Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, April 29, 2008

WAKTU PETANG, AKU TERFIKIR PASAL MARIE DIGBY

Selepas mengupdate episod baru untuk Kisah Cinta di Tears Don't Fall, aku teringin mengupdate blog ini pula.

Aku rasa, banyak benda yang ingin aku coretkan di sini.

Tiba-tiba aku rasa buntu pula. Tak tahu nak taip apa.

Shit!!! Benci perasaan ini.

Akhirnya, aku jumpa juga sesuatu yang boleh aku taip sebagai entri akhirnya...

Ya!!!! Marie Digby akan membuat persembahan percuma di Malaysia.

Aku pernah megulas tentang Marie Digby di entri sebelum ini (sila klik sini), tidak aku sangka-sangka kan yang dia akan jadi popular sekarang. Rezeki manusia, siapa yang tahu kan?


Marie Digby akan membuat persembahan pada 14 Mei 2008 di Ground Floor, Highstreet, One Utama New Wing pada pukul 8 malam.

Marie Digby akan membuat persembahan secara akustik dan persembahan ini adalah persembahan percuma!!!! Ya, di ulangi. PERCUMA!!!

Aku sendiri tak pasti aku akan pergi atau tidak. Aku ada mengajak roomate aku pergi, tapi nampaknya jawapan yang datang dari dia agak negatif.

Ai... Bosan lak nak pergi sorang-sorang ni....

Ada sesiapa yang nak pergi tengok Marie Digby? Aku nak follow sekali boleh?

Kalau kamu tak kenal siapa Marie Digby dan nak tahu pasal dia. Sila klik sini untuk page wikipedia dia, yang ni untuk Myspace Marie, yang ni untuk facebook dan ni pulak channel youtube dia. Tengok la semua video dia.

Aku dah update episod baru Kisah Cinta di Tears Don't Fall.

Friday, April 25, 2008

PIGMENTATION AND HYPER PIGMENTATION

Sekarang minggu peperiksaan di UiTM seluruh Malaysia. Semua sibuk berkepit dan bercinta dengan buku masing-masing.

Paper Relationship Marketing yang aku ambil semalam agak mencabar juga. Walaupun carry mark aku agak tinggi, tetapi aku tidak berapa yakin boleh mendapat A dalam subjek tersebut.

Dalam minggu peperiksaan ni, tiba-tiba aku teringat kisah-kisah aku semasa di dalam kelas.

Kisah ini berlaku semasa kelas issue in marketing.

Semasa itu, ada budak yang sedang membuat pembentangan tentang produk Sendayu Tinggi.

Kemudian, budak itu menyebut perkataan "Pigmentation"

maka bertanyalah seorang sahabat kepada aku.


Kawan: Pigmentation process tu apa maksudnya?

Aku: Oh. Maksudnya proses pembabian...


Maka, ketawalah mereka. Kemudian budak yang present tu menyebut pulak perkataan "Hyper pigmentation"


Kawan: Hyper pigmentation tu apa pulak beb?

Aku: Oh... Tu senang je, maksudnya pembabian hyper...

Makin kuat budak-budak ni ketawa.

Moral: Pastikan ada yakin dengan jawapan yang mahu di berikan. Tapi kalau jawapan tersebut salah, yakin macam mana pun, ia tetap salah.

Aku dah buat sambungan episod ke 8 kisah cinta dekat Tears Don't Fall

Wednesday, April 23, 2008

PERJUANGAN BERMULA

Besok aku akan memulakan paper pertama untuk final exam aku.

Paper Relationship Marketing.

Aku tak tahu berapa carry mark aku.

Goyang jugak ni.

Good luck untuk diri aku sendiri....

Good luck jugak kepada kamu yang mengambil peperiksaan akhir semester dengan aku sekarang ni.

Good luck again...

Tuesday, April 22, 2008

ENTRI KE-200. AKU INGIN MENJAWAB TAG

Tak sangka aku ini merupakan entri ke-200 aku. Aku sangkakan blog ini cuma akan jadi hangat-hangat tahi ayam. Tak sangka pula akan kekal begitu lama.

Ok. Aku mulakan entri kali ini dengan menjawab tag yang telah di-tag oleh Aria Ayumi. 10 reason why I blog. Aku macam pernah menjelaskan kenapa aku blog dalam entri Best Ke Jadi Bloggers?, tapi tak banyak sebab yang aku tulis. So, here we go...

10 reason why I blog.

1. Memang niat aku ingat membuat blog dari dulu

Memang niat aku ingin berblog sejak dari lepas SPM (2002) hingga la 2007, baru termakbul. Aku seronok tengok orang semua ada blog. Jadi aku pun ingin merasa juga.

2. Ingin melihat sejauh mana aku mampu bertahan

Aku ni bersifat hangat-hangat tahi ayam. Jadi, aku nak tengok sejauh mana aku boleh bertahan. Aku try nak bina semangat la dengan blog ni.

3. Aku rasa blog dunia yang lain

Aku blog sebab aku dapat rasa dunia blog macam ada kelainan dengan dunia sejati yang aku lalui. Aku bebas menyurakan pendapat aku dan menceritakan kisah hidup aku tanpa halangan.

4. Dapat kenalan baru

Selain Friendster dan Myspace, blog pun boleh tambah kenalan. Dari blog ni aku kenal Azrul, Tongah, Bulus, Wandai, Aria Ayumi, Joey dan ramai lagi... (maaf kalau nama anda tak di sebut). Walaupun tidak pernah berjumpa dan tahu nama sebenar mereka, tapi rasa seronok juga bertukar pandangan dalam blog ni.

5. Tukar-tukar informasi

Aku rasa, dengan blog ni aku dapat banyak informasi. Macam ambigrams. Aku tak tahu apa benda tu pada mulanya. Akhirnya, melalui Azrul, Bulus (yang tolong buat aku punya ambigrams. Thank bro) dan Tongah, aku dah tahu apa benda tu. Macam-macam lagi yang aku dapat dari blog ni.

6. Mengenal ragam manusia lain

Dari blog aku dapat melihat yang manusia mempunyai rgam yang berlainan. Dari Wandai yang selalu sangat berfikir (dia ni ahli pemikir), hingga la macam-macam lagi perangai. walaupun tak pernah berjumpa, tapi dari penulisan, aku dapat sikit-sikit memahami perasaan mereka.

7. Mengisi kebosanan

Dengan berblog, aku boleh mengisi kebosanan aku. Simple as that...

8. Berkongsi pengalaman

Aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan rakan-rakan bloggers dan rakan-rakan blogger juga berkongsi pengalaman hidup dengan aku. Kita belajar dari pengalaman.

9. Berkongsi Minat

Dengan blog, aku mampu berkongsi minat dengan bloggers lain. Dengan blog, aku dapat tahu yang Bulus juga peminat Liverpool... hehehe..

10. Aku ingin memcuba mendalami penulisan

Aku sebenarnya macam tidak percaya yang bila cikgu aku pernah kata yang aku ada bakat dalam penulisan. Dia kata yang membantu aku dapat A dalam Bm ialah penulisan sebab pemahaman aku teruk. Entah betul, entah tidak, aku pun tak pasti. tapi kalau masa buat karangan, aku mampu menulis 5-6 muka surat. Antara aku ada bakat atau aku ni macam poyo je tulis karangan banyak-banyak, aku tak pasti lagi. Oh, ye. Sebab tu aku try buat blog cerpen lak.

Ok, di harap saudari Aria Ayumi berpuas hati dengan Tag ni. Siapa aku nak tag ye? Ok, Aku tag Wandai sebab aku suka cara dia menulis. Ayat yang di gunakan begitu mendalam. Selamat berjaya Wandai.

Ok. Aku dah update episod ke-7 Kisah Cinta dekat Tears Don't Fall.

Sunday, April 20, 2008

AKU KEMBALI DARI CUTI YANG PANJANG

Aku sekarang berada di Batu Pahat sepanjang study week. Study week di UiTM seluruh malaysia bermula dari 14 April hingga 20 April. Walaupun fungsi study week ialah menyuruh student study dalam masa seminggu ini, tapi aku ambil sedikit kesempatan untuk berehat di Batu Pahat setelah 2 minggu yang penuh dengan kesibukan yang amat sangat.

Maaf juga kerana sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Bukan apa, ada juga niat mahu mengupdate blog ini tapi bila lalu sahaja di depan kafe siber, hati aku berubah rasa dan berkata supaya aku berehat sahaja dan lupakan tentang blog buat sementara.

Ok. Banyak juga benda yang mahu aku cerita sepanjang seminggu aku berada di Batu Pahat dan menyalah gunakan fungsi study week untuk bercuti. Aku mulakan dengan kisah cinta kawan aku yang akhirnya berakhir di jinjang pelamin juga.

Salah seorang kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah telah melangsungkan majlis persandingan. Kita gelarkan dia R. Dia jemput aku. Orang dah jemput, kenalah pergi. Kalau tidak, berdosa.

Kebetulan lagi, aku berjumpa dengan seorang lagi kawan yang aku kenali sejak sekolah rendah. Kita gelarkan dia F sahaja ya? Aku, F dan R merupakan rakan satu sekolah rendah sewaktu dulu.

F pun bercerita perihal bagaimana si R bertemu dengan bakal isterinya itu hinggalah mereka berkahwin. Lebih kurang beginilah ceritanya....

Selepas habis SPM, F dan R sama-sama berkerja di The Store. Di situlah R bertemu bakal isterinya itu. Kita gelarkan bakal isterinya I pulak. Menurut F lagi, beza umur antara R dan I ialah 4 tahun. Bermula dari pertemuan di The Store itu, maka bermulalah satu kisah cinta... Chewah.... Patut Fairuzmokti panggil aku pengeran cinta... Cerita Jiwang je sekarang ni....

Okay. Kembali ke tajuk perbualan. Dalam proses R ingin mencuri hati si I, rupa-rupanya ada juga lelaki lain yang juga sedang mengurat si I ni. Namun, R terus tabah. Akhirnya, R berjaya menambat hati I.

Kemudian, I telah mendapat tawaran masuk askar. I pun pergi meninggalkan R di The Store. Setelah tamat latihan rekrut selama 6 bulan, I pun sah menjadi askar.

Menurut F, Si I ni kata kepada si R yang I hanya akan kahwin dengan askar sahaja kerana cuma askar yang memahami kerja askar dan cara hidup seorang askar.

Oleh kerana cinta sejati, R telah mendaftarkan diri sebagai askar dan berjaya menjadi seorang askar. Setelah melihat yang R memenuhi syarat yang ditetapkan oleh nya, I pun bersetuju untuk berkahwin dengan dia.

Itu dia, satu kisah percintaan sejati. Ini bukan drama atau seperti cerpen pendek rekaan aku macam dalam Tears don't Fall tu, ini kisah benar!!!! Nampak seperti cerita fantasi tapi itulah kenyataannya.

Tak sia-sia pengorbanan R sampai sanggup masuk askar. Akhirnya, dapat juga dia Si I tu.

Aku doakan agar jodoh R dan I kekal selamanya......

Oh, ya. Aku dah buat sambungan kisah cinta dekat Tears Don't Fall. Enjoy...

Friday, April 11, 2008

SIBUKNYA AKU....

Aku akhirnya berjaya menempuhi 2 minggu yang penuh ranjau dalam hidup aku.

Minggu lepas, hari-hari aku ada test dan pembentangan.

Minggu ni pula, hari-hari kena buat assignment.

Jadi aku berjaya melepasi 2 minggu yang ketat ini setelah 2 minggu tak cukup tidur dan sebagainya....

Owh... Belum lagi.

Esok ada pembentangan Strategic Management. Major project ni.

Otak ku masih tepu untuk menulis di sini walaupun ada beberapa perkara yang aku teringin nak tulis, tetapi otak masih gagal menjana ayat.

Kesimpulannya, entri ini tak de mana pun. Tunggulah entri yang seterusnya nanti... Bye...

Oh, ya. Aku ada update Tears Don't Fall. Episod yang ke-5. Layan....

Monday, April 7, 2008

KISAH CINTA PART 4

Kepada semua pembaca yang menantikan sambungan Kisah Cinta episod ke-4 (macam ramai lak yang tunggu cerita ni...)

Inilah sambungannya....

Sila pergi ke blog di bawah ini untuk sambungan cerita teresebut


Sekian, enjoy and support Warmness On The Soul and Tear's Don't Fall

Sunday, April 6, 2008

KEMALANGAN TEMPOH HARI

Aku ingat, aku ingin menyambung kembali bahagian keempat "Kisah Cinta", tapi sekali lagi ia tergendala.

Kenapa? Kerana ada sesuatu yang ingin aku tunjukkan kepada kamu semua. Mungkin boleh di jadikan ikhtibar kepada kamu semua.

Aku ingin memaparkan dua gambar kemalangan yang berlaku pada hari Jumaat yang lepas, berhampiran 7-Eleven Jementah.

Dinasihatkan kepada kanak-kanak dan wanita yang mengandung serta orang yang berpenyakit serius tidak digalakkan melihat gambar-gambar di bawah ini.

Jom usha....


(Klik gambar untuk melihat dalam saiz yang lebih besar)

Haha.. Kesian pulak burung tu. Tak pasal-pasal kepala tersangkut kat situ. Tu la, lain kali hati-hati sikit. Tak ingat ke pepatah melayu ada mengatakan, "Malang tak berbau"?

Kepada kamu semua juga, berhati-hati jalan raya. Nanti kepala kamu pulak yang tersangkut kat Kereta Waja ni.

Saturday, April 5, 2008

KENA TAG LAH PULAK...

Aku teringin nak buat sambungan kisah cinta part 4, tapi aku telah tag oleh Incik Bulussan la pulak. Aku pun dah lama tak kena tag, so aku amat teruja untuk membuat tag ini...

So, here we go!!!!
----------------------------------------------

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Tiket pergi balik ke Liverpool serta tiket untuk menonton Liferpool FC bermain di Anfield.

2. PSP. Ada sesiapa sudi nak bagi ke?

3. Handphone baru. Kalau boleh, Nokia N-Series yang model baru. Yang ada internal memory sampai 8 gig tu

4. Sebuah rumah besar yang lengkap dengan kolam renang dan perabot mewah. Macam artis luar negara tu kalau. Kalau korang pernah tengok MTV Cribs, korang mesti tau macam mana rumah idaman aku.

5. Hardware untuk mengupgrade laptop aku kasi laju sikit.

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Aku peminat Liverpool FC. Jadi tak perlu terangkan lagi kan?

2. Aku rasa seronok pulak bila tengok budak-budak sambil tunggu bas main PSP tu (seronok atau cemburu sebenarnya?)

3. Juga teruja apabila melihat iklan handphone Nokia N-Series yang makin gempak product features nya.

4. Dari kecik lagi memang aku idamkan rumah yang besar. Kalau boleh, bilik aku mesti sama besar dengan luas rumah yang aku duduk sekarang.

5. Aku bengang dengan laptop aku yang gila lembab.

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS:

Incik Bulussan

5 Impression of him/her:

1. Dia seorang lelaki.

2. Seperti aku, peminat Liverpool FC

3. Peminat drama Jepun dan filem Korea.

4. Penulis blog yang kreatif.

5. Bakal bergelar graduan ijazah tidak lama lagi

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

Laptop, komputer, handphone, i-Pod

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST

Orang yang tikam aku dari belakang. Apa main belakang, mari depan la kalau berani.

aku nak tag:

1. Wandai

2. Roomate aku, Cendol

3. Ziana

4. Aria Ayumi

5. Fairuz Mokti

Sekian... Terima Kasih.

Thursday, April 3, 2008

APRIL FOOL PART 2

(kisah ini di garap dari kisah benar tetapi telah di ubahsuai sedikit untuk kesesuaian umum dan melindungi identiti insan sebenar)

Tarikh :1 April 2003
Masa :Lebih kurang pukul 12:30 pagi
Lokasi : Public phone

Dafi: Hello. Hai, sayang. Tengah buat ape?

Ima: Tengah tunggu awak call saya la?

Dafi: Ye ke? Hehe... Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak ni. Benda penting ni.

Ima: Apa dia? Macam serius je...

Dafi: Memang serius ni. Harap awak bersabar dengan apa yang saya nak kata ni. Harap awak tabah dengar ape yang saya nak cakap ni..

Ima: Apa dia? Cakap la..

Dafi: Sebenarnya, saya nak putuskan hubungan dengan awak....

Ima: Kenapa? Apa salah saya?

Dafi: Saya rasa kita dah sehaluan lagi. Saya dah jumpa hala tuju yang sesuai dalam hidup saya. Dan jalan hidup yang saya pilih ni memang tak sesuai dengan awak. So, harap awak bersabar la ye...

Ima: Awak..... Jangan la buat saya macam ni... Apa salah saya? Sampai hati awak. Awak tau kan yang saya betul-betul sayangkan awak...

Dafi: Saya tau... Tapi ini suratan takdir. Anggap je lah yang kita memang dah tak de jodoh.

Ima: Awak... Jangan tinggalkan saya...

Dafi: Bye...

Dafi terus meletakkan ganggang telefon awam tersebut. Dia lari masuk ke bilik dan terus baring di atas katil. Dia ketawa semahu-mahunya.

Panggilan Ima ke telefon bimbit Dafi tidak diangkat. SMS dari Ima juga tidak di balas. Dia mahu April Fool yang di buat menjadi seperti betul-betul.

"Terkena April Fool jugak awek aku yang sorang ni. Aku tak nak contact dia dalam masa sebulan ni. Nak tengok reaksi dia," kata Dafi pada kawan-kawannya.

"Tak baik la kau buat macam tu. Nak buat April Fool pun agak-agak la," nasihat kawan sebiliknya, Rashid.

"Rilek la beb. Skema sangat la kau ni...," jawab Dafi sambil ketawa riang....

Sebulan kemudian.
Pukul 12:00 pagi
Di public phone yang sama.


Dafi: Hello. Hai Ima...

Ima: Dafi... Mana awak menghilang? Banyak kali dah Ima call abang dulu..

Dafi: Hehe.. Sorry Ima. Sebenarnya macam ni, abang nak bagitahu satu benda ni...

Ima: Apa dia?

Dafi: Awak ingat kan bulan lepas yang saya mintak putus dengan awak tu?

Ima: Eemmm...

Dafi: Sebenarnya, saya buat April Fool je. Saya bukan betul-betul nak mintak putus dengan awak. Saya mintak maaf ye? Ala... Main-main je dulu tu...

Ima: Eeemm... Ok

Dafi: Awk maafkan saya tak?

Ima: Saya memang maafkan awak. Tapi saya nak bagitau awak satu bende ni..

Dafi: Ape dia?

Ima: Sebenarnya... Saya dah bertunang dengan orang lain minggu lepas..

Dafi: Hah!!!! Biar betul?

Ima: Dia dah tunggu saya lama, lebih kurang 3 tahun. Tapi sebab saya couple dengan awak. Sya anggap dia kawan je. Bila saya dah putus dengan awak, dia terus masuk meminang. Saya pun tak fikir panjang lagi sebab say pun tau yang dia betul-betul ikhlas sayang dekat saya.

Dafi: Betul ke ni?

Ima: Betul. Ni bukan April Fool.. Sorry ye, awak. Kita kawan je lah ye?

Dafi terus meletakkan telefon tersebut. Dengan perlahan dia berjalan kembali ke bilik dan baring dia atas katil. Tidak seperti bulan lepas, dia ketawa sepuas-puasnya selepas menelefon Ima. Tapi kali ini dia menangis semahu-mahunya atas tindakan bodoh yang di buatnya itu. Orang yang tersayang kini milik orang lain....

"Tu la, aku dah cakap dah dulu... Kau degil," nasihat Rashid kepada Dafi.

Dafi terus menangis di dalam keheningan malam itu

Pengajaran

1. Tak payah la sambut April Fool ni. Tak de faedahnya...
2. Kalau nak buat lawak bodoh macam Dafi tu, tak payah la buat sampai sebulan. Buat sehari je sudah la. Sekarang, melepaslah kau.

Wednesday, April 2, 2008

APRIL FOOL PART 1

31 Mac 2008

"Budak-budak kelas ISB cakap, esok open book test," kata Apeng pada aku.

Dalam pemikiran aku cuma satu sahaja, baguslah kalau open test book. Tidak perlu bersusah payah nak study.

"Lepas tu, ada satu lagi spekulasi. Dengar cerita PM Kamel tu nak buat April Fool esok. So, tak de test la esok," sambung Apeng lagi.

Pulak dah! Tak kan dia nak buat April Fool pulak. Tapi, pensyarah aku yang mengajar subjek tersebut, PM Kamel, memang suka membuat benda yang sukar nak di duga oleh orang lain.

"Aku rasa memang dia nak buat April Fool esok," sambung Apeng lagi.

Akibatnya, malam tu aku tak study langsung. Apeng pun study sikit dan kemudian terus tidur.

1 April 2008

Aku dan Apeng sampai ke kelas. Hampir semua student sudah sampai ke kelas. Student yang biasanya sampai kelas lewat setengah jam pun sampai awal hari ini.

PM Kamel menunggu semua studentnya datang. Seperti biasa, dia akan tunggu semua studentnya hadir sebelum menjalankan test. PM Kamel sedang memegang kertas soalan dan booklet kertas jawapan.

"Semua dah ada?" tanya PM Kamel kepada kami semua.

Semua sudah bersedia. Ada student dengan muka tak cukup tidur keran bersungguh-sungguh study malam semalam.

"Sebenarnya, tak de test hari ni. April Fool!!!" ujar PM Kamel kepada kami.

Keadaan menjadi riuh rendah. Ada student yang bersorak, ada juga yang mengeluh. Yang mengeluh adalah student yang study bagai nak gila malam semalam, aku rasa lah...

"Habis yang encik pegang tu?" tanya seorang student.

"Ni kertas kosong je...," jawab PM Kamel dengan bersahaja sambil gelak dan menyelak semua kertas yang di pegang dan menunjukkan kepada student di depan beliau.

Budak-budak semua dah ketawa. Tak sangka pensyarah pun pandai buat April Fool.

"Test jumaat petang, pukul 4 ye? Ok, jumpa masa test nanti."

Dan kami pun keluar kelas.

"Apeng, nasib baik kita tak study semalam..."

Dan kami pun ketawa besar.

Aku akan ingat lawak April Fool ni sampai bila-bila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...