Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, December 3, 2008

KISAH PRAKTIKAL

Hai!!!!!!

Bertemu lagi dalam blog aku yang tak berapa nak sihat ini.... Setelah sekian lama aku gagal untuk mengupdate blog ini atas alasan kesibukan tahap gaban, akhirnya aku berjaya juga mengupdate kan blog ini.

Sebenarnya aku juga amat rindu untuk menulis di blog ini. Dan amat rindu juga untuk membaca blog-blog kamu.

Ok. Sebenarnya banyak benda yang aku ingat tulis untuk kamu semua. Tetapi oleh kerana sudah terlalu lama tidak menulis, aku sudah hilang kesemua idea untuk aku luahkan ke blog ini.

Ok. Umum sudah tahu yang aku kini sedang menjalankan kegiatan atau aktiviti yang digelar praktikal. Disesetengah IPTA atau IPTS, ia juga digelar sebagai L.I (Latihan Industri), Industrial Training, Working Training, atau Training sahaja.

Praktikal ini bertujuan konon-kononnya untuk memberikan pengalaman berkerja kepada para siswazah. Tetapi kebiasaannya pelajar yang praktikal hanya akan diberikan tugas untuk menjadi tukang photostat, tukang faks dokumen, susun fail, pembancuh kopi, tukang bank-in kan duit, berbual dengan mak cik cleaner, keluar merayap bersama pekerja pejabat tempat kamu praktikal itu (dengan erti kata lain, curi tulang sama-sama) dan juga keluar dating dengan pelajar IPTA/S yang juga menjalankan praktikal di tempat kerja yang sama (aku hampir buat benda ini... Hampir!!!!)

Sebelum ini, aku pernah menjalankan praktikal di TM Batu Pahat (Telekom) semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Dan aku tak sangka aku perlu sekali lagi membuat praktikal sekarang di UiTM Segamat.

Aku kini sedang menjalankan praktikal di sebuah syarikat yang aku terpaksa rahsiakan namanya untuk keselamatan aku dah syarikat tersebut. Aku praktikal di Batu Pahat sahaja. Kenapa? Sebab aku dapat berjimat dari membayar duit sewa rumah dan lain-lain perbelanjaan kerana aku kini menentap di rumah ibu bapa ku... hehehehe...

Syarikat ini merupakan milik bapa kepada housemate aku, Yan (bukan nama dalam I.C.). Yan juga praktikal di syarikat ini. yan akan mengambil aku di rumah setiap pagi dan kami ke pejabat bersama-sama.

Aku memulakan praktikal pada 1 Disember yang lalu. Pada hari Isnin yang lalu. Setakat entri ini di tulis, aku sudah 2 hari menjalankan aktiviti praktikal. Mari kita lihat jadual kerja aku dan tugas-tugas yang aku lakukan sepanjang 2 hari ini.

ISNIN

9:15 Pagi
Pergi ke pejabat bersama Yan. Bila sampai di pejabat, tiada orang yang berada di sana.

9:30 Pagi
Pejabat di buka. 10 minit kemudian, bos (ayah Yan) sampai. Berkenalan dengan pekerja-pekerja lain.

10:00 Pagi
Mula membuat tugasan (cepat betul dah dapat kerja). Menyusun data-data perniagaan syarikat tersebut di mana data tersebut adalah rahsia syarikat dan aku tidak boleh memberitahu kepada kamu. hehehehe....

12:30 Tengahari
Berhenti buat kerja. Main internet. Masuk myspace. Laju siot internet kat office ni.

1:30 Tengahari
Keluar makan. Pergi ke kedai yang agak jauh.

2:45 Petang
Pulang ke rumah selepas lunch.

SELASA

10:00 Pagi
Sampai ke pejabat. Lebih lewat dari semalam.

10:15 Pagi 
Mula buat kerja sedikit.... Sambil berinternet lagi.

12:45 Tengahari
Balik ke rumah. Dah penat bekerja.

5:00 Petang
Keluar main bowling dengan mak aku.

Kamu lihat sendiri jadual kerja aku. Sibuk tak aku ketika praktikal ni? Hahahahahahaha.....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

15 comments:

joey said...
This comment has been removed by the author.
joey said...

pingsan..

tengok dalam schedule kerja ader bowling ngan mak....hehehe

aremierulez said...

joey...
itu mmg ada dlm jadual keje aku..
hehe...

Weed and Bandages said...

jadual tadika kot lagi bz.

:D

diya said...

huhu. bizi nya lah die praktikal. siap bleh main bowling agi lps hbs keje. hehe

fairuzmokti said...

kau praktikal ke hape ni!!??

bapak sedapnya....

joey said...

main bowling ngan mak pun masuk dalam syllabus praktikal ek...ahahaha

aremierulez said...

ms weed...
budak tadika tak tau main bowling.. hehehe..

diya..
bizi la tu.. main bowling je dh dekat pkl 7 petang..
hehehe...

fairuz mokti..
aku dapat praktikal paling best dalam dunia..

joey..
itu untuk kesihatan tu..

stranger said...

haha.. ;D.

armadrafar said...

As,kum...
aku pun bdak Bt.pahat gak....
ermmm....
aku tahun dpn praktikal....
nak tnye skit nie...
praktikal kt TM jln rahmat tu ok ker???
ko dlu bleh praktikal kat situ mcm maner ar??
>>>> plz reply... (tolg blas)

aremierulez said...

stranger..
hahaha...

armadrafar...
kau pergi je ke TM tu.. pergi office dia.... lepas tu cakap nak praktikal.. nanti dia bagi borang kat kau dan bagitau macam mana nak mohon praktikal kat sana..

armadrafar said...

0ooo...
best ke praktikal kat situ??
dapat gaji (elaun buat makan, beli rokok, duit minyak dll)???
okler, mekasih bg thu....
wasalam....

armadrafar said...

0oo...
best ke praktikal kat TM nie???
dapat gaji (elaun) x??
k,ler mekasih bg thu...
wasalam....

aremierulez said...

tak dapat elaun la...
keje ok la...

armadrafar said...

aku dh praktikal...
tp bukan kat TM...
kat kdai PC dkt ngn Bustand...
akhir bulan bos bagi RM200...
ermm...
aku sblm nie ade gi TM...
tp mcm layan x layan jer...
pastu dier sruh plak antar surat praktikal kat JB...
last2 aku pos kat Tm Point tu gak...
ntah pape ntah Tm BP tu...
tp baguz gak...
dpt aku duit wt payung rkok keje kat kdai komputer nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...