Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 9, 2010

Malaysia, bola sepak dan iklan

"Mama, dua mat salleh!!"


Aku rasa kamu semua yang melanggan perkhidmatan Astro pasti pernah menonton iklan di atas. Walaupun kamu bukannya peminat bola sepak dan tidak pernah menonton mana-mana saluran dari Pakej Sukan, tetapi kamu pasti pernah menonton iklan ini di saluran lain termasuk ketika kamu sedang menonton rancangan Imam Muda di Astro Oasis ataupun racangan Miami Ink di Discovery Travel and Living.



Umum tahu iklan ini menunjukkan yang "dua mat salleh" tersebut ialah Frank Lampard dan Lionel Messi, bintang bola sepak antarabangsa yang mewarnai kancah bola sepak Eropah. Malah, golongan bukan penggemar bola sepak juga mengenali mereka dan pemain-pemain bola sepak Eorah yang lain.

Cuba bayangkan kalau mereka berdua digantikan dengan pemain bola sepak Malaysia. Adakah penonton iklan mengenali mereka? Mungkin tidak memandangkan kebanyakan penggemar bola sepak di Malaysia sememangnya meminati bola sepak Eropah, tetapi tidak kepada bola sepak Malaysia.

Berapa ramai sangat Rakyat Malaysia yang mengenali pemain Malaysia? Berapa ramai Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Liga Super Malaysia?

Aku akui, aku sendiri baru sahaja menjadi peminat Liga Super Malaysia semenjak tahun lepas, atas pengaruh ayah aku. Sebelum ini, aku selesa menonton English Premier League, Spanish Primera Liga, Italian Sirie A dan German Bundesliga.


Aku pernah melayan bola sepak malaysia semasa zaman kegemilangan Semi-Pro. Masa itu, Liga Malaysia memang sangat hot dan menjadi tumpuan ramai. Aku sendiri menonton dan menghafal semua pemain bola sepak yang bermain dala negeri masing-masing.


Tetapi bermulanya kes rasuah yang menghancurkan bola sepak Malaysia pada tahun 1994, Liga Malaysia menjadi hambar. Ramai peminat mula meninggalkan Liga Malaysia dan hanya menonton liga bola sepak Eropah, termasuklah aku.


Semenjak aku menganggur setahun lepas, aku mula menonton kembali Liga Malaysia. Dan sikit demi sedikit, aku sudah mula menonton dan meminatinya kembali.

Berbalik pada topik asal, berapa ramai sangat pemain Malaysia yang rakyat Malaysia kenal? Mungkin nama-nama seperti Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Safee Sali dan Mohd Amri Yahyah sahaja yang menjadi pemain yang di kenali oleh Rakyat Malaysia kerana itu sahaja yang menonjol, samada menonjol kerana kehebatan mereka atau gossip dengan artis.

Tetapi, Rakyat Malaysia boleh dikatakan menghafal kesemua nama pemain dalam pasukan kegemaran mereka dari pemain utama hinggalah pemain simpanan. Bukan setakat menghafal pemain dari pasukan kegemaran mereka, tetapi juga pemain dari pasukan musuh mereka. Malahan, pemain dari pasukan belasahan yang menghuni tangga bawah liga juga mereka kenali, sekurang-kurangnya 2-3 pemain.

Ok. Apa kata kalau iklam di atas tadi digantikan dengan 2 pemain Malaysia. Kita tukarkan dengan dua pemain Malaysia selain daripada yang aku nyatakan di atas tadi. Aku pilih Mohd Amirul Hadi Zainal (winger kanan Selangor) dan Norshahrul Idlan Talaha (striker Kelantan).

Situasi:
Loceng rumah berbunyi. Emak dan anak perempuan sedang mengemas di dapur. Si anak perempuan pergi mendapatkan pintu. Kelihatan Amirul Hadi (Amirul) dan Idlan Talaha (Idlan) berada di muka pintu.

Amirul & Idlan:
Assalammualaikum...

Anak perempuan:
Waalaikummussalam. Mak!! Ada dua orang datang ni!

Si emak terus mendapatkan anak perempuannya dan memandang ke arah mereka berdua.

Emak:
Ya? Boleh mak cik bantu?

Amirul:
Mak cik, boleh tak kami nak tumpang tengok bola sepak malam ni.

Anak perempuan:
Eh? Hari ni Jumaat, mana ada live bola kat Astro?

Idlan:
Ada! Liga Super Malaysia di Astro Arena. Arena Malam Jumaat untuk Liga Super Malaysia.

Amirul:
Ya. Dalam HD (High Definition)

Idlan:
Weh.. Astro Arena mana ada HD!

Amirul:
Oh, ye ke? Silap pulak.

Si bapak menjenguk untuk melihat tetamu yang datang.

Bapak:
Siapa korang ni?

Amirul:
Kami pemain bola sepak. Saya Mohd Amirul Hadi Zainal. Main winger kanan kat Selangor. Saya yang dye rambut tu. Saya dah jaringkan 8 gol untuk musim ni (Setakat entri ini ditulis). Saya pakai jersi nombor 20.

Idlan:
Saya Norshahrul Idlan Talaha. Saya striker Kelantan. Main midfield pun boleh. Saya pulak dah score 8 gol musim ni (Setakat entri ini ditulis). Jersi saya nombor 9, sama macam Torres dengan Rooney.

Bapak:
Aku tak kenal korang. Aku tak tengok Liga Malaysia.

Amirul & Idlan:
Ala, pak cik... Please.....

Bapak:
Dah, dah!! Blah sebelum aku panggil polis.

Emak:
Betul tu! Nanti saya baling awak berdua dengan kasut.

===Iklan Tamat===

Sedih bukan. Pemain Malaysia sangat tersisih di bumi sendiri. Liga Super Malaysia langsung tidak dihiraukan. Diharap pihak FAM dapat memperbaiki sistem Liga Super Malaysia dan mengembalikan rentak dan maruah skuad Malaysia seperti suatu masa dahulu.

Dan kamu di luar sana, silalah beri sokongan kepada bola sepak negara. At least, berikan sedikit tumpuan kepada liga bola sepak negara. Sikit pun, jadilah.

Sedih juga bila aku pernah lihat satu temuramah mengenai pemain bola sepak Malaysia. Seorang perempuan berkata "Saya kenal Aidil Zafuan sebab dia kawin lari dengan Rita Rudaini. Kembar dia tu, Zaquan Adha, saya kenal sebab dia bercinta dengan Ayu Raudah".

Kenapa nak ada kaitan dengan artis baru orang Malaysia nak ambil tahu? Sad.... But true.

13 comments:

hannah yunos said...

bongok la kau mirul.hahahahaahhaa

aremierulez/Amirul said...

kau kenal tak pemain malaysia yang aku tulis ni? hehehe...

hannah yunos said...

sorang pun aku tak kenal.hahahahaaa

aremierulez/Amirul said...

hahaha...
kalau diorang datang nak tumpang tengok bola, jangan halau macam ni pulak. hehhee...

Tokabaut said...

Haha...nasib ko la player Msia..tu la...main cm hampeh...
Tp klu Zaquan dan Aidil yg dpn pintu tu, aku kasi masuk...tp dengan syarat bawak Rita Rudaini dgn Ayu Raudah...boleh aku layan diorg masa Zaquan ng Aidil layan bola...hahaha

aremierulez/Amirul said...

cantik gak idea kau tu. ayu raudah tu dah la boleh tahan seksi nye... hehhee...

Firol said...

susah gak mirul la ni bola mesia paham2 jelah...

tapi zaman budak dulu bola mesia tengok memang semangat...

khalid shahdan, abas saad, ervn boban, nasir yusff shalehan mat Som, anuar ariffin...perghhh 1991 johor is the best

Hujan Malam said...

penah dgr nama xkenal muka..hehe

aremierulez/Amirul said...

firol:
awal 90-an johor legend masa tu. tak campur import player lagi tu. ervin boban, alliste edward, abas saad.. peh.. mantap time tu

hujan malam:
tak pe. at least kenal :)

Puaka Petaka said...

hahaha.....
1. lawak....
2. lama gila aku tak mai blog ko ni.....

aremierulez/Amirul said...

jimmy:
kau bila nak update blog?

kalkulator.murah said...

Sekarang ni kalau norshahrul idlan talaha dgn amirul hadi datang rumah situasi di atas mungkin tidak akan terjadi.

Tu sebab lain kali kena menang sesuatu. Hahaa. Tanah Tumpahnya Darahku.

Pernah ada kes org tak puas hati dgn iklan ni, mcm mana budak perempuan dgn mak dia tak kenal messi dgn lampard. Kononnya mak dgn budak perempuan tu jahil sejahil-jahilnya. Tapikan kalau iklan tu pakai Amirul Hadi and Norshahrul, mungkin takde orang complaint sebab situasi mcm abg am ckap(tulis) itu terjadi ataupun orang yang nak complaint itu sendiri tak kenal amirulhadi & norshahrul.

Amirul (aremierulez) said...

Tu la pasal. Nasib baik dah menang Suzuki Cup. Norshahrul perform pulak tu. lepas ni kalau buat iklan macam ni, sure peminat malaysia dah kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...