Belilah Novel Aku!!!!

Monday, July 21, 2008

SETELAH SEKIAN LAMA TAK DI TAG

Tanpa aku sedari... Rupa-rupanya aku telah di tag oleh dakchomey -Farah Amira- pada 17 Jun 2008. Dan sekarang baru aku nak balas setelah sebulan berlalu. Tak pe, yang penting aku buat juga tag dia. Nanti menangis pula budak kecik ni. Jangan menangis ye, adik Farah Amira. (",)

Ok. Bila aku baca entri tag ni. Aku rasa macam dah pernah aku buat tag ni. Maka aku semak semula tag-tag yang aku sudah buat. Akhirnya aku jumpa entri ini. Ya. Aku sudah buat tag ni.

Ok. Maybe saudari Farah Amira tidak pernah menyemak atau membaca entri lama aku. So, Oleh di sebabkan aku ni amatlah pemalas orangnya, jadi saya re-post sahaja entri dulu dengan sedikit sahaja perubahan dari entri yang lama.

Oh, ya. Kena copy and paste rules tag ni...

The Rules:

1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.

Random Fact No. 1
Aku seorang rabun. Aku pakai cermin mata. Aku sudah rabun sejak tingkatan 1 lagi. Tapi sebenarnya aku tak suka pakai cermin mata sebab aku kerap kali lupa di mana aku letak cermin mata aku kalau aku buka cermin mata aku.

Aku pernah pakai contact lens semasa diploma dan aku bercadang hendak pakai semula kerana aku dah bosan mencari cermin mata yang hilang. Hari tu, hampir setengah jam aku mencari, tapi tak jumpa. Roomate aku yang jumpa. Terima kasih.

Sekarang aku pakai cermin mata semula. Ada juga niat mahu pakai contact lens tapi duit tiada. Tapi kini, PTPTN sudah masuk. Tapi, memandangkan kelas aku cuma dua kali seminggu, macam membazir pula sampai mahu pakai lens.

Random Fact No. 2
Aku suka coklat. Bukan warna coklat kerana tiada satu baju aku pun yang berwarna coklat, tetapi aku suka makan coklat. Coklat jenama Cadbury merupakan pilihan utama, terutamanya Chrunchy. Aku juga suka kepada semua makanan that based-on-chocolate. Kek, ais-krim, minuman.. just name it. Kalau perasa coklat, aku akan sebat.

Sekarang ni Cadbury ada keluarkan coklat baru yang ada perasa di tengah-tengah coklat tu. Try la. Sedap wei. Kepada saudari Farah Amira, kalau beli hantarlah kepada saya sedikit...

Random Fact No. 3
Aku minat muzik. Kegemaran aku ialah muzik-muzik yang keras. Heavy metal, nu-metal, black metal, punk rock, emo, dan semua-semua muzik keras. Ada juga lagu-lagu slow yang aku minat tapi jangan bermimpi aku minat newboyz, Siti Nordiana, Syura, Boboy dan loser yang seangkatan dengan nya. Aku menyokong muzik yang bermaruah.

Band-band yang aku minat dan memainkan muzik yang agak keras adalah Avenged Sevenfold, Linkin Park, Limp Bizkit, Cradle of Filth, Papa Roach, Green Day, Trivium, Pop Shuvit dan banyak lagi. Penat pula nak taip semua

Band yang aku minat dan memainkan muzik lembut adalah Flop Poppy, OAG, Lifehouse, The Times, dan sekali lagi banyak lagi.

Aku tidak suka kepada Inul, tapi suka apa melihat dia melakukan gelek gerudi tu. Kalau orang indon, gelek tu di panggil goyang ngebor. Gureh sih!!!

Random fact no. 4
Aku sekarang sedang berstatus single. Mana-mana gadis yang terbaca dan rasa dirinya cantik, hot and sexy.. Boleh e-mail aku biodata dan gambar sekali. Heheh...

Random fact no.5
Walaupun aku duduk dan mendapat pendidikan tadika sekolah rendah dan sekolah menengah di Batu Pahat, aku sebenarnya di lahirkan di Selayang, Gombak. Lebih tepat, nama kampung aku ialah Kampung Nakhoda. Ada seorang housemate aku yang berkongsi kampung dengan aku.

Biasanya, kalau balik raya, aku dan famili akan naik bas ekspress Batu Pahat-Kuala Lumpur. Biasanya juga, dalam bas yang aku naik untuk balik kampung masa raya tu, cuma ada aku, ayah aku, dan mak aku. Ya la. Mana ada orang pergi KL masa raya.

Random fact no.6
Aku merupakan pengguna dua talian telefon bimbit, Celcom dan Maxis, X-Pax dan Hotlink. Kenapa aku pakai 2 nombor? Kerana aku ada ramai kenalan dan famili yang menggunakan kedua-dua nombor tersebut.

Mungkin aku sedang mempertimbangkan untuk menggunakan talian baru 018 U Mobile.

Random fact no. 7
Aku merupakan peminat kartun jepun. Aku membaca manga dan juga menonton anime. Tapi sejak kebelakangan ini, aku jarang menonton anime. Tapi aku masih membaca manga, melalui online ataupun aku akan beli, hasil edaran Comic House

Antara manga dan anime yang aku minat ialah Dragon Ball, Dragon Quest, Rave, Penyiasat Remaja Kindaichi, Sekolah Detektiv Q, Johan Bola Sepak(yang heronya bernama Akaboshi Taka), Naruto, Gantz, Gekkoh, Tenjo Tenge, I's dan banyak lagi.

Random fact no. 8
Aku juga peminat bola sepak. Aku meminati pasukan Liverpool FC, FC Barcelona, Glasgow Rangers, Inter Milan, dan Bayern Munich. Tapi yang paling hardcore sekali ialah Liverpool. Kalau Liverpool bertembung dengan mana-mana pasukan lain yang aku minati, aku tetap akan sokong Liverpool. You'll Never Walk Alone.

Ok. Tu dia tag yang sudah sebulan lebih aku berhutang. tidak banyak pun yang aku tambah sebab aku betul-betul tengah tiada idea untuk menulis. Lagipun kalau aku tulis pun, mestilah aku tulis benda yang lebih kurang sama sahaja.

Ok, jumpa di entri yang lain. Aku belum sambung cerpen aku. Nantilah. tengah malas.

2 comments:

dakchomey said...

x majowk da..huhuhuhu.... bisnes man yg slau pakai byk no ni...ahhaha

aremierulez said...

tak de la wat biznes pun...
tapi maybe in the future kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...