Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, December 31, 2009

AKU DAN AMOI PART 2

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku ingin meminta maaf kerana sudah begitu lama aku tidak mengemaskini blog ini. Sibuk dalam proses untuk menyembuhkan diri aku dari pembedahan yang aku jalani pada 20 November yang lepas.

Pada mulanya, aku ingin menulis kisah pengalaman aku di hospital tapi tiba-tiba macam malas pula. Jadi, aku sambung kembali entri Aku dan Amoi.

=======

Oleh kerana tempoh kelas Tuition aku agak panjang, iaitu 4 jam, ada waktu rehat selamat 15 minit pada pertengahan kelas. Dan ini lah waktu yang aku tunggu kerana dapat jua aku merehatkan mata dan fikiran aku yang bercelaru kerana sudah terlampau lama memandang nombor dan simbol-simbol add math yang pelik.

Setiap kali tiba waktu rehat, aku akan turun ke bawah (kelas tuition aku tingkat 2) untuk pergi ke kedai runcit. Aku gelarkan kedai runcit itu Chocolate Factory kerana kedai tersebut menjual pelbagai jenis coklat sampaikan ada sesetengah jenis coklat yang rare pun ada dijual di kedai tersebut.

Kedai runcit ini dimiliki oleh satu keluarga cina. Aku dah lupa nama tokey kedai runcit tapi tokei kedai runcit ni masih muda lagi (dalam usia pertengahan 20-an tak salah aku). Semasa aku mula tuition di situ, dia baru sahaja take over kedai tersebut dari ayahnya.

Setiap kali nampak aku masuk sahaja ke dalam kedai runcit tersebut, tokey kedai mesti senyum panjang sampai ke telinga sebab aku akan membeli coklat dalam amount yang banyak di kedai tersebut. Tapi tidak bermakna aku nak habiskan semua coklat tersebut dalam kelas, kira aku beli untuk stock seminggu.

"Ha... KitKat Chunky baru sampai tu," tegur tokey kedai tu sambil menunjuk pada arah coklat KitKat Chunky.

Aku senyum lebar. Masa peristiwa ni terjadi, KitKat Chunky baru keluar di pasaran Malaysia. Memang agak susah juga nak mendapatkan KitKat Chunky pada masa ni dan kedai ni merupakan antara kedai yang terawal menjual coklat tersebut di daerah Batu Pahat. Masa ni, saiz KitKat Chunky besar gila. Sekarang ni dah sama besar dengan saiz 3 ibu jari aku je.

Aku terus menuju ke arah rak coklat KitKat. baru aku nak mencapai KitKat tersebut, tiba-tiba datang satu lagi lembaga manusia yang cuba mencapai KitKat tersebut. Aku memandang pada orang tersebut.

Mei rupanya. Amoi yang aku baru kenal sejam lebih di kelas tadi terus melemparkan senyum menusuk kalbu pada aku. Damn! Sweet and cute. Aku terkedu sekejap.

"You like this chocolate too?" tanya amoi ni sambil senyum manis lagi.

Aku angguk laju-laju.

Mei ambik satu KitKat Chunky. Aku ambik 3.

"Wow, so many..."

"Stock seminggu,"
jawab aku ringkas. Meiu senyum lagi.

"You tak selesa ke I speak in english?" tanya Mei lagi.

Sebenarnya, bukan aku tak selesa cuma aku agak terkejut kerana tidak pernah aku berkawan dengan amoi sebelum ini. Amoi cun dan memakai hot pant paras peha pulak tu.

"Tak. Sebenarnya saya tak pernah kawan dengan amoi. I tak kisah you nak cakap bahasa apa pun, cuma jangan cakap dalam bahasa isyarat pulak."

Mei senyum mendengar jawapan aku. Kemudian dia memperkenalkan aku dengan 2 orang lagi kawannya yang juga sekelas dengan kami dalam kelas tuition tersebut. Selepas berbual lebih kurang, Mei naik semula ke kelas bersama kawan-kawannya. Aku pula mencapai lagi coklat lain seperti Snickers, Twixx, Mars, M&M's dan lain-lain lagi sebelum naik semula ke atas. Nama pun stock seminggu.

Lepas tu, aku pun masuk ke kelas semula. Cikgu tak masuk lagi jadi aku dapat berborak lagi dengan Mei.

Minggu depannya, kelas ke-2 dalam tahun tersebut, Mei duduk di sebelah aku lagi. Dan sekali lagi dia hanya memakai hot pant., menampakkan lagi peha putihnya itu. Kadang-kadang aku jadi keliru sampaikan aku lebih banyak melihat 'peha putih' Mei dari papan putih di hadapan.

Selepas habis kelas, aku dengan berani matinya meminta nombor telefonnya.

"Mei, can i get number. Maybe kita boleh berbual on the phone ke.... Ye la, kita jumpa pun seminggu sekali je kan?"

Tanpa berlengah, Mei bagi nombor telefonnya. Tapi nombor telefon rumah la. Zaman aku dulu, budak-budak sekolah belum mampu nak pakai handphone. Bukan macam zaman sekarang. Budak darjah 2 dah pakai iPhone.

Maka, bermulalah sessi bergayut di public phone antara aku dan Mei. Dalam seminggu, aku akan call Mei 2 kali. Kalau duit lebih, boleh gayut 3 kali. Mei call aku guna telefon rumah je. Maklumlah, orang kaya lagipun kata Mei, papa & mama nya tak bagi keluar rumah malam-malam.

Sudah sebulan lebih aku berkawan dengan Mei. Aku dengan Mei sekarang lebih mesra. Kami sering bergurau-senda. dan Mei selalu main cubit-cubit dengan aku. Budak-budak lelaki Melayu yang ada dalam kelas tuition aku tu pandang lain macam pada aku dengan Mei. Tapi aku peduli apa. Janji aku tak kacau diorang.

Habis kelas tuition, aku dan Mei turun ke bawah. Aku menunggu abang aku ambik aku untuk balik ke rumah. Mei pula menunggu driver yang papa nya upah untuk mengambilnya.

"Amirul..."

"Yup."

"Esok (sabtu) kita hang-out kat Summit nak? I nak tengok movie la... Cerita The Beach. Leonardo Di Caprio act in that movie. I watch the making of for that movie last night & I think it's a good movie.."

Aku terdiam.

"Jom la..."

Kalau ikut hati, memang aku on je. Tapi minda aku suruh berfikir tentang awek aku. Macam mana ni? Kalau aku keluar dengan Mei, adakah aku akan mendapat gelaran curang kerana membelakangkan awek aku? Macam mana ni? Ah, sambung la dulu.

Bersambung....

Aku dah update Tears Don't Fall
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...