Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, July 25, 2009

ENTRI PADA 25 JULAI

Maaf kerana terpaksa hiatus lagi. Bukan suka-suka mahu menghilangkan diri tetapi ada beberapa sebab aku mendiamkan diri buat masa ini.

First, Sejak pemergian pensyarah yang aku hormati, Cik Nazimah, aku bagaikan kehilangan mood untuk melayari internet.

Bukan apa, apabila aku melayari internet, aku akan duduk berseorangan dan bila keseorangan fikiran aku akan menerawang dan teringatkan kisah-kisah aku bersama pensyarah dan kawan-kawan semasa aku meneruskan pengajian di Politeknik Merlimau.

Jadi, aku sekarang lebih gemar membuat aktiviti luar bersama kawan atau sepupu. Malas nak duduk seorang diri.

Second, aku kini sudah mempunyai hobi baru.

Sebenarnya bukan hobi baru, tapi hobi lama yang sudah lama aku tidak amalkan dan lenyap sejak tahun 2004. Aku cuba membangkitkan kembali hobi itu.

Apakah hobi aku? Hobi aku ialah membaca.

Ok. Aku yakin ada yang akan ketawa sekuat hati, lagi-lagi sesiapa yang pernah mengenali aku in-person, kerana agak mustahil aku suka membaca.

Tetapi memang benar, aku memang suka membaca. Cuma minat itu sudah lama di bunuh oleh kesempitan masa.

Sekarang, aku sudah habis belajar. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku memulakan sessi membaca aku ini. Memang benar, aku perlu berseorangan untuk membaca tetapi apabila membaca, otak akan lebih focus untuk memahami apa yang aku baca.

Untuk memulakan hobi aku ini, aku telah membeli  5 buah buku. 3 novel dan 2 lagi merupakan buku agak bersifat sejarah islam. 3 novel yang aku beli ialah hasil nukilan Ahadiat Akashah. Lagenda Budak Setan, Katerina dan Kasyah. Aku pernah memiliki 2 dari 3 novel itu tapi sudah hilang. Jadi aku beli kembali bersama sambungan cerita tersebut. Tetapi aku Cuma membaca Lagenda Budak Setan dan Katerina. Aku tinggalkan episod akhir Kasyah untuk kli lain kerana rasa tepu pula membaca novel.

Aku kini beralih arah ke 2 buah buku yang lain. Satu berjudul Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, hasil tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz dan Jatuhnya Sebuah Tamadun hasil karya Mohammad Nurhakim.

Aku sudah berjaya menghabiskan buku tentang Iskandar Zulqarnain itu dan dalam progress untuk menghabiskan pembacaan tentang kejatuhan empayar dan tamadun Islam.

Sebab ketiga aku Hiatus ialah laptop aku meragam tak tentu pasal. Entah kenapa tiba-tiba laptop aku menjadi berat dan lembab walaupun mempunyai 3GB RAM. Itulah sebab aku jarang buka laptop aku. Dan itulah sebab aku mengambil langkah untuk hiatus sahaja buat masa ini….

Oh. 25 Julai datang lagi. Menandakan aku semakin tua kini. Aku sudah berumur 25 tahun. Tetapi masih tiada pekerjaan, belum ada pendapatan dan belum ada masa depan yang stabil…

Aaii…. Apa-apa pun, selamat hari lahir pada aku. Kepada kamu yang ingin mengirimkan hadiah kepada aku, sila e-mel kan hasrat kamu. Aku akan bagi alamat rumah aku melalui e-mel sahaja.

Aku belum ada mood nak menyambung cerpen di Tears Don't Fall. Minggu depan lah ye?

Sunday, July 19, 2009

HIATUS LAGI DAN LAGI, DAN LAGI.....

Maafkan aku...

Tapi aku terpaksa Hiatus untuk sementara waktu...

Banyak sangat perkara yang terjadi dan perlu di settle kan....

Jumpa minggu hadapan....

Sunday, July 12, 2009

AL-FATIHAH

Pada pukul 8:45 pagi, 11 Julai 2009, iaitu pagi semalam, aku telah mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) dari seorang pensyarah aku yang mengajar aku semasa aku melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka.

SMS itu datang daripada Cik Nazimah. Setahu aku, Cik Nazimah memang sedang terlantar di dalam hospital di wad ICU. Aku rasa mugkin dia mahu memberitahu aku bahawa dia sudah sihat dan sudah boleh keluar daripada hospital.

Rupanya aku silap.

SMS itu berbunyi begini: "Cik Nazimah kembali ke rahmatullah jam 6 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Mohon kemaafan sekiranya ada."

Terkejut aku. Aku membaca sekali lagi mesej tersebut. Memang benar. Cik Nazimah memang sudah tiada lagi. Mesej yang mungkin di hantar oleh ahli keluarganya mungkin.

Pada pukul 10 pagi lebih, beberapa kawan aku menghantar SMS memberitahu aku perkara yang sama. Aku tidak membalas SMS mereka. Ada yang menelefon aku, samada mahu memebritahu aku atau ingin menanyakan kesahihan berita itu mungkin. Tapi aku tidak menjawab panggilan mereka.

Ini kerana aku masih seperti tidak mahu menerima kenyataan yang Cik Nazimah sudah tiada lagi. Aku tidak mahu mengangkat telefon itu dan memberitahu mereka tentang pemergian Cik Nazimah. Aku tidak mahu akan telefon dan berkata, "Ya, Cik Nazimah sudah tiada...." 

Biarlah merek tahu dari mulut lain kerana mulut aku memang tidak mampu mengucapkan kata-kata itu.

Cik Nazimah memang seorang pensyarah yang baik. Dia seorang yang kelakar ketika mengajar dan sangat memahami anak muridnya. Walaupun kadangkala dia agak tegas kepada anak muridnya, tetapi apa yang dilakukan ialah untuk kebaikan anak muridnya.

Dan kini ianya hanya tinggal sebuah kenangan yang akan di kenang oleh semua anak muridnya.

Dan kini sehingga hampir pukul 5 pagi, aku belum mahu melelapkan mata kerana masih terkenangkan beliau. 

Tapi kali ini, aku sudah boleh menerima kenyataan. Menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi.

Walaupun aku tahu para pembaca blog aku tidak mengenali siapa Nazimah bte Baharin, tetapi aku harap kita dapat bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.......

Wednesday, July 8, 2009

CARIAN DI ENJIN CARIAN YANG AKHIRNYA BOLEH SAMPAI KE BLOG INI

Kepada sesiapa yang pernah membaca blog Aku Tak Peduli, mesti kamu pernah terbaca jenis entri seperti ini. Maafkan aku encik Melayu Minimalis kerana meniru gaya entri kamu… Sebab aku tengah tiada idea ni…. Hehehehe….

===========================================

Enjin carian memang berguna untuk kamu mencari apa-apa sahaja maklumat yang berguna dan yang tak berguna serta yang tidak bermoral.

Berikut ialah beberapa pengguna internet yang menggunakan enjin carian (tidak kira Yahoo!!, Google atau lain-lain) yang akhirnya boleh sampai ke blog aku. Terima kasih kepada Freedjet. Kadang-kadangaku pun pelik kenapa la carian mereka yang aku rasa pelik boleh sampai ke blog aku. Jom kita lihat bersama apa yang mereka cari hingga boleh sampai ke blog aku ini dan aku akan cuba membantu mereka dalam carian mereka itu dan memberikan sedikit jawapan yang mungkin dapat membantu mereka.. Jom usha.

KUALITI KERJA

Aku rasa aku bukan pakar motivasi untuk bercerita tentang kualiti kerja rakyat Malaysia. Tapi aku rasa aku pernah menulis sedikit tentang kualiti kerja dalam entri ini dan entri ini.


DAUDSU BERTUNANG

Tak salah aku, Daudsu ni pemain bola sepak Malaysia. Dia bermain dalam posisi bek kanan. Dulu main Johor FC sekarang main Kelantan. Dah bertunang? Aku memang tak tahu. Pernah aku tulis pasal Daudsu sebelum ini. Tidak pernah rasanya tapi kali ini aku dah tulis. Mungkin lepas ini kalau kamu Google “Daudsu”, blog aku mesti antara yang teratas bila keluar result carian itu.

Oh, ya. Tak lama lagi status Liga Malaysia mahu dijadikan Semi-Pro kembali. Habislah semua pemain bola sebab gaji mereka akan dipotong.


GAMBAR PELIK

Hhaa!!! Yang ini memang ada la. Cuba klik pada Tag Gambar-Gambir ni. Mesti kamu boleh jumpa… Walaupun tidak berapa pelik sangat.


CERITA MELAYU

Apa maksud kamu dengan “cerita” tu? Cerita dongeng rakyat atau filem maksud kamu?

Kalau tentang filem melayu, memang ada di blog ini. Yang komen negatif di sini. Yang komen Positif di sini.


CERITA MELAYU BEST

Sila rujuk di atas.


KENAPA KERJA DI TM

TM tu rasanya mestilah Telekom Malaysia. Aku pernah tulis sikit pasal TM ni. Pengalaman aku ketika berpraktikal di TM.

Aku tidak kerja di sana. Tapi Cuma praktikal. Itu pun sebab terpaksa.


KLIP VIDEO TAKRAW MALAYSIA LAWAN THAILAND

Aku rasa aku tidak pernah menulis tentang Sepak Takraw ataupun Thailand. Ok, mungkin aku ada tulis tentang Thailand semasa aku mengulas tentang Sukan Sea dulu.

Buat si pencari klip video, kamu tak payah lah mahu mencari klip video Malaysia lawan Thailand lagi….. Kerana kini pasukan Sepak Takraw Malaysia semakin jahanam. Kenapa? Sekarang ni jangankan Thailand, nak kalahkan pasukan Indonesia pun tak boleh. Dah dua kali berturut-turut kalah dengan pasukan Takraw Indonesia.

Kenapa ya bidang sukan di Malaysia semakin teruk, ya?


58.30

Aku tidak faham dan tahu apa bendanya 58.30 ni. Adakah kamu sedang mencari artikel ini?


MEET UNCLE HUSSEIN ITU KAMU

Kepada yang membuat carian ini, kamu sudah salah ni. Yang menyanyikan lagu Itu Kamu ialah kumpulan Estranged, bukannya Meet Uncle Hussain(MUH). MUH nyanyi lagu Lagu Untukmu, Lalalal… Kerjalah, Pari-pari Bawah Angin dan Putihnya Lukisan. Oh ya… MUH dah berpecah rasanya selepas show mereka di Hard Rock CafĂ©.

Lagipun ejaaan “Hussein” tu salah. Sepatutnya Hussain.


HISTORY OF BATU LINTANG IN MELAY

Ejaan melay tu salah. Sepatutnya Malay.

Adakah kamu maksudkan dengan Kem Batu Lintang di Sarawak tu?  Aku rasa aku tidak pernah membuat entri tentang Batu Lintang ni.

Kalau kamu mahu sejarah Batu Lintang, klik sini untuk Bahasa Inggeris dan untuk Bahasa Malaysia, memang tiada. Yang ada pun kalau kamu cari di Wikipedia Bahasa Malaysia, kamu cuma akan jumpa artikel ini.


KEGAGALAN SUKAN DI MALAYSIA

Aku tak ingat samada aku ada menulis entri mengenai tajuk di atas.

Kalau punca kegagalan Skuad Bola Sepak Malaysia, rasanya adalah….


KENAPA VIRUS BOLEH MEREBAK DI DALAM KOMPUTER

Ada beberapa sebab.

Yang pertama, kamu tidak install sebarang antivirus pada computer kamu.

Yang kedua, kamu install antivirus yang tidak kuat atau kurang bagus.

Yang ketiga, kamu ada antivirus dalam computer tapi tidak pernah update.

Yang keempat, kamu tidak pernah scan komputer kamu.

Yang kelima, kamu tidak pernah scan sebarang pen drive atau external hard disc yang kamu cucuk di lubang USB tu.

Kalau ada sebab lain, sila tambah sendiri.


TAJUK KASET SLIPKNOT TERBARU

Aku tidak pernah menulis tentang Slipknot di sini. Tapi kalau kamu nak tahu tajuk album terbaru Slipknot, tajuknya  All Hope Is Gone. Sila rujuk di sini.


BUDAK BUDAK GOTHIC MALAYSIA

Rasanya aku tidak pernah tulis tentang budak Gothic di Malaysia. Tapi kalau budak Gothic di Ayer Hitam atau Batu Pahat, memang ada di entri ini.


YOUTUBE WWE WOMAN ATAS KATIL

OK. Satu carian yang agak kelakar. Memang tidak dinafikan yang ahli Gusti wanita WWE, yang menggelarkan diri mereka Divas (Klik Sini) memang cantik, hot dan seksi. Tapi secara logikalnya, adakah mereka akan menayangkan aksi di atas katil mereka (tak kiralah aksi ranjang atau sekadar aksi memberahikan) secara umum di Youtube? Kalau ya ada, adakah pihak Youtube tidak memadam video yang menunjukkan aksi seks.

Dan satu lagi, kita tahu WWE Divas ini berasal dari Amerika Syarikat dan bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Tak kan lah mereka mengupload video mereka di Youtube dan meletakkan tajuk video mereka “WWE Woman Atas katil” kan? Mestilah gunakan tajuk bahasa inggeris untuk video mereka.


BEROMEN DI DALAM BAS KILANG

Ok. Aku rasa aku ada guna perkataan romen dalam entri aku ini. Tapi beromen dalam bas kilang? Pegh!! Gila geli. Adak e orang yang sanggup beromen dalam bas kilang? Memang agak pelik. Kamu patut buat carian kamu ke blog atau website yang menawarkan download percuma video-video berformatkan 3gp.

Sekian buat masa sekarang. Ada banyak lagi. Kita sambung lain kali.

Aku dah update Tears Don’t Fall yang baru.

Parody muzik terhebat dalam sejarah muzik Malaysia. The Shirtless. Klik Sini.

Wednesday, July 1, 2009

KEMPEN DERMA DADAH? APA KEJADAHNYA NI?


Ya. Mata anda memang tiada apa masalah pun. Memang di banner itu tertulis "KEMPEN DERMA DADAH" dan bukannya "KEMPEN DERMA DARAH".

Memang ia menjadi satu bahan gurauan tahap dewa. Kejadian banner salah ejaannya ini terjadi di Muar. Baca sikit petikan dari Berita Harian ini.

"MUAR: Hanya kerana tersilap cetak satu huruf ianya menjadi tandatanya dan bahan gurauan bagi orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri awal pagi ini, Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan darah disilap cetak menjadi dadah."

Dari satu sudut, ia menjadi bahan gurauan dan jenaka. Di mana kita boleh ketawa terbahak-bahak setelah membaca banner ini.

Tapi, dari sudut lain pula kita boleh melihat ia sebagai suatau perkara yang memalukan. Kalau kamu perhatikan pada hujung bawah sebelah kanan gambar itu, terdapat poster biru yang menyatakan yang poster itu diluluskan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan.

Di sini, aku rasa pihak berkuasa yang meluluskan poster ini mungkin Majlis Daerah Muar @ Majlis Perbandaran Muar. Tak kanlah pihak berkuasa boleh meluluskan sebarang poster atau banner atau bunting (berapa banyak atau da...) tanpa melihat dahulu apa yang hendak diluluskan itu.

Tolonglah ubah attitude. Sudahlah kini ramai yang mula mempertikaikan cara kerja pekerja di sektor kerajaan. Dengan terjadinya insiden ini, makin ramai lagilah yng galak mengutuk. Ubahlah attitude kerja kamu itu. Janganlah jadi pemalas tidak menentu.

Teringat pula aku pada entri ini yang pernah aku tulis satu masa dahulu.

Oh ya! Jika kamu belum menonton Transformers 2: Revenge of The Fallen, kamu patut menontonnya. Memang sangat menarik berbanding dengan filem pertamanya.

Aku sudah update Tears Don't fall.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...