Belilah Novel Aku!!!!

Monday, August 17, 2009

KAHWIN???? LAMA LAGI... TAPI....

Maaf kerana lama tak update. Aku tengah busy gila. Rumah aku sedang di renovate. Maaf sekali lagi....

=====================

"Kahwin??? Lama lagi..."

Itulah jawapan rasmi yang selalu terpacul dari mulut aku bila ada yang mengutarakan persoalan kahwin dan jodoh pada aku.

Lagipun, aku masih menganggur. Gila apa nak kahwin. Mahu bagi apa pada anak dara orang? Kalau dapat isteri yang jenis makan pasir dan batu, tak pe juga...

Lagipun aku masih single. Aku ada keluar dengan beberapa orang perempuan tetapi sebagai kawan sahaja. Aku ada bercouple dengan seorang perempuan yang 6 tahun lagi muda dari aku beberapa bulan yang lepas tetapi kini dia hanyalah kawan biasa sahaja.

Ok. Sebenarnya secara serius, aku tidak pernah terfikir langsung tentang kahwin....

Ok. Aku tipu. Aku memang ada memikirkan tentang kahwin.... Tetapi memang bukan sekaranglah.

Aku memang tidak pernah merancang untuk berkahwin pada waktu tertentu.

"Saya kalau boleh, lepas SPM je saya nak kahwin!!"

"Saya rasa nak kahwin umur 28 tahun la."

"Saya kalau boleh nak kahwin sebelum umur mencecah 30. Jangan lebih 30 la..."

"Saya nak kahwin umur 25 tahun... Dah separuh abad.."

Itu jawapan orang. Tapi aku tidak pernah meletakkan target untuk berumah tangga. Kalau jodoh aku sampai, aku kahwinlah.

Kalau aku bertemu jodoh pada usia 32 tahun, maka umur 32 tahunlah aku berkahwin.

Jika 6 bulan lagi aku bertemu dengan perempuan yang serasi dengan aku dan aku terus melamarnya pada temu janji pertama, maka aku berkahwinlah tahun depan.

Tetapi aku memang kalau boleh mahu kahwin lambat sedikit. Kalau boleh, biarlah lepas dari 28 tahun.

Begitulah aku bila bercerita tentang perkahwinan.

Tetapi, perbualan aku dan emakku dalam tempoh sebulan ini telah membuatkan aku sedikit risau.....

"Entah sempat ke tidak Mama tengok menantu satu lagi ya? Umur pun dah 55..."

"Agak-agak sempat tak Mama tengok menantu satu lagi sebelum Mama tutup mata..."

Itulah antara ayat dari emak aku yang menyentap aku bila aku mendengarnya. Bagaikan ayat tersebut bergema dalam kepala aku. Sampai sekarang ini. Ya. Ayat tu masih bergema ketika aku menaip ayat yang kamu baca ini.

Itu baru 2 ayat. Mari kita lihat ayat-yat lain pulak.

Mama: Umur Aam(aku) berapa sekarang?

Aku: 25 tahun.

Mama: Abang kahwin masa umur 26 tahun kan?

Adoi... Mak aku cuba memanupulasikan umur abang aku ketika berkahwin pula.

Ok. Ayat ni pula...

Situasi: Ketika menonton TV. Sebuah drama yang dibintangi oleh Arash Muhhammad

Mama: Arash Muhhamad la...

Aku: Ha... Kenapa?

Mama: Arash ni kahwin masa umur dia 38 tahun. Jangan la Aam kahwin lambat macam dia.

Betul-betul memeningkan kepala. Kalau mahu di kategorikan sebagai gurauan, kenapa pula jenis gurauan lebih kurang sama sahaja. Gurau pasal kahwin memang tak kelakar... Langsung tak kelakar.

Nampaknya, aku perlu mencari kerja dengan cepat.

Oh, ya. Aku kena cari teman wanita dengan segera juga.

Mati aku!!!! Aaaarrrrggghhhh....!!!!!!!!!!!

Aku dah update Tears Don't Fall

Muzik Parody: The Shirtless

15 comments:

en_me said...

nak kawen ghupernyerrr.. uhuhu

fairuz said...

hahaha...aku rasa memang mak kau akan carikkan kau calon la...

Hujan Malam said...

kawen bkn bnda main2..kna btul2 fikir..

p/s: sy dh tkuar alamat blog

Diya Kamaruzaman said...

Aduhai, kesian nya amie dah kena tanya ngan mak pasal kawen. Mesti rasa depress sikit kan. Huhu. Tapi, laki tak kisah sgt kalau kahwin lambat. Target 28 tu kira okay lah =D

Diya pernah tertanya2, mcm mana ye kita nak kita serasi dengan seseorang tu ...

Diya Kamaruzaman said...

Diya pernah tertanya2, mcm mana ye kita nak TAHU kita serasi dengan seseorang tu ...

*tertinggal perkataan TAHU =p

aremierulez/Amirul said...

en_me...
macam mana nak kahwin... keje pun belum lagi nih.. adoi...

fairuz...
kalau mak aku carikan calon, memang aku dah tau dah sape pilihan mak aku tu...

hujan malam..
tau tak pe.. tu yg bikin risau ni...
oh.. patut la blog dah hilang...

diya...
mmg dah tertekan yg amat gak ni...

mcm mana nak tahu kita serasi... itu yg agak susah. kadang2 sifat seseorang ni masa belum kahwin lain, bila dah kahwin lain pula...

maybe cuba try bawak jumpa mak kit sebab kdg2 mak kita boleh nampak ape yg kita tak nampak...

Nur_Wa said...
This comment has been removed by the author.
Nur_Wa said...

hahaha
mane nak cari awek segera tu??
rileks la..x yah panik bro
tu baru mama bukak cite psl kahwin
lom papa lg.

ala tu baru hint je.
x semestinya tahun depan mak ko nk suruh ko kawen
die pn mesti faham
xde keje, camne nak kawen?
lainla kalo mama ko nak support majlis kawen ko.hehehe
nsb baik mak aku x target aku kawen umo bape
pdhal sepupu2 byk dh kawen awal

**just joke.jgn amik ati

aremierulez/Amirul said...

Nur_Wa
kalau mak punye ckp, ade buat hati sikit risau jugak...

dakchomey said...

owg tua ni after sume anak2 dia kawen baru dia lega kan...

MIMI ZUZU @ M1N4M1 said...

kalau org tanya aku..aku cuma jwb..ko kawin la dulu

aremierulez/Amirul said...

dakchomey..
ye la tu..
tapi mama saya sudah bikin saya yg rasa tak lega...

mimi zuzu..
heheh.. tak kan la kalau mama saya yg tanye saya nak jawap mcm tu plak...

Joey said...

erm...kahwin??

erm....saya rasa belum bersedia

baik dari segi mental, fizikal dan lain-lain

and I have one big problem...

i think you know it ;)

wikwiki said...

nak kahwin upenye die..
bnda seriyes ni..jgn buat men..
hohoh

aremierulez/Amirul said...

joey..
aku paham...

wikwiki..
walaupun kau lagi muda dr aku, aku yakin kau akan kawin dulu dari aku...
hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...