Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Astro, macam-macam tak de!!!


Setelah melanggan Astro semenjak tahun 2002, aku rasa perkhidmatan Astro semakin lama semakin menghampakan.

Kekecewaan yang paling ketara ialah pada saluran Astro Ria (104) kerana kebanyakan rancangan yang disiarkan ialah rancangan ulangan semata-mata.

Rancangan yang ditayangankan pada waktu prima (prime time) biasanya ialah rancangan ulangan atau rancangan yang tidak menarik.

Jika kita lihat senarai rancangan di saluran televisyen di Amerika, mereka sering menayangkan rancangan drama yang bermutu dan menarik untuk tatapan penonton pada slot prime time.

Drana seperti Heroes, House, C.S.I. franchise, Glee, Lost, Desperate Housewives, Grey's Anatomy, Lost, Chuck, Supernatural, dan lain-lain lagi menjadi hidangan saluran televisyen di Amerika.

Rancangan tersebut akan silih berganti. Habis Heroes, diganti dengan Trauma. Habis Trauma, digantikan dengan Chuck. Stesen televisyen mereka sentiasa menayangkan rancangan drama baru (kecuali Musim Panas kerana rakyat Amerika agak jarang menonton televisyen ketika ini). Malahan, rancangan mereka agak menarik sehingga kita yang tinggal di Malaysia juga meminati drama mereka.

Slot prime time pada setiap negara adalah berlainan. Waktu prime time di Amerika bermula 8:00 malam sehingga 11:00 malam. Manakala slot prime time Malaysia bermula 8:00 malam sehingga 12:00 tengah malam. Tetapi mengikut kajian, rating di penonton di Malaysia mula bertambah bermula pukul 6:00 petang.

Mari lihat apa yang Astro tayangkan pada slot prime time:

Isnin (10 Mei 2010)

6:00 pm: Cerita Artis Malaysia (Norman Hakim)
7:00 pm: Impian Anggun
7:30 pm: Diari Akademi Fantasia
8:00 pm: Kamelia Katerina Episod 2.(Ulangan. Cerita ini sudah tamat sebulan yang lepas)
9:00 pm: Diari Akademi Fantasia (ulangan. Sama seperti versi pukul 7:30 pm)
9:30 pm: Tiger Futbol Starz
10:00 pm: K.I.T.A
11:00 pm: Cerita Artis Malaysia (Norman Hakim)
12:00 am: Diari Akademi Fantasia (ulangan. Sama seperti versi pukul 7:30 pm)

Sepanjang slot prime time di Astro Ria, mereka menyiarkan 2 buah drama, Kamelia Katerina (KK) dan K.I.T.A., dimana KK merupakan cerita ulangan yang sudah pun taman bulan lepas.

Diari Akademi Fantasi yang annoying pula diulang sebanyak 3 kali. Slot cerita Artis Malaysia pada pukul 11 ialah ulangan dari siaran pukul 6 petang dan diulang pada hari esoknya (selasa) pada slot pukul 10:00 malam untuk kesekelian kalinya.

Satu lagi yang aku perasan, apabila musim Akademi Fantasia bermula, maka Astro Ria akan semakin galak mengulang konsert mingguan AF hampir setiap hari. Tidak. Memang setiap hari pun.

Konsert yang dianjurkan pada hari Sabtu itu akan diulang setiap pagi dan petang, malahan kadang-kadang malam (pada slot prime time) pun merek siarkan Konsert AF ini.

Seriously, cukup-cukup la ulang konsert budak-budak AF ni. Kalau suara betul-betul mantap boleh juga diterima, ada pula suara peserta yang mendak semacam. Dan kadang-kadang buat aku terfikir, "macam mana budak ni boleh masuk AF?"

Astro juga kini mewujudkan slot 30 minit (kadang-kadang satu jam) yang dipanggil Tayangan Video Musik Terkini. Mereka akan meletakkan kompilasi video klip budak-budak AF yang lepas dan akan diulang tayang setiap hari sampai aku boleh hafal turutan video yang akan ditayangkan.

Dulu, slot ini diletakkan pada pukul 9:00 malam tetapi kini diletakkan pada slot 4:30 petang, mungkin memberi laluan untuk menyiarkan Diari AF (ulangan dari siaran 7:30 malam) pada slot tersebut.

Seriously, apa kejadah letak kompilasi video klip pada slot Prime Time? Kalau nak tengok video klip, baik aku tengok Hitz.Tv, MTV ataupun Channel V.

Bila aku tengok channel Astro Oasis, perkara yang sama juga dibuat seperti Astro Ria. Penuh dengan ulangan. Cuma channel Astro Prima sahaja yang menanyangkan drama pada slot Prime Time.

Bagi aku, kalau kamu melanggan Astro untuk mendapatkan aksi drama melayu yang lebih banyak dari TV3 atau RTM, kamu memang kecewa. Nasib baik aku lebih menumpukan minat pada saluran sukan dan saluran dalam pakej Variety dan AXN.

Satu lagi yang aku buat menyampah nak mampus dengan Astro, bila hujan, siaran Astro akan hilang serta merta.

Skrin akan menjadi hitam dan kemudia keluar tanda empat segi atau bulat yang berwarna kuning. Kadang-kadang belum hujan lagi, baru start angin-angin tanda nak hujan, pun siaran Astro hilang jugak.


Lepas tu, keluar promosi Astro B.yond yang kononya mempunyai cakera pemancar yang lebih baik dan tak kan hilang pada waktu hujan dan memancarkan siaran Astro dalam bentuk definisi tinggi (High Definition).

Wah! Hebat! Betul ke? Bullshit!!!

Melalui pengalaman sepupu dan kawan-kawan yang melanggan Astro B.yond, siaran tetap terganggu apabila hujan.

Lagipun, bukan semua saluran di "high definition" kan. Hanya rangkaian tertentu sahaja. Lagipun bukan semua rancangan disiarkan dalam bentuk HD. Di saluarn ESPN, hanya perlawanan bola tertentu sahaja yang disiarkan dalam bentuk HD. Yang lain-lain, sila tonton pada channel ESPN yang biasa sahaja.

Aku berharap agar pihak Astro lebih peka dengan kehendak pengguna pengguna sebelum pengguna mula memboikot perkhidmatan anda.

Mungkin ini cara yang terbaik untuk mendapatkan reception terbaik Astro?


Ada borang Formspring.Me kat sebelah sidebar sebelah kiri kamu tu. Kalau kamu ada persoalan yang kamu ingin tanya pada aku, tanya saja. Jangan malu-malu.

12 comments:

shafiq said...

kalau cerita macam house, chuck n supernatural, gua download je bro.. nak tggu kluar kat astro lambat..


My latest entry : Filem Indonesia Lakonan Maria Ozawa

JMR said...

hahah..mrh tol kat astro nih..astro saje suh hafal muvee smpai ko igt satu2tu, tu psl ulang2,,

aremierulez/Amirul said...

shafiq
aku cuma download 2-3 series yg aku minat je. yang lain2 aku tunggu keluar tv je.

jmr
ni bukan pasal dia saja nak ulang, tapi diorang ni sebenarnye tak faham apa maksud cable tv. nasib la kat malaysia ni ade 1 je cable tv, kalau mcm kat usa, dah lama astro ni bangkrup

sufian said...

ahhh tu blom citer yang kena bayar untuk tambah pakej...sialan!!
boleh jea sumbat kat ria tp die g bukak pakej baru..
damn!!

Firol said...

setuju...betul kata ko mirul..biuat ada kompeni lain buat lagi bagus daripada astro ada peluang jugak astro turun harga

aremierulez/Amirul said...

sufian:
tu la pasal. pakej mustika tu. kalau ikut2, boleh aje kalau nak bubuh kat Ria atau Prima.

Pastu matikan channel Kirana, buat Channel Citra. lepas tu kita kena bayar. hampeh!

firol:
tu la. tapi susah nak fight sebab channel sukan astro dah ambik eksklusif.

Fiziy said...

tp yg bagus Astro skrang ni dah byk pulak sports channel.itu je aku suke suki.

aremierulez/Amirul said...

hehehe...
jgn2 nnt sukan pun asik ulang2

dakchomey said...

gune jew piring astro tok men frissbee..

aremierulez/Amirul said...

dakchomey..
cantik idea tu tapi nnt tak dpt tgk bola plak...

Anonymous said...

memang musim af je semua yg ade kaitan dgn af akan disiarkan sanpaikan chanel kanak2 ceria pun ade..memang b'b' astro ni..dah tu
cam ade tangan yg power backup
dia org bile soal yuran.

aremierulez/Amirul said...

anon:
tu la. RTM back up Astro kuat. itu yg apa yang kita protest, astro tak layan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...