Belilah Novel Aku!!!!

Friday, June 26, 2009

JACKO DEAD AT 50


Akhirnya, artis yang penuh kontroversi dan diberi gelaran King of Pop ini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Khamis 25 jun 2009 (waktu Amerika Syarikat).

Punca kematian MJ ialah jantungnya gagal berfungsi di rumah sewanya di Los Angeles.

Aku teringat ada berita yang pernah mengatakan yang Michael Jackson ini telah pun menganut agama Islam. Mj dikatakan menganut agama Islam setelah melihat dua orang kawannya yanh juga bertindak sebagai producer album barunya yang kini telah beragama Islam. MJ berkata dia melihat 2 kawannya itu hidup lebih tenang dan sempurna selepas beragama Islam.

Salah seorang abangnya juga (aku tak ingat yang mana) juga telah menganut agama Islam dan menjadikan dia semakin cenderung untuk memeluk agama Islam.

Dan tak salah aku, dia ada menjual semua pakaian koleksi peribadi beliau seperti jaket, mahkota raja dan pakaian yang sering digunakan dalam concert tour atau video klipnya pada awal tahun ini.

Punca di menjual semua pakaian itu tidak diketahui tapi dari pengamatan aku, aku tengok pakaian yang dijual itu semuanya ada salib kecil yang menjadi perhiasan pada pakaian itu.

Samada dia benar sudah menukar agamanya menjadi Islam ataupun tidak, Michael Jackson akan tetap dikenang sebagai ikon music, seorang penari yang hebat dan seorang penyanyi yang punya banyak idea kretif dan tidak pernah difikirkan orang dalam pembuatan video klip. Pasti kamu semua pernah melihat video klip Black or White yang mencatat rekod dunia apabila ditonton lebih 500 juta orang diseluruh dunia semasa world premier video itu.

Justin Timberlake tu hanya boleh bermimpi jika kononnya dia bakal pengganti MJ. Dia hanyalah MJ wannabe sahaja.

"who’s goin to heal the world now? who’s gonna tell u that u r not alone? who’s gonna unite the black & white? who’s able to walk backward & look damn cool? which zombie can dance better than him? u r truly world HISTORY" - Adam Tan, salah seorang pembaca The Star (di ambil dari website The Star)

Michael Jackson 1958 - 2009.

6 comments:

dakchomey said...

huhuhu...setiap yg idup pasti mati

Amirul said...

dakchomey..
yup..
satu hari nanti kita akan ke sana jua..

MIMI ZUZU @ M1N4M1 said...

mungkin masa dia dah sampai..

Amirul said...

m1n4m1..
yup...
masa dia sudah tibe...
kenangilah dia sebagai antara penghibur terhebat dunia...

kamu dah kembali memblogging ya?

Diya Kamaruzaman said...

diya bukan peminat MJ. tapi, berminat aje nak baca pasal konstroversi die apa bagai. semalam bukak paper, baca part MJ jelah. huhu.

Amirul said...

diya...
kalau diya bukak channel astro 712, 713 dan 714 masa 3 hari selepas kematan MJ, mesti seronok...
ada dokumentari perjalanan musik mj dari jackson 5 sampai dia solo..
sangat menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...