Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 10, 2009

AMARAN: FACEBOOK BOLEH MENGKHAYALKAN


Itu adalah pandangan aku sahaja. Bukan pandangan orang lain.

"Aku tengok, kau ni jarang online Facebook. Rumah kau ada internet kan?"

"Setakat buat Facebook, lepas tu dah tak log in lagi, baik tak payah!"

"Apa benda la kau main Myspace lagi. Orang sekarang dah main Facebook la. Myspace tu dah ol' skool."

Itulah ayat-ayat yang aku dapat dari kawan-kawan aku. Menunggu aku online Facebook tetapi tidak pernah nak online.

Sebenarnya aku memang amat sangat online Facebook aku. Sudah agak lama aku membuat akaun Facebook. Kalau tak salah, macam tahun 2007. 

Aku masuk Facebook, aku buat akaun. 3 bulan lepas tu, masuk Facebook lagi dan update status dan profile. 3 bulan lepas itu, masuk Facebook, upload gambar pula.

Aku memang jarang amat masuk Facebook. Sampaikan friend request dari Diya pun, aku lambat mahu approve. Sampai Diya sendiri meninggalkan komen di Facebook aku, "Hai.. Naik jenuh nak tunggu amie approve Friend Request".

Tapi itu dulu. Ya, itu dulu Cik Diya. Selepas aku dihamburkan dengan tiga jenis ayat di atas, aku kini menjadi Facebook Addict. Ya, aku kini menjadi seorang penagih.

Aku mulakan aktiviti di Facebook dengan menjawab kuiz yang pelik-pelik yang bersepah di dalam Facebook. Dari kuiz Bahasa Inggeris hingga kuiz Bahasa Melayu, semua aku jawab.

Kadang-kadang kuiz itu memang tak masuk akal. Contohnya, "Siapakah Bakal Mak Mertua Anda?". Setelah menjawab beberapa soalah dan menekan butang enter, jawapan yang aku perolehi ialah, "Mak mertua anda adalah seorang pembunuh upahan."

Kuiz di Facebook memang tak masuk akal. Tetapi seronok. Aahh... Hiburan memang mengkhayalkan. Tapi aku memang suka jika diri aku dikhayalkan. Tapi tidak bermaksud aku layan ganja, dadah, gam atau pil.

Selain itu, aktiviti 'tag gambar' adalah aktiviti yang amat digemari oleh aku dan kawan-kawan aku yang lain yang tinggal bersama di Taman Sri Pelangi di Segamat dahulu. Malahan, kawan-kawan di 32 Jementah turut menjadi mangsa.

Gambar yang digunakan untuk membuat aktiviti tag biasanya memang dari jenis gambar-gambar lawak atau tidak senonoh. Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke Facebook aku. Malas nak terangkan.

Oleh sebab sibuk melayan Facebook, aku telah terlupa untuk mengupdate blog aku. Bukan 1 blog, tetapi kesemua 4 blog aku tidak update lagi.

Dan untuk menambahkan aku semakin ketagih Facebook, aku sudah 2 kali ponteng Solat Terawikh kerana Facebook. Dan 4 kali lagi sebab aku malas akibat terlampau banyak makan ketika berbuka. Hahahaha...

Jadi, nasihat aku kepada sesiapa yang baru mahu menjinakkan diri dalam dunia Facebook, berhati-hati sebelum nanti menjadi seperti aku.

Tetapi ada juga perkara yang aku perlu berterima kasih kepada Facebook. Melalui Facebook, aku dapat tahu yang Si Bangsat Bell telah bertunang. Ya. Bell si bangsat yang tidak berpuasa yang aku ceritakan pada entri yang lepas tu dah bertunang. Dan dia tidak memberitahu seorang pun ahli 32 Jementah tentang peristiwa ini.

Bell tidak mengupload gambar pertunangan beliau. Tetapi tunangnya yang mengupload gambar tersebut dan telah tag Bell dalam photo tersebut.

Cilakak punya Bell. Kau tunggulah nanti. Masa majlis perkahwinan kau nanti, kami semua ahli 32 Jementah akan membuat onar di majlis tersebut. Ya, kami semua.... 

Update terbaru Tears Don't Fall.

12 comments:

en_me said...

blog bukanlah hakmilik kekallls abang amie tewww.. fB layannn jerrr.. ehehe

nabilah_2908 said...

hrumm..sama la ngn sy...ketagih dh dgn fb ni..melayn kuiz..n melayan farmville... ;)

DK said...

Cop. 32 Jementah tu mende? Kelab persatun ke ape?

Diya pun perasan jugak Amie bukan main lagi ber facebook sekarang. Sebelum ni, nak approve request pun lambat, sekarang dah semua benda dia geledah dlm FB tuh. Hehe. Kuiz FB memang ketagih jugak lah, tapi melayan lama2 sangat, boleh buat panas hati [huhu, diya jelah], sebab ada jawapan yg diorang bagi tak kena dengan apa yg kita nak.Huhu

Joey said...

hahahaha


find me on muka buku :P

aremierulez/Amirul said...

en_me...
layan fb boleh lupe bende lain..
bahaya...

nabilah...
ramai yg suke main farmville.. best ke?

joey...
i will find you..

aremierulez/Amirul said...

diya..
32 jementah ialah housemate saya yang tinggal bersama masa saya belajar di uitm segamat...

32 jementah tu singkatan dr alamat umah sewa kami... 32, taman rakyat, jementah, segamat.

kalau diya pernah baca blog saya dari awal, maybe diya akan tau mcm perangai bdk2 32 jementah ni..

utk keterangan lanjut sume ahli 32 jementah, pegi kat sini..

http://aremierulez.blogspot.com/2008/07/lagenda-32-jementah.html

DK said...

Laaa housemates awak ke Amie. Haha. Diya tak perasan pulak entri Amie yg pasal 32 jementah tu, sekarang baru perasan dah baru lepas baca dia. Huhu. Macam2 perangai korang ye. Unik je sorang2 =D Amie dipanggil Nai ye?

aremierulez/Amirul said...

DK
yup. tu nama kat 32 jementah..

biase la, bila ramai2 berkumpul dlm satu rumah, dgn background hidup yg berlainan, tu yg jadi mcm2 perangai tu...
tp seronok.. rindu sgt masa duduk kat jementah tu... rasa teringin nak duduk satu rumah mcm dulu blik...
hehehe...

dakchomey said...

blum terbuka ati nk buka akaun fb gy..

aremierulez/Amirul said...

dakchomey..
kalau dah terbuka, ingat2 la nasihat saya ni..
hehehehe...

fairuz said...

facebook tu racun sosial...aku taknak terjebak lagi...haha...

aremierulez/Amirul said...

fairuz..
bukan racun..
penarik nyawa tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...