Belilah Novel Aku!!!!

Friday, October 17, 2008

KENAPA KUALITI KERJA PEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN KURANG BERBANDING SEKTOR SWASTA

Umum sudah tahun yang kualiti kerja bagi staf di Sektor Kerajaan adalah kurang sedikit berbanding pekerja di Sektor Swasta.

Ok. Mungkin kurang banyak.

Tidaklah aku menuduh semua pekerja di Sektor Kerajaan begitu (masih ada yang berkualiti tinggi, tapi tidaklah begitu ramai) tetapi boleh dikatakan 80% (atau mungkin lebih) mengamalkan gaya kerja ala-kadar.

Aku pernah bekerja di Telekom Malaysia (kini namanya TM). Aku rasa mungkin pada masa itu, TM baru mengubah portfolio syarikat mereka dari Sektor Kerajaan ke Sektor Swasta.

Cara pekerja mereka bekerja memang memeningkan kepala aku. Ada seorang pekerja Sales Departmen, duduk di pejabat sepanjang hari. Tidak keluar untuk mencari pelanggan.

Jika kamu bekerja di City Bank, dan kamu adalah bekerja di Bahagian Sales, kamu tidak patut berada di pejabat sepanjang masa. Kamu hanya perlu punch-in, kemudian keluar mencari pelanggan supaya mencapai target sales untuk bulan tersebut.

Itu tak campur pula dengan seorang makcik kerani yang tiap pukul 12 tengahari sudah pulang ke rumah kerana ingin menonton rancangan Diari Akademi Fantasia (pada musim tersebut, Diari AF keluar pada pukul 12:30 tengahari dan 8:30 malam) dan hanya pulang pada pukul 3 petang.

Kalau hari Jumaat petang pula, memang jarang-jaranglah mereka akan pulang ke pejabat setelah lunch our.

Kawan aku, ABC, yang bekerja di Agro Bank (baru diswastakan pada pertengahan tahun ini), dengan nama asal Bank Pertanian, juga memberi komen yang sama terhadap rakan sejawat dia di pejabat.

ABC ni selalu jugalah marah kepada pekerja lain kerana cara kerja mereka yang acuh tak acuh itu. Tak masuk lagi dia pernah memarahi bossnya dengan ayat "Bos ni lembap la!!!"

Kenapa perkara tersebut terjadi? Mungkin kerana mereka yang bekerja dengan kerajaan telah menetapkan "mind set" didalam kepala mereka, "Ala, kerja kerajaan ni selamat sikit. Kalau malas pun tak pe, tak kan kena buang kerja."

Ini mungkin menjadi salah satu faktor utamanya. Setelah mengkaji serba sedikit tentang perkara ini, aku akhirnya berjaya menjumpai punca yang menyebabkan sikap pekerja di Sektor Kerajaan menjadi sedemikian rupa.

Mereka tersalah tafsir maksud "Sentiasa memberikan 100% dalam pekerjaan" menjadi seperti gambar di bawah:


Dan sekarang, baru kita tahu kenapa mereka bersikap demikian....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

15 comments:

wandai the wanderer said...

hahaha..mana kau dapat gambar tu?
5% hari jumaat..memang lawak..

aremierulez said...

wandai
abg aku yg bagi gmbr tu...

Puaka Petaka said...

Ada la kena sikit kot....
aku pernah nampak dah benda ni...
tapi tak ingat...
mula aku tengok pun aku gelak jugak...

aremierulez said...

kena sikit?
kena kat kau ke?

aiseh sorry bro...
lupa lak lu keje kerajaan...
hehehe...

aL said...

tunggu bulus baca entri ni aku nak dengar komen dia. kami perkerja syarikat multinational sedang rasa nak mati dihimpit kerja. dan rakanku yang kerja di jabatan kerajaan ambik overtime untuk main YM sebab rumah takde internet. kepala hotak dia.

aremierulez said...

azrul...
hahaha...
memang la...
sbb tu sape yg keje swasta bnyk tak puashati dgn pekerja kerajaan...

aL said...

aku takdela tak puas hati ngan pkerja kerajaan. aku tak puas ati ngan kerajaan. oops, haha..

tapi aku tak berapa minat la plak nak makan gaji buta sesaja je. mungkin kalau aku dah tua sikit kot. skang tengah ada tenaga.

weed and bandages said...

sama la jadi cikgu gov dengan cikgu swasta.

banyak beza.

bekas cikgu gov tanya ms weed, sanggup tak kerja di sek gov.

ms weed cakap tak sanggup.

dia cakap, "yeah..kalau kamu ke sek.gov kamu akan jadi malas."

:)

Fiziy said...

HAHA di sini aku nak tambah sket. Universiti government camne?

Hujan Malam said...

ms weed cuba la msuk sek gov nk tau jd mls ke x..jgn main ckp je..

aremierulez said...

azrul..
kalau mkn gaji buta je, susah nk majukn diri nnt..

miss weed..
yg hal cikgu2 ni, saya tak berapa tau lak...
ye la, tak pernah menjurus ke bidang tersebut..

fiziy...
good question..
tp kalau aku tulis mesti ramai yg terasa dan tak puas hati pulak...
biarlah...

hujan malam...
aiseh... rilek ziana... jgn naik angin...
hahaha.. battle of the teacher dah bermula nih...

dakchomey said...

hohoho...nsb bek fara lum keje gy...

joey said...

aduiiina.....aku baru nak start keja ni..


aku pun tatau kompeni aku ni kerajaan ker swasta...

hehehehe..yelah2 aku tau la...aku cuba meningkatkan kualiti kerja..hehehe

penanya (?) said...

mana2 tempat sama je... kolej, hospital, syarikat, dsb,..

dan mmg sektor swasta mementingkan kualiti.. kerajaan pula sibuk dengan kuantiti..

aremierulez said...

dakchomey...
huhu..
masa nye akan tiba bila fara kena bekerja nnt...

joey...
ye.. terus tingkatkn kualiti..

penanya...
betul kata kau..
kuantiti tidak menjamin kualiti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...