Belilah Novel Aku!!!!

Friday, September 19, 2008

PENDEK SAHAJA

Aku tidak boleh tidur. Selepas menemankan housemate aku bersahur, aku terus tidak dapat tidur hingga kini. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku memang mahu pulang ke Batu Pahat pada pukul 8 pagi ini.

Ok. Sebenarnya aku tidak punya idea untuk entri terbaru pagi-pagi ini. Tetapi aku teringat beberapa perkara yang di bualkan sepanjang minggu lepas bersama kawan-kawan ku.

Antara tajuk yang aku bincangkan ialah mengenai Orang Melayu di Singapura.

Kami berbincang mengenai mereka yang di katakan tertindas di sana. Orang Melayu di Singapura boleh di katakan tidak bernasib baik berbanding kita di sini.

Tetapi, aku jumpa satu statement, di blog ini, yang ada kaitan dengan perbincangan aku dan kawan-kawan aku ini:

"Pada masa yang sama juga mungkin ada orang berkata orang Melayu di sana (Singapura) jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Cuba kita lihat dari sudut begini pula.

Di Singapura, kaum bukan Melayu pimpinan Lee Kuan Yew dahulu yang kononnya mengamalkan nepotisme, dan hanya menjaga kepentingkan kaum sendiri. Akibatnya kaum Melayu ketinggalan. Di sini pula, kita dipimpin bangsa sendiri, yang telah dari dahulu menjaga kepentingan sendiri, tetapi kita masih juga banyak ketinggalan. Sekurang-kurangnya mereka di sana ketinggalan mungkin sebab tidak diberi kepentingan. Kita di sini sudah diberi kepentingan pun masih ramai yang ketinggalan."

Pedas juga bunyinya tu. Seperti ada yang betul pada statement tersebut. Mungkin ada di kalangan kamu yang tak setuju dengan statement itu.

Jadi apa kata kita bincangkan statement tersebut. Aku amat berharap pada sesiapa yang selalu berkunjung ke Singapura atau ada saudara di sana dapat memberikan pendapat bersama sebab aku sendiri pun tidak pernah ke sana dan tahu keadaan orang melayu di sana.

-------------------------------------------------

Tak sempat nak sambung episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Nanti bila senang aku sambung.

10 comments:

Puaka Petaka said...

seorang pengembala kambing contohnya, boleh menjaga brapa ekor kambing?

setiap manusia ada limitnya. kita sebenarnya tidak ketinggalan. tetapi sifat kita yang ingin ditinggalkan.

contohnya:
Aku pernah perkenalkan satu skim menambah pendapatan kepada kenalan aku. bukan seorang, tetapi agak ramai jugak la....
majoritinya mengeluarkan fakta,
"buat apa duit banyak2"
"hang buat la dulu, nanti aku join"
"Ish, selamat ka? kalau tak jadi?"
"Aku tak berani la"
"Aku rasa dah selesa dah sekarang ni"
"ha, ni la org melayu. angan2 nak kaya"

Aku dah tak tau nak cakap apa dah dengan org kita mcm ni. aku ak marah, tapi agak menyesal sbb tak pecaya orang melayu kita sendiri.

sebenarnya kita ni mmg nak tolong org-org kita, tapi kita kena tgk balik org yang kita nak tolong tu. dia nak di tolong ka atau tak nak.....

Aku rasa kerajaan dah bagi dah dana sana, dana sini utk rakyat bumiputra. ini berdasarkan setelah aku naik turun bank, dan jumpa ngan org bank. bila aku tanya sbb apa org tak mai cuba? selambe je org bank tu kata aku
"Ko baru tengok ni. Hari tu belambak lg, kira sampai kerajaan ambik balik la. sapa pun tak mai try. dah abis promote dah. nak promote kat luar takut cina ambik"

Bila aku dengar tu aku rasa ralat sgt. sapa lagi nak bela kita. jgan sampai kita dah hilang semua, baru nak sedar dan nak bangun balik. org melayu terlampau selesa sampai tak sedar.

ingat satu ja. Cina tak dak haram halal. depa boleh rembat apa saja. tak dak hukum.

penanya (?) said...

hidup berminoriti kita akan jadi lebih kuat barangkali. aku ada ramai saudara mara di Singapura. familiy aku je dduk malaysia. dorg saling bantu-membantu. xde santau2. bank-in duit sesama sendiri. style.

Rizuan @ Bulussan said...

eh... lu tgk team bodoh bernama liverfool lawan stoke?

flop in the making!!!!

aremierulez said...

puaka petaka..
orang melayu berasa mereka sudah cukup selesa hingga tak mahu berkembang lagi...relevan juga kata2 kau ni..

boleh buat satu entri pasal tajuk nih...

penanya...
kau ada saudara mara kat sana eh? aku dgr cite melayu di singapore lebih unite dari melayu di malaysia. benar kah?

rizuan..
ye.. mcm sial game itu... aku ckp robbie keane tu bodoh, tapi kau tak caye..

yg pelik tu, nape gol gerrard batal lak?

Puaka Petaka said...

insyaallah aku tengah kumpul maklumat ngan isi. mungkin aku akan buka blog baru kot yang banyak tentang isu-isu semasa....

bukan aku tak nak bincangkan hal ini dalam blog aku. tapi blog aku tu cerita tentang aku, hal-hal aku merapu bukan dunia luar....

pedangbiru said...

Aku rasa x nak komen pasal kedudukan orang melayu di Singapura. Aku nak sentuh pasal pendidikan di sana. Mak aku cikgu sekolah dan dia ada member yang selalu mengkaji dan memantau corak pendidikan di Singapura. Aku bg contoh dalam satu subjek je lah. Menurutnya tahap penguasaan bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah di Singapura adalah menyamai dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris Tingkatan 2 kalau di Malaysia. Nampaknya corak pendidikan di negara kita masih lagi jauh ketinggalan. Kita perlu tahu bahawa pendidikan adalah kunci kepada segala kemajuan. Semoga Kementerian meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia.

p/s : Ini cerita benar yang aku mulanya pun tak percaya... Tapi itulah hakikatnya..

weed and bandages said...

blog anda kadang-kadang serious.

bagus.

aremierulez said...

puaka petaka...
bagus juga begitu... tapi jgn lupa bgtau link blog baru tu..

pedang biru..
aku amat bersetuju sekali tentang ape yg kau komen. mmg sistem pendidikan kita jauh ketinggalan. pelajar sekarang masih belajar dgn silibus yg sama dgn student ketika tahun 1980-an..
sudah sampai masa menteri pendidikan membuat pindaan baru pada silibus pendidikan kita...

ms weed...
kadang2 kite perlu serius untuk seketika...

Anonymous said...

saje je

aremierulez said...

anonymous...
ape yg "saje je" tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...