Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, October 18, 2009

AKU DAN DOKTOR

Doktor  1

Tahun 1991. Aku berusia 7 tahun ketika ini. Darjah 1 persekolahan.
 
Soalan lazim yang akan diutarkan oleh para cikgu-cikgu ketika kamu masih bersekolah tadika atau darjah 1 ialah “Apa cita-cita kamu apabila kamu sudah besar nanti?”

Cikgu aku ketika itu (aku sudah tidak ingat nama dia) bertanya soalan tersebut pada kamu.

(Perbualan tersebut aku sudah ubahsuai sedikit ayatnya. Ya lah. Mana aku ingat semuanya. Dah lama kot).

“Amirul, apa cita-cita kamu?”

“Saya nak jadi doktor, cikgu.”

“Bagus. Kenapa awak nak jadi cikgu?”

“Sebab saya nak tolong orang susah dan sakit.”

“Bagus. Cikgu yakin kamu boleh jadi doktor. Cikgu ni pandai buat ramalan. Dari muka kamu, cikgu boleh ramal yang kamu memang akan jadi doktor.”

Kamu mesti macam tidak berapa percaya dengan ayat terakhir cikgu itu kan? Tetapi itu kenyataannya. Dia kata dia pandai meramal dan berkata aku akan menjadi doktor.

18 tahun kemudian. Amirul yang diramalkan menjadi doktor hanya berjaya mendapatkan diploma dan ijazah dalam bidang perniagaan sahaja.

Kenapa aku tak ambil jurusan doktor? Nak mampus! Biologi pun aku dapat D7 sahaja masa SPM.

Pandai meramal ya cikgu? Cikgu ni tak jauh beza macam Ramalan Tok Nujum dalam Facebook tu.


Doktor 2

Tahun 2002. Perbualan berlaku selepas keputusan UPU keluar.

“Kamu dapat sambung belajar dekat mana, Amirul?”

“Dekat Politeknik Merliamau.”

“Politeknik je? Apa teruk sangat tu,” dengan nada sarcasm.

Aku diam je. Macam nak tumbuk muka mak cik ni.

Mak cik tu sambung sakitkan hati aku.

“Kamu ambik course ape?”

“Marketing.”

“Jurusan business tak boleh cari makan la. Dah ramai yang ambik course tu.”

Malas aku nak membidas. Buat sakit jiwa.

“Anak mak cik masuk UPM. Ambik course doktor. Tak lama lagi, ada sorang doktor dalam rumah mak cik. Dapat tengokkan sakit pening mak cik ni.”

7 tahun berlalu. Anaknya kini berjaya menjadi seorang doktor bertauliah. Menjadi doktor di pusat serenti.


Doktor 3

Tahun 2007. Semasa aku menuntut di UiTM Segamat. Lebih spesifik, menetap di 32 Jementah.

Aku terlambat bangun. Terlepas pergi kelas Customer Behavior yang diajar oleh Encik Abdul Aziz (ya kot nama dia ni). Ini kali ke-3 berturut-turut aku tidak hadir ke kelasnya. Mengikut peraturan UiTM. Aku boleh digantung daripada mengambil peperiksaan akhir.

Maka aku pun pergi ke Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKm terletak tidak jauh dari rumah aku. Tidak sampai 1 kilometer pun. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja tanpa meminta Cendol menghantar aku menaiki Love Machine nya.

Kenapa? Kerana waktu tengahari, cuaca agak panas. Jika aku berjalan kaki di tengahari, suhu badan aku akan meningkat. Jadi doktor akan percaya yang aku demam dan aku dengan mudah akan mendapat MC.

Taktik aku berjaya. Doktor terperangkap dengan tipu helah aku yang bergaya ini.

“Doktor, boleh saya mintak MC. Saya student UiTM.”

“Boleh.”

Dia mengambil borang MC dan menuliskan nama aku di borang tersebut. Terukir satu senyuman gembira di dalam hati aku.

“Awak nak cuti berapa hari ni?”

Aku agak terkejut dengan soalan doktor tu. Aku ke yang tentukan tempoh cuti aku?

“Awak nak cuti berapa hari?” ulang doktor tersebut.

“2…. 2 hari.”

Maka aku pun mendapat 1 hari lagi cuti percuma. Cool sungguh doktor tersebut. Aku ada terfikir juga kalau aku mintak seminggu, dia bagi tak?

2 hari kemudian, aku menyerahkan surat MC tersebut kepada Encik Abdul Aziz. Encik Aziz boleh tanya aku satu soalan pada aku.

“Awak ni student saya ke?”

Adakah ayat itu ayat perli. Tidak. Rupa-rupanya, dia memang jenis Lecturer yang tidak ingat akan student-nya. Yang lebih menarik lagi, dia tidak pernah tengok attendance yang diedarkan pada student-nya. 
 
Jadi, samada student tu datang atau tidak, tanda attendance atau tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Penat je aku jalan dalam panas.

Aku dah update Tears Don't Fall.

12 comments:

Diya said...

Haha. Cerita bahagian dokter ketiga tu paling kelakar. Sampai tak ingat students. Adeh. Memang ada sesetengah lect yang tak amek pot langsung pasal attendance, tapi ada gak lect yang strict gile babas psl attendance. Huuu.

Untuk citer bahagian kedua tuh nasib baik dia makcik, kalau bebudak memang dah lama kena lempang.

myshana said...

haha.kelas CB dol.masa tu ko,aku,aleen n sape tah lagi satu group.haha..takleh blah dowh masa tu.kita kan gi kelas gilir2.pegi pun sebab nak tau assignment yang nak kena buat.dahtu buat semua last minute.mmg tak leh blah la kelas tu..

aremierulez/Amirul said...

diya...
itu la satu2 nye lecturer saya yg tak ingat student...
kalau yg lain, nama saya mmg sering melekat di minda mereka (sbb selalu x dtg kelas)

myshana...
tak salah aku, satu lg grup kita akib kan?
hahaha... yg paling bengang, tiap kali kelas mesti ade assignment....
aku rasa kelas dia la yg paling bnyk assignment....

sufianahmad86 said...

doc kat jementah tu minat mirul

intan izani said...

nice story

sian makcik tu
anak die jadi doktor pusat serenti
heheh
takde la nak bangga2 sgt
alahai manusia.....

en_me said...

doktor sendiri kalo sakit saper nak check uoolsss.. ehehe, nice stories bro

aremierulez/Amirul said...

yan..
bnyk la kau...

intan izani...
pengajaran utk mak cik tu..
anak dia yg sorg lg jd nurse...
jgn dia pun ikut jejak abg die lak...

en_me..
doktor tak leh check diri sendiri ke?
hehe...

Hujan Malam said...

gila laser mkcik tu..hehe..ckp jgn sebarang cakap..hehe

aremierulez/Amirul said...

hujan malam..
nasib baik mak cik tu tak kena tumbuk...
hehehehe....

Joey said...

kan....tak semua orang boleh jadi doktor..setakat cakap aku nak jadi doktor...semua boleh..hahaha

bahagian ketiga part doktor itu ada yang sangat-sangat menarik..hahahahaha

tersangat-sangat menarik...


p/s coincidence kan?

aremierulez/Amirul said...

part 3 tu penah jadi kat kau jugak ke?

Joey said...

tak pernah terjadi...

hahahahaha...

bila baca balik pun aku masih tersenyum simpul....

p/s actually...yang...ops.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...