Belilah Novel Aku!!!!

Friday, June 18, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Yang Tidak Popular

Ada sesetengah orang di dunia yang ingin mengecap populariti dalam hidup mereka.

Ada yang ingin dikenali di seantero dunia (atau pun seluruh negaranya sahaja). Jadi sedaya upaya mereka cuba menjadi popular dengan menjadi seorang pelakon, penyanyi ataupun menyertai program realiti.

Atau mereka ingin popular tetapi tidak sepopular celebrity. Tapi cukuplah dengan menjadi pembaca berita, pengacara, wartaman, penulis dan lain-lain lagi.

Ada juga yang hanya sekadar ingin menjadi popular di dalam komuniti yang kecil sahaja. Menjadi pelajar popular di Kolej atau sekolah, menjadi pekerja paling popular di tempat kerja atau menjadi orang paling popular di dalam kampung atau taman perumahan yang kamu tinggal.

Ada juga yang sekadar mahu popular di alam maya seperti popular di Facebook, Myspace, Friendster, Twitter atau pun menjadi blogger.

Tapi kadang-kadang, selepas berhempas-pulas mencuba, anda tetap tidak popular. Jadi, apakah tanda untuk mengetahui yang kamu tidak popular di kalangan komuniti kamu?

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Yang Tidak Popular

10. Kamu memulakan thread baru dalam satu topik di forum, dan tiada siapa yang membalas post kamu itu.

9. Tiada seorang pun pensyarah kamu yang sedar kehadiran kamu sehinggakan mereka tidak sedar jika kamu ponteng kelas. Malahan, pensyarah kamu akan tanya "Siapa kamu? Tak pernah nampak pun?" semasa kamu ingin membuat presentation di hadapan kelas.

8. Tiada seorang pun yang menerima Friend Request kamu menyebabkan kamu tidak mempunyai kawan di dalam Facebook.

7. Tiada siapa pernah menelefon atau menghantar SMS ke telefon bimbit kamu. Begitu juga tiada panggilan wrong number ke telefon bimbit kamu. Malahan, ibubapa kamu pun cuma menghubungi kamu 2 bulan sekali.

6. Kamu gagal menarik perhatian orang ramai walaupun anda sedang berbogel di tengah bandar.

5. Kamu menghadiri ke majlis Reunion rakan sekolah kamu, namun tiada seorang pun mengingati kamu walaupun anda memberitahu nama gelaran (yang kamu benci) kamu kepada kawan-kawan anda semua.

4. Tiada siapa datang ke kenduri perkahwinan Kamu.... Begitu juga kenduri arwah kamu.

3. Tiada seorang pun tahu di mana kamu tinggal. Posmen pun tak tahu kamu tinggal di mana.

2. Orang sekampung kenal siapa ayah kamu, kenal siapa mak kamu, kenal siapa abang kamu, kenal siapa kakak kamu, kenal siapa adik kamu... Tapi tidak kenal akan kamu.

1. Ibubapa anda terlupa nama kamu... Atau mungkin terlupa kamu anak mereka.

Ok. Seriously, perkara nombor 9 dan 2 pernah jadi pada aku. Kamu bagaimana pula?

8 comments:

cik panadol said...

ni bukan takat tak popular...ni dah tahap tak wujud lagi tu!

Paiezah Armstrong said...

4 & 6 tu melampau. hahahahha

ejum said...

lawak betul ni..haha..gelak golek2

aremierulez/Amirul said...

panadol:
hahaha.. tu la pasal. tapi kadang2, tak popular membuatkan seseorang seperti tidak wujud

paiezah:
mana la tau boleh jadi macam tu

ejum:
baik2 golek tu

fairuz said...

no. 2 tu memang selalu sangat terjadi. padahal kita pun tak kenal sangat orang yang bertanya kat kita tu..haha

aremierulez/Amirul said...

tu la pasal. dah tu orang yang tanye tu mesti cakap "tak perasan pulak bakar ni ada anak satu lagi"

damn betul la

faerrin said...

aku sendiri, tak kenal pensyarah aku..bile aku buat presentation depan kelas aku pulak yang bertanya..

"encik siapa, tak pernah nampak pun?"

"saya si polan...gantikan si polan kerana bercuti belajar"

ohhh....

soalan aku agak daring, terus markah presentation aku kena tolak!

aremierulez/Amirul said...

faer:
hahaha.. kau ni berani sangat la... hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...