Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 17, 2008

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA...TAPI BAHASA MELAYU MUNGKIN HILANG. JADI, KITA PUN AKAN HILANG KE?

"Tak kan melayu hilang di dunia..."

Itulah kata-kata Hang Tuah suatu masa dahulu. Dia tak cakap tidak kampuchea hilang di dunia atau tidak Timor Leste hilang di dunia.

Aku sendiri tidak tahu siapa yang jadi saksi yang Hang Tuah cakap macam tu, tapi itulah yang selalu di war-war kan kepada kita bangsa melayu.

Semasa aku menghadiri modul LDK di UiTM pada Sabtu dan Ahad yang lepas, facilitator aku pada masa itu, Ustaz Syazali, bercerita sedikit tentang bahasa melayu yang beliau anggap sudah sampai ke tahap hampir mati.

Menurut beliau, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sekarang sedang sibuk berhempas pulas mahu memartabatkan bahasa melayu sebenarnya dalam masa yang sama telah membunuh bahasa melayu itu sendiri.

DBP yang sibuk menyuruh orang melayu berbahasa melayu kini sibuk menjahanamkan bahasa tersebut dengan mengambil perkataan bahasa inggeris dan di translate ke bahasa melayu dan mendapat tempat di dalam kamus DBP edisi baru. Antara perkataan yang aku rasa asal dari bahasa inggeris adalah seperti:

Family = Famili
Release = Rilis
Information = Informasi
Revolution = Revolusi
Nation = Nasi... Eh...Ni bukan..

Itu lah serba sedikit bahasa yang diterjemah dan di jadikan bahasa melayu. Menurut pendapat beliau lagi, DBP sepatutnya membuat kempen menggunakan atau mengembalikan kembali bahasa asli yang semakin di lupai generasi muda.

Kemudian Ustaz itu menyoal kepada kelas, "Siapa tau maksud khutub khanah?"

Aku tau maksud perkataan tersebut ialah perpustakaan, tapi aku tidak sangka pula yang boleh dikatakan semua yang lain tidak tahu perkataan tersebut.

Kemudian dia berkata kembali, "Ok. Kamu pernah dengarkan orang biasa panggil inspektor polis, inspektor kesihatan.... Kamu tahu tak dalam bahasa melayu tulen, apa nama inspektor?"

Dan satu kelas berfikir tapi gagal mendapatkan jawapan.

"Merinyu (aku tak tahu la betul ke tak ejaan ni). Pernah dengar tak?"

Baru aku teringat. Aku pernah tengok di Majalah 3 di mana di Stesen Keretapi Gemas, pejabat di stesen tersebut tertulis 'Merinyu' di pintu inspektor stesen keretapi tersebut.

Kemudian dia menyebut beberapa perkataan lain yang aku pernah terbaca dalam satu buku yang menulis tentang istilah asli bahasa melayu. Dan kebanyakan perkataan tersebut memang kita pernah dengar cuma tidak tahu apa maksudnya.

"Sepatutnya, selepas mengambil bahasa inggeris menjadi bahasa melayu, DBP sepatutnya memperkenalkan kembali bahasa melayu lama tu. Kalau tidak, lama-lama dalam kamus kita tu penuh dengan bahasa inggeris saje," kata Ustaz Syazali dalam loghat utara.

"Hidup sesuatu bangsa itu kerana bahasanya. Kalau bahasa itu mati, matilah bangsa tu. Tengok bangsa Mesopotamia. Dulu diorang antara bangsa terhebat kat muka bumi ni. Sekarang diorang pun dah lenyap. Bahasa Mesopotamia pun dah tak wujud sekarang ni."

Bila aku fikir-fikirkan balik, betul juga. Jadi, adakah bangsa kita akan hilang di dunia?

12 comments:

Green Nielsen said...

ya.. aku sokong... bahasa melayu unik dan ianya perlu ditetapkan kerana ia identiti negara kita dan ia merupakan satu bahasa yang mampu diselitkan dalam mana-mana melodi dengan begitu baik sekali.

aremierulez said...

green..
sayangnya DBP sendiri yang bnyk merosakkan bahasa ini dengan adaptasi perkataan bahasa inggeris...
lama-lama mungkin bahsa kita jadi malanglish...heheh

azrul said...

ok, yang ni aku kena komen..
komen ini adalah hasil pendapat aku semata-mata, tak ada kaitan dengan ke-tidak-suka-an aku terhadap Ustaz Syazali..

ok, pendapat aku je ek..

dalam dunia sekarang ni, banyak benda perlu dilepaskan untuk mencapai perkara lain. untuk mengekalkan bangsa, banyak pengorbanan perlu dilakukan.

pada pendapat aku, untuk bangsa kita, dua komen, dah terlewat, dan dah tidak relevan.

aku rasa satu-satunya bangsa yang sangat berjaya mengekalkan segala keunikan bangsa mereka adalah Jepun. faktor: mereka hebat, mereka semua cakap jepun, mereka semua orang Jepun.

bagi kita: kita hidup dalam negara berbilang kaum, dan walaupun nampak facade macam baik je hubungan antara kaum, kita, orang melayu sebenarnya sangatlah bersifat perkauman (lihat saja UMNO), dan kita gunakan bangsa dan budaya sebagai salah satu instrumen perkauman. dah 50 tahun kita buat begini, membuatkan bangsa dan bahasa kita TIDAK digunapakai secara meluas dalam kaum lain. (tak seperti di indonesia)

aku dah tak reti nak explain. klau rajin nnt aku susun ayat dan buat entri. tapi aku rasa dah terlewat.

(ade satu dokumentari NGEO ttg penghapusan budaya dan bangsa)

aremierulez said...

azrul..
lama dah kau tak komen kat blog aku..kau ape cer? sihat tak?

anyway, aku pun berpendapat yg kita mmg dah dah terlewat, dan dah tidak relevan. tapi apa kata kita cuba. kalau kita tak cuba, kita tak tau kan?

melayu bersifat perkauman juga aku setuju. sebenarnya, semua kaum kat msia ni bersifat perkauman.

tapi akupaling tak boleh terima ialah jika kau melayu kau kena sokong umno. if not, kau murtad la kononnya. what the f.... sorry la, selagi pak lah ada, aku tak sokong umno.

dokumentari pasal ape eh? kau ada link nak download tak pasal tu?

Puaka Petaka said...

aku sokong habis azrul, mirul...

waktu Tun dulu, benda remeh-remeh mcm ni tak berlaku....

Suatu masa dulu, takdak org nak pertikaikan langsung benda ni....
tapi kenapa sekarang?

cuba fikirkan.... walau mcm mana pun perbalahan yang berlaku, kita masih lagi dapat makan pagi, tengahari, malam, minum malam....

yang haluan kiri pun bukan main lagi makan, tak ingat...

semua ni sifat tak puas hati...tamak...kelmahan hati manusia....

Aku.....
tak tahu la...
kita mampu cakap, luahkan, tapi kalau silap cakap, ISA....
(bengong)

aremierulez said...

puaka..

kalau ikut pun aku pun tak de la nak peduli sgt. cuma takut nanti kaum2 lain cakap macam ni..

"melayu dah la malas, ekonomi negara pun cina yg pegang, suruh mengundi ramai student tak berdaftar, bahasa sendiri pun tak boleh jaga ke?"

malu gak weh...sama macam masa aku couple dgn awek amoi dulu. tgh dating ternampak pak cik aku tgh beli no ekor. terus awek tu ckp kat aku..

"org islam bukan tak boleh beli nombor ekor ke?"

kira lebih kurang mcm tu la. jgn sampai di perlekeh....

F a r A said...

komen yg sngt serius ...

nation = nasi
ahaha.
loving dat ^^

aremierulez said...

fara...
sekali sekala mau serius..
bukan senang nak serius, bebeh..

aria ayumi said...

huhu. bahasa melayu banyak amek bahasa lain especially arab ngan english. lecturer kite cakap cuma ade 3 perkataan je yg tak cilok dari mana2 bahasa. paku, babi, ubi. huhu. tak tau betul ke idak :D

aremierulez said...

ayumi..
babi dengan ubi tu pernah dengar jugak...paku tak tau la...

kampongBoy said...

orang kampong nak komen gok leh???

...tapi tak semua benda kita boleh lepaskan...ada yang kita perlu pertahankan...bahasa melayu adalah hak pusaka bangsa melayu..jatidiri bangsa melayu...kebanggaan bangsa melayu...warisan nenek moyang yang tak ternilai....bahasa melayu tak pernah menghalang kemajuan bangsa melayu...tapi bangsa melayu yg menghalang dirinya untuk maju....jika bahasa melayu terkubur maka hilanglah bangsa melayu......

aremierulez/Amirul said...

kampong boy..
masalahnya DBP sebagai pelindung bahasa melayu pun tidak memberi perlindungan yg sepatutnya pada bahasa melayu.
macam mana ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...