Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, March 11, 2009

AKU MASIH HIATUS (CUTI DARI MEMBLOGGING), TAPI AKU TETAP NAK TULIS ENTRI INI

2 minggu lepas..

Perbualan telefon antara aku dan kawan ku, ABC (bukan nama dalam surat beranak)...

Aku: Apsal kau call aku?

ABC: Aku nak cakap sikit kat kau ni.

Aku: Cakap apa?

ABC: Malam ni dekat Barnebeu (betul ke ejaan stadium Real Madrid ni?), Real Madrid menang 4-0 dengan Liverpool. Nanti bila lawan kat Anfield, Real Madrid bagi chance sikit la. Madrid kalahkan Liverpool 1-0 je la kat Anfield.

Aku: Wwaaa... Yakin betul kau ye.

ABC: Mesti la. Real Madrid la beb.

Dan malam tersebut, Liverpool mengalahkan Real Madrid 1-0 di Barnebeu.

2 minggu kemudian...

Akhirnya, tak sangka pulak aku yang Liverpool berjaya melaukkan Real Madrid dengan jaringan 4-0.

Apa yang ABC ramalkan, menjadi kenyataan. Cuma, dia salah ramal pasukan yang menang je. Ya!! Liverpool yang menang.

Gol pertama hasil jaringan Fernando Torres. say my name... SAY IT!!! (kata Torres dalam bahasa Sepanyol. Aku tolong terjemah untuk kamu).

Meraikan bersama rakan sepasukan.

Torres meraikan gol ke-3 Liverpool hasil jaringan kapten, Steven Gerrard. Gol ke-2 ialah penalti oleh Gerrard juga. Malas aku nak upload gambar banyak-banyak.

Dossena yang jarang bermain dengan baik untuk Liverppol pun mampu menjaringkan gol bila berdepan Real Madrid. Ayam betul.

Penjaga gol Real Madrid, Iker Cassilas berkata dalam hati: "Kalau aku tau nak kalah teruk  macam ni, baik aku pergi Stadium J-Corp tengok Johor FC lawan VB Sport (AFC CUP)

Kepada kawan ku ABC dan penyokong Real Madrid di Malaysia, Real Madrid mungkin hebat di La Liga tapi bila berdepan kelab Inggeris, Real Madrid gagal menunjukkan taring kerana Juande Ramos tak pandai baca taktik kelab inggeris. Sebab tu la dia pegang Tottenham jadi terbarai.

Dan ini juga mengekalkan rekod yang Real Madrid kalah dalam semua perlawanan menentang Liverpool di Champions League.

Sekian....

Aku nak sambung cuti. Minggu depan baru ada update yang baru berserta episod baru cerpen di Tears Don't Fall. bye.....

6 comments:

sHa shinizzle said...

RM luper bawak defenders dtg Anfield. Takpon defenders diorg tatau makne defend. Muahahaha.


Eh ehhhh, sabtu ni my Mancs will be hosting your Kop at Old Trafford. Yay!

dakchomey said...

cuti2 pown sempat nk nyelit sal bola erk..

joey said...

yeaaa...

malam ni Friday the 13th MU lwn Liverpool kalau tak silap...


jom tengok bolaaaa

*matilaaa peminat katenyer

sHa shinizzle said...

bkn mlm ni laaa
mlm besok, kol 8.45 official kick-off



BRING IT, KOP!

fairuzmokti said...

ah..jangan la berlagak sangat bro...haha

aremierulez ialah Amirul Idham said...

sha..
sorry... your MU being trash by my red army 4-1 at old trafford..

fairuzmokti..
bukan aku nak belagak..
cuma member2 aku yg sokong real madrid semua baik punye kutuk aku..
last2 terkirap jugak real madrid tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...