Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 15, 2010

"Kami Ikut Trend" --- Kata Budak-Budak Baru Nak Up

Aku teringat dulu masa sekitar tahun 2005, dengan secara mendadak nama sebuah band dari Amerika menjadi sebutan anak muda di Malaysia.

Masa ni, aku masih menuntut di Politeknik Merlimau. Aku dah tak duduk dekat asrama lagi, aku duduk rumah sewa dengan kawan-kawan aku.

Rumah sewa aku rugged. Ada Astro, ada internet. Sama macam rumah sewa aku di 32 Jementah dulu.

Tengah aku menonton televisyen, rancangan di Channel MTV, datang seorang kawan aku dari rumah sewa lain, nak tumpang tengok tv. Lalu ditanyakan soalah pada aku:

"Kau dah tegok video klip Helena?"

"Helena? Penyanyi baru ke?"


"Apa jadah kau ni? Helena la. Lagu baru My Chemical Romance. Cakap minat lagu underground. Tak kan kau tak pernah dengar My Chemical Romance kot? Kau ni tak ikut trend la."


Serius aku tak pernah dengar nama band tu masa tu. Seriously, apa kena mengena underground dengan My Chemical Romance (MCR)?

2-3 hari lepas tu aku ada berbual dengan budak-budak junior aku yang baru semester satu. Diorang pun sibuk cerita pasal MCR. Aku tanya diorang pasal MCR ni. Diorang pakat gelakkan aku. Kata aku tak ikut trend.

Dari diorang ni, aku dapat tau la serba sedikit pasal MCR yang masa tu tengah diminati oleh golongan budak-budak baru nak up (budak-budak baru nak naik).

Semenjak dari hari tu, macam-macam aku dengar pasal MCR ni. Rata-rata budak-budak ni asyik berbual pasal MCR je. Sampai budak perempuan yang suka layan lagu-lagu leleh dari Kumpulan Newboyz dan Spring pun boleh layan MCR juga. Pelik juga aku. Dulu masa aku dengar lagu Metal, pandai pulak diorang cakap muzik tu bising. Lagu MCR tu tak bising pulak?

Budak-budak perempuan ni pun pantang dengar aku sebut nama Gerrard, terus nak menyampuk nak join sekali sebab diorang ingat aku tengah berbual pasal Gerard Way, penyanyi MCR, padahal aku tengah berbual pasal Steven Gerrard.

Aku pun cuba try dengar lagu-lagu MCR setelah dicadangkan oleh mereka-mereka semua tu. Aku pun cuba tapi lagu diorang ni tak berapa in dengan aku. Yang aku macam boleh in sikit pun lagu 'Ghost of You'.

Budak-budak ni sibuk kutuk aku. Diorang cakap aku tak ikut trend. Kata aku ni hidup dalam masa silam, tak boleh terima pembahuruan muzik dan sebagainya. Diorang cakap aku ni terperangkap dengan muzik-muzik underground Butterfingers dan muzik-muzik Punk Rock Green Day.

Aku buat tak kisah. Yang penting, aku happy dengan music yang aku dengar.

Tak lama lepas tu, budak-budak junior aku yang memperkenalkan aku kepada MCR tiba-tiba berubah arah. Dari Myspace & Facebook diorang, aku ternampak perubahan. Semua gambar Gerard Way dan logo-logo MCR dah hilang dari photo album diorang.

Rupanya diorang dah berubah arah lagi. Bila aku tanya kenapa dah tak minat MCR lagi. Diorang cakap dah bukan trend dengar MCR lagi. Diorang kata sekarang zaman Indie. Sekarang dah layan Hujan, Bunkface, Bittersweet dan yang sejenis dengannya. Liyana Jasmay bukan indie ya?

Habis sudah MCR. Tiada lagi MCR dalam hidup mereka. Sekarang dalam photo album mereka penuh dengan logo-logo kumpulan Indie pula. Dan mereka juga sudah berpakaian seperti Indie juga.

Baju-baju dengan catch phrase "Saya sayang emak saya", "saya sayang awak", "awak tak perasan saya sebab awak perasan awak cun", dan lain-lain ayat yang kadang-kadang buat aku nak gelak guling-guling.

Aku kagumi mereka ni sebab berani pakai baju-baju macam tu tapi ayat pada baju tu kadang-kadang mengarut sangat. Aku tau mereka cuba tiru trend di Amerika yang suka pakai T-Shirt yang tertera ayat-ayat bersifat sarcasm. Tapi kalau pakai baju dengan ayat macam kat atas tu, memang ada sikit kelakar.

Tu belum lagi T-Shirt dengan ayat "Indie adalah Underground. Cis! Betul-betul budak-budak baru nak up. Tak tau nak beza underground dengan indie.

Inilah sifat budak-budak baru nak up ni. Mereka suka mendengar sesuatu yang mereka anggap ikut trend. Biasanya merek ni berusia dari 13 hingga 21 tahun. Mereka ni biasanya cepat terpengaruh dengan kawan-kawan. Bila member dengar MCR, diorang pun dengar MCR. Bila member dengar Indie, mereka pun dengar indie.

Sebenarnya tak salah ikut trend. Cuma jangan la jadi macam tiada pendirian. Kejap sokong ni, kejap sokong tu. Bukan apa, aku takut industri indie yang tengah top ni bakal kehilangan para peminat bila peminatnya berubah minat kerana terlampau ikutkan trend. Ya la, tak ikut trend nanti di chop sebagai "tak cool" atau "tak ikut perkembangan zaman pula."

Perkembangan muzik Indie kat Malaysia memang bagus kerana serba-sedikit berjaya menutup laluan pemuzik dari Indonesia. Aku tak berapa kisah kalau band-band yang mempunyai karya yang bagus seperti Dewa 19 dan Padi meletup di Malaysia. Tapi kalau band maha sampah macam Wali Band, D'Masive dan Mata pun korang minat, apa kejadahnya tu?

Apa terjadi kalau tiba-tiba Noh Hujan kehilangan Raingers (Hujan Fans) kerana peminat Hujan tiba-tiba ikut trend lain? Apa jadi pada Bunkfaces bila kehilangan peminat? Sam bakal kehilangan kerjasama dengan TM dan Juliana Evans pun boleh jadi hilang dari hidupnya sama sekali.

So, janganlah ikut sangat pada trend. Cuba tetapkan pendirian sikit. Mungkin ada yang berkata, "ala... tukar haluan muzik aje... bukan nye jejaskan haluan hidup pun." Tapi kalau kita tidak boleh menetapkan pendirian kita pada hal kecil macam muzik, macam mana nak menetapkan pendirian pada prinsip hidup dan lain-lain. Serba-sedikit mesti mempengaruhi cara kita berfikir.

Oh ya. Mintak maaflah kepada adik-adik yang baru nak up ni kalau rasa terguris hati lepas membaca entri ini.

Jadi, tetapkanlah pendirian dan sokonglah muzik buatan Malaysia!

Nota Kaki:

1. Ikut trend punya pasal, aku pernah tengok seorang mamat yang pada asalnya taksub dengan Gothic, selalu dress-up ala-ala Gothic, tiba-tiba dress-up ala-ala Indie kerana ikutkan trend. Siap pakai baju "saya sayang emak saya" lagi. Ni baru la sell-out namanya.


2. Sokonglah industri Indie. Jangn biarkan industri ini jadi macam MCR, hilang peminat dengan sekelip mata.


3. Walaupun Liyana Jasmay cute & sweet, tapi dia bukan artis indie. Sekian.


Aku dah update Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

14 comments:

lylee said...

i'm not one of them eventhough im 19 :p

Fiziy said...

band mcm tu feymes satu musin je. mane ade dgr lagi band2 cam gitu dah.

aku tetap hardcore RHCP! haha~

aremierulez/Amirul said...

lylee
good for you :)

fiziy
band tu jadi semusim sebab budak2 nak up ni la... jgn sampai band2 indie malaysia ni jadi macam ni jugak...

RHCP... lama siot tak dgr cite band ni.. ape cer eh?

Anonymous said...

Kalau kat EPF, MCR= Muhammad Che Rus

aremierulez/Amirul said...

anon...
hahaha... sape ni?

bel4cker said...

brader...
budak baru nk nk jadik ulat..biase lahh..2 belom citer lagi yg masing2 sibok nk pki 'baju' la..rantai nage la..huu..kasehann..

lu layan butter smpi skg gak ke..
respek ler,gua dri dajah 5 smpi skg lyan lgi..wahuu..butter late then never..

salam..

aremierulez/Amirul said...

bel4cker

hahaha.. mesti la dgr butter lagi. budak2 baru nak naik ni je yg tak dengar lagu butter

Ikemal said...

cerita kita sama. sebab dlu waktu layan buttefingers nirvana sorang-sorang kena kutuk. zaman tuh diorang dengar mcr.

Budak-budak baru nak naik dengan DSLR

a.z.n.e.e said...

ooo... masih ada geng lagu seirama rupanya.. Blur, Greenday, ACAB, Oasis.. etc.. windu bangat nak dgr semula!

aremierulez/Amirul said...

ikemal:
tu la pasal. sekarang ni tengok cousin semua dengar band2 indie baru dengan band ntah ape2 ntah. fall out boy la... boys like girl la...

aznee:
blur memang best. oasis dah berpecah. jangan lupa stone temple pilot, silverchair, foo fighters

NU.YA.RA said...

walaupun saya ni dalam lingkungan 13 dan 21 (sebenarnya 20 la) sy xpenah obses cam gitu..saya menilai sesebuah band melalui lagu..begitu juga denagn artis-artis lain..kalau lagu dorg best dan cara penyampaian lagu tersebut berkesan,saya mungkin meminati lagu tersebut dan bukannya artis tersebut..

aremierulez/Amirul said...

nuyara:
tahniah saya ucapkan kepada anda kerana mempunyai music judgement yang baik dan tidak terikut dengan trend

una berry said...

ahah!
entry lama tapi menarik
I used to love MCR for their emo-goth music
tp skang dorg dah xcamtu la, xbest
kena dgr band lain la

nway I love Dewa 19
sampai bebila
hoho~

Amirul (aremierulez) said...

Una:
yep.. diorang dah tukar genre music sekarang. No more emo-goth

Dewa 19 aku pun minat. tapi dulu la. sampai album republik cinta. lepas tu dewa dah macam kurang la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...