Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, July 31, 2010

Kenapa aku suka WWE?


WWE ialah acronym kepada World Wrestling Entertainment.

WWE ialah sebuah badan gusti profesional yang berpangkalan di Stamford, Connecticut, Amerika. Vince McMahon merupakan chairman dan CEO untuk WWE. Dia juga merupakan pengasas idea bagi merevolusikan gusti profesional dengan gaya baru seperti mencipta pesona Hulk Hogan, mencipta 'The Attitude Era' dan banyak lagi. Dahulunya dikenali sebagai WWF (World Wrestling Federation) dan terpaksa menukar nama syarikat kepada WWE pada 5 Mei 2002 selepas kalah kepada World Wide Fund of Nature (WWF).

Ok. Aku bukan nak cerita sejarah wrestling. Tapi aku nak bercerita tentang sebab dan musabab kenapa aku minat WWE.

Aku memang biasa dengar kawan-kawan lelaki aku yang anti WWE selalu kata, "apa la kau minat tengok wrestling. Kan benda tu semuanya lakonan. Dia dah tentukan dah sape menang sape yang kalah. Lepas tu siap ada segmen cakap-cakap pulak. Apa da..."

Kalau kawan perempuan aku pulak biasa cakap macam ni, "Aku paling benci kalau laki tengok wrestling. Apa la tengok cerita gaduh-gaduh ni. Ganas pulak tu." 

Ada yang lebih extreme, "Aku kalau dapat tau je balak aku minat wrestling, memang aku reject." Setakat ini, 4 orang kawan perempuan aku pernah mengungkap ayat tadi dan 2 daripadanya dapat boyfriend yang minat wrestling. Padan muka. Apahal tak reject pulak balak tu?

Ramai orang mempertikaikan wrestling. Ada yang kata ganas lah, ada yang kata lakonan semata-mata, ada yang kata mengarut lah dan bermacam lagi sebab. Sebenarnya wrestling adalah sama sekali dengan TV Series dari Amerika, drama swasta dan filem yang kamu tengok di wayang.

Ramai yang mendebatkan yang wrestling adalah satu lakonan. Segala gerakan, pukulan, penerajang dan keputusan kalah menang telah diatur dan ditentukan sebelum perlawanan bermula. Ya, aku tahu. Sebelum aku mumaiyz aku dah tahu yang wrestling adalah satu lakonan.

Memang wrestling ialah satu lakonan dan semua pergerakan telah dirancang. Tapi apa bezanya dengan filem action yang kau tonton di filem. Aksi tumbuk-menumbuk dalam filem. Hero boleh bergaduh berjam-jam lamanya tanpa rasa penat. Walaupun darah dah banyak yang keluar, walaupun dah kena kepung dengan 20 orang, selamba boleh kalahkan semua.

Segala aksi ganas dan pergerakan ketika bertarung sudah pun tertulis di dalam skrip. Dan jika pelakon utama adalah seorang yang kaku berlakon, hancus dalam babak pergaduhan dan hanya mengharapkan muka yang jambu, pengarah akan sebut "cut" dan pelakon tersebut akan mencuba berlakon babak yang sama untuk beberapa kali lagi sampai babak tersbut menjadi seperti dalam skrip.

Wrestling adalah lakonan? Sama kan dengan filem yang kamu tonton di wayang kan?

Ada yang kata wrestling mengarut sebab ada babak pengusti bertikam lidah di hadapan penonton, ada babak dimana kawan baik dalam tag-team akan mengkhianat kawannya, kawan makan kawan, teman wanita curang dan pergi bermain cinta dengan penggusti yang lain dan macam-macam lagi.

Apa bezanya dengan drama atau filem yang kamu tonton? Babak adik-beradik atau shareholders bergaduh dalam meeting room depan orang ramai sebab nak rampas harta, ada! Babak kawan makan kawan untuk kepentingan diri (kalau drama TV3, makan kawan/adik/abang/kakak/bapak sendiri sebab nak berebut harta), ada! Teman wanita curang dan bermain cinta dengan lelaki lain yang lebih kaya dan kacak, ada! Semua babak dalam wrestling juga ada dalam drama dan filem.

Bagi aku, wrestling adalah sama dengan drama atau filem yang biasa kita tonton selama ini. Bezanya dalam drama dan filem, cara mereka menyelesaikan masalah adalah apabila watak baik berjaya mematahkan strategi si watak jahat dengan membocorkan rahsia si watak jahat di depan orang ramai, berlaku pergaduhan kecil dan polis datang dan menangkap si watak jahat sebagai penutup jalan cerita.

Dalam wrestling pula, si watak baik akan berjaya mematahkan strategi si watak jahat dengan cabar-mencabar  dengan mikrophone di depan penonton, berlaku pergaduhan secara besar-besaran dan terang-terangan di atas gelanggang dan pengadil mengangkat tangan si watak baik selepas memenangi pertarungan sebagai penutup jalan cerita.

Bagi aku, wrestling bagaikan satu soap opera atau teater. Satu drama kisah kehidupan harian yang di pentaskan secara langsung tanpa sebarang "cut" dari si pengarah. Satu perbalahan yang disiarkan di pentas secara langsung buat si penonton yang mahukan hiburan yang berlainan dari drama dan filem yang sering ditonton di televisyen. Satu lakonan yang dipentaskan yang menonjolkan sifat sebenar manusia untuk menjadi penilaian dan pengajaran kepada para penonton.

Wrestling menggambarkan kehidupan dan sifat sebenar manusia. Penuh dengan babak-babak manusia yang sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka ingin miliki. Penuh dengan sikap khianat, hasad dengki, kawan makan kawan, kecurangan, penipuan, penyatuan, persahabatan, membela keadilan, menunukkan sifat semangat yang membara dan menggambarkan bagaimana manusia boleh berjaya kalau kuat berusaha, dari seorang penggusti kecil yang baru bertapak di WWE sehingga dia akhirnya memenangi tali pinggang kejuaraan WWE.

Kenapa aku suka WWE? Kerana ia hiburan yang bertopengkan sifat kemanusian yang sebenar.

10 comments:

faerrin said...

di awal 4 pagi kao buat entri ni nai..hebat2!! mmg adreanlin kao laju sederas air terjun!

meor-name-depan-ku said...

tak payah nak pertikaikan.... org kat sane pn mesti tau tu kot...sumenyerrr lakonan. still penuh gakk org tengok

aremierulez/Amirul said...

faer:
hahaha....
saje je. tibe2 terdetik dalam hati, adreanlin meningkat, terus aku taip.

meor:
tu la pasal. aku pelik orang Malaysia asik dok pertikai. padahal sama je dengan drama

gabanMorka said...

aku suke wrestling zaman aku skola rendah...zaman skrg nye byk xkenal

aremierulez/Amirul said...

gaban:
aku lepas sekolah dah tak follow wrestling. sekarang dah follow balik

en_me said...

ahaha.. lakonan kanns

Firol said...

betul aku pun suka tengok terutama part brutal dan akrobatik

buat terknnag zaman stone cold lak

aremierulez/Amirul said...

firol:
tu la.. tapi wrestling zaman dulu jugak yg best. zaman sekarang mcm kurang kick sikit

en_me:
lakonan yg mantap

n a d a i said...

omaigod.. aku suke hardy boyz, the rock and stone cold dulu kot. lg2 undertaker yg suke masok dgn motor harley dia tuh. siap main game dia lg. x bule bla.. xD. tp aku x suke rikishi kurt angel, ngan kane. ngiahahah. xD.

gosh.. x sangke aku Taksub wwf dulu. ;D.

aremierulez/Amirul said...

nadai:

haha.. wwe zaman dulu memang best. The Rock memamng terbaik masa tu.

If you smell, what the rock is cookin'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...