Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 15, 2009

SALAH TAFSIR

"Aku sukalah Faizal Tahir tu..."

"Faizal Tahir? Kenapa kau suka sangat kat dia tu?"


"Dia tu rock lah.."


Rasanya mungkin kamu semua juga pernah dengar ayat demikian (atau lebih kurang macam tu lah) dari mulut kenalan atau bukan kenalan kamu. Kalau tidak pun, kamu mesti pernah baca ayat seperti ini (lebih kurang macam ini) di akhbar atau majalh gosip murahan yang berlambak di pasaran Malaysia sekarang ini:

PENYANYI ROCK REALITI FAIZAL TAHIR DI GAM KERANA MEMBUKA BAJU DULU ROCK KINI NASYID: FAIZAL TAHIR

Ok. Disini kamu patut perasan perkataan "rock" yang aku taip di sini. Setakat ini, dah empat kali aku taip perkataan tersebut.

Jadi persoalannya di sini, adakah Faizal Tahir rock atau lebih tepat, seorang rockers?

Jadi, aku yang tengah sibuk praktikal ini masih sempat membuat kaji selidik ke beberapa individu, untuk bertanyakan soalan seperti berikut:

1. Adakah Faizal Tahir itu rock?

2. Kenapa anda kata Faizal Tahir itu rock?

Setelah aku membuat kaji selidik yang tidak berfaedah ini, ini adalah jawapn popular yang aku dapat dari kaji selidik tersebut:

1. Sebab rambut dia panjang

2. Dia menyanyikan lagu rock

3. Sebab pakaian dia ala-ala rock

4. Dia menyanyi menjerit-jerit

5. Dia bukak baju. Kenapa Ella tak bukak baju, dia kan Ratu Rock (jawapan paling tak senonoh dari kawan aku).

Dengan hanya 5 jawapan ini, maka kita semua (kecuali aku. Aku tidak tahu dengan kamu) semua telah melebelkan Faizal Tahir sebagai mat rock.

Adakah kerana dia berambut panjang, dia adalah seorang penyanyi rock? Ustaz Akhil Hay pun rambut panjang juga. Tapi dia nyanyi nasyid sekarang.

Adakah kerana dia suka menyanyikan lagu dengan high note, dia di gelar rock?

Adakah kerana dia membuka baju, dia boleh digelar rock? Pamela Anderson pun ada membuka baju di majalah Playboy, kenapa tak gelarkan dia rock?

Cuba lihat lagu yang dia nyanyikan: Sampai Syurga, Cuba, Kasih Tercipta... Langsung tiada unsur rock. Jadi, kenapa labelkan dia sebagai penyanyi rock?

Jadi, aku harap masyarakat sekarang janganlah suka menafsir orang dan meletakkan gelaran ikut sedap gigi.

Aku tulis entri bukannya apa, bukanlah sebab aku dengki Faizal Tahir, tapi aku cuma rasa kurang enak mendengar orang panggil dia rock. Dia tak rock beb.

Dan lebih teruk lagi, tabiat ini dah menular keluar Malaysia. Bila aku bukak Chanel MTV, ada rancangan MTV ROCK. Dan dalam rancangan tersebut, keluarlah pulak video klip David Cook. Ya! David Cook pun bukan penyanyi rock.

Tapi itu tak cukup untuk membuatkan aku sedih. Bila aku bukak Channel V pulak, ada rancangan V Tunes (Rock). Mula-mula keluar lagu band rock. Tiba-tiba keluar lagu kumpulan The Click Five. Lepas tu keluar pulak Jonas Brothers.

FUCK!!!! Jona s Brothers tak rock ya. Sikit rock pun tak de. Jonas Brothers tu kalau dekat Malaysia, macam Newboyz je. Band yang nyanyi lagu meleleh.

Jadi, tolong jangan label seseorang tu penyanyi rock sesuka hati. Aku tak mahu nanti Dato M Daud Kilau, Saiful OIAM atau Azwan Ali pula dilabel sebagai rock...

Haaa... Banyak sangat aku berfikir ni....

=================================

Ada cerita baru di Tears Don't Fall. Bertajuk Dua Dunia. Enjoy!!!

6 comments:

dakchomey said...

camne taw pamela buka baju dlm playboy nie?

aremierulez said...

Dakchomey..
ala... itu la bahana internet...
hehehehe..

joey said...

motif ko kutuk jonas brother? they are today's answer to hanson.... matila obsess..wakakaka


pedulik apa la mana yang rock ker tak rock...

as long they make music I like ..I'm ok with it...


owh yea...bagi aku contoh artis yang ROCK?

mana tau sya bleh dgr2 ker... :)

aremierulez said...

joey..
jonas brother is just another pretty face in the industry..

kalau artis malaysia ni, susah sikit nak cari yg pure rock..

tapi kalau oversea artis bnyk la.. kalau nak pure ol skool rock, dengar aerosmith...

aku bukan ape joey, sekarang ni orang main tafsir ikut suke je la..

kadang2 tu nyanyi lagu cinta, tapi pakai songkok terus di cop sebagai penyanyi nasyid...

so sad la...

Anonymous said...

Jonas Brothers tu kalau dekat Malaysia, macam Newboyz je

hahaha

jonnyz said...

Genre Faizal Tahir memang rock. Betul lah tu. Rasanya anda salah faham kot... rock bukan juz rock kapak, olskool or yg bingit2. Ikut kefahaman aku yg x brape pandai muzik ni, rock skrg dh byk sgt cabang. yg dia bwk tu sort of rock moden la.

Kalau nak ikut skrg, bole kate byk majority lagu ada influence rock beb. Sng citer try do research, wikipedia pun ok la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...