Belilah Novel Aku!!!!

Friday, May 16, 2008

SEGAMAT - KUALA PILAH - MARIE DIGBY - CYBERJAYA - SEREMBAN - KUALA PILAH - SEGAMAT

Tajuk entri yang agak panjang dan hanya mempunyai satu nama makhluk hidup iaitu Marie Digby dan yang lain ialah nama tempat di Malaysia.

Kamu masih ingat yang aku ada menaip entri tentang kedatangan Marie Digby di Malysia? Ya, aku dan dua housemate aku pergi ke One Utama untuk melihat show Marie Digby. Mari lihat pengambaraan kami ini. Ok, let's go!!!

SEGAMAT

Perjalanan di mulakan di rumah sewa kami di Segamat pada pukul 3 peteng. Aku, Cendol (roomate aku) dan Apeng bersedia untuk ke sana. Apeng menjadi orang paling teruja di Segamat untuk melihat Marie Digby pada hari tersebut.

KUALA PILAH

Pergi berjumpa dengan Mak Apeng di Kuala Pilah. Tukar kereta. Aku pun tak tau sebab apa Apeng mahu menukar kereta. Mungkin Proton Iswara lebih jimat penggunaan petrol dari kereta Mazda yang dia pakai.

Selepas mengambil adik Apeng dari sekolah agama (adik perempuan, baru darjah satu), kita pun terus bertolak.

MARIE DIGBY

Selepas mengambil adik Apeng (yang lelaki pulak), kami terus ke One Utama untuk melihat Marie Digby. Oleh kerana ia bersifat free show, maka ramailah orang yang datang. Aku rasa inilah free show yang di buat di Mall yang paling ramai kehadiran penontonnya. Kalahlah Astro Gempak Selebriti rasanya.

Ok. Tiada gambar show Marie Digby. Ini kerana ada dua sebab yang amat kukuh.

1. Terlalu ramai orang yang datang sehingga aku terpaksa naik ke tingkat atas untuk melihat Marie Digby di atas pentas.

2. Tumpuan aku di ganggu oleh awek di sebelah aku menayangkan cleavage nya yang menggangu tumpuan aku. Bukan aku nak tengok tapi kalau sudah di tayangkan terang-terangan, macam mana nak elak kan? Boyfriend awek ni agak bengang juga apabila banyak mata lelaki yang memandang cleavage awek nya itu. Siapa suruh tayang kan?

Persembahan Marie Digby memang best. Kalau kamu semua mahu tengok juga gambar untuk show ini, klik di sini.

CYBERJAYA

Selepas makan bersama adik Apeng, kami terus ke Cyberjaya untuk mencari rumah pak cik Apeng. Aku tidak pernah ke Cyberjaya.

Di Cyberjaya, kami disambut dengan pemandangan dengan awek-awek MMU yang seksi gila di sana. Hehe...

Oleh kerana semasa kami sampai ke rumah pak cik Apeng sudah pun pukul 12 pagi, kami pun bermalam di rumah pak cik Apeng. Dari tidak pernah ke Cyberjaya, sekarang ini aku tidur di Cyberjaya pula.

Esoknya, aku dan Apeng bersarapan sambil pak cik Apeng bercerita tentang beliau ternampak perempuan arab mabuk dan kisah perempuan arab yang menyidai baju tetapi tidak memakai baju. Macam-macam ni....

SEREMBAN

Kami ke Seremban untuk mengambil Mak Apeng yang pergi ke klinik untuk rawatan gusinya yang berdarah.

Selepas membelikan emaknya bubur McDonald, kami pergi ke kedai Nasi Ayam Kak Lina, yang terkenal dengan Nasi Ayam Hainan nya. Kalau kamu nak tahu, kedai ini pernah mendapat liputan dari krew Majalah Tiga. Kedai ini menggunakan tag line "Lotak-lotak... Abih!!"

Kami pun mencuba nasi ayam tersebut. Bagi aku, biasa je rasanya. Sedap lagi kalau mak aku yang buat nasi ayam berempah.

KUALA PILAH

Kembali ke Kuala Pilah. Lepak-lepak sebentar di rumah Apeng. Mengikut perancangan awal, kami akan pulang ke Segamat pada waktu petang. Tetapi perancangan di ubah apabila kami mendapat arahan supaya pergi ke Surau Kampung Tengah, tanjung Ipoh untuk bacaan Yasin dan Tahlil Arwah.

Maka, aku, Cendol, Apeng dan nenek Apeng pun pergi ke surau tersebut. Dengan baju melayu pinjam, aku pun turut serta dalam program tersebut.

Tidak ramai jemaah di surau tesebut. Kiranya kehadiran kami berjaya memeriahkan majlis... hahaha....

Lepas solat Isyak dan makan, kami pulang ke rumah.

SEGAMAT

Apa lagi, tengok Marie Digby pun sudah, balik la... Apa lagi... Esok pagi-pagi, aku mahu pulang ke Batu Pahat pula. Dah lama tak jumpa orang tua ku..

Itulah serba sedikit perjalanan kami yang membosankan. Di harap anda tidak pula mati kebosanan membacanya.

Aku dah update Tears Don't Fall

11 comments:

M1N4M1 said...

panjangnyaa..

fairuzmokti said...

lotak²...abih...kedai tu dekat dah dengan rumah aku...

dakchomey said...

ape maksud lotak2 erk?

crayon kakak said...

adehhh. ramai gilak peminat marie digby. huhu.

FarA said...

huahuahua. cleavage awek. :D

marie digby seems t be favoured by all, including me!

cheers~

pandagumuk said...

aku nak tgk,abg aku x mo bwk.

Rizuan @ Bulussan said...

aku nak berimaginasi kapel dgn marie digby...

athena said...

uihh..simple sangat ni laporan..byk lg ko xcerita; imam tu baca yasin laju gila, macamana apeng excited sangat, apeng bawak Mazda tu macam rollercoster, etc..

Anonymous said...

sekurang2nya aku da bawak korang sume g surau..suruh bertaubat...sebelom mati..haha...sial lu cendol

aremierulez said...

m1n4m1...
ni tak cukup pnjg lagi ni...

fairuzmokti...
ye ke? apsal kau tak ckp... leh singgah rumah kau.. hehehe...

dakchomey..
lotak2 tu mksudnye letak2...
so, jadi letak2, abis...

crayon kakak..
hehe..tu la. taksangkalak ramai gak peminat dia kt msia...
penuh one utama mlm tu...

fara...
ye... cleavage.. hehehe...
harap digby terus popular..

pandagumuk...
la..ye ke? sian btul...

bulusan..
jgn kau bermimpi...
aku dah berimiginasi dgn dia dulu...

athena...
aku dahpenat sgt malam tu. tu yg tak larat nak tulis semua tu..
sebenarnya nak jugak tulis kes nak langgar lembu tapi dah tak larat..

pasal apeng excited sampai menyanyi lagu marie digby tu, nnt apeng aib lak... hahaha..

Anonymous a.k.a. apeng...'
hahaha... kau dah bertaubat ke sekarang ni?

faerrin said...

aku nak bagi tajuk kat crita ni..

"the cronicle of cleavage"..

hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...