Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, October 12, 2008

HAH?

Terkejut aku apabila membaca berita yang Artis Bollywood yang konon-kononnya macam best sangat, Shah Rukh Khan, mendapat darjah atau pangkat sebagai Datuk.

Dia akan mendapat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang diberikan oleh Tun Mohd Khalil Yaakob.

What the Fuck...??? Kenapa pulak kita nak bagi darjah kebesaran kita itu kepada orang bukan warganegara kita? Apakah sumbangan beliau sampai dia layak menerima pangakat Datuk ni?

Kononnya, Si Shah Rukh Khan ni diberi pangkat Datuk kerana nanti mamat ni boleh la tolong promosikan Melaka/Malaysia di India. Ya lah tu, alasan macam tak masuk akal je aku rasa.

Kalau nak beri pangakat Datuk pada dia sebab mahu menyuruh beliau mempromosikan Malaysia, baik bagi je pangkat Datuk tu pada pemandu pelancong. Mereka pun selalu juga mempromosikan Malaysia.

Tak faham aku. Lagi satu masa si Michelle Yeoh dapat Dato'. Dia pun tidak menempa nama beliau di Malaysia tetapi kita agung-agungkan beliau apabila dia menjadi Bond Girl dan bagi pangkat Dato' pada dia dengan senang.

Dan aku juga pelik pada Malaysia ni, suka sangat bagi pangkat Dato', Tan Sri ni pada orang dan kadang-kadang aku rasa orang tersebut tidak layak mendapat pangkat Dato'/Datuk/Tan Sri.

Contoh, M. Daud Kilau. Hanya sebab dia pandai bergelek, terus dapat pangkat Dato'. Sharifah Aini, hanya sebab dia penyanyi lama, pun dah boleh dapat Dato'. S.M. Salim, lagi aku pelik entah macam mana dia boleh dapat Tan Sri.

Kalau diberikan pangkat tersebut kepada ahli sukan, aku agak setuju kerana mereka mengorbankan masa mereka untuk berlatih 8-9 jam sehari untuk mewakili negara kita dan kejayaan mereka akan mengharumkan nama negara kita. At least, ada la sumbangan untuk negara.

Baru-baru ini barulah ahli sukan seperti Nicol David dan Lee Chong Wei mendapat gelaran itu. tapi ramai pula yang mempertikaikan pangkat yang mereka dapat. Kenapa bila para artis yang dapat, tiada pula yang bising?

Jadi, mari kita tunggu bila pula Brad Pitt akan dapat gelaran Dato'. Atau mungkin Leah Dizon juga boleh dapat Dato' kan? Apa-apa pun boleh jadi di Malaysia ni walaupun sepelik mana pun. Ya lah, Malaysia Boleh kan?

=====================================

Aku dah update episod baru di Tears don't Fall.

14 comments:

dakchomey said...

a'ah..agaknye akan datang aremierulez lak dpt dato' kan..

wandai said...

hahahaha..
mungkin sebab dah biasa sangat artis mendapat pangkat, sebab itulah tiada kontroversi..

aL said...

seriusly weh, tak ada satu pun alasan yang betul2 bagus aku boleh fikir untuk sokong pemberian pangkat macam ni kat artis2.. tapi takleh watpe la kan.. biarkaaaan...

diya said...

macam betul plak apa yg amie ckp tu... yg datuk m daud kilau tu, diya sokong. entah camne bleh tersesat pangkat datuk kat die. huhu

aremierulez said...

dakchomey..
ye ke?Dato' Amirul...
hhhmmm.. mcm best gak..
huhu..

wandai..
maybe la kot..
ntah la..
jgn sampai bdk2 akademi fantasia yg out minggu pertama pun dpt dato' gak..

azrul..
kalau biarkan, nnt makin merebak..
nnt suma manusia kt malaysia dpt dato' lak..

diya...
dia leh dpt dato sebab gelek..
maybe sharifah aini dpt sbb bnyk taik lalat?
huhu..

joey said...

erk....lepas ni kena panggil datuk shah rukh ...


datuk joey....besh juga
wakaka

Fiziy said...

mungkin selepas ni para bloggers pun boleh dpt datuk. siapa tahu?

andainya leah dizon dpt datuk, pastikan aku org pertama sambut dia di KLIA. aku nak bwk balik rumah, tunjuk kat mak ayah! HAHA

aremierulez said...

joey..
panggil shah rukh khan je pn tak pe..
agak2 die bleh sebut perkataan datuk ke?

fiziy..
jgn kau mimpi. sblm kau amik dia kat KLIA, aku dah kidnap dia kat airport narita jepun... huhu...

Bulussan said...

Datuk Takeo Fukui from today onwards, as the CEO of Honda Motor Co Ltd Japan will receive the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) which carries the title Datuk today at the 70th birthday of Malacca’s Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob.

melaka suka kasi pangkat datuk kat orang luar kot. aku mahu juga. sebb kampung aku kat melaka. alasan kukuh apa.

aremierulez said...

bulus..
kalau mcm tu, aku pun leh dpt gak kot...
sbb aku penah blajar kt melaka..
hehehe..

Hujan Malam said...

tau xpe..yg plg xleh diterima akal ialah tan sri sm salim,ntah pape ntah..

aremierulez said...

hujan malam..
tau tak pe...
sebab kita kesian kat dia, lps tu trus dpt tan sri..
hampeh..

Puaka Petaka said...

napa la nak sanjung sangat artis-artis ni ha?
cukup la diaorg jd terkenal dengan nama sebagai artis. tak payah la bagi gelaran yang agak disanjung sebagai golongan orang penting atau orang yang berjasa pada negara.
mushkil aku dengan dunia sekarang.

aremierulez said...

puaka petaka..
statement dr akhbar singapore...
"Rakyat malaysia terlampau mengagungkan artis dan penghibur."
kenyataan yg sgt benar dan agak memalukan malaysia...
adduusss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...