Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, April 25, 2009

PERSOALAN DEMI PERSOALAN TENTANG DEFINISI MELAYU

Setelah lama mendiamkan diri, aku kini kembali.

Dalam kesibukan aku menyiapkan thesis dan bersiap sedia untuk viva, aku tetap meluangkan masa untuk melawat blog kawan-kawan (walaupun kadang-kadang tak sempat meninggalkan komen) dan melayari beberapa web lain (yang tidak berkaitan dengan Maria Ozawa pasti).

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku pernah terbaca satu artikel di akhbar atau majalah, perbincangan tentang asal-usul orang Melayu dan definasi sebenar Melayu. Artikel tersebut sebenarnya ialah dari sebuah rancangan forum TV yang aku tak pernah dengar (mungkin dari rancangan RTM) dan di jadikan dalam bentuk penulisan artikel untuk mereka yang tak sempat menonton rancangan tersebut, masih berpeluang membaca dan mengetahui isi kandungan perbincangan tersebut.

Pada permulaan artikel, ada tertera nama 3 panel dan nama pengacara forum tersebut. Tapi aku dah lupa. Tak mengapa. Yang penting ialah isi artikel tersebut.

Menurut artikel tu, salah seorang panel rancangan tersebut berkata orang Melayu semakin lupa nilai sebenar Melayu kerana tidak mengikut definasi sebenar Melayu yang tertulis dari segi undang-undang. Panel itu juga berkata ramai orang Melayu yang dah murtad dari menjadi Melayu sebenar.

What the f*ck? Murtad dari Melayu? Aku tak pernah dengar definasi pelik macam itu?

Jadi, apa sebenarnya definasi Melayu? Jadi aku pergi ke google dan search dan aku akhirnya telah sampai ke laman wikipedia berbahasa melayu. Dan di situ aku menemui artikel yang tertulis benda di bawah ini. Melayu boleh ditakrif dari dua versi:

"Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia , orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur Bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailandterdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid"

Aku tertarik pada segi penakrifan dari segi undang-undang. Mari kita analisis bersama (walaupun sebenarnya aku seorang sahaja yang buat analisis ni):

1. Seorang yang beragama Islam

Aku rasa yang ni agak pelik jugalah. Adakah bila kita beragama Islam dan tinggal di Malaysia, kita secara automatik menjadi bangsa Melayu? 

Bagaimana dengan mualaf berbangsa Cina, India atau kaum lain? Adakah secara automatik mereka akan bertukar ke bangsa Melayu secara automatik kerana menganut agama islam?

Bagaimana pula dengan Melayu yang keluar islam? Masih ingat kes Azlina Jailani atau lebih popular dengan gelaran Lina Joy? Melayu yang berumur 42 tahun yang murtad dari Islam ke Kristian Katolik pada usia 26 tahun dan berjaya menggugurkan perkataan "Islam" pada mykad beliau? Adakah dia masih seorang melayu?

Bagaimana pula dengan Nyonya binti Tahir a.k.a. Wong Ah Kiu? Seorang Melayu Islam yang murtad ke agama Buddha?

Bagaimana pula dengan kes Maniam Moorthy a.k.a. Mohhamad Abdullah? Seorang askar dan juga antara ahli kumpulan yang berjaya menawan Gunung Everest dan mencatat rekod warga Malaysia pertama yang berjaya menawan puncak tertinggi itu? Adakah dia juga boleh di gelar bangsa Melayu?

Bagaimana pula kes Siti Fatimah Tan Abdullah a.k.a. Tan Ean Hung? Seorang cina Buddha yang memasuki Islam dan keluar dan kembali ke ajaran Buddha semula? Adakah dia Melayu semasa Islam dan menjadi bukan Melayu semula setelah keluar Islam?

2. Seorang yang bertutur Bahasa Melayu.

Adakah seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa melayu secara automatik akan menjadi bangsa melayu? Bagaimana dengan bangla yang sekarang sudah fasih berbicara dalam bahasa melayu akan menjadi Melayu?

Bagaimana dengan orang di Madagascar? Ramai rakyat Madagascar fasih dalam bahasa Melayu dan ada dikalangan mereka beragama Islam juga. Melayukah mereka?

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

yang ini agak menarik. Jika kamu percaya dan mengamalkan adat Melayu, kamu memang Melayu. Tetapi, bukankah kebanyakan (mungkin hampir 90%) adat istiadat orang Melayu di cedok dan ditiru dari adat orang India beragama Hindu?

Berinai, bersanding, cukur jambul, tepung tawar dan adat-adat lain memang diketahui di cedok dari orang India.

Malah, ada adat Melayu yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam (cukur jambul, berendoi, lenggang perut etc.), tetapi kita masih mengamalkan adat tersebut hanya kerana tidak mahu digelar orang Melayu yang tak sedar diri, orang Melayu moden yang tak kenal adat atau takut kehilangan status Melayu?

Patutkah kita mendahulukan adat dan membelakangkan agama hanya untuk memenuhi definasi sebagai seorang Melayu?

Ok. Kalau nak cerita lagi memamng boleh tapi aku penat mahu menaip. Yang paling menarik, aku baca artikel tu, ada seorang panel yang menganggap mendifinasikan Bangsa Melayu adalah perkara yang tidak perlu. Terpulang kepada kita sendiri untuk mengingati asal usul dan akar umbi kita sebagai Melayu dan cukup dengan memastikan bangsa Melayu maju dan tak ketinggalan dari bangsa lain.

 Tetapi ada panel yang membangkang dan berkata panel tersebut dah hilang kemelayuaan nya sebab berkata demikian. WTF?

Tapi aku agak bersetuju dengan penakrifan antropologi yang menerangkan Melayu ialah berkulit sawo matang dan berbadan serdehana tegap.

Aku rasa definasi begini adalah lebih tepat. Menerangkan dari segi fizikal. Memang kebanyakan orang Melayu berkulit sawo matang dan definasi ini lebih dekat kepada Melayu (Melayu kacukan dengan Mat Saleh yang berkulit putih tidak boleh di kira).

Memang satu perkara yang paling sukar untuk dicari definasi sebenarnya. Mungkin hampir tiada jawapan tepat jika soalan ini di utarakan. Kalau soalan ini keluar dalam SPM, aku pasti ramai yang lingkup dan tak mampu nak jawab soalan ini dengan sempurna.

Terpulang kepada pemikiran itu sendiri untuk mendifinasikan Melayu itu sendiri. Bagi aku, apa yang penting ialah kita memajukan diri sendiri tanpa menghiraukan perkara-perkara remeh ini. Tak perlulah nak di bahas atau di forumkan perkara seperti ini.

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall.

18 comments:

en_me said...

hmmm.. dh lamer tak bajar antropologi tewww..

What about Amirul? said...

en_me..
selamat belajar kembali... (",)

hidup ini satu pelajaran yg tak kan tamat..

dakchomey said...

selangor menang..

What about Amirul? said...

dakchomey..
saya tak tengok liga malaysia ni..

bak kata bekas jurulatih msia....
"S-League is not a football. Yes... Is not a f*cking fooball...."

fairuzmokti said...

hei, aku orang berketurunan minangkabau. macam mana tu? tapi aku tetap rasa aku melayu tulen..

haha

Amirul said...

fairuz..
ade ke melayu tulen?
ape kriteria melayu tulen?
bukan ke bangsa melayu ni gabungan dari minangkabau, jawa, banjar, dan sebagainya?

jadi mcm mne nak kata melayu tulen eh?

Hujan Malam said...

sy rs srg ni melayu tulen atau tak dh xrelevan..yg penting keislaman n warganegara malaysia...

Amirul said...

hujan malam..
that's it!!
itu yg saya nak sampaikan dan awak berjaya nampak. congrats..

penah saya tgk rancangan di astro oasis di mana sorg mualaf mengeluh dia di layan kurang baik hanya kerana dia berbangsa cina....

what a shame...

Hujan Malam said...

wah..sy bjaya ke?hehe..xsgka..hehe..
p/s : amirul..anda di tag..hehe

Amirul said...

hujan malam..
ya.. anda berjaya...
tapi tak de hadiah...
hehehe...

la.. kene tag ye..
huhu..

Fiziy said...

berat issue ni. tapi aku suke idea dlm video sepuluh tahun sebelum merdeka. marilah berhartal bersama sama..

Amirul said...

fiziy..
aku tak sempat nak tengok 10 tahun sbelum merdeka sampai habis sebab laptop aku rosak dan aku akhirnya terpaksa beli laptop baru..
isi kandungan dalam laptop lama smua musnah...
kau ada simpan cite tu ke?

Fiziy said...

yup, aku ade. tp dekat youtube aku rase mmg ade punye. video clip pendek, lebih kurang 10m je.

fairuzmokti said...

kalau macam tu, tiadalah melayu yang tulen di dunia ini lagi.

ah, hang tuah, nampaknya melayu sudah mula hilang di dunia..

Amirul said...

fairuzmokthi..
hang tuah tu pun entah melayu tulen ke tak agaknya.....

Lee said...

1. Islam.

kau faham tak, islam adalah ciri-ciri/syarat seorang melayu. orang melayu mestilah beragama islam. tapi tiada perlembagaan islam yang menyatakan orang islam adalah melayu.

samalah macam setiap rasul itu nabi, tapi bukan setiap nabi itu rasul. jadi, setiap melayu adalah islam, tapi setiap islam (muslim) tak semestinya melayu.

melayu murtad? mana ada. islam melayu yang kemudiannya murtad adalah bukan melayu. tiada bangsa.

Amirul said...

lee..

melayu murtad? mana ada. islam melayu yang kemudiannya murtad adalah bukan melayu. tiada bangsa.tak kan dengan bertukar agama saja, orang itu akan hilang status bangsanya.

jadi macam mana dengan cina dan india mualaf? adakah kerana mereka convert ke islam mereka akan jadi melayu pula?

sebenarnya bangsa tidak melambangkan apa2 pada seseorang.. cuma agama yang membezakan..
tetapi kerana orang malaysia (melayu lebih sket..) terlampau taksub dgn bangsa, menyebabkan terjadinya perkauman...

Amirul said...

lee..

melayu murtad? mana ada. islam melayu yang kemudiannya murtad adalah bukan melayu. tiada bangsa.tak kan dengan bertukar agama saja, orang itu akan hilang status bangsanya.jadi macam mana dengan cina dan india mualaf? adakah kerana mereka convert ke islam mereka akan jadi melayu pula?

sebenarnya bangsa tidak melambangkan apa2 pada seseorang.. cuma agama yang membezakan..
tetapi kerana orang malaysia terlampau taksub dgn bangsa, menyebabkan terjadinya perkauman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...