Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, October 27, 2009

KEGEMBIRAAAN SEHINGGA TIDAK MAMPU DIUCAPKAN DALAM BENTUK KATA-KATA

Serius aku tidak memahami ungkapan di atas. Bukan tidak faham sebenarnya, tetapi tidak pernah aku berasa gembira sampai tidak terkata. Tapi sekarang aku sudah faham....

Aku pergi jelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Boleh dikatakan kesemua bloggers yang menghadiri Upacara Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71 akan menulis tentang pengalaman mereka ketika menghadiri majlis tersebut.

Pengalaman sebelum, semasa dan selepas majlis konvo, perasaan mereka ketika mengambil skrol di atas pentas, kisah mereka menangis selepas majlis kerana kegembiraan...... Dan macam-macam lagi.

Aku juga gembira. Gembira kerana berjaya juga menamatkan pembelajaran aku di UiTM. Gembira kerana berjaya menunaikan hasrat ibu aku yang mahu melihat salah seorang anaknya mendapat Ijazah. Gembira kerana berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah berkurun tidak jumpa. Gembira kerana Ibrahim Abu Shah yang bagi skrol pada aku dan bukan wakil dia....

Tetapi aku tidak tahu macam mana mahu mencoretkan diblog ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Aku taip, aku delete. Aku taip, aku delete. Lepas tu aku draft kan dan esoknya aku delete balik. Begitulah tabiat aku semenjak malam sabtu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan gembira hingga tidak mampu untuk diucapkan dengan kata-kata. Sehingga aku yang biasanya gagah dalam bab menaip dan mengarut panjang-panjang pun gagal untuk menggambarkan kegembiraan aku di majlis konvokesyen tersebut.

Mungkin perasaan gembira ini untuk aku pendam di dalam jiwa dan simpan ia sebagai satu memori indah buat diri sendiri.

Kepada mama, abah dan abang yang sentiasa menyokong anak/adik mu ini untuk terus belajar sehingga tahap ini, terimakasih aku ucapkan. Jasa kamu semua memang tidak mampu aku balas walaupun dengan wang berjuta-juta ringgit.

Kepada kawan-kawan sekalian, aku harap kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing. Harap jumpa nanti. Jangan sampai lost contact.

Kepada pembaca blog ini yang masih bersekolah, belajar rajin-rajin. Sejuk perut mak kamu mengandung kalau kamu berjaya dalam pelajaran.

P/S: Sedih tak dapat jumpa Hannah masa konvo hari tu.... :( 

Sunday, October 18, 2009

AKU DAN DOKTOR

Doktor  1

Tahun 1991. Aku berusia 7 tahun ketika ini. Darjah 1 persekolahan.
 
Soalan lazim yang akan diutarkan oleh para cikgu-cikgu ketika kamu masih bersekolah tadika atau darjah 1 ialah “Apa cita-cita kamu apabila kamu sudah besar nanti?”

Cikgu aku ketika itu (aku sudah tidak ingat nama dia) bertanya soalan tersebut pada kamu.

(Perbualan tersebut aku sudah ubahsuai sedikit ayatnya. Ya lah. Mana aku ingat semuanya. Dah lama kot).

“Amirul, apa cita-cita kamu?”

“Saya nak jadi doktor, cikgu.”

“Bagus. Kenapa awak nak jadi cikgu?”

“Sebab saya nak tolong orang susah dan sakit.”

“Bagus. Cikgu yakin kamu boleh jadi doktor. Cikgu ni pandai buat ramalan. Dari muka kamu, cikgu boleh ramal yang kamu memang akan jadi doktor.”

Kamu mesti macam tidak berapa percaya dengan ayat terakhir cikgu itu kan? Tetapi itu kenyataannya. Dia kata dia pandai meramal dan berkata aku akan menjadi doktor.

18 tahun kemudian. Amirul yang diramalkan menjadi doktor hanya berjaya mendapatkan diploma dan ijazah dalam bidang perniagaan sahaja.

Kenapa aku tak ambil jurusan doktor? Nak mampus! Biologi pun aku dapat D7 sahaja masa SPM.

Pandai meramal ya cikgu? Cikgu ni tak jauh beza macam Ramalan Tok Nujum dalam Facebook tu.


Doktor 2

Tahun 2002. Perbualan berlaku selepas keputusan UPU keluar.

“Kamu dapat sambung belajar dekat mana, Amirul?”

“Dekat Politeknik Merliamau.”

“Politeknik je? Apa teruk sangat tu,” dengan nada sarcasm.

Aku diam je. Macam nak tumbuk muka mak cik ni.

Mak cik tu sambung sakitkan hati aku.

“Kamu ambik course ape?”

“Marketing.”

“Jurusan business tak boleh cari makan la. Dah ramai yang ambik course tu.”

Malas aku nak membidas. Buat sakit jiwa.

“Anak mak cik masuk UPM. Ambik course doktor. Tak lama lagi, ada sorang doktor dalam rumah mak cik. Dapat tengokkan sakit pening mak cik ni.”

7 tahun berlalu. Anaknya kini berjaya menjadi seorang doktor bertauliah. Menjadi doktor di pusat serenti.


Doktor 3

Tahun 2007. Semasa aku menuntut di UiTM Segamat. Lebih spesifik, menetap di 32 Jementah.

Aku terlambat bangun. Terlepas pergi kelas Customer Behavior yang diajar oleh Encik Abdul Aziz (ya kot nama dia ni). Ini kali ke-3 berturut-turut aku tidak hadir ke kelasnya. Mengikut peraturan UiTM. Aku boleh digantung daripada mengambil peperiksaan akhir.

Maka aku pun pergi ke Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKm terletak tidak jauh dari rumah aku. Tidak sampai 1 kilometer pun. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja tanpa meminta Cendol menghantar aku menaiki Love Machine nya.

Kenapa? Kerana waktu tengahari, cuaca agak panas. Jika aku berjalan kaki di tengahari, suhu badan aku akan meningkat. Jadi doktor akan percaya yang aku demam dan aku dengan mudah akan mendapat MC.

Taktik aku berjaya. Doktor terperangkap dengan tipu helah aku yang bergaya ini.

“Doktor, boleh saya mintak MC. Saya student UiTM.”

“Boleh.”

Dia mengambil borang MC dan menuliskan nama aku di borang tersebut. Terukir satu senyuman gembira di dalam hati aku.

“Awak nak cuti berapa hari ni?”

Aku agak terkejut dengan soalan doktor tu. Aku ke yang tentukan tempoh cuti aku?

“Awak nak cuti berapa hari?” ulang doktor tersebut.

“2…. 2 hari.”

Maka aku pun mendapat 1 hari lagi cuti percuma. Cool sungguh doktor tersebut. Aku ada terfikir juga kalau aku mintak seminggu, dia bagi tak?

2 hari kemudian, aku menyerahkan surat MC tersebut kepada Encik Abdul Aziz. Encik Aziz boleh tanya aku satu soalan pada aku.

“Awak ni student saya ke?”

Adakah ayat itu ayat perli. Tidak. Rupa-rupanya, dia memang jenis Lecturer yang tidak ingat akan student-nya. Yang lebih menarik lagi, dia tidak pernah tengok attendance yang diedarkan pada student-nya. 
 
Jadi, samada student tu datang atau tidak, tanda attendance atau tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Penat je aku jalan dalam panas.

Aku dah update Tears Don't Fall.

Wednesday, October 14, 2009

CENDOL, AWEK CENDOL, BIRTHDAY, BELL, WISH, ANJING?

Kamu masih ingat Bell kan? Tak ingat? Jangan Risau. Anda boleh mengenali Bell di sini.

Atau refresh apa yang Bell pernah lakukan di sini pula.

Sessi bermain SMS bersama kawan sekolah menengah/kawan seuniversiti/kawan se-32 Jementah. Kali ini, sessi SMS berlaku bersama Cendol.

Cendol:
Woi. Esok birthday Bell.

Aku:
Eh? Ye ke? Mana kau tau?

Cendol:
Dulu dia pernah bagitau aku kat Segamat. Masa tu, esoknya birthday awek aku. So, aku bagitau Bell. Dia pun cakap la yang birthday dia hari tu. So aku ingat la yang birthday dia tu sehari sebelum birthday awek aku.

Aku:
Owh.... Kau dah wish Bell ke?

Cendol:
Dari aku wish Bell, baik aku wish kat anjing.

Moral of The Story:
Jangan wish birthday member anda pada anjing.

Thursday, October 8, 2009

PEREMPUAN, PUSAT DAN .........

Lama gila aku tak update blog. Busy bukan main. Dengan open house, marhaban, appointment dekat hospital, jumpa kawan-kawan lama masa hari raya ni… Aku cuma sempat update 2 sahaja blog aku. Dua lagi blog (termasuk blog ini) sudah lama terabai.

Weekends yang lepas, aku sempat keluar dan berjumpa dengan Maria. Ingat lagi Maria? Perempuan yang aku jumpa masa menunggu bas dulu. Kalau tak ingat, baca entri ini, entri ini dan entri ini juga.

Sudah lama aku tidak menulis tentang Maria. Bukannya apa, tapi dia yang tak bagi aku tulis tentang dia. Lagi-lagi selepas dia dapat tahu tentang blog aku ini.

Maria berpindah ke Johor Bahru pada bulan Februari tahun lepas. Kini, aku lebih jarang berjumpa dengan dia memandangkan aku masih belajar (ketika itu) dan masih tidak bekerja sekarang (tiada duit mahu bergerak ke sana dan ke sini). Semenjak Maria berpindah ke JB, ini kali ke-3 aku berjumpa dengan dia. Itupun sebab dia sudi mahu datang ke Batu Pahat.

Aku lepak dengan dia di Big Apple Donut di BP Mall. Dia belanja, jadi aku on sahaja. Tengah kami sibuk membaham donut, dia membuka bicara.

“I nak buat surgery la.”

Aku agak terkejut. Kenapa pula minah ni beria nak buat surgery. Nak kata mukanya hodoh atau senget, tidak sekali. Kulitnya putih, macam orang jepun. Nama pun Maria, muka macam orang Jepun. Teringat pula aku pada Maria Oza…. Tidak!!! Aku kena setia pada kekasih aku di Vietnam. Maafkan abang kerana terfikir pasal benda lain, Elly Tran Ha.

“Awak nak buat surgery apa? Muka dah elok je..”

Maria gelak kecil.

“Bukan mukalah… Nak buat kat pusat.”

“Pusat?”

“Pusat I buruklah…”

Maria menyelak bajunya menunjukan pusatnya. Patutlah dia kata pusatnya buruk, rupa-rupanya Maria mempunyai jenis pusat yang terkeluar. Google sendiri kalau mahu tahu bentuk pusat terkeluar.

“Tapi kan, boleh ke buat surgery kat pusat?”

Aku hanya mendiamkan diri. Maklumlah, aku bukannya pakar bedah. Mana aku tahu. Tapi aku masih teringat aku pernah menonton dalam salah satu episod cerita Nip/Tuck dimana seorang perempuan ingin membetulkan pusatnya yang terkeluar itu.

“Entah la. Dalam Nip/Tuck dulu, ada orang buat. Awak nak bedah macam mana?”

“Entah la. Apa cadangan you?”

“Buang je pusat tu.”

“Mana boleh. Manusia mati tau kalau tak de pusat.”

Aku terdiam lagi. Benarkah manusia akan mati kalau tiada pusat? Setahu aku, ada manusia yang memang tiada pusat. Sebab aku pernah terbaca seorang supermodel yang tidak mempunyai pusat.

Sebaik pulang ke rumah, aku cepat-cepat on laptop aku dan memulakan carian. Dengan pertolongan pak cik Google, aku jumpa juga manusia tak berpusat.

Fokus pada pusat model yang ada di kedudukan tengah. Fokus pada pusat, bukan pada benda lain.

Zoom-in sikit

Maria, ni ada manusia tak berpusat tapi boleh hidup. Apa cer?

Info mengenai model yang tak berpusat ini. Namanya Karolina Kurkova. Berasal dari Republik Czech dan berumur 25 tahun (sebaya aku, tapi macam dah tua sikit). Karolina ada berlakon dalam filem G.I. Joe: Rise of Cobra sebagai Cover Girl. Watak kecil sahaja, sekejap sahaja dah mati.

P/S: Sorry Maria. Tertulis pasal awak pulak. Hahahahaha….

Aku dah update Tears Don’t Fall
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...