Belilah Novel Aku!!!!

Monday, May 19, 2008

GUIDELINE FOR YOUR HOLIDAY

Musim cuti sekolah sudah semakin hampir dan kebanyakan IPTA juga ada yang sudah pun lebih seminggu bercuti dan ada yang baru hendak bercuti.

Kepada kamu yang tiada perancangan untuk cuti ini, mari ikuti beberapa cadangan dari aku untuk kamu buat sepanjang cuti nanti supaya tidak bosan sangat.

1. PERGI BERCUTI

Paling mudahkan? Kan waktu cuti, jadi pergilah bercuti. Bawa kawan-kawan, family, boyfriend-girlfriend (jangan pergi berdua je. Nanti kena tangkap basah, jangan pandai-pandai nak salahkan aku pula), pergi bercuti.

Kalau tidak mampu nak ke oversea, bercuti sahaja dalam Malaysia. Banyak tempat menarik untuk di lawati. Klik sini dan sini juga untuk bantuan.

2. TENGOK WAYANG

Paling mudah, ajak kawan-kawan pergi tengok wayang. Banyak cerita dari dalam dan luar negara yang di tayangkan di seluruh negara.

Kalau mahu layan cerita barat, layanlah cerita Iron Man ke, Narnia: Prince Caspian ke, banyak rasanya cerita Hollywood yang akan di tayangkan nanti sempena summer time di Amerika nanti. Ajk la mamat ni pergi tengok wayang sebab dia tengah cari teman ni. Hehe...

Kalau nak layan cerita sampah... Eh, cerita tempatan, ada Cinta U-Turn arahan Prof Madya Razak Muhidin. Ada berani layan ke?

3. LAYAN TV SUDAH

Layan sahajalah "kotak bodoh" yang ada di rumah kamu tu. Bukan selalu pun boleh layan. Dekat universiti kan banyak assigment.

Bagi kamu yang melanggan Astro, di channel AXN ada 2 cerita best yang sedang di tayangkan iaitu Terminator: The Sarah Connor Chronicles, ada awek separa hot yang berlakon sebagai Cameron Phillips iaitu cyborg pembunuh, Summer Glau, dan juga Chuck, yang di bintangi oleh awek hot dari Australia, Yvonne Strahovski yang memegang watak secret agent CIA.

Kalau channel Star World pula, ada cerita baru bertajuk Life ataupun musim baru cerita Bones.

Yang tak de Astro? Layan la persidangan Parlimen dekat RTM. Tak pun Gerak Khas. Cara?

4. EURO 2008

Walaupun musim bola sepak sudah tamat, Kehangatan bola sepak disambung pula dengan EURO 2008. Pertandingan tersebut bermula pada 7 Jun hingga 29 Jun (waktu Switzerland dan Austria).

Kamu boleh mulakan demam EURO 2008 dengan melayari internet atau membeli majalah rasmi EURO 2008 untuk merasai aura pertandingan ini.

Tahun ni aku sokong Spain dengan berharap yang Fernando Torres mampu meledak lagi.

Kepada perempuan yang menyokong Portugal kerana ada Gay ini yang datang dengan bakal gay ini, sila hentikannya. Dia akan gagal dan membuat muka seperti gay yang tidak dapat mencium pipi Elton John. Kalau dia menang, dia akan membuat muka gembira macam dapat kahwin dengan Elton John. Tapi aku yakin Portugal tidak boleh jadi juara.

Oh, ya. Cendol, Tottenham Hotspurs tak masuk EURO 2008. Ini pertandingan negara-negara.

5. OLIMPIK 2008

Ok. Mungkin kamu boleh lebih advance dengan mencari apa-apa maklumat untuk menunggu dan merasai kehangatan Olimpik Beijing 2008.

Tapi olimpik start bulan ogos, korang dah naik dari cuti semester pun....

6. FIRASAT HATI

Ya. Yang ni paling mudah. Tidak perlu buat perancangan bercuti. Buat perancangan ikut firasat hati. Kalau rasa nak buat ini, buat la ini. Kalau nak buat iyu, buatlah itu. Senang kan?

Aku dah update Tears Don't Fall

12 comments:

crayon kakak said...

huhu. ms cuti2 ni mmg layan "kotak bodoh" iteww. most preferred channel HBO & AXN. :)

aremierulez said...

akak...
syang nye astro rumah saya tiada channel HBO... hu...

crayon kakak said...

eheh. akak *amboi, sejak bile panggey akak ni dek non, ekekeke* start amek HBO tahun lepas kot. amie try le amek HBO gak. byk cite best2. hehehe. menghasut lak.

fairuzmokti said...

aku perlukan teman..sesiapa, silalah sudi temankan aku..hehe..

dakchomey said...

saye punye firasat hati berkata bahawa cik aremierulez akan bawa sy keluar menonton wayang cuti nie....

athena said...

ape cuti2?!?!?!?!!!

Inah said...

ape plan kamu??lepak duk umah je le..practice jd housewife yg berjaya..huhuhu

norlaily asheilah said...

wah~ nape pggl kotak bodoh?
amat kejam~~~~~
=X

aremierulez said...

crayon kakak...
sje je nak panggil akak..
dah nick pun nama akak..hehehe..

malas nak amik HBO. nanti 24 jam duk dpn tv jek..

fairuzmokti...
kau dah dapat teman ke belum ni?

dakchomey...
jom tgk wayang...
nak tgk cerita ape? asalkan bukan cerita cinta u-turn..

athena..
haha...ade org takde cuti...

inah..
rasanye nak bnykkan bersenam..
nak cari stamina. cousin ajak masuk futsal ..

norlaily asheilah...
bukan saya yg gelarkan ia kotak bodoh. tapi org golongan bijak pandai yg panggil..

tapi bila saya menonton history channel dan national geography channel, rasa makin bertambah ilmu pengetahuan plak..

en_me said...

thanks for sharing bro..

Hujan Malam said...

Saya pun cuti..cuti sekolah..hehe

aremierulez said...

en_me..
mari kita berkongsi bersama..

hujan malam..
selamat bercuti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...