelarkan dia K), laju menjawab...

"Victoria's Secret!!!"

Selepas menjawab, dia terus memandang aku yang tengah memandang dia kerana tak sabar-sabar nak gelakkan dia.

"Eh, silap lak. Victoria Station, bukan Victoria's Secret..." , kata K setelah tersedar kesilapan dirinya.

Maka ketawalah kami tak ingat dunia....


HALAL ISSUE DAN BABI YANG HALAL

Aku berbual dengan roomate aku, Cendol, pasal presentation kawan aku tentang isu halal pagi tu...

Aku: Kau tau tak, kat Singapore ada jual daging babi. Tapi ada logo halal.

Cend: Biasa la, Singapore. Tapi aku ada baca dulu yang kandungan makanan kat Malaysia ni pun di khuatiri jugak. Walaupun ada logo halal, tapi sebenarnya ada kandungan daging babi jugak.

Aku: Tu tak mustahil la...

Cend: Aku baca, ada sikit kandungan babi dalam makanan kat Malaysia tiap-tiap hari. So macam makan daging babi sikit tiap-tiap hari la.. So, bila kita dah cecah umur 20 tahun, kita macam dah makan seekor babi...

Aku pun terfikir sikit lah... Patut la moral budak-budak sekarang (termasuk aku dan kamu semua juga) tak macam orang dulu-dulu. Makin lama makin teruk. Adakah di sebabkan oleh kesan daging babi yang terkandung dalam makanan harian kita? Renung-renungkan lah...


POLITIK, POLITIK, POLITIK DAN PILIHANRAYA UMUM

Aku ber-Yahoo!! Messanger dengan kawan aku, X.

X: Sekarang dah blog pasal politik yek?

Aku: Saje je test. Sekali-sekala teringin jugak.

X: Susah lah pembangkang nak menang.

Aku: Aku tau. Lagi-lagi bila penggunaan dakwat masa mengundi tu di batalkan. Dah nampak sikit agenda tersembunyi tu.

X: Ha. Betul la tu. Tapi beb, kau kena ingat. Kerajaan kita yang merdekakan kita.

Aku: Itu PM dulu. Sekarang kita kena tengok PM yang tengah perintah. This is not history lesson, my fren...

X: Napa kau tak suka kerajaan?

Aku: Aku bukan tak suka kerajaan. Masa Mahathir perintah, aku tak de masalah pun. Aku respect gak kat Mahathir sebab dia banyak membangunkan negara. Tapi beza dengan PM sekarang ni. Dia tak pandai memerintah. Korup sangat.

X: Oh...

Aku: Ni bukan pasal parti. Ni pasal pemimpinnya. The party is no longer moving in the right direction. It being led by crappy leaders (aku pinjam ayat ni dari Trankuliti Tronoh. Thanks for the phrase, beb)

X: Betul jugak kata kau... It's all about the leader... Jangan lupa jugak menantu dia tu....


KAHWIN, KAHWIN, KAHWIN!!!!

Bermain SMS dengan seorang lagi kawan aku. Seorang lelaki berumur 25 tahun, sudah berpunya dan sedang sibuk di gasak oleh teman wanita dan keluarga teman wanitanya untuk cepat-cepat kahwin.

Z: Oit, awek aku dengan family dia dah suruh aku kawin ni? Macam mane eh? Aku malas nak kawin cepat-cepat ni. Apa alasan yang best sikit aku nak bagi supaya dapat tangguh?

Aku: Kau cakap la kau ni gay.

Z: Hotak kau. Tu boleh terus mintak putus tu.

Aku: Nape kau tak nak kawin sekarang?

Z: Duit belum cukup, bro.

Aku: Kau cakap dekat bapak awek kau macam ni, "Pak cik nak tengok saya bagi anak cucu pak cik dengan pasir dengan rumput ke?"

Z: Banyak la kau. Tapi macam best je.

Aku: Kau buat la macam dalam nada bergurau. Kira macam bergurau makan dalam la.

Z: Ok jugak tu. Aku try la...

Sehingga kini, aku sendiri tak pasti samada dia cuba atau pun tak ayat yang aku bagi tu. Semoga jodoh kau berpanjangan, wahai sahabat...

* Kalau kamu bosan-bosan, apa kata kalau kamu tonton video di sini.....

10 comments:

joey said...

ermm.....aku rasa KFC ngan McD halal...

sumber utama makanan aku tuh...huhuhuhu

athena said...

aku rasa kita sekarang trlalu memikirkan halal haram..sebab yang menjadi tajuk utama diatas halal haram itu adalah kebersihan.

Penting seh kebersihan, awek aku baru lepas termakan sup lipan. Gila kau!!

wandai said...

Ada benarnya kata Man di atas ni..kebersihan tu yang penting..
malaysia, mudah melatah bila kata sesuatu bahan mempunyai unsur khinzir, walhal mungkin seseorang itu tidak tahu tentang apakah bahan yang diambil dari khinzir tu lalu dimasukkan ke dalam bahan, mahupun produk..

kalau tak salah aku, khinzir as in betul2 khinzir tu yang diharamkan. Nampak macam pelik, tapi tu betul. Kalau dilihat kepada khinzir dari segi mikroskoptik, struktur sel, dna khinzir mempunyai asas yang sama dengan manusia.

mungkin memeningkan..
point aku kat sini, jangan jatuhkan hukuman selamba badak jer, selidik dulu baru faham..

Hujan Malam said...
This comment has been removed by the author.
Hujan Malam said...

aremierulez,
rumput ngan pasir skrg ni pn kna bli..hehe

apachai bulus said...

victoria secret satu~
hahahahaha
best tu
kalo aku ade di tempat kejadian, aku gelak sambil guling²

luccadjiwa said...

banyak isu ko utarakan kali ni.. x tau aku nak komen yg mane... so kesimpulannya... aku malas laa nak komen.. hahaha...

aremierulez said...

joey...
jgn risau...aku tak kaitkan mcd dgn kfc kt sini...

athena...
sup lipan? gila horor...aku pernah makan sup belut...

wandai..
ye ke khinzir ada struktur mcm manusia? menakutkan...

hujan malam...
aku tak pernah lagi beli rumput dgn pasir setakat ni...

bulus...
lagi ramai ketawa. lagi best beb...muahahaha...

luccadjiwa...
wlpn kau tak nak komen, tapi kau baru je komen nih...

aria ayumi said...

dak laki kelas kite blh cakap samy vellu bunuh diri sbb kalah pilihanraya. huh. kite memang tak caye pun!

aremierulez said...

ayumi...
betul ke berita tu? tapi kalau betul pun, orait gak...muahahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...