Belilah Novel Aku!!!!

Monday, May 12, 2008

INAI DI JARI

Kalau kamu semua ingat (atau baca), dulu aku ada menulis entri tentang kawan sekelas aku semasa di Politeknik Merlimau dulu yang bertunang, Kalau tak baca, baca yang ini dan yang ini.

Pada hari Ahad yang lepas, 11 Mei 2008, kawan aku yang seorang ni, Mohd Alhafiz bin Abdullah telah selamat bersanding di satu majlis yang agak meriah juga.

Saudara Hafiz ni bernikah pada hari Jumaat (10 Mei 2008), bersanding di rumah perempuan pada hari Sabtu dan bersanding di rumah pihak lelaki pada hari Ahad. Rumah dekat-dekat, senang la kan.

Apa yang menariknya ialah, aku berjaya berjumpa balik dengan member satu rumah sewa dulu yang dah lama gila tak jumpa. Bukan setakat member satu rumah je, ada jugak member-member satu batch yang datang ke majlis tersebut.

Ok. Korang usha sikit gambar kat bawah ni. Gambar low kualiti. Maklumlah, ambik pakai handphone je.

Ape bende la yang si hafiz ni cakap kat pengapit dia tu.

Muka pengantin yang cuak. Hahaha...
Makan beradab kampung stail. Makan atas lantai je beb. Baru stail.

Terima kasih kepada Alhafiz dan keluarga yang melayan kami dengan baik semasa dari majlis pertunangan hingga la ke majlis perkahwinan. Semoga Hafiz dan Yani berkekalan jodohnya hingga hujung nyawa.

Kepada kawan-kawan yang hadir, Yua, Pejal, Jimmy, Hebat, Jufri, Zul, seronok beb jumpa korang. Walaupun kejap tapi riuh majlis tu, terutamanya Hebat yang riuh gila.

Semoga berjumpa dalam majlis reunion yang terdekat.

Aku baru update Tears Don't Fall.

13 comments:

aria ayumi said...

yeahhh 1sttt~!! :D *at last, ade gak entri br,huhu*

waaa 1st time nampak pengantin makan atas lantai siap bersimpuh bersila lagik. hehe. very the ketimuran. so sweettt~!! :)

aremierulez said...

ayumi...
tahniah... berjaya jadi yg pertama komen for this entri..

tu la pasal... selama ni tak pernah nampak pengantin makan bersila... kampung stail ni... tapi macam best jek... nampak low profile..

aria ayumi said...

huhu. betul2. nanti amie bleh la tiru gaya gitu bile dh sampai msnya. agagaga

aremierulez said...

haha...
tak tau la bila nak kawin...
lama lagi nih...
belajar pun tak abis lagi..

aria ayumi said...

takpe. slow2. btw, amie abes belaja bile? ukan ke da final year?

aremierulez said...

tak lah...
ade setahun lagi...
masuk belajar lambat ari tu..

Hujan Malam said...

ayumi ni mcm syok kat amie je..heheheh

aremierulez said...

hujan malam...
jgn mulakan gosip liar yek..
hahahaa...

aria ayumi said...

err... ayumi? *pusing kanan, kiri, belakang, depan* kite ke? hehe ...

dakchomey said...

wah...besh kew mkn beradab sambil bersimpuh..klu yg laki tu no problem la kowt...tp klu yg pengantin pompan tu maybe kurang selesa la kowt...

crayon kakak said...

hehe. sokong sama hujan malam. ayumi ni macam syok kat amie je. hak3

faerrin said...

kao bile nak kawin nai?? ape kabar kao?? aku dah pindah..mejakerusi@wordpress.com

aremierulez said...

ayumi..
jgn layan gosip liar..bahaya!!

dakchomey..
mungkin betul tu.. pompuan tu mungkin kurang selesa sket la kot..

crayon akak..
aik..? boleh lak dia nak lagakan org plak..hahaha...

faer..
aku lama lagi beb... hehe..

aku dah agak dah, kau tak kan hilang macam tu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...