Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, May 3, 2008

LETAK LA TAJUK YANG SESUAI KAT SINI

Semalam pagi, aku ada exam. Paper Strategic Marketing Management. Paper yang agak susah juga. Tapi rasanya aku boleh lulus sebab carry mark yang agak cemerlang.

Waktu petang semalam akan aku penuhi dengan aktiviti tidur dengan senang hatinya. Tapi niat tersebut terbatal kerana mata aku sangat degil dan memaksa aku bermain Championship Manager.

Aku baring di atas katil dan lap top berada di tepi aku. Katil aku tu agak kecik, jadi aku terpaksa bersempit sedikit.

Sekitar pukul 5:30 petang, mata aku mula rasa berat. Tiba-tiba kawan aku telefon. Kawan lama.

Aku dengan girangnya menjawab panggilan tersebut. Aku membuka cermin mata ku dan terus baring. Berbual sambil baring lah konon nya...

Woi, bangun. Lama gila kau tidur ni.

Terdengar suara Pujam mengejutkan aku. What??? Apsal dah gelap ni? Aku tengok jam di hand phone aku. Pukul 9:30 malam???

Mak aih. Aku boleh tertidur lak masa bergayut. Betul-betul di luar dugaan. Apatah lagi aku tak ingat sepatah haram topik perbualan aku dengan kawan aku tu.

Yang lebih best, lap top yang ada kat tepi aku ni, nasib baik tak jatuh ke bawah.

Just my luck...

Pagi tadi, kawan aku tu SMS aku:

Kalau nak tidur, tak payah la angkat phone kalau aku call... Siot betul lu ni...

HAHA... Sorry. Tak sengaja...

Aku dah update episod baru Kisah Cinta kat Tears Don't Fall.

17 comments:

wandai said...

lol..
memang tabley blah dowh..
camner kau boleh bantai tidur masa orang ngah call?
hebat2~

Noh said...

mak aih...kalau aku jd kwn ko tu...nak je aku dtg terus kejotkan ko...letih je kawan ko tu call...kesian die...

aremierulez said...

wandai..
tu la pasal...
aku pun tak tau mcm mne aku leh tido lak...

noh...
haha... kawan aku susah la sket nak kejutkan aku...
dia kat KL aku kat segamat..
kalau dia sanggup kejut, memang hebat la...

bulus said...

lu hebat
org len tak buley buat cam tu
kau memg nobita

aremierulez said...

bulus..
bukan senang nak wat mcm tu...
cuba kau try buat..

inah said...

sib baik gue x penah cal kamu :P

en_me said...

laa, next time soh kawan lamer ko tuh tukar suara jadik suara pompuan, mesti x tertido.. ekeke

Puaka Petaka said...

aku pernah alami mcm hang jgk...
siap ngan awek aku sendiri....
tapi ex lama.....
menyirap jgk dia....
jenoh pujuk....

aremierulez said...

inah...
haha... cube la call aku...

en me...
kalau laki bersuara pompuan, aku terus letak je..

puaka petaka..
kalau kau, aku percaya yg benda macam ni boleh terjadi...haha..

aria ayumi said...

eheh. klw kwn kite la uat camtu, *tertido ms bercakap*, mau kite tempik bagik die bangun balik. pastu suwuh die exercise sket, jalan2 sket. klw tertido gak, tak tau dh nk ckp ape :p

aremierulez said...

ayumi...
huhu...kalau dah mengantuk tu, kena tempik macam mne pun tak sedar kot...

apsal dah private kan blog?

nUUr said...

biasa la bro.kwn ak pnh jgk tertdo

ak pon men jgk,nk jadi ala2 mourinho la.hihi

aremierulez said...

nuur...
huhu...
kau penyokong chelsea? rindu kat mourinho lagi ke?

Hujan Malam said...

penat sgt ke boring borak ngn kawan tu?hehe

aremierulez said...

hujan malam...
bukan boring...
tapi betul2 penat

fairuzmokti said...

hahaha..tak bleh langsung kau ni...

dakchomey said...

dulu selalu terjadi kes ni kat aku.. member2 laki suke bebeno kol tgh mlm..x taw dpt apew..kcu tdo aku jew.. tp dowang x brani la nk mara aku cume perli jew la...malu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...