Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, May 27, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 1

Kembali lagi ke segmen yang aku rip-off dari rancangan Late Show With David Letterman.

Susah juga mahu membina senarai ini. Walaupun sudah beberapakali aku membuat senarai ini, namun senarai yang aku buat belum dapat menandingan senarai yang David Letterman buat.

Aku tak tahu macam mana David Letterman mampu membuat senarai yang kelakar setiap kali, dan senarai aku memang tidak kelakar sama sekali. Nampaknya aku kena banyak berusaha lagi.

Baiklah, tajuk kali ini berkisarkan kepada Filem. Berikut merupakan tanda bahawa anda sedang menonton filem yang teruk.

Kadang-kadang, kita sudah boleh nampak tanda yang filem itu teruk sebelum kita menontonnya, tetapi kadang kala, tanda tersebut hanya muncul selepas kita tamat menonton filem tersebut.

Sila baca senarai di bawah. Jika anda pernah mengalami peristiwa seperti itu, berkemungkinan anda baru sahaja menonton filem yang teruk.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang

10. Tajuk Filem yang anda tonton bukannya "Saving Private Ryan", tetapi "Saving Private Ryan Seacrest."

9. Anda sedang menonton filem seram tetapi anda dan penonton lain lebih banyak ketawa dari berasa takut.

8. Filem seram yang anda tonton banyak sangat babak Rita Rudaini menjerit tak tentu hala (Baca: Mistik).

7. Raksasa garang dalam filem yang anda tonton berjaya menangkap mangsanya tidak membunuh mangsanya tersebut, tetapi hanya menjilatnya dan kemudian melepaskan mangsanya.

6. Filem aksi yang anda tonton selama 2 jam setengah hanya ada satu babak pergaduhan dan ianya hanya muncul pada babak terakhir cerita dan hanya selama 2 minit sahaja.

5. Anda menonton filem romantik, dimana pelakon lelakinya lebih "cantik" dari pelakon perempuan.

4. Pembunuh bersiri dalam filem tersebut tidak menyebut "I know what you did last summer!" Tetapi menyebut "I know what you did last raya!"

3. Anda menonton sebuah filem yang bermotifkan Islamik tetapi pelakon utamanya ialah Awal Ashaari.

2. Pengganas dalam filem tersebut hanya meminta wang tebusan sejumlah RM 500 berserta The Store Membership Card.

1. Hero atau/dan heroin filem tersebut merupakan bekas peserta rancangan realiti nyanyian.

Sekian. Berjumpa lagi di bahagian kedua.

5 comments:

Anonymous said...

awal ashaari... hehehehe...

Anonymous said...

"anda sedang menonton filem lakonan fasha sandha" patut ada

Firol said...

pengarah pun kena sebut..pengarah dah tau pesen citer sama tapi masih tgkgak citer hasil dia

faerrin said...

nai, kao kena buat..WOTS TOPT 10 LIST: 10 RANCANGAN REALITI TV MALAYSIA YANG TERUK.

aremierulez/Amirul said...

anon 1:
hahaha...

anon 2:
tunggu part 2

firol:
hahha.. biasa la. pengarah cuma buat cite untuk untung semata-mata

faer:
haha.. cadangan baik. akan datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...