Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 4, 2008

TERGAMAK KAU!!!

Aku terbaca di sebuah akhbar (tidak ingat dengan tarikhnya), dan aku terbaca kisah seorang cucu yang berusia 16 tahun merogol neneknya berumur 71 tahun.

Agak terkejut juga membaca berita tersebut. Ini berita lebih lanjut.

----------------------------------------------

PEKAN: Dia baru berusia 16 tahun lapan bulan dan sepatutnya masih meneruskan persekolahan. Bagaimanapun, akibat nafsu syaitan, dia tergamak merogol neneknya sendiri berusia 71 tahun yang juga cacat penglihatan, 19 Jun lalu.

Akibat perbuatannya itu, remaja dari Kampung Parit Panchor, dekat sini, itu kini terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi apabila Mahkamah Juvana di sini, semalam menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadapnya dan akan menjalani hukuman itu di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

“Kamu masih tidak insaf lagi ke? Sudah biasa buat ke? Tergamak kamu melakukan perkara itu (merogol) terhadap nenek sendiri,” tanya Majistret Sazlina Safie terhadap tertuduh ketika prosiding yang dijalankan secara tertutup, semalam.

Sazlina berkata demikian ketika memerintahkan remaja terbabit menjalani hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol neneknya sendiri yang cacat penglihatan.

Remaja itu yang tidak diwakili peguam dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan, sebaliknya hanya menundukkan kepala beberapa kali ketika Sazlina membacakan alasan penghakiman.
Dalam penghakimannya, Sazlina memutuskan tertuduh yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai konduktor bas awam, didapati bersalah kerana bukti dan keterangan dikemukakan terhadapnya kukuh sekali gus membawa kepada pensabitan kesalahan.

Tertuduh, anak ketiga daripada lapan beradik itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Terdahulu, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zumaidi Zulkifli turut mengemukakan laporan akhlak remaja berkenaan manakala pendakwaan kes itu dilakukan Cif Inspektor Mohd Nor Affandy Yusof.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan pernah disyaki merogol adik perempuannya berusia empat tahun dua kali berdasarkan laporan dibuat pada 28 April 2007.

Berikutan itu, dia diperintah diletak di bawah pengawasan bapa saudaranya selama dua bulan di Triang, Bera, selepas dirujuk ibunya mengikut Seksyen 46, Anak Tidak Terkawal, Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Mei 2007.

---------------------------------------

betul-betul budak ni. Nenek umur 71 tahun pun sanggup dia rogol. Kalau dia rogol jiran sebelah umur 18 ke, macam ok jugak la (tapi perbuatan rogol memang tak ok ya?). Ini nenek umur 71 tahun. Tak tahulah aku.

Ini baru di katakan tak tertahan nafsu.

Tak update lagi episod baru cerpen aku. Malas pulak nak menaip di bulan puasa ni, walaupun kita tidak di galakkan bermalas-malasan di bulan puasa.

9 comments:

Hujan Malam said...

xde taste kot..huhu

aremierulez said...

hujan malam..
bukan tak de taste..
mungkin tak de duit smpai nk langgan pelacur pun tak cukup...
hehehe..

Rizuan @ Bulussan said...

bila dah dirasuk syaiton
macam tu la jadinya
bodoh
patut kasi dia dinoda oleh para gei negro..baru dia tau..

bila DIC nak takeover Liverpool nih?

aremierulez said...

bulus...
org mcm ni x patut di biarkan mcm tu je..
setakat penjara je tak cukup..

aku pun tak tau tapi DIC tu kaya mcm pemilik man city ke?

Rizuan @ Bulussan said...

http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammed_bin_Rashid_Al_Maktoum

amik tu
tu la owner DIC yg nak beli Liverpool
aku harap sgt si sengal american duo tu jual, sebb dorg dah sgt terdesak
hutang byk, fan tak suka, rship dgn manager pun hampeh

dan yg penting, carlsberg takde bila dia takeover nnt

Rizuan @ Bulussan said...

Mohammed bin Rashid Al Maktoum
ko search kat wikipedia

dakchomey said...

mak ai..ape kes nie... bengong itu olang...

fara said...

hoh. isu hangat di mana2.
aih aih.

aremierulez said...

bulus..
owh.. carlsberg tak de eh?
bagus la tu..
dpt la aku pakai jersi liverpool lepas ni..

dakchomey..
nafsu kuda namanya..

fara..
memang panas ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...