Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, October 27, 2009

KEGEMBIRAAAN SEHINGGA TIDAK MAMPU DIUCAPKAN DALAM BENTUK KATA-KATA

Serius aku tidak memahami ungkapan di atas. Bukan tidak faham sebenarnya, tetapi tidak pernah aku berasa gembira sampai tidak terkata. Tapi sekarang aku sudah faham....

Aku pergi jelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Boleh dikatakan kesemua bloggers yang menghadiri Upacara Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71 akan menulis tentang pengalaman mereka ketika menghadiri majlis tersebut.

Pengalaman sebelum, semasa dan selepas majlis konvo, perasaan mereka ketika mengambil skrol di atas pentas, kisah mereka menangis selepas majlis kerana kegembiraan...... Dan macam-macam lagi.

Aku juga gembira. Gembira kerana berjaya juga menamatkan pembelajaran aku di UiTM. Gembira kerana berjaya menunaikan hasrat ibu aku yang mahu melihat salah seorang anaknya mendapat Ijazah. Gembira kerana berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah berkurun tidak jumpa. Gembira kerana Ibrahim Abu Shah yang bagi skrol pada aku dan bukan wakil dia....

Tetapi aku tidak tahu macam mana mahu mencoretkan diblog ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Aku taip, aku delete. Aku taip, aku delete. Lepas tu aku draft kan dan esoknya aku delete balik. Begitulah tabiat aku semenjak malam sabtu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan gembira hingga tidak mampu untuk diucapkan dengan kata-kata. Sehingga aku yang biasanya gagah dalam bab menaip dan mengarut panjang-panjang pun gagal untuk menggambarkan kegembiraan aku di majlis konvokesyen tersebut.

Mungkin perasaan gembira ini untuk aku pendam di dalam jiwa dan simpan ia sebagai satu memori indah buat diri sendiri.

Kepada mama, abah dan abang yang sentiasa menyokong anak/adik mu ini untuk terus belajar sehingga tahap ini, terimakasih aku ucapkan. Jasa kamu semua memang tidak mampu aku balas walaupun dengan wang berjuta-juta ringgit.

Kepada kawan-kawan sekalian, aku harap kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing. Harap jumpa nanti. Jangan sampai lost contact.

Kepada pembaca blog ini yang masih bersekolah, belajar rajin-rajin. Sejuk perut mak kamu mengandung kalau kamu berjaya dalam pelajaran.

P/S: Sedih tak dapat jumpa Hannah masa konvo hari tu.... :( 

6 comments:

hannah yunos said...

me too..really sad coz tak dapat jumpa ko masa tu.me really sorry yea.next time if ko kat shah alam,kita hang out.janji:)

got a lot of prob sekarang ni.time tu aku mmg nak lari balik shah alam,tapi da tak sempat.

next time,kita lepak sesama.promise:)

fairuz said...

aku rasa tahun depan kalau aku konvo, aku takde idea apa nak tulis kat blog, aku paste dari entri kau ni la...

hahaha...

amacam?

Diya said...

takpelah, janji amie tahu yg amie berbangga dptkan ijazah tuk mak ayah. masa sesi amie hari tuh, berapa orang sekali harung? 1000 lebih? kali ni ye tak sebut nama pun. ramai sangat kot, tak larat nk sebut sorang2

sufianahmad86 said...

tak terungkap ngan tulisan dan ayat di blog..

memang indah beb...nampak misai kacak tan sri abu syah..huhuhu kenangan seumur idup aku..

kaw tak leh sbb kaw da konvo kat poli..kekeke

Joey said...

hey!

Selamat bergraduasi ...

semoga cepat mendapat kerja..

boleh belanja makan...hahaha

aremierulez/Amirul said...

hannah...
ok... tak pe... lain kali aku dtg sana, aku roger kau...

fairuz...
boleh... tapi kau jgn lupa bayar royalty nya... hahahaha...

diya...
1008 org kalau tak silap...
mmg saje tak sebut nama sebab nak pendek kan majlis...

yan...
masa kat poli lain.. uitm lain beb....
tapi dua2 pun best...

joey...
kau doa aku dpt keje cepat...
nnt aku belanja kau makan....
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...