Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Aku, mereka dan tabligh

Tengah aku lepak-lepak kat luar rumah sambil memerhatikan kucing, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan manusia sedang berjalan-jalan. Mereka semuanya lelaki yang berpakaian jubah dan serban serta mempunyai janggut yang panjang. Mereka dipanggil tabligh.

Aku pun cepat-cepat lari masuk rumah. Tak senonoh betul perangai aku. Lari bila nampak tabligh. Perangai ini aku belajar semasa aku melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau. Aku tak tahu macam mana kumpulan tabligh boleh dibenarkan masuk ke dalam Politeknik. Mungkin pak guard pun sudah diceramah "baik punya" oleh para tabligh tersebut.

Pada masa itu, ada 2 cara untuk mengelakkan diri dari diceramah oleh para tabligh tersebut. Yang pertama, kunci pintu bilik, tutup lampu dan kipas. Kemudian, bila para tabligh tersebut mengetuk pintu dan memberikan salam, buat diam saja. Jawab salam dalam hati. Tak jawab dosa pula. Selepas mengetuk pintu dan beri salam sebanyak 3 kali dan tidak berjawab, mereka akan pergi. Itu memang kelakuan rasmi untuk para tabligh.

Yang kedua, teknik ini biasanya digunakan oleh pelajar yang duduk di tingkat atas asrama. Apabila nampak kumpulan tabligh naik ke tingkat atas menggunakan tangga sebelah barat, maka mereka semua dengan pantas turun ke tingkat bawah menggunakan tangga di sebelah timur. Dan perkara ini berterusan selama 3 semester sebelum akhirnya kami semua duduk di rumah sewa.

Aku mula mengenali golongan tabligh semasa aku bersekolah menengah lagi. Masa tu, aku dan beberapa orang kawan telah diserbu oleh sekumpulan tabligh semasa aku dan rakan-rakan sedang lepak disebuah gerai di Tasik Y. Maka, termaktublah hari tersebut dalam sejarah hidup aku, aku diceramah oleh ahli tabligh untuk kali pertama dalam hidup aku.

Dan aku terus menerima beberapa sessi ceramah lagi apabila aku sekali lagi terserempak dengan ahli tabligh semasa aku sedang dating bersama Mei di Summit Parade (tapi sekejap sahaja) dan kemudian mereka datang ke rumah aku pula (yang ni lama). Bila sudah besar sikit, baru pandai main lari-lari dengan tabligh. Tapi pernah juga sekali-dua terkantoi.

Tak senonoh betul perangai. Orang nak bagi ceramah agama, aku boleh main lari-lari pula.

Tapi bila difikir-fikirkan, ada beberapa sebab kenapa aku dan kawan-kawan sekalian melarikan diri daripada para tabligh.


Cara Pemakaian Mereka

Kita tahu yang tabligh biasanya sinonim dengan jubah putih, sokong haji dan berserban. Tidak ketinggalan juga janggut sebagai mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sekali imbas memang ternampak mereka memang dari golongan yang bijak pandai dalam hal agama.

Tetapi ada sesetangah dari mereka (bukan semua ya!) berpakaian kurang kemas. Jubah putih mereka tidak kelihatan putih. Tetapi nampak kelabu kerana tidak berbasuh ataupun tidak dibasuh dengan betul. Jubah yang berwarna putih tersebut kelihatan seperti berkerak.

Janggut mereka juga menjadi satu subjek utama. Bagi yang sudah senior dalam tabligh, biasanya janggut mereka sangatlah panjang. Seperti yang aku nyatakan tadi, janggut ialah salah satu Sunnah Nabi tetapi janggut itu mestilah kemas.

Ada sesetangah ahli tabligh yang mempunyai janggut yang tidak kemas. Nampak janggut mereka berselirat, panjang dan tidak terurus. Kadang-kadang, mereka tidak mengemaskan janggut mereka bila sesudah makan. Lebih teruk apabila ada nasi yang terlekat pada janggut mereka dan mereka tidak menyedari tentang nasi tersebut.

Aku pernah diceramah oleh seorang ahli tabligh yang mana aku ternampak beberapa biji nasi terlekat pada janggutnya Seriously, aku betul-betul terganggu apabila melihat nasi-nasi tersebut.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Ahli tabligh perlulah menjaga kebersihan diri mereka supaya orang yang kamu ingin ceramah mahu mendengarnya. Barulah orang lain respect dan mahu mendengar syarahan kamu itu.

Lagipun, apa pula pandangan orang bukan Islam apabila memandang ahli tabligh dalam keadaan tersebut. Pasti terdetik di hati mereka, "Oh, orang Islam yang kuat agama memang macam ni agaknya." Jadi, ahli tabligh kenalah menjaga imej sebagai seorang Islam di mata orang yang beragama lain.


Cara Pendekatan

Kadang-kadang cara pendekatan ahli tabligh kurang disenangi. Biasanya, jika target mereka ialah pelajar IPT, pada akhir ceramah mereka akan mengajak pelajar yang diceramah tersebut untuk menyertai program yang mereka anjurkan setiap hujung minggu.

Biasanya aktiviti tersebut akan melibatkan para jemputan tidur di masjid sepanjang hujung minggu. Aku tak pernah menyertai program tersebut. Tapi aku boleh agak mesti ada aktiviti mendengar ceramah, membuat kerja kebajikan, qiamullail dan lain-lain.

Ada sekali semasa hujung minggu, semasa aku sedang berada di Politeknik, aku didatangi oleh sekumpulah ahli tabligh. Roomate aku tiada, pergi dating agaknya. Aku terperuk di dalam bilik sebab pada hari Isnin, aku ada test dan assignment untuk di submit.

Kemudian, aku telah didatangi oleh sekumpulan ahli tabligh. Aku menjemput mereka masuk. Kebetulan otak pun dah tepu belajar, mungkin boleh unwind bila dengar ceramah mereka. Kata orang, masa tengah belajar elok dengar benda-benda yang baik.

Selepas hampir sejam aku mendengar syarahan mereka, mereka pun mengajak aku untuk menyertai program mereka untuk bermalam di sebuah masjid di Melaka.

Seperti yang aku nyatakan di atas, aku terpaksa menolak.

Tabligh: Jadi apa kata kalau adik ikut dan menyertai kami dalam program bla, bla, bla.. Tidur kat masjid, besok kami hantar adik balik.

Aku: Tak boleh la, bang. Isnin ni saya ada test dengan nak hantar assigment sekali.

Tabligh: Tak pe. Kalau kamu sertai program ni, banyak kebaikan yang kamu boleh dapat.

Aku: Tapi Isnin ni saya ada test dengan....

Tabligh: Itu semua dunia, dik. Akhirat tu keutamaan kita.

Aku terus terkedu dengan ayat brother tabligh ni.

"Itu semua dunia, dik. Akhirat tu keutamaan kita?"

Bukankah dalam Islam kita digalakkan menyeimbangkan antara dunia dan akhirat? Bukankah menuntut ilmu itu juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Bukankan menuntut ilmu itu juga salah satu dalam kategori Fisabilillah? Bagi aku, kenyataan tabligh tersebut memang aku tak boleh terima. Aku terkejut ayat tersebut boleh terkeluar dari seorang ahli tabligh yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam.

Dalam Islam ada menyatakan "beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokkan hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1,000 tahun." Tabligh tersebut terus memujuk dan kemudian bertukar menjadi satu paksaan untuk aku mengikuti program tersebut. Aku terus menolak tawaran mereka dan meminta mereka keluar. Tak pasal-pasal mood aku pun terus tak menentu sepanjang hari.

Bagi aku, cara pendekatan tabligh ini kurang tepat. Jika seseorang itu tidak mahu menyertai program tersebut, janglah paksa. Dalam Islam, tiada paksaan. Kalau orang tersebut tidak mahu menyertai program tersebut, cuba datang pada msa lain pula. Mungkin setelah 3-4 kali diceramah, baru orang tersebut baru membuka hatinya untuk turut serta dalam program tersebut.

Para tabligh perlu sedar yang target mereka ialah para pelajar IPT. Pelajar IPT penuh dengan aktiviti, test, kuiz dan assignment. Mereka tidak boleh memaksa dengan paksaan sedemikian. Nasib baik tabligh tersebut approach aku yang ambik course marketing. Kalau dia terjah budak-budak architect yang 24 jam sibuk dengan lukisan plan dan buat model bangunan, nak dengar ceramah pun belum pasti lagi.


Isi Kandungan Ceramah

Kadangkala, isi kandungan ceramah ahli tabligh ini kurang menarik perhatian untuk didengar. Itulah sebabnya para pelajar IPT suka main kejar-kejar dengan ahli tabligh dari mendengar ceramah tersebut.

Tajuk-tajuk ceramah yang biasanya aku dengar ialah "Apa itu Rukun Islam?", "Apa hukum meninggalkan sembahyang", "Apa hukum meninggalkan puasa", "Benda-benda haram dimakan" dan lain-lain lagi.

Memang tidak dapat dibafikan yang tajuk ceramah diatas memang berguna sebab tidak semua umat Islam faham tentang perkara-perkara di atas. Tetapi mereka perlu ingat, target mereka ialah pelajar IPT, bukannya pak cik-pak cik yang datang ke surau. Jadi mereka patut memilih tajuk yang lebih terbuka, menarik dan isu semasa dapat perhatian pelajar-pelajar tersebut.

Contohnya, tajuk mengenai Perbankan Islam. Dulu, pernah terdengar kisah pusat bank di negara Arab tidak mengiktiraf sistem Perbankan Islam Malaysia. Jadi ia boleh menjadi satu topik buat para tabligh bercerita kepada para pelajar tersebut. Sudah pasti pelajar dari course banking, finance dan Islamic Banking berminat untuk mendengarnya. Mungkin topik tersebut boleh dijadikan tajuk assignment mereka nanti.

Tajuk mengenai Hukum Jenayat Islam juga adalah sesuatu yang menarik. Memandangkan di Malaysia tidak menggunakan Hukum Jenayat, mungkin para pelajar ingin mengetahui apa itu Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir.

Piagam Madinah juga boleh dijadikan satu tajuk yang menarik. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dan ia menjadi asas bagi pembentukan sesebuah negara yang berbilang kaum. Memandangkan kempen 1Malaysia sedang luas dipromosikan (walaupun kempen tersebut memang jauh panggang dari api dengan Piagam Madinah), aku yakin Piagam Madinah amat berkait rapat dengan kempen tersebut.

Tak semua ahli tabligh berperangai seperti yang aku nyatakan di atas. Tapi bagi yang berperangai seperti apa yang aku tulis di atas, aku harap mereka mengubah perangai tersebut. Maaflah jika ada tabligh yang terbaca dan terasa hati. Just my 2 cents.

22 comments:

fairuz said...

Masa aku belajar kat Tahun Asas UTM, roomate aku adalah Ketua Kelab Kerohanian Kolej aku. Tabligh gak lak kiranya. Dah hujung sem jugak baru aku tau. Itu pun masa ada member dia yang juga ahli tabligh datang bilik aku dengan dia untuk tolong dia nak kemaskan pakaian. Nak buat program tido masjid katanya. Member dia jemput aku. Roomate aku tu memang takkan jemput aku punya. Even aku baik dengan roomate aku, tapi kiteorang jarang² giler borak secara kamceng ni. Berborak bila rasa nak berborak je.

Tapi 1st time aku kene dengar ceramah tabligh, memang tak bleh blah. Kene pulak kat bilik member aku pada masa dia sedang mandi. Lepas dia mandi, dia lalu depan bilik dia dan terus ke bilik member aku yang lain. Macam cibai. Aku kene tadah sorang² sejam.

hannah yunos said...

hmm...dulu pernah aku sekeluarga kena ceramah dgn tabligh.tapi abah aku play safe la.dan2 aje dia cakap nak ke rumah atuk aku.haha.dorang pun cakap itu boleh di tangguhkan la bagai.dah tu abah aku sound arr "ni mak saya.mana blh tangguh kalau nak tgk mak.nabi pun cakap,dahulukan ibumu"sumpah beb.pastu takde tabligh singgah umah aku.hehe...

aremierulez/Amirul said...

fairuz:
ye la tu. kena ceramah sorang2 memang terasa lagi tertekan dari kena ceramah ramai2. pulak tu yg datang dalam 3-4 orang.

tapi kalau aku jadi member kau pun aku lari. hehehe...

masa aku study kat segamat, penah jugak umah sewa aku kena terjah. kawan2 aku yang ada kat ruang tamu kena ceramah, aku dengan roomate aku lepak je dalam bilik. hahaha...

hannah:
hahaha.. haji yunos memang power la. pandai jugak bapak kau bermain ayat. maybe boleh guna alasan tu di masa hadapan. hehehe...

Firol said...

aku pernah tumpang dgr ceramah diorang sebb ada masa-masanya susah nak dengar ceramah dalam sebulan tempat diorg jadi pot...

ada sesetengahnya bagus, ada pulak tak menyeimbangkan dunia akhirt...

psikologi tu kdg2 tak berapa nak ngam dipakai tu yg ada sesetengah masyarakat tak terima

aremierulez/Amirul said...

firol:
tu la pasal bro. ceramah diorang ni seolah-olah utamakan akhirat dan abaikan dunia. tu yang kadang2 orang malas nak dengar.

2 tahun lepas tak salah, ada keluar isu nak haramkan tabligh kat malaysia pasal kes ni.

heart~ said...

kalo nk jadi tabligh yg dihormati ni mmg kna seimbangkn dunia n akhirat...

ape2 pn bagi nana kite xleh nk perkecilkan dorang sbb maybe ilmu akirat dorang tu lg byk dr kite...

kite yg cetek ilmu ni juz denga je la walaupn tak suke..hehehe...

kot2 la dgn ape yg dorang smpaikn tu sedikit sebanyak blh mengubah kite =)

wallahualam~

aremierulez/Amirul said...

yup. memang betul. ilmu diorang memang lagi tinggi. tapi, kena la seimbangkan dunia akhirat.

satu lagi bab pakaian diorang tu. tak menunjukkan ciri2 seorang yang kuat agama islam.

kalau orang bukan islam tengok, mesti dia judgement buruk pada agama kita.

dalam islam kan kita kena ingat mengingati sesama kita. tabligh ingatkan kita, kita pun boleh ingatkan tabligh juga.

Anonymous said...

Bodoh la korang, seimbang dunia akhirat konon. semayang 5 minit x 5 waktu bru 25 minit. mana seimbang dgn masa korang tengok bola pon, sampai 90 minit + injury time lagi. Itu bukan seimbang la tolol.

Anonymous said...

setakat ceramah 10-15 menet pun tak boleh nak masuk telinga tu, maknanya hati tu dah hitam legam mcm bontot kuali, payah nak dgr pasal agama. Kalau org dtg rumah pun takleh nak dengar, inikan pula kalau pegi sendiri ke Masjid dgr ceramah,hampeh!

aremierulez/Amirul said...

anonymous:
beribadat bukan semestinya sembahyang sahaja. kita boleh jadi kan kerja kita tu sebagai ibadat. kerja dengan hati yang ikhlas tu pun boleh dikira ibadat.

kalau kerja hanya semata-mata nak duit, sanggup jatuhkan orang untuk naik. itu baru la namanya kerja hanya semata-mata untuk dunia.

ceramah dekat masjid lain. ceramah untuk orang di masjid lain dengan masa nak ceramah dengan student. macam aku cakap, sila sesuaikan topik mengikut orang dan situasi. kalau nak tarik orang tu untuk dengar ceramah, gunakan topik yang tepat.

ada juga tabligh yang bijak gunakan pendekatan psychology dengan bijak, bukannya paksa ataupun kata belajar tu cuma perkara dunia sahaja. cuba kau fahamkan betul.

lecturer aku ada jugak orang tabligh, tapi dia masih jugak bekerja dang seimbangan waktu dunia dan akhirat dia. dia selalu juga bagi ceramah tapi cara pendekatan dia sangat bebeza dengan sesetangah tabligh yang ada kat luar tu (macam yang aku cakap, bukan semua tabligh macam tu).

sila faham kan ayat aku ya. tolol!

Anonymous said...

http://www.facebook.com/profile.php?id=1415194881&success=1#!/photo.php?pid=44868&o=all&op=1&view=all&subj=72536203534&aid=-1&id=100001072999682&oid=72536203534&fbid=106434319402334

lepas ni jgn pandang hina org tabligh, walaupon nasi lekat kat janggut, jgn mengata org, Nabi ajar supaya tutup keburukan org lain kalo kita nampak. sbb tu la ngata org mcm makan daging sedara sendiri. kita taktau pandangan Allah kat kita mcmana....Semoga kita sama berjaya Dunia akhirat...Amin

Anonymous said...

http://wirapendang.blogspot.com/

aremierulez/Amirul said...

aku bukan menghina, tapi ia sebagai satu teguran.

kita manusia dan tiada manusia yang sempurna. tabligh tegur kekurangan aku, aku pun tegur kekurangan mereka.

dalam islam, kita perlu tegur menegur dan ingat mengingati sesama kita untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dalam islam.

kebersihan adalah antara ciri utama dalam islam. kalau kita bandingankan cara kita menjaga kebersihan dengan umat nabi muhammad pada masa lalu, kita akan malu dan sedar yang kita mmg tak dapat nak menandingi tahap kebersihan mereka dan terasa kita tidak cukup bersih lagi.

riena5959 said...

Salam...
Sekadar memberi pandangan agar kita fikir2kan...

Kita manusia punya kelebihan dan kelemahan...Kelebihan kalian adalah diberi akal fikiran untuk belajar mengejar impian yg diimpikan.Disamping itu kalian pandai menilai seseorang dari segi fizikal yang nampak (luaran) tahniah...Semoga Allah memberkatinya...Amiin...

Org tabligh pula yang kamu nampak secara luaran tak berapa senonoh dipandangan kamu tetapi pada pandangan allah amatlah mulia...mereka mencari keredaan allah dengan mengamalkan sunah2 rasullulah s.a.w. mereka tak pandang kepada balasan didunia tapi mengharapkan balasan diakhirat seperti yg dijanjikan allah s.w.t.
Pernahkah mereka meminta sesuatu daripada kamu sebagai balasan kerana mengajak kamu kepada kebaikkan? Tampa kamu pinta mereka datang menasihati kamu tentang akhirat. tentang azab kubur... Pernah kamu fikirkan selepas berakhirnya hayat kamu nanti kemana arah kamu...apa amalan kamu...Kalau kamu Islam kamu pasti tahu setiap amalan kamu didunia pasti dihitung dihari pembalasan. Didunia ini kamu mahukan berbagai2 kemewahan untuk kebanggaan dirimu sendiri.Tapi diakhirat nanti apa yang hendak kamu banggakan...Cukupkah bekalan kamu nanti.Kalau ada masa sebelum tidur tu cubalah fikirkan sejenak lupakan dunia ini seketika dan fikirkan alam kuburmu nanti.Semoga kamu semua diberi hidayat menjadi seorang Islam yang sejati.Ya allah semoga kau beri hidayat pada umatmu ini.Janganlah lalai dengan dunia ini. Dunia ini hanyalah sementara akhiratlah untuk selama2nya.Jangan lebihkan dunia dan jangan pula lupakan akhirat...Insyaallah kita berjaya dunia akhirat.

YA Allah kau ampunkanlah dosa kami,dosa ibu bapa kami, dosa adik beradik kami, dosa sahabat2 kami dan juga dosa umat2 akhir zaman ini ya allah, Ya Allah kami terlalu banyak membuat dosa kepadamu ya Allah kami lalai untuk membuat amalan suruhanmu ya Allah, Lalai untuk mendakwahkan agamamu ya allah, kau berilah kekuatan kepada kami ini ya allah agar kami dapat berjumpa kepada mereka yang lalai daripadamu untuk kami pimpin kejalanmu ya allah.Ya allah kepadamulah aku memohon dan kepadamu jualah aku berserah.
Amin ya Allah. Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim...

aremierulez/Amirul said...

terima kasih riena
tulisan saya bukan hendak menghina kaum tabligh. cuma sebagai satu pandangan dan nasihat kepada mereka.

saya akui yang saya juga tidak lah mendalam ilmu islam dan mereka mempunyai tahap ilmu yg lebih jauh mendalam berbanding saya.

cuma saya berharap kaum tabligh lebih menitik beratkan penampilan mereka sebagai ahli agama.

contoh: sebagai seorang boss, boss mestilah mengenakan pakaian yang kemas dan untuk menujukkan kedudukannya dalam syarikat dan memndapatkan respect dari para pekerja.

begitu juga dengan tabligh. mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding manusia biasa (macam saya) di sisi allah.

jadi mereka perlulah menjaga penampilan mereka. jika serba sedikit pakaian mereka kemas, pasti student akan lebih tertarik untuk mendengar ceramah mereka.

Anonymous said...

Hmm.. best gak baca korang punya pandangan pasal jemaah tabligh nie... siap detail lagi cara2 nak lari dari orang tabligh... hahaha... bijak betul... cuma aku nak tanya la korang2 punya pandangan... kenapa kita tak bantu dia orang macam kita bantu member2 lain buat bisnes... aku rasa kita kena support aper... orang tabligh nie... dah la kita nie agama kurang, orang ajak pun kita condemn. Setahu aku diaorang pergi tabligh tu mana ada mintak duit sapa2 bukan macam NGO... dapat elaun setiap kali pergi... apela salahnya kita hargai orang yang nak menaikkan Islam... Kena support la bro... dah la kita tak mampu nak buat macam diaorang... korang sumer mampu ke gi jumpa orang citer pasal agama? Diaorang bukan jumpa orang jer... kena maki pun ader aku dengar... aku rasa kita lebih rela orang citer tipu pasal nak buat duit segera dari nak selamat masuk kubur... masuk syurga... hmmm... marila kita pikir-pikirkan!

aremierulez/Amirul said...

hahaha
gua kalau jumpa mamat MLM lagi gua rasa nak tumbuk. baik dengan tabligh punya ceramah dari dengar MLM punya ceramah.

support tu boleh, tapi diorang pun kena la berubah. macam apa yang aku tulis tu. diorang kena la berubah sikit cara pendekatan dia supaya dapat menarik anak muda dengar ceramah diorang tu.

cara pendekatan diorang tu macam tak kena dengan keadaan semasa. baru la budak2 ni tertarik nak dengar ceramah diorang ni

Anonymous said...

Sebuah copy paste.
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu murtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Anonymous said...

sambungan...
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Anonymous said...

sambung lagi...banyak tol..
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehlah, tak de ilmu,compang campinglah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Ballighua'nni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)
semua org islam adalah orang tabligh.rujuk ayat quran:-surah ali imran,ayat 110..mafhumnya;-
kamu adalah sebaik2 ummat yg dilahirkan untuk manusia,kamu menyuruh untuk berbuat perkara yg ma'ruf,dan mencegah perkara yg mungkar..sadaqallahula'zhim.

Anonymous said...

hmm...org tabligh ni manusia bese je,ada yg klaka,ada yg serius,ada yg over..cam2la..manusiakan berbagai ragam..korg pnah x bukak blog2 dorg?ok cuba korg bkak blog dorg..korg pun boley enjoy cara cakap dorg..okey je saya rasa..xde la terok sangat pown..cam kita gk..bezanya dorg wat kerja nabi care nabi..kita ada wat ke?pk la sndiri.malasla komen lebih2..korg baca la sendiri ek..pilihla mana yg korg suka..
http://blogkarkun.blogspot.com/
saya syor 1 blog ni.sempoi gitu!:-
http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/

Anonymous said...

assalamu'alaikum tuan yang dimuliakan ALLAH azza wajalla...

sy ckp trtarik ngan statement ni..

"Itu semua dunia, dik. Akhirat tu keutamaan kita?

Bukankah dalam Islam kita digalakkan menyeimbangkan antara dunia dan akhirat? Bukankah menuntut ilmu itu juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Bukankan menuntut ilmu itu juga salah satu dalam kategori Fisabilillah? Bagi aku, kenyataan tabligh tersebut memang aku tak boleh terima. Aku terkejut ayat tersebut boleh terkeluar dari seorang ahli tabligh yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam.

Dalam Islam ada menyatakan "beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokkan hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1,000 tahun." Tabligh tersebut terus memujuk dan kemudian bertukar menjadi satu paksaan untuk aku mengikuti program tersebut. Aku terus menolak tawaran mereka dan meminta mereka keluar. Tak pasal-pasal mood aku pun terus tak menentu sepanjang hari."

mmg benar mksud hadis yg tuan quote kn 2..tp kite kne igt mksd hadis nabi yg lain yg maksd lbey kurg cmni "setapak kamu maju mendekati ALLAH, 10tapak ALLAH maju mendekati kamu"..maksud hadis ni tersirat so kne la phm2 kannye..

dunia semakin kite kejar, semakin lari la die TAPI sekiranya akhirat kita kejar, dunia sendri yg akan terhegeh2 mengejar kita..

buat pengetahuan tuan sy pon student jgk kt politeknik sabak bernam..lepas dapat usaha dakwah ni, alhamdulillah istiqomah dan segala urusan dunia ALLAH mudahkan..
ade tertib die utk student ni cukup kite luangkan masa 1 ari dlm sebulan utk agama ALLAH..kalo mmpu 3ari ckp nisab.. setelah bertaon2 kite luangkn utk dunia cbe kite luangkan sket mase xbyk pon utk akhirat semga nilai gnjaran 2 dapt menampung mase yg byk kite abeskn utk dunia ni..ALLAH pernah berfirman sekiranya kite lebih utamakan harta,masa,diri,dan keluarga lebih dari keluar di jalan ALLAH, tunggu azab dari ALLAH..

belajar2 la cmne nk wat kje ni..skali kite ikot, mst nk lg..ni pengalaman sy sndr..pendpt yg tuan luahkan ni mungkin sbb tuan xpernah lg npk jemaah yg betul2 tawadhuk..
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...