Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, July 1, 2009

KEMPEN DERMA DADAH? APA KEJADAHNYA NI?


Ya. Mata anda memang tiada apa masalah pun. Memang di banner itu tertulis "KEMPEN DERMA DADAH" dan bukannya "KEMPEN DERMA DARAH".

Memang ia menjadi satu bahan gurauan tahap dewa. Kejadian banner salah ejaannya ini terjadi di Muar. Baca sikit petikan dari Berita Harian ini.

"MUAR: Hanya kerana tersilap cetak satu huruf ianya menjadi tandatanya dan bahan gurauan bagi orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri awal pagi ini, Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan darah disilap cetak menjadi dadah."

Dari satu sudut, ia menjadi bahan gurauan dan jenaka. Di mana kita boleh ketawa terbahak-bahak setelah membaca banner ini.

Tapi, dari sudut lain pula kita boleh melihat ia sebagai suatau perkara yang memalukan. Kalau kamu perhatikan pada hujung bawah sebelah kanan gambar itu, terdapat poster biru yang menyatakan yang poster itu diluluskan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan.

Di sini, aku rasa pihak berkuasa yang meluluskan poster ini mungkin Majlis Daerah Muar @ Majlis Perbandaran Muar. Tak kanlah pihak berkuasa boleh meluluskan sebarang poster atau banner atau bunting (berapa banyak atau da...) tanpa melihat dahulu apa yang hendak diluluskan itu.

Tolonglah ubah attitude. Sudahlah kini ramai yang mula mempertikaikan cara kerja pekerja di sektor kerajaan. Dengan terjadinya insiden ini, makin ramai lagilah yng galak mengutuk. Ubahlah attitude kerja kamu itu. Janganlah jadi pemalas tidak menentu.

Teringat pula aku pada entri ini yang pernah aku tulis satu masa dahulu.

Oh ya! Jika kamu belum menonton Transformers 2: Revenge of The Fallen, kamu patut menontonnya. Memang sangat menarik berbanding dengan filem pertamanya.

Aku sudah update Tears Don't fall.

12 comments:

MIMI ZUZU @ M1N4M1 said...

siap dpt kelulusan majlis perbandaran lagi haha sengal boleh tahan

Amirul said...

tu la pasal....
punyalah sengal..
ni la jadi kalau keje buata ala-kadar je...

en_me said...

nape x tules 'kempen derma dada' ? veryy derr

fairuz said...

kan aku dah kata, transformers yang ni lagi best dari dulu kan...hehe...

aku rasa pengedar dadah ramai yang takut² tengok banner tu la..hahaha

wandai said...

Transformer 2 mengecewakan. sekurang - kurangnya bagi akulah.

Amirul said...

en_me...
nanti kena bayar royalti kat sammy vellu sbb dia yg start guna ayat tu...

fairuz...
takut? ke makin suke...
hehehe..

wandai..
mmg ada beberapa sudut agak mengecewakan seperti watak megatron yg dah jadi watak tambahan je kali ni...

tapi still memuaskan dan sama best mcm filem yg pertama...

Precious said...

Kempen derma dara? Lagi haru ...

Amirul said...

precious..
kalau ade kempen derma dara, gembiralah semua para lelaki..

dakchomey said...

nsb bek bukan kempen derma dara...klu x berpusu2 la laki gy skola tu..

Amirul said...

dakchomey..
kalau betul mcm tu, mungkin saya pun sudah ke sana...
hahaha....

As said...

uih diorang tak baca la tu time approve
hampeh betul, obvious gila word tuh

aduhai
parah gila
hehe

Amirul said...

As...
ni la akibat kalau keje sambil lewa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...