Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, March 2, 2008

TOLONG JANGAN SEBUT ITU!!!!

Dalam diam, masih ada sedikit perasaan sedih dan kecewa yang terpalit di hati akibat peristiwa yang berlaku pada malam jumaat yang lepas (rujuk entri sebelum ini).

Jika di rumah sewa ku di Segamat ini, kawan-kawanku yang masuk air dalam kepala sering membuat lawak jadi aku tidaklah terfikir-fikir tentang peristiwa tersebut.

Tetapi, berbeza di Batu Pahat. Mak dan ayah ku tidaklah pandai membuat lawak seperti roomate ku itu. Jadi, aku banyak berbual dengan mereka. Bukan setakat dengan mereka sahaja, sesiapa yang datang ke rumah atau warung ayahku akan aku ajak bebual.

Tetapi dalam berbual tu, ada beberapa perkataan yang datang bersama soalan yang aku tidak beberapa gemar hendak dengar. Perkataan seperti awek, girlfriend, makwe, couple, tunang, kahwin, kerja, belajar dan duit. Sekarang kita pecahkan ikut kategori:

1. Awek, girlfriend, makwe, couple tunang dan kahwin

Perkataan ini menunjukkan komitmen atau jalinan hubungan kasih sayang yang aku tiada buat masa sekarang. Dalam 6 perkataan tu, kita boleh kategorikan kepada 2 bahagian juga:

a) Awek, girlfriend, makwe dan couple

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Siapa awek kau sekarang?
- Kau couple dengan awek mana sekarang?
- Siapa girlfriend kau sekarang?
- Siapa makwe kau? (biasa disoal oleh orang berusia 40 tahun ke atas. Perkataan makwe macam dah tak relevan untuk generasi sekarang)

Aku tidak berapa gemar mendengar perkataan tersebut kerana aku tidak ada makwe... Eh, awek buat masa sekarang. Setelah setahun lebih single, jadi perkataan ini sedikit sebanyak mengganggu aku juga.

b) Tunang dan kahwin

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Kau bila nak berkahwin?
- Kau dah tunang ke? Ramai kawan-kawan sebaya kau ni dah bertunang.

Entah kenapa, sejak-dua menjak ni ramai pula orang nak bercerita dan menanya soalan berkaitan tunang dan kahwin pada aku. Status aku sebagai seorang single bukan jadi penyebab kenapa aku tidak menyukai soalan tersebut, cuma aku rasa aku masih muda untuk memikirkan hal tersebut.

Aku masih belum puas merasai hidup bujang. Lagipun aku masih belajar. Rileks la beb!!!!

2. Belajar dan kerja

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Kau belajar lagi ke? Bila kau nak habis belajar ni?
- Kau dah kerja ke? Oh, belajar lagi...

Memang agak tertekan juga bila memikirkan yang aku sudah berumur 24 tahun pada Julai ini tetapi aku masih belum tamat pengajian dan belum berkerja lagi. Sungguh tertekan bila mendengar perkataan tersebut.

3. Duit

Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:

- Mana aku nak cari duit ni?
- Kau ada duit tak?
- Tahun ini aku nak kumpul duit banyak-banyak. Kau tau cara cepat nak kumpul duit?

Soalan berkaitan duit ini sering terkeluar dari mulut dua orang housemate aku. Walaupun aku bukanlah orang yang terdesak sangat mahu cari duit, tapi bila dah selalu sangat dengar perkataan tu, membuatkan aku berasa risau. Entahlah...

Jadi aku harap aku akan kebal dari perkataan-perkataan tersebut. Aku tak mahu ada tekanan lagi.

10 comments:

wandai said...

nasib baik tak kena dengan pertanyaan sebegitu..yang ada hanyalah berkaitan dengan awek..

secara jujur, aku malas untuk memikirkan soal komitmen..bukan sekarang..dan mungkin bukan kelak..

aremierulez said...

wandai...
bukan sekarang sekarang dan mungkin bukan kelak...

jadi, bila rasanya kau ingin berkomitmen..?

apachai bulus said...

ermmm
biase la
umo macam kita ni selalu je ade soklan hampeh itup
relax je udah

[tapi...bile asyik di tanya psl awek, buat jiwa gua meronta nak cari awek baru]

aremierulez said...

bulus...

tau tak pe..kalau dah asyik kena soal je, mau tension gak tuh...

wandai said...

entahlah, aku malas untuk memikirkan soal komitmen sekarang ini..
diakui, aku sekarang harus memberikan komitmen, tapi aku masih lagi memandang enteng pada apa yang aku lakukan..
mungkin kerana aku ingin menjadi angin, suatu angan2 yang tak mungkin dicapai..

aria ayumi said...

kesian sama amie. mesti tertekan ngan soklan2 tu kan. len kali, amie jawab macam ni je.. "jangan sebok2 hal org ye!" hihi

Inah said...

soalan best tu..alaa..aku pun slalu kena macam tu :)

rilek..chill ok..

aremierulez said...

wandai...
jadi angin...ya!! jadi angin, kita akan rasa bebas...tapi tu hanya angan2 saje...

ayumi...
teringin juga nak jawab macam tu tapi yg tanya soalan ni semua orang tua, nanti jadi kurang ajar plak..

inah..
tekanan jugak kalau selalu sangat kena soal mcm tu..

Puaka Petaka said...

miss call aku bila hang senang.
kalau aku senang aku call hang.....

aremierulez said...

puaka petaka..
okeh bebeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...