Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, May 22, 2008

BERBUAL TENTANG CINTA SEWAKTU CUTI PART 1

Aku lihat, di Summit Batu Pahat, amoi-amoi berskirt pendek telah kembali berkeliaran di sini. Semenjak kewujudan Batu Pahat Mall, kesemua mereka berpindah untuk hang out di BP Mall.

Tapi sekarang mereka sudah kembali ke Summit. Tidak semua kembali ke Summit, tapi separuh dari mereka. Sekarang mereka telah berpecah dan tidak bertumpu pada suatu tempat sahaja.

Ok, ini bukan tajuk perbualan yang ingin aku cerita disini. Aku tahu, tidak baik memandang amoi berskirt pendek. Lagi-lagi pada bulan puasa.

Ok. Cut the crap. Semasa berjalan di Summit, aku berjumpa dengan kawan lama ku. Kita panggil dia John (bukan nama sebenar), maka aku berbual dengan beliau.

John pernah ber-couple dengan seorang awek bernama Temah (of course, bukan nama sebenar juga). 2 tahun lepas, perhubungan John dan Temah putus. Dan kemudian, aku tidak lagi berjumpa dengan John. Yang aku tahu, John masih lagi sedaya upaya cuba memenangi hati Temah walaupun Temah sudah mempunyai balak lain.

Jadi dengan pantas aku bertanya kepada John kisah cubaan merampas hati Temah kembali itu berjaya atau tidak.

Aku: Kau dengan Temah macam mana?

John: Oh. Aku dah couple balik dengan Temah 2 bulan lepas.

Aku: Fulawei... Hebat lu mat. Dapat jugak kau Temah tu ye?

John: Tapi...

Aku: Tapi apa?

John: Lepas bersusah payah aku tackle dia, bila dah dapat ni, aku mula rasa tawar hati pulak dekat dia.

Aku: Maksud kau?

John: Bila dah dapat dia, aku rasa bosan pulak. Tiba-tiba aku rasa tak nak couple dengan dia. Macam mana ni...?

Aku tak jawab soalan tu. Biarkan ia tergantung kerana aku sendiri tidak pasti dengan jawapan untuk soalan ini.

Cinta memang memeningkan kepala.....

Aku dah update Tears Don't Fall.

-----------------------------------------------------------

Sudah sampai masanya aku hendak pergi bercuti.

Semasa kamu semua membaca entri ini, mungkin aku sedang menaiki bas menuju ke kampung ku di Kuala Lumpur (kalau kamu baca entri ni masa pukul 3:30 petang ke atas hari jumaat la). Hari sabtu aku akan ke Terengganu. Family holiday trip.

Kepada rakan-rakan serumah. Maaf. Aku tidak dapat sertai kamu untuk membuat come back pergi ke gig semula. Lain kali ya?

Oh ya. Aku update lambat sikit ya? Harap bersabar

10 comments:

pandagumuk said...

bila apa yang kamu mahu bukan yang kamu mahu sebenarnye.

faerrin said...

JGN BERCINTA KALAU TAK TAHU APA ITU ERTI CINTA..

pegi tonton filem LOVE, CINTA..pasti paham..

aku tak tengok pun cite tu..

err...belikn akn kopok lekor!!

crayon kakak said...

huhu. samat bercuti amie :)

btw, john dgn temah. nama diorg sungguh "matching" skalik. wah gitu.

john tawar hati tu mungkin sbb die tak bukan benar2 nak bercinta lg kot... entah....

dakchomey said...

mmg ade jenis laki cam tu.. wlupown pompan tu x nk kat dia, dia akan sedaya upaya dpt kn gak pompan tu..
laki mcm ni laki yg suke cabaran. suke tgk laki bersungguh2 tackle awek..mcm2 cara..

wandai said...

haaaaa..
aku rasa aku dalam situasi john..
muahahaaa

heartbeat said...

happy holiday

broken_nigina said...

mahu sebab mahu dapatkan.
bukan sebab benar-benar mahu.
:)

Hujan Malam said...

What we want is not always we need..

Puaka Petaka said...

suruh john ngan temah p bercuti... lepas tu nak break, break la....

ok selamat bercuti....

Rizuan @ Bulussan said...

hahaha
tawar hati
so, jgn la berchenta

hati itu mau berseronok saja
bukan mau berchenta

--> faerrin pula sedang hangat berchenta. bila mau kawin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...