Belilah Novel Aku!!!!

Friday, May 1, 2009

CERITA MELAYU SAMPAH YANG PERNAH AKU TONTON DAN RASA SESAL KERANA MENONTONNYA TIDAK HILANG HINGGA KE HARI INI

Tak payah intro panjang-panjang. Jom Usha:

(Semua filem ini tidak disusun mengikut nombor, just randomly je aku tulis)

 MAMI JARUM

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen

Situasi menonton:

Rasanya pada Hari raya tahun lepas. Masa tu pukul 3 pagi, semua orang sudah lena di ulit mimpi tapi mata aku sangat cerah dan segar. Buka TV, cari channel tv sampai la ke Astro Kirana dan terpaparlah cerita ini. Memandangkan saluran sukan semuanya memaparkan sukan Golf dan American Football (suck American sport) dan channel Star World memaparkan Cofee With Karran, maka option aku amat sikit ketika itu.

Ulasan:

Aku sebenarnya Cuma tengok setengah jam terakhir, tapi dah cukup terasa sampahnya. Agak kelam kabut jalan ceritanya dan Nampak pelakon macam terburu-buru, di campur dengan lawak bodoh standard Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Yang paling menjijikan ialah babak terakhir, dimana kononnya Mami Jarum tu dah insaf, tengah sembahyang dan berdoa. Lepas tu, anak dia masuk (over gedik Rita Rudaini)mengumpat pasal jiran sebelah mengandung anak luar nikah. Emaknya terus selak telekung dan tunjuk gelang berderet pada lengannya. Macam menghina Islam pulak. Atas sejadah dan dalam telekung pun nak mengumpat orang.

Rating:

3 Tong Sampah + 2 Tong Sampah untuk gelak kuda Rita Rudaini

MAIN-MAIN CINTA

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen lagi

Main pondok-pondok je cerita ni

Situasi menonton:

Tengah malam, tiada rancangan menarik di TV. Sepupu aku datang selepas pulang dari pasar malam dan meninggalkan CD cetak rompak yang dibeli di rumah aku. Bapak aku yang tengah boring pun terus menyuruh aku pasang CD tu.

Ulasan:

Pertama kali si Adam AF2 dan Misha Omar belakon. Bila baru pertama kali berlakon, korang mesti tahu kualiti lakonan mereka. Adam terlampau malu sangat dan control macho dan Misha memang kayu habis. Jalan cerita memang tipikal Prof Razak berserta yang memang boleh dibaca. Baru habis satu CD, bapak aku Tanya, “Kau nak tengok lagi ke cerita tu?”. Aku geleng. Tutup VCD player dan kitorang bukak TV balik. Tengok orang lawan Dart lagi baik.

Rating:

4 Tong Sampah. 2 untuk Adam, 2 untuk Misha Omar

1.       Mistik

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen (rasanya la. Tapi memang ya kot. Tolong siapa-siapa confirm kan)

Situasi menonton:

Masa aku belajar di Politeknik Merlimau. Menonton dari VCD cetak rompak. Aku tak ingat aku tonton di bilik siapa sebab memang sakit jiwa menontonnya.

Ulasan:

Aku ada tengok “The making of Mistik” di TV. Rita Rudaini dengan gahnya berkata, “Dalam senarai pelakon ni, saya dengan Chico Harahap je yang ada pengalaman berlakon dengan luas, lain semua pelakon baru. So, memang diorang semua kena mintak tunjuk ajar dari saya.”

Tunjuk ajar apa? Tunjuk ajar jadi sampah?

Pegh. Jalan cerita cerita ni, memang sampah gila babi punya. Aku tak tau la apa perasaan orang yang tengok cerita ini di wayang. Jalan cerita simple dan tak membina, di tambah lakonan Rita Rudaini  yang memegang watak sebagai wanita lasak @ tomboy @ pondan baru lepas operate alat kelamin memang tak menjadi dan Nampak sangat di buat-buat.

Di tambah pula dengan jeritan annoying yang di buat oleh Rita Rudaini. Memang sakit jiwa. Kalau cerita tu keluar TV, aku cepat-cepat tukar channel sebab tak mahu mendengar jeritan annoying Rita Rudaini tu. Aku tidak tahu kesudahannya sebab aku memilih untuk tidur dari sakit telinga mendengar jeritan ala pondan kena rogol itu.

Rating:

10 Tong Sampah + 2 Tong Sampah untuk lakonan dibuat-buat oleh Rita Rudaini + 5 Tong Sampah untuk jeritan annoying Rita Rudaini.

      Mendam Berahi

Arahan: Z. Lokman

Filem aksi terhebat di rantau ni konon.

Situasi Menonton:

Juga pada waktu Hari raya. Tengah mabuk kuih raya. Cerita yang kononnya penuh aksi ini menjadi bahan ketawa oleh aku dan abang atau sepupu aku. Tak berapa ingat siapa yang menonton dengan aku.

Ulasan:

Aku ada melihat “The Making Of Mendam Berahi”. Dari babak di belakang tabir, Nampak filem ini macam boleh pergi jauh. Rupanya, tak boleh pergi langsung.

Aku sedikit teruja apabila melihat ada babak-babak letupan pada iklan promo untuk filem ini. Dan pada tahun hadapannya, aku ketawa sakan melihat aksi siol para pelakon dari cerita ini.

Jalan cerita yang mengarut dan boleh diduga. Macam tengok Awang Spanar, malah rasanya Awang Spanar  lebih menghiburkan. Aku tak tahu la apa yang ada dalam kepala Z. Lokman ni. Ada hati mengaku hampir setaraf P. Ramlee. Oh ya. Ini merupakan filem terawal (mungkin pertama) bagi Rita Rudaini.

Rating:

5 Tong Sampah +  1 Beg Plastik Sampah kerana menipu dengan babak letupan yang tidak munahsabah.

Aku Kaya The Movie

Situasi Menonton:

Dalam bilik bersama roommate yang berasal dari Perlis semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Roomate aku, K (bukan nama sebenar. Cuma huruf pertama bagi namanya), ialah seorang peminat filem melayu yang tegar. Dia memang tak layan cerita Hollywood (sekarang ni aku tak tau la). Sampah macam mana pun cerita Melayu tersebut, akan di tonton sampai tamat. Tetapi, hari ini akan mengubah segalanya.

Ulasan:

Memang berbeza dengan cerita VCDnya. Yang versi VCD tu boleh terima. Tapi versi filem ni memang tak boleh Blah. Aku dapat bertahan 15 minit sahaja. Masuk babak Bandi Amuk keluar masa zaman batu, aku dah dapat Nampak kesampahannya itu. Aku bangun dan terus baring atas katil. 15 minit kemudian, K pun tutup computer dan baring di katil dia. Aku Tanya apsal tak tengok sampai habis. Dia balas, “Mengarut ceritanya.” Maka terpalitlah sejarah yang K akhirnya mereject cerita Melayu.

Rating:

1 Lori Sampah Alam Flora + 1 Lori Sampah Southern Waste.


Kesimpulan:

Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tapi aku dah penat. Ni antara yang sampah la aku letak ni.

Entah kenapa la cerita Melayu ni banyak yang sampah dari yang best. Risau juga aku kerana apabila selalu sangat di sogok dengan cerita sampah, maka rakyat Malaysia berkemungkinan akan berfikiran sampah juga nanti. Tolonglah wahai pengarah dan penerbit, fikirlah baik-baik sebelum membuat sesuatu filem.

Tapi, kebanyakkan filem sampah ialah hasil arahan Prof A. Razak Mohaideen dan lakonan Rita Rudaini. So, korang piker la sendiri. Hahaha…..

Next entri, aku ceirta pasal filem Melayu yang best pula.

Aku dah update episode baru di Tears Don’t Fall.

20 comments:

fairuzmokti said...

kau nak tau apa perasaan orang yang melihat cerita MISTIK arahan Razak Mohaiden itu di pawagam..?

mari, biar aku cerita sikit..

memang SAMPAH!! aku terpaksa tengok sebab takde member aku nak temankan aku main snuker. keluar ramai², pastu nak tengok wayang citer tu. maka disebabkan aku ni buta wayang gak masa tu, maka aku terpaksa join gak la.

bila abes, dan keluar wayang, memang aku menyumpah seranah cerita tu. sia² RM10 aku. bangsat sungguh razak mohaiden di mata aku masa tu.

selain lady boss dan cinta kolestrol, citer dia yang lain sumer aku tak tengok. oh ya, dua² cerita tu aku layan sebab erra fazira dan ning baizura sahaja. bukanlah aku minat pada ning, cuma dia kan selalunya jarang² berlakon..haha..

nasihat aku, jangan tengok citer razak mohaiden. citer afdlin shauki tak mengapa..

Diya Kamaruzaman said...

3 cerita pertama diya penah tgk. 2 cerita terakhir tak penah dgr pulak. huhu.

kdg2 mmg nampak "weird" sket cite prof. tapi, kdg layan gak ah. dlm pada tak puas hati, nyampah ke apa, still tergelak jgk. hehe. maybe diya je kot rasa okay dgn cite prof razak mohaiden. pandangan masing2 =)

Fiziy said...

hehe support la local movie. hoho~

Amirul said...

fairuzmokti...
huhu.. terima kasih kerana luahan perasaan tersebut..
nasib baik aku tak tengok kat wayang...
kalau tak mau aku bakar je wayang tu...

diya...
maybe...
tapi lebih baik tunggu VCD pirate je kalau nak tgk cite prof tu...

fiziy...
aku tak support cite prof ni jek..
cite afdlin shauki layan beb...

Hujan Malam said...

Prof Razak tu ttp 'Pengarah Sampah" No 1 kat Malaysia..hehehe

p/s : xyah tggu VCD pirate..tggu je raye thn2 dpn..cnfirm kuar kat astro..hehe

Hujan Malam said...
This comment has been removed by the author.
Hujan Malam said...

Saya rasa cite "Duyung" rugi sbb bagi kat Prof Sampah tu..idea cite dh bgs..amik Maya Karin jd duyung dh ok..tp ble sampai kat tgn prof tu sume dh jd sampah..sayang sgt..

Amirul said...

hujan malam...
hehehe..
prof sampah.. memang layak tu...

mungkin betul gak..
cite duyung tu macam ok jek...
tp saya tak tgk kesudahan nya.. (tertidor) hehehe...

mungkin kalau angelina jolie ada dlm filem dia pun...
blum tentu best sbb dia pengarah...

oryzasativa said...

cite mendam berahi tu x best. tajuk pon x sesuwei langsung.tgok charlies angel lagi best.huhu
main-main cinta lagi la tak paham cite die. entah ape punye cerita. macam cite cinta budak2 sekolah.setakat hero and heroin popular pon lom tentu leh jual kalau jalan cerita macam sampah.

yang aku layan cite anak mami, mami jarum sebab kebetulan aku memang teruja nak tengok cite yang belokasikan kat penang.huhu sebab aku memang suka nak belajar loghat2 utara ni.hehe

buang duit je tengok wayang.lom tentu best cite2 melayu ni.beli cd pirate or download je kat internet.

tapi kalau cite aksi dan thriller dari hollywood confirm best.cite melayu pun kalo yg best and menarik minat aku nak tengok cite aziz m.osman , afdlin and shuhaimi baba.

setakat ni movie yg paling bagus bg aku cite xx-ray.mmg x leh lupe.bile la lagi m'sia nak wat cite sains fiksyen camtu lagi.

Amirul said...

oryzasativa...
yup... xx-ray ialah bapak kepada cerita sins fiksyen di Msia...
ntah kenapa aziz m. osman tak buat xx-ray 3?

joey said...

aiyo...ironic sungguh
pangkat professor..filem adui..memang lawak

tapi...tetap jugak kutip juta2 kan?
bukan apa...ramai sangat kata tak tengok filem melayu (yang bodoh2 ni)..tapi kutipan tetap mengalahkan filem bijak lain...


and tak boleh blah tengok style rita rudaini pegang pistol mainan (opsss) dalam citer Mendam Berahi tuh...wakakaka

Amirul said...

joey...
ha.. aku lupa lak pasal pegang pistol mainan tu..
memang nampak sgt pistol tipu...

yg pasal kutipan juta2 tu, bukan semua filem dia dpt juta2 pun...

LiLacFlA said...

mistik

"tak pe nanti dia letih dia tdo la" kata ntah sapa tyme rita kena rasuk lam kemah. ayat vodo yg aku igt sampai skang.

x da asas agama dowh.

haha duyung tu kalu tak wat lawak hampeh, repair jalan cta, tak part love gedik tu jejauh mesti cun kan.

LiLacFlA said...

mistik

"tak pe nanti dia letih dia tdo la" kata ntah sapa tyme rita kena rasuk lam kemah. ayat vodo yg aku igt sampai skang.

x da asas agama dowh.

haha duyung tu kalu tak wat lawak hampeh, repair jalan cta, tak part love gedik tu jejauh mesti cun kan.

Amirul said...

LiLacFIA..
hahaha..
lupa lak pasal dialog tu...
memang bodoh gak la dialog2 dlm cite mistik tu...

stuju dengan kamu..
duyung tu kalau jatuh kat direktor yg bagus, mungkin boleh jadi lebih menarik...

gelarezz said...

bile tak tgk criter malaysia, kate tak support local act..
tp kalau dah produce bende2 smpah, macam mane la nak tgk..
diorang neh buat cerita macam "janji ada"..

aremierulez/Amirul said...

gelarezz
yup. tau tak pe. diorang buat filem macam sekadar ada dan tak alert dengan kehendak penonton malaysia

Comel said...

Well, what do u expect from so called Prof Madya... ntah2, student dier lagi berkualiti kot...

aremierulez/Amirul said...

comel:
dengar cerita, banyak jugak student dia yang tak suka kat dia... ntah betul atau tak, itu tak tau la...

tapi kalau betul2 student die benci kat dia, memang patut pun...

LOL said...

BRO inilah yang aku cuba nak tulis... tapi kau da tulis dulu.... MENDAM BERAHI, MISTIK, SIFU n TOGA, KULIAH CINTA and SEMUA CERITA RAZAK MAIDEN MEMANG SAMPAHHHHhh!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...