Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, August 6, 2009

TIDAK! TIDAK! TIDAK!!!!!! KENAPA KAU PERGI REAL MADRID?????


Suara dari mulut aku:

Xabi Alonso, seorang midfield yang berpengalaman dan hebat dalam membuat hantaran bola samada hantaran dekat atau jauh kini telah berpindah ke Real Madrid. Semasa artikel ini di tulis, Xabi Alonso sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk berpindah ke Real Madrid… 

Atau mungkin sudah selesai dan sudah pun berpindah ke sana….

Pakar sepakan percuma ini telah menghantar surat rasmi untuk meminta pihak Liverpool FC membenarkan dirinya berpindah ke Real Madrid dengan alasan untuk mencari arah yang baru.
Lepas ini mesti ramai penyokong wanita yang menyokong Liverpool kerana Xabi Alonso akan beralih arah ke Real Madrid, memandangkan Kaka dan Ronaldo sudah pun ke sana.

Terima Kasih atas jasamu Alonso. Aku akan merindui 2 gol jarak jauh semasa perlawanan menentang Newcastle ataupun ketika menetang pasukan….. Entah apa entah, aku tak ingat….

Aku akan merindui jersi merah yang tertera no 14 beserta nama Alonso selepas ini.


Suara dari hati aku:

Bangsat punya Real Madrid. Dah puas kau kacau Man Utd dengan AC Milan, kau kacau team favorite aku pulak ya?

Pergilah beli pemain lain. Apa sibuk kau nak beli Alonso? Apa guna Rafeal Van Der Vat dan wisely Sneidjer yang kau beli tu?

Yang kau pun satu Alonso. Apa bangsat sangat kau ni. Kalau kau pergi Barcelona ke, Inter Milan ke, Bayern Munich ke, Felda United ke……. Aku terimalah jugak. Tapi kenapa kau pilih Real Madrid? Kenapa Alonso? Kenapa? Kenapa kau buat kawan aku, ABC, yang merupakan penyokong tegar Real Madrid ketawakan aku? Kenapa? Kenapa????????

Kau lupa ke yang kebanyakan pemain bintang yang berhijrah ke Real Madrid akhirnya menjadi pemain sampah. Contohnya Michael Owen. Meninggalkan Liverpool untuk ke Real Madrid dan akhirnya menjadi sampah sejati. Kau nak jati sampah jugak ke?

Sedihnya aku……… Habis la harapan Liverpool tahun depan. Gelap masa depan Liverpool…. Adoi….

Aku harap Real Madrid kalah tahun ni. Biar jatuh bankrupt. Biar bankrupt sampai tinggal seluar dalam…. Hahahah……..!!!!!!!

Ehem….. Sekian. Terima kasih. 

P/S: Siapalah yang akan menyarung jersi nombor 14 lepas pemergian Xabi Alonso agaknya?

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall

9 comments:

Hujan Malam said...

David beckham pun pnh g real madrid kn?jd sampah gak x?

aremierulez/Amirul said...

hujan malam...
yup. jadi sampah sejati.

tp masa last season kat sana, dia jadi hero sampai real johan liga...

tapi mcm mne pun real madrid mmg ade bnyk rekod menjadi kan star kepada sampah..

fairuz said...

wahahaha...aku sebagai chealsian amat gembira dengan pemergian alonso. kebanyakan kad merah dalam EPL adalah berpunca daripada dia. lampard, cahill, sapa lagi ntah, yang tackel dia dapat kad merah..

aku dah nampak liverpool punya harapan season depan kalau dia tak beli sapa² yang mantap untuk ganti alonso. takde harapan nak jadi juara la..

barca atau real. aku pilih real. jadi aku setuju alonso pergi sana...haha

en_me said...

layannn jerr.. majulah sukan untuk negara.. ehehe

aremierulez/Amirul said...

en_me...
layan...

fairuz...
alonso merbahayakan pihak lawan, tu yg sume nak tackle dia sampai patah kaki...

aku pun nampak harapan liverpool mcm agak malap je tahun ni... tapi kalau chelsea main defend mcm ac milan, out jugak chelsea tu...

kau mmg mata duitan, sbb tu kau pilih real...
hehehehe...

akureformasi said...

Hahaha.. Menang lagi la MU season baru ni... Hehehe...

azman | athena said...

Tottenham, beb!!!

wikwiki said...

huh..
aku jealous tol tgk madrid..
sume yng hebat2..(hebat kot) da g sane..adeh nak maki2 nnti fan madrid thought jealous..well
this is football

aremierulez/Amirul said...

akureformasi..
jgn kau mimpi.. hehehehe...

azman athena..
jgn kau mimpi jugak...

wikwiki...
mmg resam bola sepak..
tp real tamak sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...