Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 7, 2010

AKU DAN AMOI PART 3

Aku dah tukar banner untuk blog ini. Model yang ada pada banner aku adalah Hannah Tan. Hannah Tan merupakan model/penyanyi/pelakon/pengacara kelahiran Pulau Pinang.

Selama ni, aku asyik gunakan model dari Jepun sebagai banner blog aku. Dah sampai masa aku gunakan produk Malaysia sebagai banner.

==========

Aku mula rasa serba-salah. Apa yang aku patut katakan pada Mei? Mei tersenyum sambil menanti jawapan daripada aku.

Kalau ikut kata hati, memang aku nak cakap ok tapi otak aku pantas memikirkan kesan negatif yang bakal aku lalui.

Akhirnya aku otak aku memberikan tindak-balas untuk menjawab persolan Mei.

"Mei, actually.... Saya dah ada girlfriend la...," jawab aku dengan sedikit rasa menyesal.

"So?" balas Mei pendek.

"Eemm... So...," respond dari Mei buat aku mati akal seketika.

"Come on la. We are friend, right? Kita pergi sebagai kawan..."

Betul juga cakap Mei tu. Aku dengan dia kawan, bukan lebih pun.

Tapi macam mana kalau awek aku jealous? Mintak putus?

Ah! Aku baru tingkatan 4. Panjang lagi perjalanan hidup. Entah kekal, entah tidak relationship aku dengan awek aku ni (memang tak pun). 

Aku dengan segera mengangguk dan senyum. tanda ya la tu.

Esoknya, aku pun keluar dengan Mei. Tapi serious aku keluar dengan perasaan berani-berani-takut. Kenapa aku berperasaan demikian rupa? 

Yang pertama, walaupun aku tahu awek aku memang tak keluar pada hari tersebut, tapi aku masih takut kalau kawan-kawan dia yang nampak dan menjadi tukang report pula.

Yang kedua, konon-kononnya inilah pengalaman aku yang pertama main curang-curang dengan awek aku. Tapi tak salahkan kalau setakat keluar dengan kawan-kawan kan?

Yang ketiga, ini pertama kali aku keluar dengan perempuan yang bukan sebangsa dengan aku. So, serba sedikit aku rasa sedikit janggal dan takut jika ada perbuatan aku yang mungkin akan menyentuh sensitiviti bangsa dia. Tapi Alhamdulillah, semuanya ok.

Aku menonton cerita The Beach seperti apa yang Mei hajati. Aku belanja duit tiket wayang, Mei belanja Pop Corn dan Coke. Mula-mula aku relax je, tapi perasaan relax tersebut hilang apabila secara mendadak Mei merebahkan kepala dia pada bahu aku.

Hati aku terbahagi dua. Satu bahagian hati aku memang gembira yang teramat sangat. Gila kau! Ini kalau kawan-kawan aku tengok mahu ada yang bunuh diri sebab jealous tak memasal.

Tapi satu lagi hati aku memang menggelabah juga. Tiba-tiba awek aku ada kat seat belakang. Dia tipu aku cakap tak keluar rumah sebab nak spy aku. Tak ke mampus?

Habis sahaja cerita tersebut kami, kami terus keluar. Mei kelihatan tenag seperti dia apa-apa terjadi dalam wayang tadi. Melihat reaksi Mei yang tenang, aku pun berlagak tenang jugak la. Kami pergi ke KFC untuk mengisi perut. Mei belanja aku lagi. Mei datang dari keluarga yang agak berada, jadi setakat belanja KFC memang langsung tak terjejas buat dirinya.

Dari hari ke sehari, hubungan aku dan Mei semakin akrab. Hari tuition adalah hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh aku. Aku dan Mei sering turun ke kedai untuk membeli coklat. Kami sering bertukar-tukar coklat. Kami sering bergurau senda dan kami juga ada keluar untuk beberapa kali lagi untuk menonton wayang. 

Malah, aku juga dijemput menghadiri majlis harijadinya yang diraikan bersama-sama rakan-rakannya yang lain di Tasik Y. Aku satu-satunya jemputan Melayu yang dijemput. Agak kekok pada mulanya tapi nasib baik kawan-kawan Mei menerima kehadiran aku seadanya.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Masa terus berlalu. Akhirnya sampailah ke akhir tahun. Akhirnya, sessi tuition berakhir. Tamatnya sessi tuition bererti tamat jualah pertemuan aku dan Mei. Pada kelas terakhir tuition, Mei meminta aku untuk keluar bersama-sama lagi selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun. Aku setuju.

Aku berjumpa dengan Mei di Summit. Macam biasa, aku mesti tengok wayang dengan dia. Menjelang petang, tiba waktu untuk pulang. Mei memandang aku dengan satu pandangan mata yang agak sedih.

"Kenapa, Mei?"

"Actually, thi is the last time we will met. My family nak pindah ke JB."

BABI! Kenapa jadi macam ni pulak? Aku baru nak rasa happy dengan Mei. Kenapa family dia nak pindah pula?

"Tapi kita still can contact. Nanti bila I dah dapat nombor phone baru, I call you ok?"

Sepanjang tahun 2001, aku dan Mei hanya berhubung melalui telefon sahaja. Oleh kerana ia memakan modal yang agak besar, aku belajar dengan kawan aku cara-cara untuk menggunkan e-mel dan berchatting di IRC dan Yahoo Messenger (aku buta IT pada masa ini).

Selepas SPM pada tahun 2002, aku putus dengan awek aku ketika itu, membuatkan aku single dan mempunyai peluang untuk menjalinkan hubungan lebih serius dengan Mei. Mei turun ke Batu Pahat untuk berjumpa aku. Punyalah rindu. Lebih menarik lagi apabila Mei datang dengan memakai hot pants. Hehehehehehehehehehehe......

Tetapi pertemuan tersebut merupakan pertemuan terakhir antara aku dengan Mei. Banyak halangan apabila aku dan Mei cuba untuk berjumpa sekali lagi. Bila Mei datang ke Batu Pahat, aku pula pulang ke kampung aku di Selayang. Apabila aku datang ke Johor Bahru, Mei pula pergi bercuti ke Hong Kong bersama family-nya.

Akhirnya Mei pun menyambung pengajiannya di salah satu universiti di Singapura. Tak lama kemudian, aku pula menyambung pengajian aku di Politeknik Merlimau. Aku semakin kurang berhubung dengan Mei. Akhirnya, e-mel aku expired kerana sudah terlampau lama tidak login. 

Menambahkan lagi rasa malang, buku telefon yang menyimpan nombor telefon Mei juga turut hilang. Aku ni memang jenis phobia dengan nombor, jadi memang tak hafal apa-apa nombor telefon pun.

Maka, terputus sudah hubungan aku dengan Mei. Kadang-kadang bila aku pergi ke JB, aku selalu juga usha-usha amoi yang ada di situ. Manalah tahu, kalau-kalau boleh terserempak dengan dia pula.

Aku seringkali menyertai semua laman web sosial di internet. Friendster, Myspace, Facebook, Hi! 5, Tagged dan bermacam lagi laman sosial aku sertai hanya kerana ingin mencari Mei. Nama pertama yang aku search apabila menyertai laman sosial mestilah nama Mei. tapi malang betul, tak pernah aku jumpa langsung.

Mungkin ini takdir Ilahi. Mungkin jodoh aku dengan Mei sampai disini sahaja. Mungkin Mei dah pun bertemu jodoh ketika melanjutkan pelajarannya di Singapura... Ya. Mungkin.

Hasil persahabatan aku dengan Mei, ia serba sedikit mempengaruhi aku untuk memilih awek aku yang lain. Aku akan menjadikan perempuan Melayu yang mempunyai rupa ala-ala Amoi sebagai pilihan. "Chinese look" kata orang.

Aku dapat seorang awek, budak KL, yang memang sebijik macam amoi sampai kawan aku tak percaya yang awek aku ni Melayu. Tapi jodoh aku dengan awek tersebut tidak tahan lama juga. Tapi sekarang aku tak berapa kisah, janji cun aku sebat je. Hehehehe....

Aku pernah bertanyakan pada emak aku, kalau satu hari nanti aku bawa pulang seorang perempuan berbangsa Cina sebagai bakal menantu, adakah emak aku akan menerimanya? Mak aku jawab simple je:

"Lagi senang. Confirm tiap kali raya balik kampung kita."

Kemudian mak aku sambung lagi.

"Mak tak kisah bangsa apa bakal menantu yang Aam bawak, janji dia menghormati keluarga kita dan agama yang kita anuti ni."

Babi! Macam mana aku boleh tercerita hal kahwin pulak ni!

Tapi dengan kenyataan mak aku tu, aku ada peluang la untuk tackle Hannah Tan, Marion Counter, Amber Chia, Soo winci, Felixia Yap, Chantelle Chuah, Belinda Chee, Karen Kong, Elly Tran Ha dan lain-lain lagi. Hahahaha....

Aku mendoakan agar Mei bahagia disamping orang yang tersayang. Walaupun aku tidak lagi ditakdirkan berjumpa dengan Mei lagi, tapi aku akan ingat Mei sampai bila-bila kerana dia merupakan amoi pertama yang aku kenali secara rapat.

Moral of the Story:
Lain kali pergi tuition, padang papan putih kat depan. Jangan pandang peha putih amoi yang berhot pants macam aku. Nanti susah nak lulus subjek Add Math ni. Add Math ni dah la susah macam haram pulak tu.

Aku dah update Tears Don't Fall

Ini blog baru aku. Sila-sila la klik kat link kat sebelah ni: Lepas Laku.

Cis! Blog yang sedia ada pun tak terupdate, berani aku buat blog baru!

14 comments:

fairuz said...

besar siot cita² kau..hehe...

tapi apa yang ada pada kau sampai Mei tu layan kau baiiikk punya...?

Anonymous said...

pengajaran yng berguna

'pandang white board,jgn pandang peha....'

hahaha

Hujan Malam said...

sedih la plak ble bc..huhu

Diya said...

Alahai. Putus gitu je? Sayang nya...

aremierulez/Amirul said...

fairuz...
ntah la.... aku pun tak tau... lgpun, Mei ni sorang je yang bagi layanan baik macam ni...

amoi yg lain2 mcm biase2 je....

anonymous...
penting ni.... aku tak nak anak2 muda terpengaruh dengan tindakan aku... hehehehe..

hujan malam...
ya.. saya yg menaip lagi rasa sedih... wwoooo...

diya....
apa nak buat, jodoh samapi kat situ je...

wikwiki said...

cis kaw da penah dating ngan amoi...gile playboy kaw nih

joey said...

sila removekan Hannah Tan dari list ko...(wakaka...matila dah berubah..)


ntah2 dia dah keja jual henfon tak..opss...hahahaa

aremierulez/Amirul said...

wikwiki...
hahaha... kau belum kenal btul2 sape aku yg sebenar...

joey...
tak boleh. hannah tan top priority.. hehehe...

keja jual henpon x pe, jgn die yg dh kene jual.. hehe

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

aremierulez/Amirul said...

anonymous...
thank u for ur compliment...
i will try my best to maintain it..
thanks 4 the support... who ever u are

joey said...

kan...takpe...yang penting ko lambat dari aku...wakaka

aremierulez/Amirul said...

joey...
ape yg lmbt?

Anonymous said...

SALAM,
sepatutnya ko kena usaha cari dia sampai dapat, kalau ko betul2 sukakan mei tu..

cerita cinta ko ni hampir sama dengan kisah cinta aku dengan amoi aku.(my wife)
pada awalnya aku tak dapat cari dia sebab keluarganya berhijrah ke singapore.

contact number dia ,or segala maklumat peribadi dia telah hilang dalam 1 kebAkaran.jadi pada awalnya aku sukar untuk menjejakinya,hampir 4 tahun aku mencari dan trus mencari,bermula dari 0. memang sukar.cari siapa kenalan dia,cari orang2 yang berkaitan dengan family dia,yang mengenali dirinya.
dari situ aku trus menjejak dia..

akhirnya alhamdulillah,berkat usaha,doa dan sabar,aku dapat berjumpa semula dengan dia.
pada masa itu,dia juga telah usaha sedaya upaya untuk mencari aku.

kami mencintai antara satu sama lain,akhirnya kami telah brkahwin anak 2,sepasang.:) suelian lee(siti suhaily)

apa yang pnting,usaha,jgn putus asa. (MUNGKIN MEI SEDANG MENUNGGU KAU,DAN MENANTI KAU,APA PUN KESUDAHANNYA,KAU PERLU MENGETAHUINYA..fighting!!!

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
Ntah la bro... dah lebih 10 tahun benda ni berlalu.

Aku pun tak tau nak cari kat mana.

Aku dah cari dengan macam macam method. Tapi tetap tak jumpa.

Entah la... Tapi sebenarnya dalam hati aku, masih berharap jugak aku boleh jumpa dia satu hari nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...