Belilah Novel Aku!!!!

Friday, May 7, 2010

Filem Malaysia Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tengok ataupun Tidak Tahu Akan Kewujudannya Filem Ini Di Dalam Industri Perfileman Malaysia Part 2

Kita teruskan entri tanpa hala tuju ini ke bahagian kedua.


Bukak Api
merupakan adalah salah satu filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia. Filem ini merupakan filem arahan Osman Ali, pengarah sama yang pernah mengarahkan filem Anak Halal yang mempopularkan Remy Ishak, yang mana Remy pernah berlakon dalam satu filem pendek bertajuk 'Comolot' yang menigsahkan tentang percintaan dua orang gay.

Sedikit sinopsis Bukak Api:

"Bukak Api membuka sisi gelap Kuala Lumpur dan subcultural kelompok masyarakat yang terlepas daripada pandangan mata. Lorong gelap, hanyir dan kusam di Chow Kit (red light di Kuala Lumpur) dengan hilai ketawa memberi karakter kepada filem ini..."

Ya. Cerita ini adalah berlatar belakangkan tentang kehidupan mak nyah. Malah, ada babak seorang mak nyah sedang mem-blow job salah seorang pelanggannya.

Filem ini juga serba sedikit mengetengahkan tentang kesedaran terhadap HIV/AIDS kepada pekerja-pekerja lorong gelap ini. Filem ini juga mengajar penonton tentang pendidikan terhadap HIV/AIDS supaya masyarakat lebih peka kepada penyakit ini dan mengajar kita untuk terus memberikan sokongan kepada pesakit AIDS, bukannya menjauhkan diri daripada mereka.

Kenapa filem ini diharamkan? Kalau pendidikan seks pun tak lepas dekat sekolah, inikan pula filem yang mempunyai unsur-unsur seks kan? Aku dapat menonton filem ini kerana Baox berjaya men-download filem ini.


Aku malas nak ulas filem Cinta Rosevilla panjang-panjang. Tengok poster saja dah boleh membuatkan selera aku putus serta-merta. Pelakon utama ialah Zami Ismail. Lagi mematahkan selera. Mesej utama filem ini ialah poligami. Lagi buat aku tak minat.

"Bila Rahsia berpoligami terbongkar, ledakkannya sehebat bom nuklear."

Kalau macam tu, tak payahlah askar Amerika jatuhkan Bom Nuklear dekat Hiroshima dan Nagasaki. Campak saja bini-bini Zami Ismail ni, mesti satu Jepun tenggelam.


Aku tak pernah menonton atau mendengar tajuk filem Melati Putih, tapi aku tertarik dengan pelakon utama filem ini.

Datuk Yussuf Haslam menjadi hero dalam filem ini. Bila tengok muka Yussuf Haslam pada poster, ada rupa hero cerita Sivaji The Boss, Rajinikath, tengah pakai cermin mata.

Tengok nama pengarahnya, M. Raj. Seorang India. Entah-entah, yang dalam poster tu, M. Raj. Bukannya Yussuf Haslam.


Aku tak pernah menonton filem Black Widow Wajah Ayu arahan U-Wei Haji Saari. Tetapi kawan aku yang pernah menonton cerita ini berkata cerita ini memang dalm kategori filem 'tak tengok pun tak pe.'

Dengan meletakkan Dato' Misbun Sidek merupakan salah seorang pelakon filem ini jadi aku rasa kita boleh faham kenapa cerita ini dikritik hebat.

Satu lagi tips buat kamu ketika mahu menonton filem Melayu di wayang, jangan sesekali menonton filem yang melibatkan Raja Azmi kerana hasil karya Raja Azmi tak jauh lari dari Z. Lokman.


Satu lagi hasil karya Raja Azmi. Cinta 200 Ela merupakan sambungan dari novel tulisan Raja Azmi yang bertajuk Cinta 100 Ela. Tetapi jangan bermimpilah jika kamu ingin membaca novel ini kerana ia telah diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur lucah.

Filem ini (tak salah aku) merupakan filem pertama buat Wardina Safiya setelah beliau membuat keputusan untuk bertudung sepanjang masa.

Dari apa yang pernah aku baca, Wardina bersetuju untuk berlakon filem ini jika tidak melibatkan babak pegang-pegang dan peluk-peluk. kalau tak salah aku, Menurut kawan aku yang menonton filem ini, babak tersebut tetap diteruskan dan Wardina terpaksa membuatnya tanpa rela.

Sudah beberapa kali filem ini ditayangkan di televisyen. Tapi belum terdetik di hati aku untuk menontonnya.


Selain dari Prof Madya A. Razak Mohaideen, Raja Azmi dan Z. Lokman, filem terbitan Julie Dahlan juga boleh tahan tahap mengarutnya. Harry Boy adalah nama timangan anak Julie Dahlan. Lakonan Badrul Muhayat dan Sofia Jane.

Tetapi ada satu perkara yang perlu aku puji kepada Julie Dahlan (JD). Dia berani menggunakan pelakon baru di dalam filemnya. JD telah memperkenalkan Hairie Othman, Nasha Aziz, Maria Farida, Badrul Muhayat dan aku rasa Sofia Jane juga naik kerana JD.

Satu yang penting dan menarik tentang filem terbitan JD, JD akan menerapkan element shooting di lokasi luar negara, scene di swimming pool, dan pelakon wanita berpakaian seksi dengan memakai bikini atau swimming suit. Serba sedikit menjadi daya penarik kepada penonton lelaki untuk menonton filem.

Cuba tengok poster Harry Boy tu. Aku tak pasti apa pakaian Sofia Jane. Mungkin swimming suit dan ditutup dengan Life Jacket.

Tak salah aku aku pernah melihat babak Maria Farida atau Sofia Jane (atau kedua-duanya sekali) memakai swimming suit dalam salah satu filem JD. Mantap! Tapi jangan mimpi kamu mahu melihat babak ini kerana sekarang babak-babak ini telah dicantas oleh stesen penyiar.


Satu lagi filem klasik, Jefri Zain - Gerak Kilat. Adaptasi daripada filem James Bond dan diterbitkan pada tahun 1966.

Tagline: Singapore's Own Bond, kerana filem ini dihasilkan di Jalan Ampas Singapura. Filem ini dihasilkan susulan filem Nora Zain - Agen Wanita 001 yang diterbitkan pada tahun 1965.

Kedua-dua filem ini merupakan hasil terbitan Shaw Brothers yang berpangkalan di Hong Kong. Filem ini juga melibatkan pelakon-pelakon Hong Kong.

Di dalam kedua-dua filem ini (atau mungkin salah satu) terdapat babak wanita berbikini dan adegan comolot yang dilakonkan oleh pelakon Hong Kong. Aku tak pasti kedua-dua filem ini akan disiarkan dengan mengekalkan babak-babak yang aku nyatakan tadi kerana rasanya sudah agak lama filem ini tidak disiarkan di TV.


Aku rasa aku belum pernah menonton filem Interlude ni. Tak pasti samada aku pernah tonton atau tidak. Aku cuba Google tetapi gagal mendapatkan maklumat yang aku mahukan.

Filem ini menggunakan Sofia Jane sebagai pelakon utama. Langkah yang bijak untuk menarik penonton lelaki. Dengan baju dan cara pose yang boleh dikatakan agak seksi, aku rasa poster ini pasti berjaya menarik perhatian para arjuna.

Pada zaman ini, Sofia Jane, Maria Farida dan Julia Rais merupakan pelakon wanita yang hot dan menjadi tarikan lelaki. Jadi penggunaan Sofia Jane memang satu taktik yang menarik. Aku yakin kebanyakan sang arjuna akan menonton filem ini kerana kehadiran Sofia Jane, sama seperti aku menonton MySpy kerana Hannah Tan dan Carmen Soo. Dan aku kini masih menunggu filem terbaru Lisa Surihani dan Raja Farah.

By the way, setelah sekian lama berlalu, cuba kamu bezakan Sofia Jane dan Maria Farida sekarang. Maria Farida masih lagi mantap seperti dulu kan? She's totally a hot MILF!


First Take, Final Cut merupakan satu lagi hasil kerja James Lee, pengarah Ah Beng Returns dan The Beautiful Washing Machine.

Seriously, kalau kamu tahu semua link untuk download cerita James Lee, sila kongsi di ruangan komen ok?


Filem Fantasia yang diterbitkan pada tahun 1994 juga salah satu filem yang diharamkan di Malaysia. Kenapa? Kerana ia dipenuhi dengan unsur tahyul, tetapi filem Hollywood penuh dengan unsur karut-barut lepas untuk tayangan tanpa sebarang potongan.

Filem ini mengisahkan dendam yang tercetus pada zaman purba bila Dara menjadi mangsa Silbi, pengamal ilmu syaitan yang berusia ratusan tahun. Silbi menjadi pengancam zaman berzaman, dari zaman purba hingga ke zaman moden. Dia muncul setiap kali bulan purnama untuk memburu anak dara untuk dihisap darahnya, untuk mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajah. Dara yang menjadi mangsa bersumpah untuk menuntut bela terhadap Silbi yang juga membunuh Teruna, suami Dara. Untuk melaksanakan tugasnya, roh Dara perlu meresapkan ke dalam tubuh anak dara yang lain dan memilih Nora, wartawan yang hidup di zaman moden.

Macam tu la sedikit sebanyak sinopsis cerita Fantasia, sebab sebenarnya aku pun tak pernah tengok cerita ni. Filem ini diharamkan tayangannya dan akhirnya hanya dikeluarkan dalam bentuk VHS (video).

Kawan aku kata filem ini pernah ditayangkan di TV tapi telah dicantas habis-habisan oleh Finas. Jalan cerita jadi pendek dan kurang faham bila menontonnya.

Aku memang admire pada kerja Aziz M. Osman (masa dulu-dulu). Contohnya macam cerita XX-Ray. Mana ada pengarah atau producer yang terfikir nak buat filem sains fiksyen dekat Malaysia ni. Tapi Aziz mempunyai idea yang mantap tapi sayangnya semuanya di cantas oleh Finas yang strict tak tentu pasal.

Aku harap Finas membenarkan cerita ini ditayangkan di TV tanpa sebarang pemotongan. Come on la! It's 2010. Penonton boleh bezakan mana yang betul dah tahyul. Lagipun, berlambak drama hantu tak seram dan tahyul TV3 siarkan.

So, give Fantasia a chance. Aku tahu mungkin filem ini akan mambosankan (filem tahun 1994 la pulak kan) tapi aku teringin nak tengok apa idea yang Aziz M. Osman cuba ketengahkan dalam filem ini.

Bersambung lagi....

Update terbaru Lepas Laku.

28 comments:

Hujan Malam said...

pernah tgk Bukak Api, pernah baca novel Black Widow Wajah Ayu..teringin jugak nk tgk Fantasia sbb ad Faizal Husin..hehehe

aremierulez/Amirul said...

kalau baca sinopsis, black widow tu macam menarik.

tapi bila tengok pelakonnya..... hhhhmmm....

cuba try cari cd pirate fantasi. hehehe..

Anonymous said...

mana2 aje kau dapat filem pelik2 ni

aremierulez/Amirul said...

Anon:
hhahaha... cari sendiri.
the best is yet to come

KaiZeN SHiNoBi said...

siyes aq x penah dengar semuanya... hahahhahaha

aq baca sampai habis kot? ngehahahhahaa

wanita mustanir said...

siyes.. sume cerite2 nih i tak pernah tgk..

tapi rasa mcm nak tgk je..

Kat mane ye boleh dapat? hehehehe

fairuz said...

hahaha..haram jadah, sumer filem tu aku tak pernah tengok kecuali gerak kilat tu je...

jefri zain memang cool...

aremierulez/Amirul said...

kaizen:
hahaha... aku pun sama jugak

wanita:
haha.. rasa nye memamg dah tak de peluang nak tengok. doa2 la rtm keluarkan balik filem2 lama ni

fairuz:
jefri zain power beb. idola remaja zaman tu

Fiziy said...

weyh Jefri Zain cite tu sgt style la (utk zaman tu lah kan).

aremierulez/Amirul said...

hahaha..
memang la. masa tu pulak time tu kita kecik lagi kat, tu yg nampak impressive tu

Firol said...

novel black widow ok..tapi bila adaptasi ke filem macam tak best...

sebab tu filem malaysia tak nak pergi jauh mirul..yang dapat pergi jauh disekat2....yang haremm jadess tayang sepuluh kali takpe

faerrin said...

aku rasa akademi fantasia yang patut dihentikan tayangannya...

"fantasia...bukankah bererti..fantasi"

hehehehehe

aremierulez/Amirul said...

bro firol:
yup. biasa la. baik finas haramkan cerita yang tak de motif dan dipenuhi dengan babak bodoh.

tapi kalau baca sinopsis black widow tu, memang nampak best. tapi ceritanya pulak yang hampeh. cuak pulak nak tengok cerita lagenda budak setan

faerrin:
hahaha... aku memang setuju 100%. AF membuatkan remaja malaysia suka berfantasia tak tentu arah

Anonymous said...

Filem Aziz M.Osman "Fantasi" aku penah tgk wayang masa dia kuar tahun 1994 sama dgn filem "Femina' yang juga filem arahannya.
Aku teringin nak tgk cerita Fantasi versi asal tahun 1991 dulu yang gunakan tajuk Fantasia...sebelum kena cincang2,edit2,.rombak2 oleh encik2 Finas dulu..tu pun nasib baik la boleh lepas gak tahun 1994 tu sebab Aziz dah rombak balik kalau tak versi asal Finas memang bannedkan terus dari di tayangkan.

Poster asal filem Fantasia pun bagus..dari posternya yang kuar panggung tahun 1994 tu..

Kalau la Aziz kuarkan Fantasia dalam bentuk DVD special edition aku buy..

Seingat aku Fantasi ada tayang kat tv 2x..ujung 90`an sekali..yang second tu lepas tahun 2000 ..dan memang banyak cut2 sampai citer tu jadi hampeh!

oh ya,masa tahun 1995 aku jumpa VHSnya..VCD kuar dalam sekitar tahun 1998.. DVDnya aku jumpa tahun 2000lebih..tapi aku silap x beli..

Dah jumpa xnak buy..sekarang cari dah susah..hummmmm

Ada sapa2 sini pernah jumpa filem Misteri Rumah Tua x?

Anonymous said...

FIlem2 Melayu sangat membosankan...
FIlem2 melayu selalu membosankan....
FIlem2 Melayu sering membosankan.....

Anonymous said...

filem gerak kilat 2 pnh ditygkn kat astro ria beberape taun lalu la, klau nk tgk suh pihak astro wt tygnnye smule...

filem harry boy and fantasia(@fantasi setelh dibnrkn tygnnye)pnh tyg kt rtm mse ak kecik2 dlu, tp skg dh x tyg dh...

yg ak tertarik sgt nk tgk filem fantasi la..filem nie x membosankan lgsg tuk pngtahuan admin..lg best dri film seram skg yg nmpk klise sgtttt....ditambah dgn jln cite yg best, pelakon2 yg mantap n dialog yg menarik...

Anonymous said...

filem gerak kilat pnh ditygkn kt asto ria beberape taun lps, klau nk tgk leh tny pihak astro tuk tygn semule...

filem fantasia(@fantasi setelah diluluskan tygnnye) pnh tyg kt rtm mse ak kecik2 dlu...ak suke cite nie sbb cite die seram x mcm cite2 seram melayu skg nie yg terlampau klise..ditambah dgn jln cite yg menarik, dialog yg best n pelakon2 yg mantap...

Anonymous said...

fantasi/fantasia feveret cite ms kecik2 dulu...
tv 3 pnah tayang skali n rtm pn sekali je. cite die sgt2 best n kreatif...
m.osman jd anak kpd sidi oraza sbb bpak die sntiase muda jew isap drah ank2 dara... mcm klakar tp ok la.. thumbs up utk aziz...

Amirul (aremierulez) said...

Peh.. Untung jugak kau dapat tengok cerita Fantasi ni...

Anonymous said...

Teringin nak tengok balik cerita Interlud dan Fantasia. Interlud: Baru dapat tau yang Nuraina Emir (dlam citer tu dia awek yg mnjadi rebutan Azhar Sulaiman dan Esma Daniel) dah lama meninggal akibat eksiden. Yang pasti, dia sgt cantik tp dh lupa wajahnya. Fantasia: Nak tengok Silbi purba yang guna kuda dan Silbi moden naik keta sport, efek laser power dari cincin dara dan tanduk serta tongkat silbi. Hahahaa

Amirul (aremierulez) said...

oh, dia dah meninggalkan ke?
Tak tahu pulak pasal tu. Mana dapat info pasal ni?

yana said...

rs nk mcm nk suruh aziz m.osman wat fantasia version baru lah.. msti gempak dr cite hantu merepek2 skrang nie..... gud job utk bro yg wt review psal nie jgk.. sy dulu2 bnyk kali jgk tgok cite fntasia.. dulu ad tape die,skrg hilang ntah ke mana sjak zman cd mncul. hehe

Amirul (aremierulez) said...

Yana:
Tu la. Fantasia ni antara filem yang saya nka sangat tengok.

Kalau Aziz M Osman buat balik ikut versi sekarang, mesti best gila punya

Anonymous said...

pernah tgk cite fantasia dulu. best gak citenye. masa tu mustapha kamal tgh hansome walaupun pegang watak jahat.tp tiba part yg dia nk hisap darah anak dara tu agak seram la jugak. dah ala2 vampire pon ade.teringain nk tgk lagi tp dh takde kuar kt tv. klu cite black widow tu rasanya ade prnh kuar kat astro dulu.

SeKai said...

aku ada baca kat porem..yg pelem interlude tuh mmg tak dpt kt mana2 pon..sbb bapak arwah nuraina emir tuh beli hak cipta pelem neh..die taknak pelem anak die ditayangkan selepas anak die meninggal..

Amirul (aremierulez) said...

Sekai:
Oh ye ke... Sampai macam tu sekali ye?
Thanks for the info

Mohd Azuan Mohd Fuad said...

Filem fantasi ade kat youtube

Mohd Azuan Mohd Fuad said...

Filem fantasi da ade kat uoutube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...