Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, September 19, 2009

KENAPA RAYA INI KURANG MERIAH BAGI AKU

Raya tahun ini merupakan raya era baru dalam hidup aku. Poyo gila ayat. Bukan apa, maksud aku raya kali merupakan raya pertama aku beraya sebagai status bukan pelajar lagi.Aku telah menamatkan pembelajaran pada bulan April yang lepas. 

Raya tahun ini sepatutnya juga merupakan era baru sebagai seorang yang matang. Dengan umur aku yang telah mencapai 25 tahun pada bula Julai lepas, aku sepatutnya telah menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar IPT yang berada Malaysia dan juga kepada budak-budak sekolah yang baru nak up dengan menjadi pendengar Indie yang setia (kadang-kadang poser sahaja) dan memakai baju dengan ayat-ayat murahan seperti "Saya Sayang Mak Saya", "Saya Sayang Awak", "Tak Indie Hilang Di Dunia", "Saya Masih Single" dan lain-lain.

Ok, maaf budak-budak sekolah yang baru nak up kalau kamu tersinggung dengan perenggan di atas. Ah, aku apa peduli.

Ok. Raya pada era baru dalam hidup aku ini kurang menarik bagi aku kerana ada beberapa (yang berasal dari aku) yang menyebabkan aku rasa raya kali ini kurang menarik. Jom usha senarai aku yang tidak seberapa ini.

1. MASALAH INTERNET YANG TIBA-TIBA LEMBAB

Minggu terakhir di bulan Ramadhan, aku ternampak perubahan mendadak pada kelajuan internet broadband aku. Tiba-tiba internet menjadi sangat lembab mengalahkan siput sampai nak upload Facebook pun boleh memakan masa antara 10-20 minit. Memang la panas membara kan. Semasa entri ini ditulis, internet masih lembab walaupun kini aku berada di kampung aku di Kampung Nakhoda.


2. AKU MASIH SINGLE RAYA INI

Untuk raya ke-3 berturut-turut, aku masih single. Sebenarnya aku sudah berjaya mendapatkan teman wanita tetapi setiap kali pun mesti gagal bertahan sebelum hari raya. Hahaha... Mungkin sebab umur teman wanita aku yang muda 6-7 tahun lebih muda dari aku.


3. AKU MASIH GAGAL MENDAPATKAN PEKERJAAN

Dialog raya tahun lepas, "Tahun depan mama dengan abah tak payah lagi bagi duit raya kat Aam sebab Aam dah kerja tahun depan."

Tahun ini, aku masih menganggur. Habuk sahaja dalam poket.


4. AKU TIDAK LAGI MENDAPAT SUBSIDI DUIT RAYA TAHUN INI

Rujuk dialog di atas. Bukan setakat ibubapa aku sahaja, pak cik aku semua juga akan memutuskan subsidi aku itu. Oh...


5. BAJU RAYA AKU WARNA PINK

Untuk pertama kalinya aku bakal mencemar duli, mencabuli pendirian, merosakkan reputasi dan menodai maruah aku kerana terpaksa memakai baju raya warna pink. Pemilihan warna baju raya kali ini telah diputuskan oleh para-para mak cik aku sekalian.

Apa gelak-gelak? Tampar sorang-sorang karang.


Di sini aku ingin mengambil kesempatan ini (bukan ambil kesempatan pada kaum wanita ya?) untuk memohon maaf kepada semua pembaca Warmness On The Soul dan Tears Don't fall jika ada entri aku yang mengguris perasaan atau membuatkan kamu sakit jiwa ketika membaca entri aku kerana tatabahasa yang berterabur seperti budak darjah 2 atau kesilapan ejaan yang sering aku lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Kalau kamu lihat aku lambat update entri, itu maksudnya aku Berhari Raya di Vietnam bersama Elly Tran Ha.

Monday, September 14, 2009

GADIS MISTERI, KUASA INTERNET TERHADAP WANITA CANTIK DAN SOLEKAN BERLEBIHAN AKAN MEMBUATKAN WANITA KURANG CANTIK. OOHH.... FEMININ-NYA ENTRI INI...

AMARAN: Entri ini boleh mengurangkan pahala puasa anda. Baca pada waktu malam untuk keselamatan pahala anda

Macam sial. Panjang pulak tajuk entri aku ni. Tapi memang tajuk yang mempunyai rasa feminin yang kuat.

Oh, ya. Leah Dizon sudah kembali. Sila tengok banner kalau kamu tidak perasan.

Tapi Leah Dizon pasti akan cemburu dengan aku jika dia baca entri ini. Maafkan abang, Leah. Abang bukan nak menduakan, sayang. Cuma mahu sayang bermadu sahaja.

Ok. Serius sikit.

Tujuan aku menulis entri kali ini ialah untuk memperkenalkan aku kepada teman wanita aku. Setelah sekian lama mencari Mrs. Right (setelah dating sana, dating sini. Tengok wayang sana, tengok wayang sini. Teman shopping sana, teman shopping sini) dengan pelbagai jenis perempuan, akhirnya aku sudah bertemu dengan "The One."

Memperkenalkan teman wanita aku......






Cute kan girlfriend aku? Kulitnya yang putih, pipinya yang gebu, matanya yang cantik dan redup, dadanya yang... Ehem.. Sendiri faham ya, dan raut mukanya yang innocence dan seperti kanak-kanak kecil dan memakai cermin mata dengan bingkai yang simple ini telah membuatkan aku terpaut hati kepada nya....

Siol la korang. Apahal korang tak percaya? Aku tahu aku bukannya kacak sangat (tapi kacak sikit dari Fairuz Mokti), tapi tak kan lah aku tidak boleh memiliki wanita secantik ini....

Ok. Memang betul. Dia bukan teman wanita aku. Lagipun dia bukan orang Malaysia pun. Namanya Tran Ha. Nama panggilannya Elly. Di dunia internet, dia dikenali sebagai Elly Tran Ha. 

Apa yang aku tahu, Elly mula popular sejak akhir bulan Ogos yang lepas (mungkin lagi awal, aku yang ketinggalan mungkin). Elly berasal dari Vietnam. Dan dia baru berumur 16 tahun.

Full name: Tran Ha

Nickname: Elly

Nationality: Vietnamese

Birthday: 06-08-1993

Heigth: 168cm

Weigth: 47kg


Menurut sumber awal yang aku baca, Elly merupakan seorang blogger di Vietnam. Elly menjadi popular dalam satu malam apabila beliau mengupload banyak gambar-gambarnya di blognya.

Gambar-gambar tersebut tersebar di seluruh dunia dan menjadikannya sekelip mata. Elly menjadi pujaan semua bangsa di dunia (termasuk bangsa 1Malaysia) dan di setiap website di dalam pelbagai bahasa. Mereka sibuk membincangkan tentang Elly dalam blog, forum dan website di seluruh dunia.

Tapi kalau blogger, apa alamat blognya?

Kemudian, percanggahan pendapat mula timbul apabila gambarnya yang berposing ala-ala model dan gambarnya yang berkualiti tinggi di percayai diambil oleh jurugambar profesional.

Timbul pula spekulasi baru. Ada yang mengatakan yang nama sebenar Elly bukanlah Tran Ha, tetapi Kim Hong. Dari namanya, berkemungkinan Elly berasal dari Korea, China atau Hong Kong. Ada gosip yang menyatakan yang Elly sebenarnya berumur 20 tahun. Kemudian ada pula yang menyatakan Elly berumur 22 tahun. 

Ada juga website yang menyatakan yang Elly sebenarnya seorang model profesional di Vietnam/Korea. Sebab itu banyak gambarnya berposing tersebar di internet. Kemudian keluar pula gambar ini....


Jadi, adakah Elly penyanyi? Mana satu yang betul? Blogger? Model? Penyanyi? Jangan lepas ni keluar gambar dia berlakon pula.

Ok. Sekarang beralih kepada solekan. Aku pernah mendengar mama aku berkata,

"Perempuan yang cantik, kalau dah terlampau di solek pun boleh jadi buruk. Make-up ni tak semestinya boleh mencantikan muka, kadang-kadang boleh jadi makin tak lawa. Kadang-kadang dengan gincu yang nipis dan basic powder dah cukup buat perempuan tu berseri-seri."

Itu kata-kata mamaku. Aku tak tau kenapa mama berkata demikian pada aku. Mungkin inilah akibatnya jika seorang ibu yang mahukan anak perempuan tetapi kesemua anak yang dilahirkan adalah lelaki. Tiada orang yang boleh dikongsikan oleh mama aku kalau mahu berbual hal kewanitaan. Akhirnya, aku sebagai anak bongsulah yang menjadi mangsa.

Mula-mula aku tidak berapa faham apa yang mamaku cuba sampaikan sehinggalah aku melihat gambar-gambar di bawah ini....






Ya. Orang yang berada di dalam gambar ini sama dengan orang yang berada di gambar di atas. Ini juga gambar Elly Tran Ha.

Macam yang aku tulis, ada spekulasi yang mengatakan yang Elly merupakan seorang model. Ini ialah gambar porfolio beliau sebagai model.

Aku rasa kamu pasti setuju dengan aku jika aku katakan gambarnya yang bersahaja tanpa solekan sambil memakai kaca mata di atas adalah jauh lebih lawa dan cute dari gambar posing modelnya ini kan? Solekan berlebihan memang boleh mengubah dari comel ke kurang comel. Bukanlah terus menjadi hodoh, cuma muka Elly tanpa solekan lebih baik dari solekan tebal berserta warna rambut yang seakan tidak kena dengan kulitnya yang putih itu.

Sekarang anakmu ini sudah faham maksud mu wahai mamaku...

Moral of The Story

1. Gadis Misteri

Walaupun gambar Elly tersebar di seluruh dunia, tetapi masih tiada orang yang dapat mengetahui identitinya yang sebenar. Apa namanya yang sebenar, dari mana asalnya, berapa umurnya, apa pekerjaannya, masih menjadi misteri. Walaupun kita boleh mencari hampir semua maklumat di dalam internet, tetapi kita masih gagal mengesan identiti sebenar Elly ini.

Sama seperti Denise Milani. Identiti model yang hot ini masih menjadi misteri walaupun ribuan gambar posing mautnya tersebar diseluruh dunia.

Amaran kepada blogger lelaki: Jangan cuba search gambar Denise Milani di siang hari. Kalau gambar Elly Tran Ha boleh mengurangkan pahala puasa, gambar Denise Milani boleh membatalkan puasa kamu. Serius ni.

2. Kuasa internet terhadap wanita cantik

Kalau kamu wanita, mempunyai muka yang cantik, potongan badan yang menarik dan dada yang.... ehem.. mantap, kamu pasti boleh popular dalam satu malam sahaja. Elly dan Denise adalah antara contoh yang terbaik. 

Ada banyak lagi contoh tapi aku malas mahu cerita. kamu Google sendiri. Tapi jika blogger lelaki ingin tahu nama-nama lain, belanja aku makan dan aku akan bagi satu senarai nama yang panjang. Amat panjang..... hehehe...

3. Solekan berlebihan akan membuatkan wanita kurang cantik

Solekan berlebihan boleh membuatkan Lisa Surihani menjadi Rosnah Mat Aris. 

Contohnya gambar di atas. Kecantikan semulajadi Elly memang terserlah tetapi apabila dikenakan make-up, dah jadi kurang sikit. Bukan terus tak lawa, tapi kecantikan tanpa solekan Elly adalah yang terbaik.

Aku rasa banner Leah Dizon ni tidak akan tahan lama. Mungkin bakal menjadi banner Elly Tran Ha tidak lama lagi.

Jika kamu warga Malaysia, tidak kira bangsa, tetapi mempunyai kecantikan dan potongan badan seperti Elly dan masih single, sila e-mel kan aku alamat kamu.

Tak de motif betul entri ini.

Kalau aku lama tidak update, itu maknanya aku menyambut Aidilfitri di Vietnam.

Sekian. 

Thursday, September 10, 2009

AMARAN: FACEBOOK BOLEH MENGKHAYALKAN


Itu adalah pandangan aku sahaja. Bukan pandangan orang lain.

"Aku tengok, kau ni jarang online Facebook. Rumah kau ada internet kan?"

"Setakat buat Facebook, lepas tu dah tak log in lagi, baik tak payah!"

"Apa benda la kau main Myspace lagi. Orang sekarang dah main Facebook la. Myspace tu dah ol' skool."

Itulah ayat-ayat yang aku dapat dari kawan-kawan aku. Menunggu aku online Facebook tetapi tidak pernah nak online.

Sebenarnya aku memang amat sangat online Facebook aku. Sudah agak lama aku membuat akaun Facebook. Kalau tak salah, macam tahun 2007. 

Aku masuk Facebook, aku buat akaun. 3 bulan lepas tu, masuk Facebook lagi dan update status dan profile. 3 bulan lepas itu, masuk Facebook, upload gambar pula.

Aku memang jarang amat masuk Facebook. Sampaikan friend request dari Diya pun, aku lambat mahu approve. Sampai Diya sendiri meninggalkan komen di Facebook aku, "Hai.. Naik jenuh nak tunggu amie approve Friend Request".

Tapi itu dulu. Ya, itu dulu Cik Diya. Selepas aku dihamburkan dengan tiga jenis ayat di atas, aku kini menjadi Facebook Addict. Ya, aku kini menjadi seorang penagih.

Aku mulakan aktiviti di Facebook dengan menjawab kuiz yang pelik-pelik yang bersepah di dalam Facebook. Dari kuiz Bahasa Inggeris hingga kuiz Bahasa Melayu, semua aku jawab.

Kadang-kadang kuiz itu memang tak masuk akal. Contohnya, "Siapakah Bakal Mak Mertua Anda?". Setelah menjawab beberapa soalah dan menekan butang enter, jawapan yang aku perolehi ialah, "Mak mertua anda adalah seorang pembunuh upahan."

Kuiz di Facebook memang tak masuk akal. Tetapi seronok. Aahh... Hiburan memang mengkhayalkan. Tapi aku memang suka jika diri aku dikhayalkan. Tapi tidak bermaksud aku layan ganja, dadah, gam atau pil.

Selain itu, aktiviti 'tag gambar' adalah aktiviti yang amat digemari oleh aku dan kawan-kawan aku yang lain yang tinggal bersama di Taman Sri Pelangi di Segamat dahulu. Malahan, kawan-kawan di 32 Jementah turut menjadi mangsa.

Gambar yang digunakan untuk membuat aktiviti tag biasanya memang dari jenis gambar-gambar lawak atau tidak senonoh. Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke Facebook aku. Malas nak terangkan.

Oleh sebab sibuk melayan Facebook, aku telah terlupa untuk mengupdate blog aku. Bukan 1 blog, tetapi kesemua 4 blog aku tidak update lagi.

Dan untuk menambahkan aku semakin ketagih Facebook, aku sudah 2 kali ponteng Solat Terawikh kerana Facebook. Dan 4 kali lagi sebab aku malas akibat terlampau banyak makan ketika berbuka. Hahahaha...

Jadi, nasihat aku kepada sesiapa yang baru mahu menjinakkan diri dalam dunia Facebook, berhati-hati sebelum nanti menjadi seperti aku.

Tetapi ada juga perkara yang aku perlu berterima kasih kepada Facebook. Melalui Facebook, aku dapat tahu yang Si Bangsat Bell telah bertunang. Ya. Bell si bangsat yang tidak berpuasa yang aku ceritakan pada entri yang lepas tu dah bertunang. Dan dia tidak memberitahu seorang pun ahli 32 Jementah tentang peristiwa ini.

Bell tidak mengupload gambar pertunangan beliau. Tetapi tunangnya yang mengupload gambar tersebut dan telah tag Bell dalam photo tersebut.

Cilakak punya Bell. Kau tunggulah nanti. Masa majlis perkahwinan kau nanti, kami semua ahli 32 Jementah akan membuat onar di majlis tersebut. Ya, kami semua.... 

Update terbaru Tears Don't Fall.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...