Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 30, 2009

KEPUTUSAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2008 DAN KETIADAAN TUN MAHATHIR

Datuk Seri Shahrizat berjaya menang sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. 

Jelas Zaman Tan Sri Rafidah telah berakhir dan momokan beliau yg mahu mengekalkan jawatan satu penggal lagi akibat rasa tercabar dan dendam atas alasan Dato Seri Sharizat menolak pelan perubahan kuasa nyata memakan diri

Ok. Lupakan Rafidah Aziz.

Semasa kemenangan Datuk Seri shahrizat, Datuk Shahrizat dalam ucapannya mengucapkan rasa terima kasih kepada Tun Mahathir.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Tun Mahathir."

Semua yang hadir bertepuk tangan dan bersorak. 

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Hanya sikit yang bertepuk tangan dan bersorak.

Apa maksudnya? Adakah mereka masih merindui kepimpinan Tun M? Adakah mereka lebih respect kepada Tun M?

Hanya mereka yang ada jawapan itu....

======================================

Semasa keputusan pemilihan Ketua Wanita, Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda UMNO juga diumumkan malam tersebut.

Seperti yang semua tahu, Khairy Jamalludin yang memenangi jawatan tersebut (bullshit!!) dan calon favorite aku, Dato' Mukhriz Mahathir tewas dan berada di kedudukan ke-3.

Dan semua orang tahu yang Tun Mahathir tidak hadir pada pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana sudah mengetahui yang anaknya akan kalah.

Tidak!!

Tum berkata, alasan Tun yang tidak hadir kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

Kata Tun lagi, "Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah."

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."

Bukan aku kata, tapi Tun yang kata.

Tak percaya? Baca blog Tun M di sini. Untuk lebih jelas, baca entri ini.

KJ, jangan rasa senang hati sangat ya?

And Tun Mahathir, you still the best of the best.

Dan, Najib pasti berdepan cabaran besar untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO. Good luck with that.

Aku dah sambung episod baru di Tears Don't Fall

1 comment:

dakchomey said...

x nak amik taw hal politik nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...