Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, December 18, 2008

JANGAN KAMU NAK SALAHKAN JURULATIH DAN PENJAGA GOL SAHAJA... PENYERANG JUGA BERSALAH... DAN PERTAHANAN

Umum sudah tahu yang pasukan Malaysia pulang awal (lagi) dalam kejohanan bolasepak Piala Suzuki pada minggu lepas.

Sesudah penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias, menghiburkan penonton dengan aksi kelakar badut di tengah padang sehingga menyebabkan Malaysia tersingkir dari kejohanan, timbul pula isu adakah jurulatih Satiananthan, akan disingkirkan dari posisinya menjadi perbualan. Akhirnya pihak FAM perlu mengekalkannya.

Rasanya, tidak manislah kalau kita cuma salahkan jurulatih dan penjaga gol. FAM sendiri perlu buka mata dan mengaku kesalahan mereka. Setelah sekian lama, Malaysia sering gagal di pentas ASEAN, FAM hanya tahu menuding jari pada jurulatih dan pemain sahaja. FAM sendiri kena mengaku kesalahan mereka yang sering memporak perandakan liga bola sepak kita.

Ok. Malas nak cerita pasal tu semua. Tapi semua orang asyik menyalahkan penjaga gol dan jurulatih Malaysia. Tahukan kamu bahawa penyerang juga menjadi punca kekalahan skuad kita di Phuket? Kenapa?

Ini kerana Aidil Zafuan telah pun kahwin secara senyap-senyap dengan Rita Rudaini. Difahamkan mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand. Mungkin kerana risau jika-jika tok kadi yang menikahkan mereka itu juga berada di stadium dan memecahkan rahsia ini, itu sebabnya Zafuan gagal bermain dengan baik.... Atau mungkin dia memang teruk kot.

Entahlah macam-macamlah dunia ni. Tetapi berita ini memang mengecewakan keluarga Zafuan. Ya lah, mak mana yang tak sedih kalau anaknya membelakangkan keluarga. Malu pun ia juga tu. Macam gambar kat bawah ni tulis, perasan malu lebih sukar nak di buang dari peluh.

Apa-apa pun, tahniah pada Rita Rudaini dan selamat berbahagia bersama suami muda anda.

==================================

Belum buat cerita baru di Tears Don't Fall. Masih keliru nak buat cerita jenis apa pula lepas ini.

10 comments:

Hujan Malam said...

haah..pemain msia xlincah mcm pmain thai..tp pjaga gol msia hensem2..hehehehe

Bulussan said...

abis la dia
macamana dia nak hadap mak ayah dia
macamana rita nak berbaik dgn mertua... abislaaa~~ lantak dia lah!!!!

well, this Sunday, The Reds vs The Gunners. Prediction bro? Aku, 2-1. [lebih selesa 2-0] YNWA

diya said...

erm. agaknya diorg kahwin senyap2, takut mak ayah ngan org rmi xleh terima kot. huhu. tapi, jauh beza umo diorg!

aremierulez said...

hujan malam...
maksud kamu syed adney ke?
boleh la.. adik sharifah sofea..
tu yg ada mcm mat saleh sket muka tu..

bulusan..
sendiri buat, sendiri tanggung la....
menjawab la budak tu..

aku pun rasa 2-1...
tapi kalau 2-0 is better..
tapi kalau menang 1-0 pun ok..
janji 3 mata..

diya..
rasanya mesti mak dia tak terima tu...
jauh gak beza umur..
ada dalam belasan tahun jugak tu..

wandai said...

aku mengaku, bila aku tengok pelawanan bola, entah macam mana mata aku jadi kuyu. heh.

aremierulez said...

wandai..
hahah...
kau pun tak minat bola gak ke?

Bulussan said...

Real Madrid beb~~

dakchomey said...

lantak depa la nk wat perangai...

lydiarayyan said...

hehe...suami muda...

joey said...

untung rita rudaini...wakakaka....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...