Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, June 1, 2010

Dulu lain.... Sekarang lain....

Situasi 1

Dulu:
"Aiman, apa hobi kamu?"

"Hobi saya membaca buku, mengumpul setem, mendengar radio, berkebun dan bermain bola. Kadang-kadang saya main gasing."

Sekarang:
"Helmy, apa hobi kamu?"

"Hobi saya main internet, main Facebook, tengok Youtube, ber-chatting dan main bola tapi dalam PSP la."

"Kamu tak main gasing ke?"

"Gasing? Apa tu? Gersang saya tahu la. Gersang tu perasaan yang saya rasa bila saya tengok gambar Maria Ozawa bila secara tak sengaja atau sengaja melawat website gambar-gambar bog..."

"Cukup, Helmy! Cukup!"

Budak-budak sekarang memang berbeza dengan budak-budak dulu. Depan laptop pun boleh bersosial.


Situasi 2

Dulu:
Ayat-ayat cinta yang popular: Lautan api kan ku renangi, ambil pisau belah lah dadaku ini, akan kupintal buih-buih di lautan dan dijadikan selimut untuk mu.

Sekarang:

The new romantic!


Situasi 3

Dulu:
"Jom pergi Stadium Larkin malam ni. Johor lawan Selangor. Perlawanan penentuan nak dapatkan liga musim ni. Nak follow tak?

"Ok. Hidup Johor!!!"

Sekarang:
"Jom lepak kat mapley. Malam ni Liverpool lawan MU. Lepas tu sambung pulak dengan Chelsea lawan Arsenal."

"Tapi malam ni Johor lawan Selangor. Liga Super Malaysia.."

"Ha? Liga Super? Malaysia ada liga bola sepak ke? Tak pernah dengar pun?"

Bola sepak Malaysia semakin dilupai selagi pemain Malaysia masih ditakuk lama dan dipimpin oleh FAM yang didalangi oleh orang-orang yang berkepentingan untuk perniagaan dan politik.


Situasi 4

Dulu:
Setiap kali mak aku melihat Perdana Menteri Malaysia atau menteri-menteri lain keluar di TV, mak aku akan berpesan kepada aku dan abang aku:

"Mama teringin nak tengok salah sorang anak mama jadi menteri. Keluar TV, berkhidmat untuk rakyat. Bangga mama tengok."

Sekarang:
Setiap kali mak aku melihat Perdana Menteri Malaysia atau menteri-menteri lain keluar di TV, mak aku akan berpesan kepada aku dan abang aku:

"Tak payah la korang nak jadi menteri ni. Kerjaan ke, pembangkang ke... Dua-dua mama tengok macam tak yakin je. Asyik menabur fitnah, menipu rakyat je. Sibuk berpolitik sampai lupa dengan rakyat. Bila ada pilihan raya keik, baru nampak batang hidung masing-masing. Tak payah la korang terlibat dalam dunia politik ni."

Aku faham kenapa mak aku berkata demikian. Sangat faham

Dulu lain... Sekarang lain....

Singgah: Lepas Laku

5 comments:

sarah shafie said...

hehe..betul lah..

faerrin said...

Dulu nenek aku cakap..

Tun Razak ni bagus, sangguo dia trun kampung-kampung berbasikal, kamera atau tv tiada pun buat liputan..

Sekarang nenek aku cakap...

Tengok muka Pak Jib, nenek cukup seram..kang tak pasal-pasal kena C4 macam al-tantuya..

aremierulez/Amirul said...

sarah:
:)

faer:
mak bapak aku pun puji tun razak. mak aku cakap, tun razak ni la baru pemimpin berjiwa rakyat yg sebenar. bukannya pegi melawat rakyat naik keta mewah masa pilihan raya je.

haha... belum tengok rosmah lagi

En iLham said...

salam ziarah
memangla
semakin beredar zaman
manusia semakin hilang kewarasan
akal juga hilang pertimbangan
akibatnya masayarakt tidak lagi sehaluan

aremierulez/Amirul said...

ilham:
dunia akhir zaman bro.. memang macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...