Belilah Novel Aku!!!!

Monday, June 28, 2010

Jerman 4-1 England. Karma dari Geoff Hurst

Gol ke tak tu?




Aku tahu, mesti ramai penyokong England yang tak puas hati bila gol Lampard tak dikira semasa perlawanan Round of 16, England lawan Jerman yang berkesudahan dengan kemenangan besar Jerman 4-1.

Memang jelas lagi terang yang bola tersebut melepasi garisan gol. Tapi apa boleh kata, Jerman menang 4-1. Jerman menjaringkan 4 lagi gol dan England gagal menjaringkan gol.

Mungkin penyokong England sudah melupakan gol Geoff Hurst pada Piala Dunia 1966 yang berlangsung di England dulu.



Perlawanan akhir Piala Dunia 1966, 30 Julai 1966. England menentang Jerman Barat. Ketika itu, Jerman masih ada Barat dan Timur. Tetapi Jerman barat yang terhebat.

Jerman Barat membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan Helmut Haller tetapi Geoff Hurst menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

Martin Peters membawa England mendahului Jerman Barat pada minit ke-78 tetapi gol minit akhir Wolfgang Weber pada minit ke-89 mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan. Hurst menjaringkan gol ketiga England yang penuh dengan kontroversi.

Bola terkena bawah palang, melantun ke bawah dan kemudian ditanduk keluar oleh pertahanan Jerman Barat. 

Pengadil perlawanan, Gottfried Dienst, tidak pasti sama ada bola tersebut sudah melepasi garis atau tidak. Dienst pun dengan segera bertanyakan kepada penjaga garisan, Tofik Bakhramov. Mereka berbual menggunakan bahasa isyarat kerana mereka berdua tidak tahu untuk berbahasa Inggeris (ataupun salah seorang mungkin tak tahu Bahasa Inggeris) akhirnya memberikan gol tersebut kepada England walaupun pemain Jerman Barat terus membantah.

Dan pada minit terakhir permainan, Hurst menjaringkan gol keempat England menjadikan kedudukan 4-2 dan Hurst menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan hattrick pada perlawanan akhir Piala Dunia.

Gol ketiga England tersebut menjadi perbualan hangat dan masih menjadi bahan bantahan oleh pemain dan warga Jerman Barat sehinggalah mereka bergabung dengan Jerman Timur dan membentuk kerajaan Jerman. Warga Jerman tetap menganggap gol tersebut sebagai gol yang 'tidak sah'.

Jerman Barat menganggap yang penjaga garisan, Tofik Bakhmarov, memberikan keputusan berat sebelah kerana beliau berasal dari Azerbaijan SSR, iaitu sebahagian daripada wilayah yang membentuk USSR ataupun Soviet Union - Nama Russia sebelum tahun 1991. 

Jerman Barat beranggap yang Bakhmarov berdendam kerana Jerman Barat telah menewaskan USSR pada peringkat separuh akhir. Bakhmarov berkata di dalam memoirnya yang dia ternampak yang bola tersebut melantun dari jaring bukannya palang. Itulah sebab utama kenapa ia membenarkan gol tersebut.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bakhmarov yang sekali lagi ditanya ketika di atas katil sebelum kematiannya tentang gol Geoff Hurst tersebut, Bakhmarov hanya menyebut satu perkataan. Stalingard.

Stalingard merujuk kepada Perang Stalingard, yang berlangsung pada 27 Jun 1942 sehinggalah 3 Februari 1943 di Stalingard, USSR. Perang tersebut melibatkan pihak USSR dan wilayah-wilayahnya berperang dengan Nazi Jerman (bawah pemerintahan Hitler), Romania, Itali, Hungary dan Croatia.

Walaupun pihak USSR memenangi peperangan tersebut, tetapi pihak Nazi telah membunuh lebih kurang 75, 000 tentera USSR. Berkemungkinan Bakhmarov menyimpan dendam atas kematian mereka terhadap Jerman dan membuatkan Jerman Barat terpaksa berputih mata dengan membenarkan gol Geoff Hurst tersebut.

Di England, Jabatan Kejuruteraan dari Universiti Oxford telah membuat kajian dan telah mengesahkan yang bola jaringan Geoff Hurst belum melepasi garisan gol dan ianya 6cm dari diisytihar sebagai gol.

England terus menggunakan gol Hurst sebagai bahan ejekan kepada Jerman. Peristiwa yang dikenali sebagai Wembley-Tor ini telah menjadi bahan mainan oleh warga England. Iklan Kit-Kat yang mem-parody-kan kisah gol Hurst menjadi mainan warga England buat warga Jerman Barat.

Tetapi, adakah selepas kekalahan 4-1 ditangan Jerman, England akan terus memainkan parody gol Hurst tersebut atau Jerman pula akan mempermainkan gol Lampard yang tidak dikira itu?

Peminat England mungkin akan berkata gol Hurst itu adalah hal kecil kerana mereka menjaringkan 4 gol semasa 1966. Tetapi peminat Jerman juga pasti akan menyatakan benda yang sama, menjaringkan 4 gol, sedangkan England hanya mampu menjaringkan 1 gol dan bermain dengan teruk pada tahun 2010.

Aku bukanlah penyokong Jerman yang mahu menimbulkan konfrantasi dengan penyokong England. Entri ini hanya ingin memberitahu kepada semua yang karma dan bola sepak amat berkait rapat.

Apa itu karma?

Kalau dalam wikipedia, ia membawa maksud (aku hanya petik sebahagian daripadanya sahaja):

"Humans have free will to choose good or evil and suffer the consequences, which require the will of God to implement karma's consequences"

Senang cerita, apa kau buat, kau dapat balasannya. Buat baik, dapat balasan baik. Buat jahat, dapat balasan jahat.

Kalau kau main secara adil, kau akan dapat keputusan yang adil. Tapi Kalau kau main secara tidak adil, kau akan dapat keputusan yang tidak adil.

Itulah yang terjadi antara England dan Jerman. Ketidak keadilan ke atas Jerman pada tahun 1966 dibalas pada tahun 2010.

Jangan lupakan pula Perancis. Ingat peristiwa tangan Thierry Henry ketika menentang Ireland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010?



Ireland telah dinafikan tempatnya di Piala Dunia 2010 manakala Perancis layak.

Kemudian, karma memainkan peranan.

Perancis datang dengan pasukan yang lintang pukang, pemain bergaduh dengan jurulatih, jurulatih melakukan protes dan akhirnya tersingkir pada pusingan pertama dengan hanya satu mata dari 3 perlawanan.

Itulah karma dan itulah bola sepak. Di dalam bola sepak, pasti ada karma. Dan pasti ada drama. Sebab itulah bola sepak digelar The Beautiful Game. Ada sukan, ada drama, ada karma da ada kisah pada setiap perlawanan.

Jadikan permusushan antara England dan Jerman sebagai satu lagi kisah klasik dalam lembaran sejarah bola sepak dunia.

P/S: Ozil dan Muller main memang superb. Tabik kepada pemain muda seperti mereka.

12 comments:

Penipu said...

ulasan yg cantik bro..baru aku tau kisah si Hurst tu..

aremierulez/Amirul said...

tongah:

hehe.. aku dah banyak kali tengok dokumentari pasal gol hurst ni. pengulas dokumentari tu pun ada sebut, "tak mustahil bakal terjadi pada england pula satu hari nanti."

dan akhirnya terjadi di afrika

Penipu said...

apa nak buat..karma..insaf2 hahaha..

hannah yunos said...

wahahaha...baru aku tau kenapa gol lampard tak dikira.hahaha.cakap kat england,skang zaman tuhan bayar cash.lalala~

aremierulez/Amirul said...

Tongah:
hahaha.. aku tunggu je bila karma Hands of God nak kena pada Argentina pulak.

Hannah:
yes. itu ayat yang aku nak tulis tapi terlupa. hehehe...

FIROL said...

hidup ni kan pusingan..hari ni kita kena,esok orang plak...

kira dah setel pertelingkahan sejak 1966...

aremierulez/Amirul said...

Bro Firol:
mungkin settle. ataupun mungkin bakal mewujudkan pertelingkahan baru?

meor-name-depan-ku said...

bLOG AURA....bola

aremierulez/Amirul said...

meor:
hehe..

fairuz said...

aku memang suka england kalah. lebih² lagi dengan kontroversi camni..hahaha

aremierulez/Amirul said...

Fairuz:
hahaha.. aku tahu kau mesti gembira punya

Paria Perawan said...

Serius aku tak penah dgr story ni
rare!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...