Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, May 30, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

Tanpa perlu menaip dengan lebih panjang, mempersembahkan bahagian kedua senarai tangkap muat yang aku buat kali ini.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Sedang Menonton Filem Yang Teruk Di Panggung Wayang Part 2

10. Tajuk Filem yang anda tonton bukannya "Phantom of The Opera", tetapi "Phantom of The Oprah."

9. Rupa heroin dalam cerita tersebut lebih menakutkan dari rupa hantu dalam filem tersebut.

8. Penjahat dalam filem tersebut bukan mati dibunuh oleh hero, tetapi mati kerana H1N1.

7. Sebelum filem ini ditayangkan, pengarah membuat satu statement sebegini: "Dah 3 tahun saya simpan skrip ni. Saya yakin filem ini akan meletup." (Cuba teka siapa yang membuat kenyataan ini dan filem apa yang dimaksudkan oleh pengarah tersebut)

6. Apabila ada babak ada tangan keluar dari kubur, tangan tersebut bukannya ingin menarik mangsa ke dalam kubur. Tetapi hanya ingin membuat "High Five".

5. Filem aksi yang anda tonton mempunyai lebih dari 12 babak yang menyebut perkataan seperti: "I love you", "saya cintakan awak", "kenapa awak tinggalkan saya?", "awak sayang kat saya tak?" dan sewaktu dengannya.

4. Filem tersebut menggunakan CGI effect yang menelan belanja sebanyak US$200 juta..... Tetapi filem tersebut ialah filem komedi.

3. Lanun cetak rompak pun tak mahu membuat CD cetak rompak untuk filem tersebut.

2. Pembunuh bersiri dalam filem yang anda tonton tidak lagi memakai topeng ini apabila membunuh:

Tetapi pembunuh itu kini memakai topeng seperti di bawah:

1. Filem yang anda tonton merupakan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

8 comments:

Adila Ady said...

Filem yang anda tonton merupakan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.


hehe,macam dah lama tak dengar nma dia sekarang..piere andre bleh tahan kan..?

gambar tu baru lepas sukaneka tiup tepung ke...?

aremierulez/Amirul said...

adila:
sekarang dah tak de producer yang nak taja dia buat filem. dah tau filem dia tak boleh pegi.

piere andre pun menerima nasib yang sama tapi sebab dia gaduh dgn david teo.

gambar tu tak tau la. saya main cilok je kat internet. tak tau pun empunya sape gambar tu. hehhee...

INDRA QIRANA said...

Cis barulah aku tau kepentingan Razak mohiadeen tu, rindu plak aku nak cari bahan mengutuk filem kat malaysia ni he he

tapi aku rasa mr fenomena bleh ganti tempatnyer

tungguuuu.....

aremierulez/Amirul said...

bro indra:
haha.. tu la pasal. tak tau nak kutuk filem apa lagi kat malaysia ni. mari kita tunggu filem 2 alam. macam ada harapan je nak kena kutuk. hahaha...

mr fenomena tu dr rozmey ke? hehe..

fairuz said...

part razak mohaideen tu memang top ranking..haha..

sampah punya idea cerita² dia. nasib baik dia dah senyap je skang..haha

aremierulez/Amirul said...

fairuz:
senyap tu yang bahaya. mana la tau tiba2 dia datang dengan sampah yang lebih hebat

faerrin said...

apsal aku tengok muka mamat pakai maskara tu ada iras2 kao??

aremierulez/Amirul said...

faer:
haha... bukan aku la. aku tak kan memalukan diri aku sebegitu rupa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...