Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, May 28, 2009

BINCANG-BINCANG

Sebelum memulakan coretan untuk entri kali ini, aku ingin memohon maaf kerana lama juga aku tidak mengemaskini blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Aku agak sibuk dalam 2 minggu yang lepas. Aku telah menghadiri beberapa sessi temuduga dan aku menghadirkan diri ke Hari Kerjaya di PWTC tempoh hari dalam usaha mencari kerja setelah menamatkan pengajian aku ini.

Kemudian, atuk kepada sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Ini menambahkan lagi tahap ke sibukan aku untuk mengupdate blog ini.

Namunpun begitu, dalam kesibukan yang melanda sempat jugalah aku menonton wayang. Aku tonton dua cerita dalam 2 minggu ini. Star Trek dan Night At The Museum: Battle of the Smithsonian.

Asalnya, aku dan sepupu aku mahu menonton cerita Push, jadi kami memilih TGV KLCC. Yang pelik tu, punyalah banyak cerita yang ditayangkan, cerita Push tak ditayangkan di TGV KLCC sedangkan wayang lain ada. Sungguh mengecewakan. Punyalah penat pergi KLCC sebab nak tengok cerita Push di TGV, sekali tak de la pulak.

Akhirnya, aku memilih Star Trek. Walaupun hati aku sedikit gusar memandangkan sejarah hitam sebelum ini. Boleh dikatakan hampir semua filem Star Trek sebelum ini membosankan. Termasuk juga siri televisyen mereka (kecuali Enterprise yang agak tidak membosankan berbanding yang lain). Oleh kerana tidak mahu menonton cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Gelap, kami pilih jalan menuju angkasa. 

Faktor lain yang menyebabkan aku bersetuju untuk menonton Star Trek ialah Zachary Quinto (memegang watak Sylar dalam siri Heroes), turut berlakon dalam filem ini sebagai Spock. Aku amat meminati lakonannya dalam siri Heroes dan menjadikan faktor penarik untuk aku menonton Star Trek. Ditambah pula interview bersama pengarahnya, J.J. Abrams, yang berkata "filem kali ini sesuai ditonton untuk peminat dan bukan peminat Star Trek yang sejati kerana dia sendiri bukan peminat Star Trek."

Tapi secara keseluruhannya, Star Trek memang menghiburkan. Yang lebih menarik ialah kerana filem ini menggunakan watak-watak klasik dari siri pertama Star Trek (dikenali sebagai Star Trek: The Original Series) seperti James T. Kirk, Spock, Uhura, Hikaru Sulu dan penampilan istimewa Leonard Nimoy, pemegang watak Spock yang asal. Ditambah dengan campuran elemen aksi, kejutan, komedi dan visual effect yang menarik, 5 Bintang untuk Star Trek.

Night At The Museum 2 juga menarik. Kalau dibandingkan dengan yang pertama, aku rasa yang ini lebih menarik. Lebih banyak watak baru ditonjolkan dan aksi humor yang lebih teratur dari pada yang pertama. 4 Bintang.

Ok. Berbalik pada tajuk entri aku yang sebenar.

Semasa aku di KL, aku telah berbual dengan sepupu aku (lelaki) yang mempunyai seorang adik perempuan. Jadi aku bertanya kepada dia jika ada kawan baiknya bercinta dengan adiknya itu. Sepupu aku cuma menjawab "Rasa macam lain macam jek...".

Jadi, mari kita bincangkan.

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?

Ok, jom bincang bersama.

Aku dah update Tears Don't Fall

14 comments:

Diya Kamaruzaman said...

uhu. banyak nya movie yang sudah di layan ye. =)

straight to the soalan2 amie.

1. gembira. hahaha. serius. pernah sekali adik diya nak "mengayat" my bestfriend. tapi, pasal dia tu ADIK diya - jadi nya my fren tak layan sangat lah. just anggap sebagai adik2. kawan diya ni ada lah cerita kat diya pasal adik diya nak "mengayat" tu, plus adik diya pun terang2 tunjuk minat kat kawan tu. tak tahu kenapa, rasa tak kisah langsung. diya siap cakap, kalau diya ada abang - dah lama diya suruh abang pikat kawan baik diya tu. hahaha. sangat tak bleh blah kan?

2. dah nama pun tak kisah, of course lah tak menghalang. menggalakkan lagi ada lah. =p

3. uish. buat apa nak putus kawan pulak ni? lagi best kalau kita ber-ipar kan orang yang dikenali, kan? seronok nak ajak berbual nanti =)


p/s-tapi, diya rasa lain macam gak ah bila kawan2 nak kenal2 kan abg diorang kat diya. isk, kekok lah.

en_me said...

kalo dah jadi ipar duai teww nanti biasalarr kanns.. mula2 jerr kekok ghiteww

Amirul said...

diya....
haha... apsal tak layan jek abang member dia tu...
leh jadi akak ipar pada kawan tu..
bleh la buli dia..
hahaha...

so, kesimpulannya diya tak kisah kalau kawan couple dengan adik beradik diya...

terima kasih kerana sudi berbincang...

en_me....
nmpk nye en_me juga sependapat dgn diya....

Fiziy said...

lagi bagus. senang aku nak kontrol adik aku nanti.


selamat kau tak cerita dari mula sampai habis movie Star Trek tu. baru berhajat nak gi tgk..

fairuz said...

citer push aku download je...lepas aku layan, aku rasa macam kurang berbaloi layan kat wayang...

aksinya amat kurang berbanding trailernyer...

yang pasal ngurat adik atau akak tu, aku takde pengalaman la..tapi rasa cam tak best je...haha...

Amirul said...

fiziy...
pegi beb tengok star trek tu..
aku rasa berbaloi ko tgk kat wayang cite tu...

so, kau pun tak kisah kalau kawan kau bercinta dengan adik kau...

fairuz..
oh.. ye ke?
nasib baik aku tak tgk push kat wayang...

so, fairuz menjadi org pertama yg rasa tak berapa best kalau member couple dengan adik beradik...

dakchomey said...

klu da kwn kite tu baik n rase layak tok adek beradik kite pe slahnye...sepatutnye x jd isu hal ni kan... lg senang la erk kite nk ngam ngan ipar coz kwn kite kan...

azman / athena said...

gua sokong!!!! takde hal la kalau setakat member2. Gua memang takde hal, lagi2 kalau adik Fiza(awek Apeng)..wa caya lu abang Apeng!!!

Amirul said...

dakchomey..
pada awak, mungkin tak jadi isu..
tapi pada kwn saya, mmg jadi isu.
kawan dia tackle abng dia. skang ni, kawan saya tu dah tak ngam lagi dgn abg dia sbb kawan dia tu selalu laga-lagakan diorang berdua..

azman..
macam sial..
gua cakap kat awek lu...
weh..fiza ade adik ke?
lawa ke?
oh... akak fiza dan abang apeng..

azman / athena said...

hahaha..sebenarnye ari tu Apeng cite kat aku, Fiza bengang sebab adik Apeng try2 adik Fiza, belakang Apeng pun dah kena racun Fiza, Apeng pun dah nak paiseh..hahahahaha

joey said...

eh....bila ko pegi tgv klcc?

kalau last weekend aku pun pegi tengok dua movie jugak...

star trek dan angels and demon...

dua2 besh...

pasal soklan ko...

aku ada sorang adik pompuan gak

tapi it's okay for me

yang penting aku tau kawan aku tu macam mana..kalau kawan aku tu dah sah memang perangai tak bagus...rasanya....kena fikir 2 kali


anyway...in my case it's not going to happen.....hahaha

my sis rasanya dah ader bf sendiri kot...

Amirul said...

azman..
oh ye ke?
ala.. ckp kt fiza, rilek sudah..
hal adik2 tak yah campur..
hehehe..

joey..
aku tak tgk time weekend, aku tgk time week day...

anyway...in my case it's not going to happen.....hahahahehe... macam ayat amaran kpd kawan2 kau jek tu...
hehehe...

Hujan Malam said...

hehe..sy mmg xstuju..nnti dh kawen kna compare lak ngn mertua..lgpn xbkembang plak keturunan..dah btahun dok ngn adik beradik kawen pn beripar ngn adik beradik ke..aiseh..

Amirul said...

hujan malam...
heheh...
tak berkembang keturunan...
hehhe..
betul gak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...