Belilah Novel Aku!!!!

Monday, June 28, 2010

Jerman 4-1 England. Karma dari Geoff Hurst

Gol ke tak tu?




Aku tahu, mesti ramai penyokong England yang tak puas hati bila gol Lampard tak dikira semasa perlawanan Round of 16, England lawan Jerman yang berkesudahan dengan kemenangan besar Jerman 4-1.

Memang jelas lagi terang yang bola tersebut melepasi garisan gol. Tapi apa boleh kata, Jerman menang 4-1. Jerman menjaringkan 4 lagi gol dan England gagal menjaringkan gol.

Mungkin penyokong England sudah melupakan gol Geoff Hurst pada Piala Dunia 1966 yang berlangsung di England dulu.



Perlawanan akhir Piala Dunia 1966, 30 Julai 1966. England menentang Jerman Barat. Ketika itu, Jerman masih ada Barat dan Timur. Tetapi Jerman barat yang terhebat.

Jerman Barat membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan Helmut Haller tetapi Geoff Hurst menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

Martin Peters membawa England mendahului Jerman Barat pada minit ke-78 tetapi gol minit akhir Wolfgang Weber pada minit ke-89 mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan. Hurst menjaringkan gol ketiga England yang penuh dengan kontroversi.

Bola terkena bawah palang, melantun ke bawah dan kemudian ditanduk keluar oleh pertahanan Jerman Barat. 

Pengadil perlawanan, Gottfried Dienst, tidak pasti sama ada bola tersebut sudah melepasi garis atau tidak. Dienst pun dengan segera bertanyakan kepada penjaga garisan, Tofik Bakhramov. Mereka berbual menggunakan bahasa isyarat kerana mereka berdua tidak tahu untuk berbahasa Inggeris (ataupun salah seorang mungkin tak tahu Bahasa Inggeris) akhirnya memberikan gol tersebut kepada England walaupun pemain Jerman Barat terus membantah.

Dan pada minit terakhir permainan, Hurst menjaringkan gol keempat England menjadikan kedudukan 4-2 dan Hurst menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan hattrick pada perlawanan akhir Piala Dunia.

Gol ketiga England tersebut menjadi perbualan hangat dan masih menjadi bahan bantahan oleh pemain dan warga Jerman Barat sehinggalah mereka bergabung dengan Jerman Timur dan membentuk kerajaan Jerman. Warga Jerman tetap menganggap gol tersebut sebagai gol yang 'tidak sah'.

Jerman Barat menganggap yang penjaga garisan, Tofik Bakhmarov, memberikan keputusan berat sebelah kerana beliau berasal dari Azerbaijan SSR, iaitu sebahagian daripada wilayah yang membentuk USSR ataupun Soviet Union - Nama Russia sebelum tahun 1991. 

Jerman Barat beranggap yang Bakhmarov berdendam kerana Jerman Barat telah menewaskan USSR pada peringkat separuh akhir. Bakhmarov berkata di dalam memoirnya yang dia ternampak yang bola tersebut melantun dari jaring bukannya palang. Itulah sebab utama kenapa ia membenarkan gol tersebut.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bakhmarov yang sekali lagi ditanya ketika di atas katil sebelum kematiannya tentang gol Geoff Hurst tersebut, Bakhmarov hanya menyebut satu perkataan. Stalingard.

Stalingard merujuk kepada Perang Stalingard, yang berlangsung pada 27 Jun 1942 sehinggalah 3 Februari 1943 di Stalingard, USSR. Perang tersebut melibatkan pihak USSR dan wilayah-wilayahnya berperang dengan Nazi Jerman (bawah pemerintahan Hitler), Romania, Itali, Hungary dan Croatia.

Walaupun pihak USSR memenangi peperangan tersebut, tetapi pihak Nazi telah membunuh lebih kurang 75, 000 tentera USSR. Berkemungkinan Bakhmarov menyimpan dendam atas kematian mereka terhadap Jerman dan membuatkan Jerman Barat terpaksa berputih mata dengan membenarkan gol Geoff Hurst tersebut.

Di England, Jabatan Kejuruteraan dari Universiti Oxford telah membuat kajian dan telah mengesahkan yang bola jaringan Geoff Hurst belum melepasi garisan gol dan ianya 6cm dari diisytihar sebagai gol.

England terus menggunakan gol Hurst sebagai bahan ejekan kepada Jerman. Peristiwa yang dikenali sebagai Wembley-Tor ini telah menjadi bahan mainan oleh warga England. Iklan Kit-Kat yang mem-parody-kan kisah gol Hurst menjadi mainan warga England buat warga Jerman Barat.

Tetapi, adakah selepas kekalahan 4-1 ditangan Jerman, England akan terus memainkan parody gol Hurst tersebut atau Jerman pula akan mempermainkan gol Lampard yang tidak dikira itu?

Peminat England mungkin akan berkata gol Hurst itu adalah hal kecil kerana mereka menjaringkan 4 gol semasa 1966. Tetapi peminat Jerman juga pasti akan menyatakan benda yang sama, menjaringkan 4 gol, sedangkan England hanya mampu menjaringkan 1 gol dan bermain dengan teruk pada tahun 2010.

Aku bukanlah penyokong Jerman yang mahu menimbulkan konfrantasi dengan penyokong England. Entri ini hanya ingin memberitahu kepada semua yang karma dan bola sepak amat berkait rapat.

Apa itu karma?

Kalau dalam wikipedia, ia membawa maksud (aku hanya petik sebahagian daripadanya sahaja):

"Humans have free will to choose good or evil and suffer the consequences, which require the will of God to implement karma's consequences"

Senang cerita, apa kau buat, kau dapat balasannya. Buat baik, dapat balasan baik. Buat jahat, dapat balasan jahat.

Kalau kau main secara adil, kau akan dapat keputusan yang adil. Tapi Kalau kau main secara tidak adil, kau akan dapat keputusan yang tidak adil.

Itulah yang terjadi antara England dan Jerman. Ketidak keadilan ke atas Jerman pada tahun 1966 dibalas pada tahun 2010.

Jangan lupakan pula Perancis. Ingat peristiwa tangan Thierry Henry ketika menentang Ireland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010?



Ireland telah dinafikan tempatnya di Piala Dunia 2010 manakala Perancis layak.

Kemudian, karma memainkan peranan.

Perancis datang dengan pasukan yang lintang pukang, pemain bergaduh dengan jurulatih, jurulatih melakukan protes dan akhirnya tersingkir pada pusingan pertama dengan hanya satu mata dari 3 perlawanan.

Itulah karma dan itulah bola sepak. Di dalam bola sepak, pasti ada karma. Dan pasti ada drama. Sebab itulah bola sepak digelar The Beautiful Game. Ada sukan, ada drama, ada karma da ada kisah pada setiap perlawanan.

Jadikan permusushan antara England dan Jerman sebagai satu lagi kisah klasik dalam lembaran sejarah bola sepak dunia.

P/S: Ozil dan Muller main memang superb. Tabik kepada pemain muda seperti mereka.

Friday, June 18, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Yang Tidak Popular

Ada sesetengah orang di dunia yang ingin mengecap populariti dalam hidup mereka.

Ada yang ingin dikenali di seantero dunia (atau pun seluruh negaranya sahaja). Jadi sedaya upaya mereka cuba menjadi popular dengan menjadi seorang pelakon, penyanyi ataupun menyertai program realiti.

Atau mereka ingin popular tetapi tidak sepopular celebrity. Tapi cukuplah dengan menjadi pembaca berita, pengacara, wartaman, penulis dan lain-lain lagi.

Ada juga yang hanya sekadar ingin menjadi popular di dalam komuniti yang kecil sahaja. Menjadi pelajar popular di Kolej atau sekolah, menjadi pekerja paling popular di tempat kerja atau menjadi orang paling popular di dalam kampung atau taman perumahan yang kamu tinggal.

Ada juga yang sekadar mahu popular di alam maya seperti popular di Facebook, Myspace, Friendster, Twitter atau pun menjadi blogger.

Tapi kadang-kadang, selepas berhempas-pulas mencuba, anda tetap tidak popular. Jadi, apakah tanda untuk mengetahui yang kamu tidak popular di kalangan komuniti kamu?

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Yang Tidak Popular

10. Kamu memulakan thread baru dalam satu topik di forum, dan tiada siapa yang membalas post kamu itu.

9. Tiada seorang pun pensyarah kamu yang sedar kehadiran kamu sehinggakan mereka tidak sedar jika kamu ponteng kelas. Malahan, pensyarah kamu akan tanya "Siapa kamu? Tak pernah nampak pun?" semasa kamu ingin membuat presentation di hadapan kelas.

8. Tiada seorang pun yang menerima Friend Request kamu menyebabkan kamu tidak mempunyai kawan di dalam Facebook.

7. Tiada siapa pernah menelefon atau menghantar SMS ke telefon bimbit kamu. Begitu juga tiada panggilan wrong number ke telefon bimbit kamu. Malahan, ibubapa kamu pun cuma menghubungi kamu 2 bulan sekali.

6. Kamu gagal menarik perhatian orang ramai walaupun anda sedang berbogel di tengah bandar.

5. Kamu menghadiri ke majlis Reunion rakan sekolah kamu, namun tiada seorang pun mengingati kamu walaupun anda memberitahu nama gelaran (yang kamu benci) kamu kepada kawan-kawan anda semua.

4. Tiada siapa datang ke kenduri perkahwinan Kamu.... Begitu juga kenduri arwah kamu.

3. Tiada seorang pun tahu di mana kamu tinggal. Posmen pun tak tahu kamu tinggal di mana.

2. Orang sekampung kenal siapa ayah kamu, kenal siapa mak kamu, kenal siapa abang kamu, kenal siapa kakak kamu, kenal siapa adik kamu... Tapi tidak kenal akan kamu.

1. Ibubapa anda terlupa nama kamu... Atau mungkin terlupa kamu anak mereka.

Ok. Seriously, perkara nombor 9 dan 2 pernah jadi pada aku. Kamu bagaimana pula?

Thursday, June 17, 2010

Aku dan blog

Sebenarnya entri kali ini adalah menjawab tag dari Cik Diya yang suka crayon (agaknya lah).

Kali terakhir aku menjawab tag ialah pada entri ini. Aku teramatlah jarang-jarang di tag, dengan kata lain, aku tidak cukup popular untuk di tag.

Aku tak berapa pasti apa tajuk tag kali ini. Mungkin 'Sejarah blog' tajuknya.

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?

Warmness On The Soul. Tajuk blog ini diambil dari salah satu lagu band Avenged Sevenfold. Sebenarnya, aku sendiri kurang minat dengan lagu tersebut tapi tak tahu kenapa aku boleh pilih untuk dijadikan tajuk blog aku.

Nak kata aku membuat pilihan kerana pengaruh alkohol, aku belum pernah minum arak lagi, jadi alasan memilih tajuk tersebut di bawah pengaruh alkohol memang tak masuk akal.

Lagu tersebut merupakan satu lagu yang amat mellow, berbeza dengan norma biasa Avenged Sevenfold yang memainkan lagu genre metal dan hardcore.

Mungkin minda di bawah sedar aku yang membuatkan aku memilih tajuk ini. Tapi sekurang-kurangnya bagus juga aku pilih tajuk lagu ini menjadi nama blog aku. Kalau aku pilih tajuk lagu "Cari Jodoh", "Benci Bilang Cinta", "Gila Judi", "Ayahku Kahwin Lagi".... Mesti lagi celaka bunyinya kan?

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link pun kau tanya aku ke? Siapalah yang buat soalan tag ni. Tengok pada bahagian address bar tu. Aku gunakan 'aremierulez' sebagai URL kerana ia merupakan nickname yang aku gunakan dalam alam chatting.

Aku gunakan nama tersebut ketika sedang ber-chatting dengan seorang minah dari Australia yang susah nak pronounce nama aku. Jadi aku eja supaya minah tu boleh sebut dengan betul (Amirul = Are + mie + rule). Huruf Z aku tambah pada hujung kerana pengaruh cerita Dragon Ball Z.

Cilaka! Masa muda-muda aku memang cepat terpengaruh. Nasib sekarang aku dah tua. Kalau tak, mesti aku dah terpengaruh dengan budaya Shuffle.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

Bergantung dengan tajuk yang terlintas dalam fikiran aku. Kadang-kadang, entri aku bersifat kelakar (atau cuba menjadi kelakar tapi tak jadi) dan merapu. Dan kadang-kadang boleh jadi entri yang sangat serius. Terpulang macam mana otak aku berfungsi hari itu.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Belum terasa lagi tapi kalau ada orang upah RM 1 billion, aku delete.

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?

Kalau mak dan ayah, memang tak pernahlah. Abang aku sekali-sekala baca. Sepupu aku mungkin ada yang baca. Tapi secara majoritu, family aku memang jarang baca blog aku. Lagipun, aku tak galakkan sepupu aku baca blog aku memandangkan aku merupakan sepupu yang mempunyai pemikiran yang paling jahanam. Sepupu aku yang lain-lain baik-baik belaka.

Kepada sepupuku di luar sana yang sedang membaca, read on your own risk.

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?

Kalau ada orang yang kata blog aku cantik, nampak sangat dia tengah perli blog aku. Gila ke ape! Background hitam, layout plain.. Kalau ada orang kata blog aku cantik, memang nampak sangat nak suck up aku.

Tapi header aku, memang cantik. Sangat cantik, sweet, hot, foxy dan sexy.

7. Bilakah anda mula mempunyai blog?

25 Mac 2007. Ini entri pertama aku dalam blog ini. Bila baca balik entri pertama, rasa macam nak tergelak pun ada juga. Gila bodoh entri aku tu.

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?

Ahli-ahli keluarga 32 Jementah.

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?

Tiada perasan kerana tidak pernah terjadi.

Semasa kewujudan blog aku, kebanyakkan classmate aku di UiTM Segamat tidak menyedari kewujudan blog aku. Rasanya, selepas aku menamatkan pengajian dan mula aktif di Facebook, baru kebanyakan mereka tahu tentang blog aku. Betul tak, Hannah Yunos?

10. 10 orang untuk di-tag

Aku malas nak tag orang. Tapi oleh disebabkan Hannah Yunos ni malas sangat nak update blog, memang mendapatlah kau. Kau di tag Hannah! Hahaha....

Kadang-kadang, aku suka jawab tag ni kerana dalam masa kurang 30 minit, sudah siap satu entri tanpa aku perlu berhempas pulas untuk berfikir.

Memandangkan aku sekarang sibuk dengan World Cup dan dalam usaha untuk meng-update blog cerpen bersiri aku, menjawab tag memang satu option terbaik.

Sunday, June 13, 2010

Antara bakar bendera Israel dan Tabung Gazza


Perbualan secara SMS bersama seorang rakan (diubahsuai ayatnya untuk lebih mudah difahami oleh para pembaca).

Kawan:
Kau tau tak kat mana ada jual bendera Israel.

Aku:
Tak tau. Kau nak buat apa dengan bendera tu?

Kawan:
Aku nak bakar bendera tu. Kan ada demo nanti. Kau tak nak joint sekali ke?

Aku:
Tak mau la. Macam mebazir je.

Kawan:
Apa hal pulak? Kita kena tunjukkan rasa yang kita benci kat Israel tu.

Aku:
Aku rasa, dari kita membazir beli bendera Israel lepas tu kau bakar, baik duit bendera tu kau hulur kat tabung bantuan Gazza tu. At least, sampai jugak duit tu kat orang sana untuk buat beli makanan dengan ubat.

Kawan:
Kau ni, macam-macam alasan. Kita kena tunjukkan rasa benci kita pada Israel. Baru diorang tau kita semua benci kat diorang tu.

Aku:
Memang betul. Tapi aku rasa, diorang memang dah tau yang satu dunia benci bangsa diorang. So, baik kita jangan bazirkan duit tu. Kumpulkan, belikan makanan dan hantar ke Gazza.

Kawan:
Tapi bukannya bantuan tu dapat hantar ke Gazza pun.

Aku:
Sekurang-kurangnya, kita mencuba. Lagipun sebelum ni, kita berjaya hantar bantuan tu. Cuma kali ni je kena sekat. Mungkin tak lama lagi sekatan tu akan berakhir.

Kawan:
Bakar bendera tu lagi penting. Jihad.

Aku:
Kalau nak berjihad, kau pergi Gazza tu. Pergi perang mempertahankan martabat Islam. Itu baru jihad. Itu baru Mati Syahid. Kalau kau kena langgar dengan kereta masa kau bakar bendera Israel, belum tentu masuk syurga. Bukannya tiap satu bendera kau bakar, boleh bunuh sorang askar Israel.

Kawan:
Sudah la kau. Macam-macam je ayat kau.

===Sessi SMS tamat===

Aku pelik kenapa kita sanggup habiskan duit membakar Bendera Israel tetapi susah mahu keluarkan duit untuk menderma tabung Gazza.

Kita sanggup berhabis duit untuk menunjukkan rasa benci (membakar bendera) tetapi tidak mahu mengeluarkan duit untuk menunjukkan rasa hati (menderma Tabung Gazza).

Adakah hati kita sekarang sudah dipenuhi rasa benci seperti orang Yahudi?

Adakah menunjukkan rasa benci di khalayak ramai lebih mulia dari menunjukkan rasa hati secara diam-diam dengan menghulurkan derma di tabung derma di masjid?

Apa yang aku taipkan ini adalah satu kisah benar. Bukannya kawan aku ini seorang sahaja, tetapi ramai yang sanggup berdemonstrasi membawa card board dengan ayat mencaci Israel dan membakar bendera tetapi agak susah untuk mengeluarkan duit untuk menderma tabung kemanusiaan.

Bukanlah aku mahu katakan yang membakar bendera Israel itu salah, tetapi bukankah baik kalau dapat diseimbangan kedua-dua perkara yang aku nyatakan di atas tadi. Tetapi kebanykannya memilih cara membakar bendera semata-mata.

Mengapa?

Menjaga imej di depan mata orang ramai?

Atau untuk kepentingan dalam parti politik masing-masing?

Wednesday, June 9, 2010

Malaysia, bola sepak dan iklan

"Mama, dua mat salleh!!"


Aku rasa kamu semua yang melanggan perkhidmatan Astro pasti pernah menonton iklan di atas. Walaupun kamu bukannya peminat bola sepak dan tidak pernah menonton mana-mana saluran dari Pakej Sukan, tetapi kamu pasti pernah menonton iklan ini di saluran lain termasuk ketika kamu sedang menonton rancangan Imam Muda di Astro Oasis ataupun racangan Miami Ink di Discovery Travel and Living.



Umum tahu iklan ini menunjukkan yang "dua mat salleh" tersebut ialah Frank Lampard dan Lionel Messi, bintang bola sepak antarabangsa yang mewarnai kancah bola sepak Eropah. Malah, golongan bukan penggemar bola sepak juga mengenali mereka dan pemain-pemain bola sepak Eorah yang lain.

Cuba bayangkan kalau mereka berdua digantikan dengan pemain bola sepak Malaysia. Adakah penonton iklan mengenali mereka? Mungkin tidak memandangkan kebanyakan penggemar bola sepak di Malaysia sememangnya meminati bola sepak Eropah, tetapi tidak kepada bola sepak Malaysia.

Berapa ramai sangat Rakyat Malaysia yang mengenali pemain Malaysia? Berapa ramai Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Liga Super Malaysia?

Aku akui, aku sendiri baru sahaja menjadi peminat Liga Super Malaysia semenjak tahun lepas, atas pengaruh ayah aku. Sebelum ini, aku selesa menonton English Premier League, Spanish Primera Liga, Italian Sirie A dan German Bundesliga.


Aku pernah melayan bola sepak malaysia semasa zaman kegemilangan Semi-Pro. Masa itu, Liga Malaysia memang sangat hot dan menjadi tumpuan ramai. Aku sendiri menonton dan menghafal semua pemain bola sepak yang bermain dala negeri masing-masing.


Tetapi bermulanya kes rasuah yang menghancurkan bola sepak Malaysia pada tahun 1994, Liga Malaysia menjadi hambar. Ramai peminat mula meninggalkan Liga Malaysia dan hanya menonton liga bola sepak Eropah, termasuklah aku.


Semenjak aku menganggur setahun lepas, aku mula menonton kembali Liga Malaysia. Dan sikit demi sedikit, aku sudah mula menonton dan meminatinya kembali.

Berbalik pada topik asal, berapa ramai sangat pemain Malaysia yang rakyat Malaysia kenal? Mungkin nama-nama seperti Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Safee Sali dan Mohd Amri Yahyah sahaja yang menjadi pemain yang di kenali oleh Rakyat Malaysia kerana itu sahaja yang menonjol, samada menonjol kerana kehebatan mereka atau gossip dengan artis.

Tetapi, Rakyat Malaysia boleh dikatakan menghafal kesemua nama pemain dalam pasukan kegemaran mereka dari pemain utama hinggalah pemain simpanan. Bukan setakat menghafal pemain dari pasukan kegemaran mereka, tetapi juga pemain dari pasukan musuh mereka. Malahan, pemain dari pasukan belasahan yang menghuni tangga bawah liga juga mereka kenali, sekurang-kurangnya 2-3 pemain.

Ok. Apa kata kalau iklam di atas tadi digantikan dengan 2 pemain Malaysia. Kita tukarkan dengan dua pemain Malaysia selain daripada yang aku nyatakan di atas tadi. Aku pilih Mohd Amirul Hadi Zainal (winger kanan Selangor) dan Norshahrul Idlan Talaha (striker Kelantan).

Situasi:
Loceng rumah berbunyi. Emak dan anak perempuan sedang mengemas di dapur. Si anak perempuan pergi mendapatkan pintu. Kelihatan Amirul Hadi (Amirul) dan Idlan Talaha (Idlan) berada di muka pintu.

Amirul & Idlan:
Assalammualaikum...

Anak perempuan:
Waalaikummussalam. Mak!! Ada dua orang datang ni!

Si emak terus mendapatkan anak perempuannya dan memandang ke arah mereka berdua.

Emak:
Ya? Boleh mak cik bantu?

Amirul:
Mak cik, boleh tak kami nak tumpang tengok bola sepak malam ni.

Anak perempuan:
Eh? Hari ni Jumaat, mana ada live bola kat Astro?

Idlan:
Ada! Liga Super Malaysia di Astro Arena. Arena Malam Jumaat untuk Liga Super Malaysia.

Amirul:
Ya. Dalam HD (High Definition)

Idlan:
Weh.. Astro Arena mana ada HD!

Amirul:
Oh, ye ke? Silap pulak.

Si bapak menjenguk untuk melihat tetamu yang datang.

Bapak:
Siapa korang ni?

Amirul:
Kami pemain bola sepak. Saya Mohd Amirul Hadi Zainal. Main winger kanan kat Selangor. Saya yang dye rambut tu. Saya dah jaringkan 8 gol untuk musim ni (Setakat entri ini ditulis). Saya pakai jersi nombor 20.

Idlan:
Saya Norshahrul Idlan Talaha. Saya striker Kelantan. Main midfield pun boleh. Saya pulak dah score 8 gol musim ni (Setakat entri ini ditulis). Jersi saya nombor 9, sama macam Torres dengan Rooney.

Bapak:
Aku tak kenal korang. Aku tak tengok Liga Malaysia.

Amirul & Idlan:
Ala, pak cik... Please.....

Bapak:
Dah, dah!! Blah sebelum aku panggil polis.

Emak:
Betul tu! Nanti saya baling awak berdua dengan kasut.

===Iklan Tamat===

Sedih bukan. Pemain Malaysia sangat tersisih di bumi sendiri. Liga Super Malaysia langsung tidak dihiraukan. Diharap pihak FAM dapat memperbaiki sistem Liga Super Malaysia dan mengembalikan rentak dan maruah skuad Malaysia seperti suatu masa dahulu.

Dan kamu di luar sana, silalah beri sokongan kepada bola sepak negara. At least, berikan sedikit tumpuan kepada liga bola sepak negara. Sikit pun, jadilah.

Sedih juga bila aku pernah lihat satu temuramah mengenai pemain bola sepak Malaysia. Seorang perempuan berkata "Saya kenal Aidil Zafuan sebab dia kawin lari dengan Rita Rudaini. Kembar dia tu, Zaquan Adha, saya kenal sebab dia bercinta dengan Ayu Raudah".

Kenapa nak ada kaitan dengan artis baru orang Malaysia nak ambil tahu? Sad.... But true.

Monday, June 7, 2010

Dulu lain. Sekarang lain: Kenapa kadang-kadang aku rasa zaman dulu lebih seronok

Bila aku imbau kenangan aku sewaktu zaman persekolahan dengan zaman sekarang, memang sangat-sangatlah jauh berbeza. Beza pada dekad dulu dengan dekad sekarang memang banyak berbeza. Pada tahun 1990-an, siapa sangka banyak gadget cangih-cangih bakal tercipta dan menjadi satu trend popular zaman sekarang.

Tapi kemajuan serba sedikit telah menarik keseronokkan yang pernah aku rasai pada zaman dulu dan menyebabkan budak-budak zaman sekarang menjadi sangat membosankan kalau dibandingkan dengan budak zaman dulu.

Televisyen, Laptop dan TV series

"Weh, season baru Heroes nak keluar dah kat Star World. Start hari Jumaat ni."

"Aiseh.. Buat apa kau nak tengok kat TV. Download sudah!"

Inilah jawapan yang lazim kita dengar sekarang. Kebanyakan pengguna internet lebih suka download TV Series yang berasal dari Amerika berbanding menontonnya di televisyen.

Dulu, kebanyakan TV Series akan ditonton di televisyen. Aku ingat lagi zaman dulu aku selalu menonton cerita X-Files, Roswell, Ally McBeal, Buffy The Vampire Slayer, 7th Heaven, Dawson's Creek dan banyak lagi cerita menarik di televisyen.

Setiap kali tiba hari rancangan tersebut ditayangkan, rasa tak sabar timbul dalam hati. Bangun pagi-pagi, kepala dah mula terfikir "Malam ni Roswell. Tak sabar aku nak tunggu apa jadi dekat Max sama Liz malam ni." Rasa keterujaan menunggu malam menjelang memang menarik. Rasa keterujaan itu akan bertambah bila babak terakhir cerita tersebut tergantung semasa babak mencemaskan, dan kemudian timbul tulisan "To Be Continued". Agak kecewa bila cerita tamat semasa babak klimaks tapi perasaan teruja untuk menunggu episod minggu hadapan adalah satu perasaan yang menarik.

Masa zaman dulu, aku ada satu kelebihan iaitu sebagai orang yang tinggal di Johor, aku mempunyai kelebihan untuk mendapat saluran televisyen dari Singapura dan Indonesia. Kalau saluran Singapore, TV5 menjadi pilihan dan kalau saluran Indonesia, aku pilih RCTI.

Satu kelebihan saluran luar negara ini ialah biasanya cerita TV Series di atas biasanya lebih advance dari tayangan di Malaysia. Biasanya mereka 6-7 episod mendahului TV Malaysia. Tapi ada juga TV Series yang lebih advance di saluran TV di Malaysia. Dan yang lebih menarik, censorship kedua-dua saluran adalah lebih minima jika dibandingkan TV Malaysia. Itu sebabnya aku lebih memilih untuk menonton cerita Hercules: The Legendary Journeys dan Xena: Warrior Princess di saluran RCTI.

By the way, Xena is one hell of hotness pada masa dahulu. Lucy Lawless menjadi pujaan hati sebelum aku kenal banyak lagi pelakon-pelakon yang hebat, cantik, hot, foxy dan sexy beberapa tahun kemudian.

Satu lagi kelebihan TV5 dan RCTI ialah kedua-dua saluran ada menyiarkan TV series yang tidak disiarkan di Malaysia. Dengan kata lain, hiburan tambahan!

Tapi itu dulu. Sekarang, kebanyakan peminat TV series kini lebih gemar men-download daripada menunggu di TV. Torrent, Rapidshare, USAupload, Megaupload... Pilih sahaja cara yang mana kamu gemar. Bila kamu tahu rancangan kegemaran kamu sudah mula ditayangkan di Amerika, kamu sudah boleh cari episod baru 2 jam selepas ia ditayangkan di Amerika.

Ada yang tunggu sampai rancangan tersebut habis satu season, kemudian baru download. Boleh tengok 23 episod back-to-back sampai muntah tanpa gangguan iklan.

Memang betul, kamu boleh tonton lebih awal berbanding tayangan di Televisyen. Tetapi seperti yang aku nyatakan di atas, sekurang-kurangnya elemen surprise dan tertunggu-tunggu ada di dalam diri kita.

Aku pun sebelum ni macam tu juga, suka men-download segala TV series dan tengok dalam laptop. Lama-kelamaan, aku mula rasa bosan kerana aku mula perasan yang hidup aku boleh dikatakan 24 jam mengadap laptop. Main Facebook, update dan baca blog, baca Wikipedia.. Dan sekarang aku menjadikan laptop sebagai TV.

Aku mula sedar yang hidup aku mula menjadi bosan bila aku asyik terperuk dalam bilik menghadap laptop bagaikan manusia yang tiada kawan di luar sana. Aku mula berhenti men-download TV series dan mula menonton rancangan ini di TV sahaja. Sekurang-kurangnya, aku lebih banyak meluangkan masa menonton TV bersama mak bapak aku sekarang dari asyik terperap dalam bilik dan mengahadap laptop sahaja. Malahan, aku kini lebih suka online di ruang TV.

Sekarang, aku hanya men-download filem sahaja kerana kadang-kadang aku tak sempat nak ke panggung ataupun aku tak puas hati bila aku menonton filem action yang di klasifikasikan 18SG tapi banyak babak yang dipotong.

Seriously? Bukan ke sudah diletak 18SG pada filem tersebut jadi kenapa nak potong semua babak ganas tersebut? Baik letak klasifikasi U sahaja kalau semua babak action dan ganas sudah di potong.

Kalau aku download TV series pun, aku hanya akan download selepas cerita tersebut tamat ditayangkan di TV dan untuk simpanan kalau-kalau aku nak tengok balik cerita tersebut 5-6 tahun akan datang

Bagi aku, duduk di depan TV bersama keluarga macam masa dulu adalah lebih baik dari kau download semua TV series dan tengok dalam bilik kau bersendirian macam sekarang ini. Melainkan TV series yang kau suka tak ditayangkan di TV Malaysia atau Astro.

P/S: Dulu aku ingat di sekolah aku dulu ada kempen untuk kurangkan menonton TV yang dinamakan 'Less Idiot Box, More Reading'. Sekarang, mungkin mereka perlu ubah kempen tersebut supaya kurangkan "menonton" laptop atau komputer.


Idiot box was so 90's.

Radio, Lagu dan Mix-tape

Sepanjang aku masih belajar di sekolah menengah, radio merupakan teman aku di dalam bilik. Antara aku gunakan radio untuk mendengar radio, dengar kaset atau CD ataupun membuat mix-tape. Boleh dikatakan radio aku akan terbuka selepas aku balik sekolah sampailah aku tidur.

Walaupun aku merupakan pengemar muzik Underground dan muzik yang non-radio friendly (hard core, metal etc.) Tetapi tak bermakna aku tidak mendengar lagu-lagu dari radio mainstream, tapi dulu lah. Lagipun, masa tahun 90-an, lagu-lagu dari band rock masih dimainkan di Hitz FM. Sekarang? Kebanyakannya lagu yang dimainkan di Hitz.FM ialah lagu Hip-Hop dan R&B. Dan juga so-called-rock-band seperti Boys Like Girls.

Dulu radio menjadi teman utama dalam bilik. Mendengar celoteh DJ dulu yang tak mengarut atau meleweh macam DJ zaman sekarang (baca: Raja Azura), adalah satu kemestian. MP3 player belum menjadi satu kegilaan di Malaysia, jadi men-download mp3 bukanlah satu aktiviti popular pada masa dulu.

Saat paling menarik ialah semasa kita menantikan lagu yang ditunggu-tunggu. Bila lagu yang ditunggu di dendangkan di corong radio, memang happy rasanya. Saat paling menarik ialah masa menunggu lagu kegemaran untuk di rekod dalam mix-tape. Macam aku katakan di atas, penggunaan MP3 palayer belum meluas dulu, jadi mix-tape adalah medium utama untuk mengumpul dan mendengar semua lagu kegemaran.

Mix-tape.. Medium yang kian dilupai

Penantian satu penyeksaan. Itulah perasaan masa menunggu waktu lagu kegemaran tak keluar-keluar dalam radio. Bila lagu yang ditunggu keluar di radio, cepat-cepat tekan butang record dan play serentak. Itupun kena tunggu for the right moment. Kena pastikan jangan ada suara DJ ataupun bunyi jingle radio di record sekali.

Dalam proses merakam lagu dengan mix tape, radio yang mempunyai dua cassette slot amatlah diperlukan. Kenapa? Kerana ini akan memudahkan proses dubbing dari mix-tape kawan-kawan pula.

Double cassette slot radio

Macam aku katakan, proses merekod perlu teliti untuk memastikan tiada suara DJ atau jingle direkodkan sekali. Memang kecewa kalau lagu yang direkod dicemari suara DJ yang sibuk bercakap walaupun intro lagu sudah pun dimainkan. Kacau betul. Oleh kerana sikap kesabaran nak menunggu lagu tersebut keluar di radio sudah lenyap, cara terbaik ialah bertanya kepada kawan-kawan kalau-kalau mereka berjaya merekod lagu tersebut suci tanpa dinodai suara DJ atau jingle.

Masukkan kaset kepunya kawan pada satu slot kaset dan masukkan kaset kepunyaan kita pada slot satu lagi. Dan akhirnya, kita berjaya merekod lagu yang perfect tanpa gangguan suara DJ.

Memang seronok. Rasa menunggu dan kita akan hargai lagu yang kita rekod dalam mix-tape tu. Tapi itu dulu. Sekarang?

Budak-budak sekarang tak payah bersusah payah menunggu depan radio. Apa yang mereka perlukan ialah nama penyanyi dan tajuk lagu. Seacrh pada internet, tak lama lepas tu dah boleh download dari internet.

Kalau nak dengar full album, boleh download gunakan Rapidshare atau Torrent. Kalau sekadar nak satu lagu, boleh gunakan Ares, Limewire atau pun 4Shared.com, dan kebanyakan budak-budak tak sedar yang ketiga-tiga platform tersebut dipenuhi dengan Melware dan Ad-Aware.

Selain dari download, banyak medium yang boleh membantu untuk budak-budak zaman sekarang untuk mendengar lagu kegemaran mereka. Bukan setakat radio, MTV, Channel V, Hitz.TV dan Youtube boleh menjadi pengganti tetap kepada radio.

Oleh disebabkan budak-budak zaman sekarang senang untuk mendapatkan atau mendengar lagu-lagu tersebut, mereka jarang menghargai lagu tersebut. 5-6 bulan, lagu tersebut akan dilupai. Itulah sebab jika aku dengar lagu zaman 70-an, 80-an dan 90-an, aku akan terasa teruja berbanding zaman millennium ini. Bukan sebab lagu zaman dulu bersifat evergreen atau lebih baik dari lagu zaman sekarang, cuma lagu pada zaman dulu lebih sukar untuk didapatkan.

Tetapi secara serius, lagu Hip-Hop dan R&B zaman sekarang memang mengarut jika dibandingkan dengan lagu Hip-Hop dan R&B tahun 90-an. Lagu Rock? Dari dulu sehingga kini memang terbaik.... Kecuali Rock kangkang nyanyian band-band "hidup segan. mati tak mahu" pada era 90-an.

P/S: Setiap kali aku buka almari aku dan ternampak segala mix-tape dan kaset yang aku beli sekitar tahun 1990-an dan awal 2000, aku hanya tersenyum. Insyaallah, aku tak buang semuanya tu. Banyak kenangan yang boleh aku imbau melalui kaset-kaset tersebut.

Itulah beberapa sebab kenapa aku rasa zaman dulu lebih menarik dari zaman sekarang. Teknologi memang banyak membantu kita tetapi dalam masa yang sama serba-sedikit menghilangkan keseronokan yang kita dapat rasa pada zaman dulu.

Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dikupas mengenai tajuk ini, terutama sekali Facebook dan laman sosial maya yang lain. Tapi aku akan kupas pada hari lain.

Thursday, June 3, 2010

Gurau senda bersama Google Translate

Sila klik pada gambar-gambar yang ada dalam entri ini untuk imej yang lebih besar untuk mengoptimumkan tahap pembacaan anda.

Bosan. Aku taipkan satu ayat carutan di Google Translate. Cuba untuk menterjemah satu ayat carutan Bahasa Malaysia (ke Bahasa Melayu?) ke Bahasa Inggeris.

"Kepala buto kau"

Dan terjemahan yang aku dapat ialah:


"Buto head you"

Aku rasa ia satu terjemahan yang kurang tepat. Jadi aku ubah sedikit ejaan pada ayat tersebut.

"Kepala butuh kau"

Dan apa yang aku dapat?


"You need a head"

Seriously, you need a head? Memang satu terjemahan yang tidak masuk akal. Jadi aku ubah sedikit. Dari terjemah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, aku ubahkan menjadi terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris.

Apa terjemahannya?


"The chief needs you"

Ok. Aku rasa terjemahan ke Bahasa Malaysia lebih baik.

Adik-adik sekalian, jangan taip ayat mencarut pada Google Translate. Nanti bapak kau lempang muka kau laju-laju.

Tuesday, June 1, 2010

Dulu lain.... Sekarang lain....

Situasi 1

Dulu:
"Aiman, apa hobi kamu?"

"Hobi saya membaca buku, mengumpul setem, mendengar radio, berkebun dan bermain bola. Kadang-kadang saya main gasing."

Sekarang:
"Helmy, apa hobi kamu?"

"Hobi saya main internet, main Facebook, tengok Youtube, ber-chatting dan main bola tapi dalam PSP la."

"Kamu tak main gasing ke?"

"Gasing? Apa tu? Gersang saya tahu la. Gersang tu perasaan yang saya rasa bila saya tengok gambar Maria Ozawa bila secara tak sengaja atau sengaja melawat website gambar-gambar bog..."

"Cukup, Helmy! Cukup!"

Budak-budak sekarang memang berbeza dengan budak-budak dulu. Depan laptop pun boleh bersosial.


Situasi 2

Dulu:
Ayat-ayat cinta yang popular: Lautan api kan ku renangi, ambil pisau belah lah dadaku ini, akan kupintal buih-buih di lautan dan dijadikan selimut untuk mu.

Sekarang:

The new romantic!


Situasi 3

Dulu:
"Jom pergi Stadium Larkin malam ni. Johor lawan Selangor. Perlawanan penentuan nak dapatkan liga musim ni. Nak follow tak?

"Ok. Hidup Johor!!!"

Sekarang:
"Jom lepak kat mapley. Malam ni Liverpool lawan MU. Lepas tu sambung pulak dengan Chelsea lawan Arsenal."

"Tapi malam ni Johor lawan Selangor. Liga Super Malaysia.."

"Ha? Liga Super? Malaysia ada liga bola sepak ke? Tak pernah dengar pun?"

Bola sepak Malaysia semakin dilupai selagi pemain Malaysia masih ditakuk lama dan dipimpin oleh FAM yang didalangi oleh orang-orang yang berkepentingan untuk perniagaan dan politik.


Situasi 4

Dulu:
Setiap kali mak aku melihat Perdana Menteri Malaysia atau menteri-menteri lain keluar di TV, mak aku akan berpesan kepada aku dan abang aku:

"Mama teringin nak tengok salah sorang anak mama jadi menteri. Keluar TV, berkhidmat untuk rakyat. Bangga mama tengok."

Sekarang:
Setiap kali mak aku melihat Perdana Menteri Malaysia atau menteri-menteri lain keluar di TV, mak aku akan berpesan kepada aku dan abang aku:

"Tak payah la korang nak jadi menteri ni. Kerjaan ke, pembangkang ke... Dua-dua mama tengok macam tak yakin je. Asyik menabur fitnah, menipu rakyat je. Sibuk berpolitik sampai lupa dengan rakyat. Bila ada pilihan raya keik, baru nampak batang hidung masing-masing. Tak payah la korang terlibat dalam dunia politik ni."

Aku faham kenapa mak aku berkata demikian. Sangat faham

Dulu lain... Sekarang lain....

Singgah: Lepas Laku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...