Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, April 10, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Terlampau Taksub Dengan Twitter

Twitter merupakan satu lagi fenomena yang menjadi kegilaan manusia.

Menjadi laman web ketiga selepas Facebook dan Myspace, Twitter menjadi suatu aplikasi untuk seseorang berhubung dan memberitahu rakan-rakan tentang apa perasaan atau perkara yang terkini terjadi kepada mereka.

Boleh dikatakan hampir semua artis dan celebrity di America mempunyai Twitter. Artis Malaysia pun apa kurangnya.

Tapi kadang-kadang, ada sesetengah dari mereka yang terlampau taksub dengan Twitter, sehingga melakukan sesuatu yang di luar tabii normal.

Jadi mari kita menyingkap, WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Terlampau Taksub Dengan Twitter.

10. Anda terlepas majlis konvokesyen anak anda kerana kerana ingin menunggu Lady Gaga post apa yang dia makan untuk lunch dalam Twitter

9. Anda follow semua Twitter artis-artis Malaysia dan menghabiskan masa dengan membaca update mereka seharian suntuk.

8. Anda berdoa agar suatu hari nanti Apple akan improve-kan iPhone supaya kalis air agar anda boleh ber-Twitter sambil mandi.

7. Anda masih sanggup bermain Twitter semasa buang air besar seperti ini:


6. Anda sedar anda perlu berhenti bermain Twitter untuk menyelesaikan kerja-kerja anda. Tetapi anda sedar sejam yang lepas dan masih menghadap Twitter.

5. Anda ber-Twitter sambil tidur.

4. Anda tidak memberikan perhatian kepada anak-anak anda kecuali mereka berkata bergini: "@Mak, tolong belikan Ferrero Rocher kalau mak pergi The Store nanti dan boleh tak saya pergi ke rumah @Rahman."

3. Anda berhenti membaca Top Ten List ini selepas melebihi 140 karekter (huruf).

2. Anda memerlukan 3 kali percubaan untuk membaca entri ini sehingga habis kerana anda ber-Twitter sambil membaca entri ini.

1. Anda tidak lagi bermain ayat-ayat cinta di SMS, sebaliknya menggunakan Twitter untuk bertukar-tukar ayat berkasih sayang macam mamat kat bawah ni:

Main SMS, sudah!!. Bila orang usha-usha Twitter lu, lu cakap semua orang stalker. Apa da!!!

7 comments:

MrRollies said...

benci ngan awal tu..
pernah perli dia kat twitter..tak sangke dia balas haha... =D
Btw Imma twitterholic... =D

Firol said...

sudah semestinya tidak

aremierulez/Amirul said...

MrRollies
hahaha...
apa yang kau perli die? apa yg die balas balik?

firol
hehehehe... aku tau. fesbuk pun kau jarang main.

Diya said...

Erk, diya tak penah guna twitter. Sebelum ni ada create account, pastu lupa nak validate terus tak guna. Huhu. Orang cakap twitter mendadahkan, ye ke Amie? Bukan sama je dia dengan FB.

aremierulez/Amirul said...

diya
lebih kurang gak la dengan fb. artis malaysia suka guna twitter untuk comunicate sesama mereka. pegh.. dasat ayat ni

© bLurr said...

hahah. terbaik nyer point. aku baru berjinak ngan twitter nih. tatau ape yang seronoknya.. =.="

aremierulez/Amirul said...

blur
hahaha.. aku ade twitter ni pun sebab nak tengok ape function die.

untuk artis sesuai la kot bende ni. leh bagi perkembangan diorang kat peminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...